CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Saturday, December 24, 2011

Kekasih Allah....

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,

“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.
Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,”keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.
Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.
Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

“Bolehkah saya masuk?” tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
“Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan Kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?”
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “
Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”

Perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?”
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“Ummatii, ummatii, ummatiii?” – “Umatku, umatku, umatku”

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita…

Sunday, December 18, 2011

KASIH SAYANG KERANA ALLAH...

Assalamualaikum.... Indahnya kasih sayang kerana Allah tu kan.. Subhanallah.. dari kasih sayang itulah juga manusia membibitkan rasa cinta dan melahirkan ramai manusia... Sayang sekali, andai tidak digunakan sebaik mungkin.. Sayang sekali, disia-siakan begitu saja.. Sesuatu yang belum terjadi memang tak terasa nikmatnya.. Sebab tu la juga Allah jadikan KESABARAN untuk manusia menggunakannya dijalan yang benar.. Ingin saya titipkan sebuah Lagu yang menjadi usikan halwa telinga sepanjang saya di bumi Institut Pendidikan Guru baru-baru ini.. Untuk tatapan semua.. untuk tatapan yang mengaggap pentingnya kasih sayang dalam kehidupan... KASIH SAYANG KERANA ALLAH...

When you're searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He's always close to you

He's the one who knows you best
He knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
If God wills we'll meet one day

Chorus

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus

I believe I believe, I believe I believe

...................................................................................






Sunday, December 11, 2011

ombak rindu!!!

Salam.. selamat pagi... semuanya diharapkan masih terus segar diusik hembusan bayu dan udara yang nyaman... Alhamdulillah kerana nikmat itu... Sungguh!!! saya teringin... nak tengok ombak rindu.. Novel kesukaan saya masa form 5 dan form 6... Ayaiyaiyai... tp banyak perkara yang tak mengizinkan... kesuntukan masa untuk pergi tengok di pawagam.. cuma ada beberapa hari sahaja lagi sebelum saya terpaksa kembali ke sekolah.... ok!!! Ade sape2 yang nak bawa sy pegi tengok film OMBAK RINDU kat pawagam... plzzzzzzz... pm sy... hikhikhik.. kompem sy letak dia yg teristimewa dalam hati saya.. hakhakhak... aduhai la... ade plak camtu, kan3??? suke2 cam ayam jer nak promote camtu.. ntah ape2 la sy ni.. haiiiishhhhh

tak pe la.. tak dapat tgk pun tak pe.. janji dah tau sinopsisnya.. hope tak de la beza yang ketara sangat dengan novel.... waaaaa.... mesti macho giler kan Aaron Aziz.. dan mesti cantik giler kan Maya Karin & Lisa Surihani?????? huk3... (ade jgk rase terkilan tu) nak buat camne??? tak ade org nak dijadikan teman pegi menonton.. ajak adik, dia nak pegi tengok dengan "kawan" nya.. ajak kawan saya, semua dah kawen... tak kan nak ajak mak dan ayah... huk3... kesian saya.. hehehe.. ni kes menagih simpati betul ni... hakhakhak... Apa2 pun untuk yang melihat dan menonton film tu.. ambil la banyak pengajaran.. jadikan sebagai teladan.. tak semua kasih sayang itu sempurna kerana IANYA MILIK ALLAH.

...

Tetapkan Pilihan Di Hati.........

Salam...Semoga pembaca semua berada dibawah lindungan Rahmat Yang Esa.. Syukur Ya Rabb.. kerna memberikan takdir ini.. memberikan jalan ini.. walaupun jalan yang saya selusuri ni, penuh liku dan dugaan.. saya yakin.. inilah yang terbaik buat saya.. dan Allah itu memberikan setiap dugaan itu hanya bersesuaian dengan kemampuan saya.. Thanks Allah.. benarlah.. kata orang tak semestinya setiap apa yang kita pilih tu semuanya salah.. Saya petik kisah ini sewaktu tutorial Ilmu Pendidikan di IPG baru-baru ini.. merupakan set induksi yang digunakan oleh pensyarah kami, bagi memberikan ruang kepada kami berfikir apakah yang akan disampaikan.. Kisah pendek tentang "Seorang Rakyat dan Raja". Hanya dongeng.. tetapi ada yang tersirat disebaliknya.. kisah nya begini....

Dalam sebuat negara, ada seorang Raja telah menganjurkan satu pertandingan. Dimana pertandingan itu boleh disertai oleh sesiapa sahaja. hadiah juga lumayan.. dan menarik.. Syarat pertandingan, peserta mesti menyerberangi sungai dan berdepan dengan beberapa ekor buaya didalam sungai.. Sesiapa yang memenangi akan mendapat pilihan untuk memilih hadiah.. iaitu pilihan pertama, berkahwin dengan puteri raja, pilihan kedua, sebidang tanah, dan ketiga menjadi laksamana di istana.. Bermula nya pertandingan, bermacam peserta yang menyertai.. namun semuanya gagal.. Dan tiba-tiba ada seorang rakyat jatuh di dalam sungai.. Namun dengan takdir Allah, beliau telah berjaya menyelamatkan diri dan berdepan dengan buaya-buaya tersebut. Beliau telah mendapat tepukan gemuruh dan serta merta di nobatkan sebagai pemenang... Maka tibalah masanya beliau dipanggil oleh Raja untuk memilih apakah hadiah yang boleh beliau akan perolehi.. Dan sesuatu yang sangat terkejut apabila Raja bertanya kepada Rakyat tersebut

"Wahai rakyat ku yang berani, apakah hadiah yang kamu ingini??? berkahwin dengan anak beta? harta sebidang tanah?dan menjadi laksamana di istana beta??? jawablah.. Beta akan tunai kan... " dan rakyat tersebut dengan penuh kesopanannya menjawab. "Ampunkan hamba tuanku.. Tidak ada satu pun yang hamba ingini.. yang hamba mahu............

(heheheheh) (teng teng teng).......... cube korang teka???

............ yang hamba mahu, ... ampun kan hamba.. hamba hanya ingin tahu siapakah yang menolak hamba hingga hamba jatuh ke dalam sungai tersebut............

hikhikhik.... cerita dongeng ni, sedikit geli hati.. tapi ada makna yang tersirat.. benarlah pilihan rakyat itu... dia mencari siapa yang menolaknya.. pilihan nya tepat dan jawan nya tepat.. ini bererti benarlah
"SETIAP PILIHAN ITU TAK SEMESTI SEMUA NYA SALAH"

Saturday, December 3, 2011

Kembali ke KAMPUS IPG

Salam.. Ape kbr sume .. semoga dibawah lidungan rahmat Allah selalu.. Entry kali ni tak banyak benda nak cerita.. Just nak cerita keseronokkan belajar di usia yang dah meningkat ni.. Kata orang muda2 study otak fresh... tp bagi saya diusia yang lebih dewasa ni pengalaman yang membawa kita bersama-sama berkongsi ilmu.. seronok.. sama-sama mencurahkan ilmu di kelas.. sama-sma berdebat... macam2 pengalaman dana kerenah anak-anak murid yang diceritakan... sy pasti akan rindukan semua ni... sungguh!!! :)

Thursday, November 3, 2011

Allah ADA

Salam...
Jangan pernah dikatakan sunyi..
jangan pernah dikatakan kosong...
Allah sentiasa ADA..
SENTIASA...
untuk kita untuk hati kita..
pergilah sejauh mana DIA tetap ada..
ditinggalkanlah selama mana oleh kekasih..
DIA selalu ADA...
berjuanglah SETINGGI mana
DIA selalau BERSAMA..
YA TUHAN..
nikmatnya KASIH MU itu...
tiada KESUNYIAN..
REDHA itu pasti dihati andai terjadinya APA YANG ENGKAU tulis..
YA ALLAH kuatkan IMAN ini agar TABAH dalam sebarang kesulitan..

Rabbi YAssir Wa La Tuassir...

Saturday, October 29, 2011

Dambakan HIDAYAH MU...

Salam... Indahnya perjalanan spritual itu dalam mencari CINTA ygang AGUNG dan SUCI dari NYA. YA ALLAH.. sy dambakan itu...

"Patutkah sesudah mengakui dan menerima perjanjian itu mereka mencari lain daripada agama Allah, padahal kepadaNYAlah tunduk taat sekalian makhluk yang ada dilangit dan bumi, samada dengan sukarela ataupun dengan terpaksa, dan kepadaNyalah kita di kembalikan.."
Ali Imran :83


Subhanallah.. sebak dan sayu sy membaca kisah-kisah mereka.. Satu nikmat dan anugerah buat mereka, dikurniakan hidayah dan kemanisan yang tak semua orang lain nikmati.. Subhanallah.. Akhirnya Ku temui CINTA Mu..lalu aku aku memeluk Islam.. Sungguh sy tak boleh menahan air mata ini... Kita yg sudah azali di lahirkan Islam ini pun tak pernah merasai nikmat yg sebegitu.. Namun tetap bersyukur kerana dilahirkan ISLAM.. Alhamdulillah.. Allah memilih kita ke jalanNya..

Saya petik satu kisah terkini.. 2009 seorang hamba yang dilahirkan dalam agama bukan Islam itu telah memerintah dan melarang seluruh negara dibawah kepimpinannya mendirikan masjid.. hal yang demikian kerana telah mengganggu identiti dan sosialis negara berkenaan. Streich, seorang pemimpin Switzerland telah mengkaji helaian demi helaian terjemahan Al-Quran bagi membolehkan beliau menyerang dan mencerca agama Islam.. Namun sesuatu diluar jangkaan dunia dan arena Politik Switzerland apabila Januari 2010 Streich memeluk ISLAM!!! Subhanallah.. Jawapan yg telah diberikan itu hanyalah "kerna melalui kajian itu, sy menemui jawapan-jawapan benar dan logik yang tidak ditemuinya didalam agama sy terdahulu" kata Streich.... Ya Allah ternyata Cinta Mu itu dan kebenaran Islam itu tidak mampu dihalang oleh apa sekali pun.

Dan, adalagi kisah menarik... Mike Tyson seorang peninju yg terkenal dia arena 80an.. Sejujurnya sekali pun sukan tinju dan gusti ini adalah ganas dan tidak sesuai ditonton oleh golongan wanita, sy meminatinya kerana penuh dengan drama dan logiknya. Mike Tyson pernah mengalahkan Trevor Berbick dan menyebabkan dia adalah peninju termuda yang menjuarai sukan itu. Di zaman kegemilangannya beliau di gelar Iron Mike. Namun zaman kegemilangannya berakhir dengan dipenjara kerana Tyson telah merogol seorang bekas peserta ratu cantik kulit hitam. Hukuman penjara selama 6 tahun itu bermula 1992, dan kejatuhan karier nya itu serta tekanan emosi telah memberikan suatu impak yang besar dalam dirinya buat selama lamanya. Betullah CINTA datang tanpa diduga dan sukar difahami.. Mike Tyson @ Malek Abdul Aziz.. Tak siapa yang menyangka, seoarang yang ganas dan angkuh, akhirnya tunduk dan mengaku lemah serta sujud kepada Allah dalam linangan air mata. Dan sesuatu yg sy sukai apabila dia mengatakan tidak takut dengan sesiapa, senjata api dan sebagainya melainkan Allah. dan yang menyebabkan air mata sy tidak tertahan-tahan.. apabila membaca petikan kata-kata Tyson, "Tidak ada KEBENCIAN dalam ISLAM"...

Ya Allah kekalkan lah dalam hati ini mencintaiMu selamanya.... Kerana apa jua yg diakui terbaik didunia ni tak dapat mengalahkanMu sekalipun Emak dan Ayah.. Maha Suci Allah.. Allahuakbar... Saya masih disini :)

Tuesday, October 18, 2011

Permata- By Kopratasa

Salam... Salam kebahagiaan buat semua.. heheheh... mesti ingat saya nak postkan lirik lagu kat entry kali ni... hehehe.. Best kan lagu ni.. Permata untuk Isteri... Aduhai menusuk hati.. Pesanan seorang suami buat seroang isteri agar menjadi isteri solehah..

Sejak usia saya 11 tahun.. Lagu ni sering bermain di corong-corong radio..Sering menjadi siulan rakan-rakan di kelas walaupun masa tu masih tak mengerti lagi makna yang tersirat disebalik lagu itu..

Heheheh.. bila dengar sampai sekarang masih lagi menusuk jiwa.. Tak banyak yang saya ingin kan dalam hidup ni. Just nak jd anak, muslimah, dan isteri yang solehah.. InsyaAllah..

" Ku ingin kau jadi WANITA mulia..
yg tahu harga budi dan hati..
Seorang LELAKI bernama SUAMI"

"krn engkau ISTERI..
kuingin kau mengerti bahawa hidup ini ..
tak semudah yang kita janjikan
kerana kau ISTERI ku..."

Buat semua yang sudah bergelar isteri.. jadilah isteri yang terbaik.. kerana wanita yang solehah itu lebih baik dari 70 bidadari syurga.. percayalah.. ganjaran Allah itu besar nikmatnya.. pesanan juga buat diri ini.. pengalaman lalu, menjaga hati lelaki yang masih belum ada apa-apa ikatan itu tak sama dengan "LELAKI itu iaitu teman sepanjang hidup = seorang suami".. jaga hati, jaga kehormatan dan menjadi wanita yang taat pada agama dan suaminya.. InsyaAllah...

Tuesday, October 11, 2011

HiJaB CinTa

Salam buat semua.. semakin sunyi page sy ni ek.. heheheh maap sgt sbb dah lame x update dengan info -info serta pandangan hati tersendiri.. Mungkin tidak ada kelapangan waktu menyebab sy tidak mengisi kekosongan pembaca sekelian...

"Membuka CINTA utk orang lain..." mak... sy perlukan kekuatan itu.. dan sy tahu redha mak mengiringi.. sbb tu mak kata cam tu...

Aiggoo... Saya bukan tak nak buka langsung ruang untuk itu.. Namun saya perlukan masa.. Fokur utama.. study sampai dapat plak Diploma Perguruan ni... Minat & Cita2 harus diutamakan dahulu demi melihat orang tua saya berasa puas dengan pencapaian anaknya.. Target dan matlamat harus diutamakan... Saya pernah melihat kepuasan dalam diri kedua orang tua saya bila sama-sama bersama sy dihari Graduasi KUIS 2010.. Sungguh sy rasa satu nikmat kepuasan dalam belajar.. Tercapai hingga segulung Ijazah.. Walaupun tugasan dan landasan yang sy ikuti kini berbeza bidang dengan apa yang sy lalui dialam siswi dahulu (UNDANG-UNDANG vs PENDIDIKAN), tapi masih dibawah matlamat yang sama.. Tetap untuk ISLAM & BANGSA MELAYU itu!!!! dan helaan nafas lega masih terus bersama satu kepuasan hati.. Alhamdulillah..

Berbalik kepada kata-kata mak itu.. teringat saya pada suatu nekad yg telah tertunai.. sy mampu lakukan.. Saat di Semester 1 (sy x kan bercinta selagi saya x abis belajar) Alhamdulillah.. sehingga semester akhir.. dan ketika semester 8, mak penah bersuara " belajar belajar jugak.. tgk2 jgk orang-orang sekeliling".. saat itu sy cuba membuka ruang.. namun tiada rezeki dari Allah.. Saya tahu ini satu ujian buat saya.. Kerana Allah sayangkan saya.. Allah x bagi ujian dalam kehidupan yang melibatkan kerjaya dan pelajaran.. namun Allah bagi ujian hati.. Ujian yang mematangkan saya agar saya lebih berhati-hati..

"Adah cubah buka ruang.. bagi peluang untuk orang lain" (Marjina Aloya) huhuhu.. Tak semudah itu.. sebab saya seorang perempuan.. Saya ada batas mencintai orang.. Sy bukan mudah mencintai orang, Sekali saya bercinta saya cinta pada orang itu sehingga ke dasar hati sy..

Tapi sy x tau kenape.. untuk kali ini.. sungguh x ada semangat untuk itu.. kekuatan nya hilang..Mungkin juga kerana Allah telah menutup pandangan saya dengan hijab yang sangat tebal. Namun, saya yakin Allah menghijab saya agar saya sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang di perlukan . Saya memohon agar hijab di antara saya denganya (saya pun tak tahu sape) segera terbuka bila saya benar-benar bersedia. Saya cuma mengharap moga2 suatu ikatan itu nanti m'jdi marhalah dakwah dan kasih sayang antara saya dengan nya Ameen..." :) Doakan sy..


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Wednesday, October 5, 2011

Epi Belated Besday Ika...

Salam.. Hepi Besday Ika (30 September).. Moga Panjang Umur n Murah rezeki Selalu.. Study elok2.. Moga tercapai utk jd seorang doc.. InsyaAllah....I hav smthing to give u.. tp x tau nak kasi cmne.. dah lme akak cari.. akak just bg tgk kotak je la dulu yer.. hikhik.. dah blk sini semule nnti akak kasi kat Ika k...
Tarrraaaaa!!! utk cik ika yg cute...
tq sbb sllu bg akak kekuatan utk teruskan hari-hari ini...


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Monday, September 12, 2011

Memotivasi dan Dimotivasikan

Salam.. Dengan penuh rasa syukur dan nikmat Iman Islam dan Ihsan... Memikir mendalami, mengurai mengupas, berkongsi, bertukar pandangan dan meleraikan satu kekusutan.. Itulah sebuah bentuk perbincangan atau perkongsian maklumat antara manusia dan manusia..

Entry kali ni sy mengimbas sejenak keadaan sy tatkala sy berseorangan di bilik jQAF petang kelmarin.. Bukan sebab kerana suka bersendirian atau tidak suka bercampur dengan senior-senior sy di sekolah.. Tetapi sy sememangnya senang dan selesa dengan suasana itu.. Menyendiri, menyiapkan kerja, mengisi data dan markah perkembangan murid.. Tugas yg dipikul ini sememangnya berat.. Sebelum sy menjadi seorang guru pun sy sering mengatakan tugas guru adalah paling senang... haishh!!! salah tanggapan tu.. sebenarnya tu yg paling berat.. memanusiakan manusia ini . Proses meminatkan pelajar untuk belajar juga seringkali menguji sejauh mana kemampuan seorang guru...

Berbalik kpd situasi itu, sy didatangi oleh seorang ustaz.. sy kategorikan dia sebagai seorang mentor dan kaunselor peribadi sy.. Banyak yg sy berkongsi dengannya.. Soal kehidupan, soal hati, soal pengisian jiwa dan sebagainya... Keakraban kami seperti adik dan seorang abg.. Yang banyak menasihati sy dlm kehidupan ni... Hampir setiap hari sy akan mendengar kulliyah free nya... seronok, byk pengalaman..dan ketika sy ditimpa musibah mengenai hati suatu ketika dulu pun dia doktor cinta sy... Topik yg menarik antara sy dengannya baru-baru ini.. KHIDMAT, BAKTI dan TANGGUNGJAWAB..... Beza antara ketiga-tiga itu...

Pada awalnya seperti biasa dia akan menyuruh sy mengupas dahulu dan dipertengahan itu dia akan ulas dan kesimpulannya sy yg akan menyimpulkannya... Begitu lah setiap kali kami berbincang, dia akan memastikan sy memahami apa yg di bincangkan.. Kadang-kadang bersyukurnya sy, sebab Allah sy sentiasa memberikan sy peluang utk baiki diri dengan cara-cara begini.. Melalui pengalaman org-org terdekat ini sy kutip utk dijadikan sebagai lampu suluh saat sy menyelusuri kegelapan malam...

Antara Bakti Khidmat dan Tanggungjawab... Nampak bunyi seperti sama maksud, tetapi sebenarnya berbeza.. Bakti merupakan suatu perbuatan yang menunjukkan setia memperhambakan diri melakukan perkara contohnya :-menggunakan segenap tenaga berbakti kepada orang tua, agamanya dan juga masyarakat.

Tanggungjawab :- suatu keadaan wajib bagi menanggung sesuatu. Merupakan suatu yang mesti buat, dan telah digalas pada seseorang. dan Akhir sekali Khidmat :- mengabdikan diri merelakan sesuatu perbuatan dan ikhlas melakukan perkara itu tidak kira demi agama bangsa dan orang tersayang...

Hehehehehe ... sebenarnya disebalik kupasan ini ustaz ni menasihati saya.. walaupun dalam berumahtangga ada tanggungjawab yang harus dipikul oleh seorang isteri, lakukanlah ia sebagai salah satu khidmat, kerana ikhlasnya khidmat ini dapat dipamerkan melaui dari apa yg kita lakukan.. hehehehe maka dengan sendirinya bakti kepada suami itu dapat diselesaikan dengan penuh rasa tanggungjawab.. ~~~ Apa-apa pun REDHA ALLAH itu sentiasa mengiringi... InsyaAllah... :)

Sunday, September 11, 2011

Special post to Cik Ika

Salam... Buat Cik Ika... Akak x tau npe, biler dgr je lagu ni akak teringat ika... pasal pe pun akak x tau... hehehe.. ape2 pun tq sgt sbb banyak bantu akak utk lupakan sume yg berlaku... Akak yakin ini keptusan yg terbaik buat diri akak.. tq jgk utk seseorang yg menemukan kita... >_<

Saturday, September 10, 2011

Hatinya Cukup Tabah...

Salam... Ingin saya abadikan sebuah lagu buat seorang kakak yg sy kenalinya dengan begitu rapat sejak sy tinggal di KB ini...Perkenalan bermula di KUIS, dan menjadi kami amat rapat disinu.. Tq kak utk semua kebaikan kamu... Kak.. kamu cukup tabah utk semua ujian ini... Ujian yg tak semua orang lain hadapi.. Menyayanginya adalah suatu anugerah buat kamu...Pemergiaannya disaat ujian petunangan kalian 3hari itu benar-benar membuatkan sy tersentuh dan sebak.. Tak sanggup sy lihat kesedihan itu.. Percayalah kak.. Allah menyayangi dia dan Allah juga menyayangi kamu.. Menjadikan kamu setabah Siti Aisyah saat kehilangan Rasulullah disisi...Subhanalllah sungguh pelbagai warna kehidupan buat insan bergelar Nik Anida ini.. Sy doakan dia sentiasa tabah menghadapi hari-hari mendatang.. InsyaAllah...

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Selamanya...
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu

Selamanya

Friday, September 9, 2011

Rindu Sume

Salam.. Masih di dalam baraqah Syawal... bulan kemenangan wat sume umat Islam didunia... Menghayati Ramadhan dengan penuh makna.. Pasti kita akan merindui keindahan dan nikmatNya... InsyaAllah...

Alhamdulillah.. sujud Syukur si ibu di penghujung Ramadhan kerana mensyukuri jalinan kasih antara anak-anak tersayang semakin kukuh.. Saya menitiskan air mata melihat kegembiraan di wajah jernih si ibu.. Mak kerana sabar mu, anak-anak makin dekat dengan mu.... Alhamdulillah.. Makin erat dan takkan pernah putus kasih ini hingga hujung nyawa sekalipun... Dipenghujung Ramadhan lepas kami anak-anak masing-masing bertungkus lumus memastikan segala persiapan Hari Raya berjalan dengan lancar dan taratur... Masing-msing dengan lemang, rendang, kuih muih kek dan segala disiapkan sebelum mlm raya...

Pastinya suatu yg meriah dan dah menjadi adat buat kami sekeluarga 2 malam terakhir Ramadhan berkumpul bersama-sama dengan seluruh ahli keluarga menikmati hidangan berkongsi cerita dan sebagainya.. Tahun ini adalah tahun yg paling gembira buat sy.. Dalam banyak hal sy bersyukur dengan apa yang di takdirkan Allah... Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah..

Makan dan solat berjemaah menjadi suatu kemestian buat kami ahli keluarga.. sejak kecil lagi diterapkan begini... Alhamdulillah.. sehingga ke hari ini... Kami sekeluarga amat lali dengan suasana "borak2 gelak"... (special post to Kakak, Kak Long, Kak Ngah & Cik Lieya).. mendalam maksudnya kan.. hikhik... suasana ni menjadikan kami lebih utuh... Alhamdulillah... syukur ya Rabb...

Syawal dinanti dengan penuh kesabaran.. Ramadhan di akhiri dengan penuh rasa syukur.. bersyukur dikurniakan keluarga yg bahagia.. baik di sebelah mak, mahupun ayah.. kedua-belah keluarga besar ini menjadi kan sy sentiasa mengutamakan keluarga dari hal-hal yg lain.. keluarga segalanya buat sy.. A kata mereka A lah kata sy.. Sejauh mana pun sy melangkah, sehebat mana pun sy berdiri, mereka tetap dihati... Nasihat tentang bekalan hidup menjadi suatu perkara yg wajib didengar apetah lagi soal jodoh.. bg sy biarlah mereka yg memberikan pendapat.. keserasian antara mereka lebih penting.. seeloknya dihadirkan cinta selepas berkahwin buat sy kelak.. InsyaAllah..

Seperti biasa malam raya lagi rumah dan halaman kami dipenuhi kaum Adam, menunaikan kewajipan membayar zakat kpd seorang AMIL yg dah lama, berpuluh tahun menjalankan tanggungjawab itu apabila tibanya Ramadhan.. itulah AYAH..Tahun ni ayah dan emak berkeinginan menjamu orang ramai dengan Satay, nasi impit lemang dan sebagainya.. kebiasaannya di selang seli dengan BBQ.. menjadi suatu kemestian juga buat rakan2 abang2 sy berkumpul berkongsi cerita di anjung rumah sehingga jam menunjukkan pukul 1pg.. dan juga seperti biasa si adik bongsu sy yang dah berusia 21 akan membawa giliran bersama rakan2nya bertakbir bertahmid memuji nama Allah.. sungguh meriah setiap tahun... Alhamdulillah..

Dan suatu kewajipan buat keluarga besar sebelah emak berkumpul dipagi raya dirumah kami..Keluarga Hamsiah Bakar & Akher bin Leman. Sihat si ibu ini berjumpa dengan ahli keluarga nya.. Tak menang tangan sy dibuatnya tahun ni.. ketiadaan bibik menyebabkan sy sedikit keletihan di dapur.. mujur kakak dan kedua-dua ipar sy berhari raya di rumah mak tahun ini.. Alhamdulillah.. mengeratkan jalinan kasih antara keluarga besar mak dipagi raya sangat kami syukuri..

Di malam raya kedua!!! Perkara wajib hadir.. Perjumpaan keluarga besar ayah.. Hj Uda & Hjh Mah.. Tahun ni berkumpul di rumah bapa saudara saya (Busu).. Permulaannya dengan ucapan ringkas oleh seorang cucu lelaki sulung ( Abg Mi) di ikuti dengan Tahlil.. Kemudian ucapan ringkas wakil bapa saudara (tahun ni ayah yg bagi ucapan), kemudian mkn2 (nasi dagang + satay lagi.. hehehe)... pastu acara pemberian hadiah buat semua pakcik dan makcik.. (tahun ni mereka dpt sepasang baju lagi) hasil kutipan dari anak-anak buah yang berkerjaya.. seterusnya, giliran mereka yg berkerjaya beratur dan menghulurkan duit raya buat semua anak-anak buah.. tahun kedua sy menjadi golongan pemberi.. dan di akhir skali, pertunjukkan bunga api. berdas2 diletupkan.. mewarnai langit hitam.. kemeriahan turut dirasai seluruh org kampung, keluar melihat bunga api di langit... Sungguh!! sy JANJI xkan pernah meninggalkan kasih ini...

Monday, August 15, 2011

Poligami : Pandangan LELAKI vs WANITA

Salam.. masih memberikan ruang-ruang waktu menyelinap disebalik fikrah manusia.. Menjelajah segala pelusuk perasaan hati dan jiwa insan yang sejenis dengan sy dan juga bukan sejenis.. LELAKI vs WANITA dalam isu dan pendapat mengenai POLIGAMI.. Kata KUNCI untuk entry kali ini ~~REDHA~~

Pernah kalian semua terfikir apakah yg dikatakan TAKDIR Allah?? Takdir ini boleh diertikan dengan sesuatu perkara yang telah terjadi atas kuasa dan kehendah Allah Taala itu sendiri..

Baiklah berbalik kpd Isu POLIGAMI.. sesuatu perkara yg menyebabkan kaum wanita boleh bertelagah andai tidak memahami konsep sebenar poligami.. Seharian sy bersama seorang Ustaz mengupas dan membincangkan isu ini ekoran pembacaan dan ulasan Ustaz ni mengenai buku nurkilan FATIMA SYARHA ~~ "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul".. buku ini milik peribadi sy, sengaja diberikan pinjam kepada Ustaz ini melihat sejauh mana dia mengulas buku tersebut...

Ulasannya, " Buku ini bagus, mmg bagus dan 1 sahaja yg kurang.... Cuba Adah pikir..." Puas sy mencari semula kekurangan buku tersebut.. Namun semua jawapan diberikan adalah kurang tepat... Jawapannya... "sifat cemburu wanita itu hanya untuk bidadari Syurga"... tersenyum sy dengan jawapan tersebut.. Yup sememangnya penulis tidak mengulas sifat cemburu akan wanita lain yg boleh dikatakan sebagai LUMRAH ALAM cemburu seorang wanita kpd wanita yg lain seperti cemburunya Isteri Baginda Rasulullah... Itulah sifat seorang manusia, tidak boleh lari dr sifat itu walaupun hanya secalit dan mungkin cuma cemburu dalam kebaikan..

Ustaz bertanya kan sy mengenai POLIGAMI... Dan dengan pantas dan segeranya sy menjawab.. Sy setuju dengan POLIGAMI selagi ianya tidak memberikan kezaliman kepada kaum HAWA... dan jika diberikan peluang untuk berpoligami sy setuju andai ditakdirkan suami sy berkahwin lain demi kebaikannya dan juga ISLAM itu sendiri. Namun saya akui jauh disudut hati sy, untuk berada dikedudukan isteri ke2, ke3 atau ke4..mungkin tidak sama sekali.. Setujunya sy bila berpoligami ini bila sy ditakdirkan menjadi isteri pertama.. Tak snggup rasanya meletakkan diri di tempat kedua-ketiga-atau yang keempat... Seolah-olah merampas.. "MEMBINA KEBAHAGIAAN DIATAS KEDUKAAN ORANG LAIN.. Sungguh!! Tak Sanggup ustaz...

Tergelak ustaz melihatkan saya bersungguhan menjawab persoalan itu... "Adah, perbetulkan semula apa yg Adah katakan itu..." Bukan merampas~~ PERKONGSIAN HIDUP~ Dengan adanya ISTILAH KONGSI... kita memberikan peluang agar kasih syang itu tersemat dan tersebar bukan hanya untuk kedua-dua pasangan, malah untuk beberapa orang... Rasulullah sendiri pernah bersabda, drpd segi Harta dan Nafkah sememangnya sama rata.. tetapi belum pasti mengenai jiwa dan perasaan wanita yg menerima..

Poligami bukan sahaja dipandang dr sudut fiqah sahaja, tetapi harus dinilai dr sudut kemanusiaan.. Nisbah 1:8 Lelaki:wanita dapat menjadikan masalah-masalh kini dapat diselesaikan dengan teratur.. Contohnya mengembangkan zuriat, membantu janda-janda yang kematian suami, membantu wanita yg sukar mencari pasangan hidup, mengelakkan zina dan sebagainya... Insyaallah dengan adanya REDHA itu segalanya dipermudahkan... " Apabila kita REDHA dengan TAKDIR ALLAH nescaya ALLAH REDHA dengan kehidupan kita..

Namun, jauh juga disudut hati sy walaupun bersetuju dengan POLIGAMI, seandainya Allah ketemukan sy dengan seseorang biarlah pasangan sy itu yg hanya mencintai Allah, Rasul, Kedua ibubapanya dan isterinya yang SEORANG ini sahaja.. tetapi, jika dia masih berkendakkan yang lain, SAYA REDHA hehhehehe... insyaAllah.....

Lumpuh Buta Tuli & Bisu..

Salam... Salam Ramadhan.. Izin kan sy skali lagi menceriakan hidup kalian dengan kisah-kisah umat manusia yang tersendiri... Pelbagai cerita, pengalaman yang boleh dijadikan panduan untuk pedoman hidup.. Kisah ini mengingatkan saya tatkala sy berusia 12 tahun.. Pemberian buku oleh seorang Ayah yang mungkin sebenarnya ada tersirat suatu permintaan didalamnya.. Agar sy menjadi seperti Puteri itu..KERANA SEBIJI EPAL.. Buku ni buku bacaan kanak-kanak. Tp ceritanya sampai sekarang sy ingat.. Sentiasa bermain difikiran sy.. Cuma sedikit terkilan tatkala sy hanyut dengan CINTA DUNIA itu sy sedikit dan kurang menjaga tatasusila gadis MUSLIM SEJATI... Ya ALLAH.. Kembalikanlah semula perilaku yang baik itu, yang dididik dari kecil oleh tangan halus Si Ibu dan suara penyayang Si Ayah...

Hanya kerana Sebiji Epal :~~~

Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.

Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.

Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu.

Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan daripada Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju menikahi Puteri Syeikh Abdullah.

Pd malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihatkan seorang wanita yg cantik berada dlm bilik itu, Abu Salleh segera beredar keluar menuju ketmpat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yang menceroboh masuk ke kamar tindurnya. Syeikh Abdullah tersenyum sendiri dan berkata...

":Wahai Abu Salleh.. mmg itulah isterimu, yakni puetriku.. Ummu Khair Fatimah.. Ku katakan dia lumpuh krn dia tdk pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta krn tidak pernah melihat perkara haram, tuli krn tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah berkata perkara yang sia-sia..."

Bersyukurlah Abu Salleh itu, atas anugerah yg tak terhingga, hikmah daripada sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT keatas dirinya. Hasil drpd perkahwinan pasangan soleh ini maka lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dr keturuna Rasulullah SAW yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau dikenali dgn gelaran "MAHYUDDIN" bermaksud "Yang Menghidupkan Agama"

~~Ya Allah lindungilah hambaMu ini agar menjaga diri seperti Puteri Syeikh Abdullah itu.. tidak digambarkan secantik bidadari Syurga pada zahirnya, akan tetapi secantik dan semulia akhlak Siti Fatimah Az Zahra' Puteri Rasulullah...~~ Amin...

Tuesday, August 9, 2011

Kekasih Hati Bertemu di Awal Ramadhan

Salam... Syukur Alhamdulillah menjadikan sy setabah ini... menjadikan sy sekuat ini menempuhi hari-hari di sini.. Melalui pelbagai dugaan dengan penuh ketenangan... Cinta sy tidak pernah terhenti untuk MU... Malah lebih yakin dengan apa yang telah dilalui... Sejak sy mencari kebenaran disebati sejatinya makana cinta itu... SEJUJURnya tidak pernah sy kesali apabila di TAKDIR kan ALLAH, GAGAL dalam percintaan sesama manusia ini... namun apa yg sy kesali KENAPA sy turutkan kata HATI mencintai seseorang sebelum tiba masanya...Ya Allah Ya Tuhan... SesungguNYA sy telah telah menidak ketentuanMU.. ASTGHFIRULLAH HAL A'ZIM.... Ampunkan dosa2 ini Ya Allah... Sesungguhnya sy tidak perlu menyesali... bersyukur kerana dipilih melalui ujian ini.. dan sekurang-kurangnya sujud kpdMU menjadi tempat sy mengadu segalanya.. ALHAMDULILLAH...

Sejak Ramadhan ini, sy dapat rasa kesejukan hati.. terlalu damai hati ini... YA ALLAH terlalu syg sy padaMU... kekalkan lah cinta ini hingga ke akhirnya... Semikan lah ia agar bersinar selalu... cerita-cerita didalam KALAM Mu menjadi peneman hidup kini... Ia lah NOVEL terbaik yg pernah sy baca.. Terlalu byk cerita pedoman, perjalanan hidup, pegangan agama... ALHAMDULILLAH.. Sasaran sy agar dipermulaan Ramadhan hingga ke hujung nyawa sy berakhir dengan beulang kali sy menamatkan KALAM Mu itu.. InsyaALLAH.... SEMIKANLAH>> BAJAI LAH>> CINTA INI>>>>> KEKASIHKU RABBUL IZZATI.....

Friday, August 5, 2011

Menu-menu Simple Ramadhan

Salam........ Taddaaaaa..... Entry kali saje sy post masakan-masakan yang simple buatan sy sempena Ramadhan...

Disebabkan hari ni cuti, sy dah start wat kuih raye, heheheh.. saje-saje nak test..
"Popia Horlick Gulung..."
Ringkas dan mudah!!!




Ni plak "Puding Swiss Role"..
Role nya kecil2 je.... sbb x suka banyak rasa kek dalam puding..



Yang ni sambal turun temurun orang pahang... cikgu-cikgu kat sekolah pun dah menggilai sambal ni.. hehehe
"Sambal Hitam"


"Pasta Goreng ala si cumel"
heheheheh

"Sambal Tumis Tempoyak Ikan Bilis"


Dan... "Kerabu Epal"


Sekian dulu... nanti saya akan upload lg pic di masa akan datang... Tarrra....

Thursday, August 4, 2011

Erti Puasa Buat "Mereka"

Salam... Semoga semua masih lagi bersemangat meneruskan ibadah puasa.. InsyaAllah... Amin Ya Allah... Entry kali saya ingin kongsi telatah si kecil menghayati ibadah puasa... Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia.. Setiap perkara sunat yang lakukan pahalanya bersamaan dengan ibadah-ibadah wajib seperti mana bulan-bulan yang lain.. Menjadi suatu perkara sunat bagi umat Islam mendidik si kecil menjalani ibadah puasa.. Bulan Ramadhan merupakan sesi latihan atau dalam erti kata sebenar melatih kita dalam menghasilkan jiwa yang bertakwa disisiNya InsyaAllah...

Menyentuh amalan dan latihan berpuasa pada golongan kanak-kanak, Rasulullah menyuruh ibu bapa melatih anak-anak mengerjakan soat walaupun masih belum mencapai usia baligh.. Hal yang demikian bagi memastikan kanak-kanak terlatih dan terbiasa dengan kewajipan bersolat sebelum diwajibkan keatas mereka, maka begitu jugalah amalan berpuasa.

Kini merupakan hari keempat diawal Ramadhan.. Kesungguhan kanak-kanak disekeliling sy menjalani ibadah puasa menyebabkan sy mengingati kisah sewaktu sy diusia mereka.. He3.. tergelak sendirian.. Jika dahulu dizaman kanak-kanak, pantang sahaja cuaca panas sedikit, pastinya akan request kat mak " nak pergi mandi perigi WAN" atau nak pergi mandi TERIS ABANG UCI or WAN TI"... hehehehe macam itik jumpa air.. reramai segerombolan kanak-kanak yang balik mengaji akan terjun teris (sungai kecil)...

Berbalik cerita dan situasi sy kini berdepan dengan macam-macam kerenah dan gelagat si kecil disekolah.. Tertawa sendiri...hehehehe... ada yang puasa sebab orang lain puasa, ada juga sebab nak dapat duit raya lebih, ada juga yang memang terlatih puasa sebab nak dapat pahala nak masuk syurga... Tersenyum saya mendengar jawapan itu... Jadual P&P sy di tahun 1 kebanyakannya diwaktu jam 10-12 tgh hari.. waktu-waktu kita bagi yang dewasa ni sekali pun menikmati tidur yang nyenyak.. hehehe.. x sampai hati nak bagi tugasan yang berlebihan kepada mereka...

Pernah satu ketika jam menunjukkan 12.15 tgh hari, sedang sy melaksanakan P&P bagi kemahiran "istima' " iaitu mendengar kalimah-kalimah dan menyebut secara berkumpulan, tiba-tiba sy mendapati seorang kanak-kanak ini dah terlentok... pensil dan kertas masih lagi ditangannya.. Alahai NABIL syg... tertidur... sungguh tak sampai hati nak kejut.. Tp terpaksa kejut, nanti ketinggalan pula dalam pelajaran lagi la kesian... TERGELAK satu kelas melihatkan sy mengejutkan Nabil yg terlalu lena itu... " Muallimah.. Nabil memang selalu tidur waktu-waktu begini"... Aiiishh.... gelagat si kecil ...


Dan.... 1perkara yg lucu ketika hari kedua puasa.. Ada seoarng murid datang menghampiri meja saya sambil menangis.... huhuhhu... " Muallimah.. kito tok sei, tp dio mari jugok... batal doh pose kito" ... sy tanya dia, kenapa cakap mcm tu? sbb ape??? "kito KENTUT muallimah...." hahahahaha mereka2 ni.. npe slalu wat sy gelak.... aduyai... "Tak batal syg... pose awak x batal" huhuhu... menahan gelak sy memujuk si kecil ni...

Monday, August 1, 2011

The Best BIG

Salam.... Salam ukhwah didalam keberkatan Ramadhan.. Moga kita semua terus bersemangat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah wajib disampingnya.. Ramadhan kali ini, sy cukup teruja.. Mengejar CINTA dari NYA... "Ya Allah andai Engkau telah tetapkan hanya CINTA MU sahaja yang dapat ku dambarkan, Sesungguhnya aku lah hambaMU yang paing bersyukur atas rahmat dan nikmat Mu itu..." Buat semua umat Islam di seluruh dunia... sy mendoakan agar kita semua dapat menyempurnakan ibadah ini sebaik mungkin InsyaAllah...

Seminggu lepas sy meninggalkan dunia yg penuh dengan warna warni tanpa menyedari yang sebenarnya dihujung hiruk pikuk manusia, terdapat sebuah keindahan yang pastinya belum semua orang temui.. Alhamdulillah sekali lagi.. diberikan peluang menikmati pemandangan alam ciptaanMu Ya Allah.. Subhanallah.. Cantik!!! Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang Terengganu.. Pemandangan Hutan yang tebal menyebabkan sy asyik dengannya.. sungguh menakjubkan... 4 hari 3 malam di Hutan Simpanan Sekayu.. Menyimpan sebuah cerita suka dan duka bagi Perserta Program Bina Insan Guru~Guru-guru KPLI-jQAF ambilan Jan 2011 (group 2)..

Bermacam aktiviti, kongsi segala pengalaman, segala kemahiran, segala suara, segala tenaga... Jujur sy akui hati sy pernah berbelah bahagi seperti mana post sy yang terdahulu.. "HATI ANTARA DUA".. Namun setelah sy lalui kepahitan dan kemanisan itu, dan... inilah yg saya ingin katakan, tidak sedikit pun rase menyesal terlintas dihati andai sy tidak ke KEM Motivasi di TOK BALI.. dan sy akan rasa lebih menyesal sekiranya sy tidak pergi ke Taman Pertanian ini... Begitu meninggalkan sejuta kemanisan.. Andai diberikan peluang untuk kesana lagi, InsyaAllah jawapan Ya!!! penuh kepastian itu yang akan sy berikan...

Pengalaman memanjat bukit Hutan Simpanan Taman Pertanian Sekayu ini memang mencabar..Dari dulu lagi aktviti lasak menjadi pilihan sy, tetapi sejak menyimpan sedikit "lebihan2" di badan ini menyebabkan sy rasa malas!! heheheh.. Dan setelah sy melaluinya semula insyaAllah ianya akan sy jadikan sebagai hobi pada masa akan datang..TEKAD!! 7 jam Perjalanan didalam hutan.. Melalui kesukaran memanjat kaki bukit hingga ke air terjun Sekayu tingkat ke 4... Curam bukit yang terlalu bahaya.. Lutut bertemu dagu sewaktu mendaki.. Subhanallah... Pelbagai bentuk ciptaanMu.. Tidak merasai sedikit kepenatan... Malah sy terlalu asyik dengan keindahan ALAM SEMULA JADI.. Suatu perkara lagi, tiada seekor pacat dan lintah pun yang melekat ditubuh sy seperti mana rakan-rakan lain.. Menjerit bagaikan terjumpa sang ular, rupanya hanya seekor pacat.. heheheh.. pengalaman juga buat mereka...

Keesokan harinya kami diajar cara menggunakan Jaket Keselamatan (BA) dan "water confident" di Tasik Taman Pertanian Sekayu ini.. Kedalaman tasik sedalam 40 kaki ini menyebabkan ramai peserta yang pada mulanya hampir menangis, namun hanya5 minit berada didalam air, suasana bertukar dari suara jeritan2 peserta kepada arahan Kem Komandan... Bagi sy ini adalah pengalaman ke tiga menjalani aktviti air ini.. dengan sedikit pengalaman itu sy boleh membantu rakan-rakan lain yg masih "baru" dengan suasana ini... dari pukul 8 pagi hingga 2 ptg berada didalam air... seharusnya urat-urat menjadi kecut... Sewaktu jam 2 ptg itu sy terasa seperti sedikit kemabukan... ngeeee~~~ mungkin terlalu lama berendam.. Namun Alhamdulillah tidak memudaratkan..

Andai ditanya dimana cinta sy kini, akan sy berikan jawapan yg pasti itu "SEGALA KEINDAHAN, SEGALA KEMANISAN, SEGALA RASA SAYANG AKAN KELUARGA DAN KERJAYA~~ ITULAH CINTA SAYA"

Friday, July 22, 2011

Hati di Antara Dua...

Salam.. Syukur Ya Allah kerana diberikan peluang untuk masih bernafas dikala ini.. Alhamdulillah di panjatkan ke atas segala RahmatMu.. Menginsafi diri akan hadirnya waktu yang begitu bermakna buat kita yang bergelar manusia. Memanfaat dengan sebaik mungkin selagi masih diperlukan khidmat ini.. Ya Allah sesungguhnya saya berterima kasih kepada semua yang memberikan dan menyuntik kata-kata semangat untuk teruskan perjuangan sebagai mukminah yang berbakti kepada AGAMA ISLAM ini...

Cinta saya pada bakti masyarakat ini sejak dahulu lagi.. sejak bersama-sama belia kg, sejak bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat, sejak menjadi siswi.... dan kerana itulah saya meneruskan langkah ini agar berseiringan dengan masyarakat sekeliling membentuk MUTIARA dan PERMATA ISLAM yang masih kecil ini kearah jati diri yang luhur.. Saya akui khidmat sukarelawan ini takkan pernah hilang walau dimana saya berada, selagi mereka masih ingin terus mendengar bingkisan hati dan suntikan jiwa buat panduan menerajui kehidupan akan datang.. Sekadar berkongsi pandangan, pengalaman dan nasihat. Mengharapkan cukup hanya setitik perubahan dalam diri mereka.

Hati di antara DUA.. Antara kewajipan untuk kerjaya dan cintanya saya kepada kerja sosial ini.. Dua-dua ada kepentingannya. Yang pertama pada 24 hingga 28 ini saya terpaksa menghadiri satu program yang telah di wajibkan kepada pelajar KPLI jQAF (Diploma Perguruan) setiap Institut Pendidikan Guru, iaitu BIG (Bina Insan Guru) di Kuala Berang Terengganu. Ianya merupakan satu kewajipan yang tidak boleh tidak ditolak oleh setiap pelajr. WAJIB HADIR..

Yang kedua, Program Kem Motivasi Kecemerlangan dan Kem Remaja Addin ( untuk Pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sri Bemban Kota Bharu, yang akan diadakan pada 24 dan 25 Julai di Tok Bali... Sungguh hati berbelah bagi.. Bukan kerana apa, Modul dan Kertas kerja ini adalah di hasilkan oleh saya sendiri berdasarkan pengalaman menjadi Fasilitator di bawah JKM dahulu.. Aduhai hati sesungguhnya relakanlah segalanya agar dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Saya meminta pertolongan 2 orang pelajar praktikum IPG Kota Bharu, cikgu Ikmal dan Fadhli serta dua orang guru pembimbing saya yang akan turut serta bersama-sama murid tahun 6 menggantikan saya bagi melancarkan program. Taklimat ringkas dan penyediaan bahan-bahan material telah saya uruskan dengan sebaik mungkin.. Mengharapkan agar fasa pertama ini berjalan dengan lancar bagi memudahkan perjalanan program untuk fasa kedua nanti insyaAllah.. Doakan mereka..

Tuesday, July 12, 2011

Memotivasikan Diri...........

My new life…. Salam Alaika….. Semoga hari-hari kini benar-benar mematangkan kita… Tahniah… buat mereka-mereka yang masih menyemai cinta sesama manusia tidak melebihi cinta kepada Allah…. Alhamdulillah.. Moga Rahmat Allah itu selalu ada untuk kita.. Pengorbanan cinta dunia untuk cinta di akhirat lebih bererti… Syukur Ya Rabb…Memilih saya sebagai sebahagian darinya untuk mengharungi segala ujian yang penuh berliku ini… Pernah juga dulu saya selalu memikir.. Kenapa sy???? Kenapa sy yg harus mengharungi ujian seberat ini… Jawapan yg selalu kekal dan memotovasikan sy… “Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya…- AlBaqarah 286… InsyaAllah menjadi pegangan dan bimbingan buat sy hari ini, seterusnya akan datang…

Alhamdulillah.. sememangnya saya mensyukuri nikmat yang Allah berikan ini.. inilah yang dikatakan Rahmat Allah… Alhamdulillah…Menjalani kehidupan sebagai pendidik, dengan pelbagai cabaran memanusiakan manusia ini… Sungguh tercabar rasanya andai berdepan dengan kerenah anak-anak yang tersedia dari kecilnya “dibesarkan” dan “dimatangkan” dengan pendidikan guru. Dengan menyibukan diri, sedikit sebanyak saya dapat melupakan apa yang telah mengganggu fikiran saya sejak akhir-akhir ini.. Mungkin hanya godaan perasaan dan jiwa yang tidak matang menyebabkan ianya “bermain semula “ dengan emosi saya.. Namun, sy harus tawakal dan REDHA dengan segala ketentuan Allah.. Faiza azamta fayatawakkal a’lallah… buat apa la sy menyibukkan diri dengan segala urusan Allah itu, sedangkan telah tertulis segala ketentuannya.. sebagai hamba sy harus Redha.. InsyaAllah…

Memasuki penggal kedua persekolahan.. terlalu sibuk mengatur perlaksanaan KSSR (Bahasa Arab).. Walaupun masih hanya guru pelatih, namun Guru Besar telah memberikan kepercayaan kepada sy menyelaras pengajaran dn pembelajaran KSSR (Bahasa Arab) bagi murid tahun 1 2011 di sekolah ini. Beberapa kursus di PPD Kota Bharu yang telah sy ikuti, bagi memastikan pelaksanaan ini berjalan dengan licin dan teratur.. Alhamdulillah, murid-murid banyak membantu sy dalam melaksanakan program ini. Mereka nampaknya mudah mengikuti pembelajaran ini. Minggu ini sy membawa anak-anak murid bermain “dekcop” (ketinting).. Dengan setiap lompatan dan langkah dikira dalam bilangan Arab.. bersungguh mereka.. sehingga sy hampir terduduk melihat seorang murid ini mengira.. di sebabkan terbitnya perasaan tidak sabar untuk bermain, “Wahid!! Ismail!!!.... hahahahaha….. aduhai… anak-anak.. kalian membuatkan sy lupa apa yg berlaku disekeliling… Wahid! Ithnani! Thalathah! Arba’ah!!... Muallimah.. seronoknya hari ni… nanti boleh kita main lagi??? Boleh… tapi dengan syarat, awak semua mesti dengar cakap sy, mesti siapkan homework sy.. boleh???? InsyaAllah Muallimah… bika bika bikallah..!!!! Sy sayang kalian… Disinilah kasih sy tertumpah…

Alhamdulillah.. hujung tahun ni ada “perjanjian:” yang akan termetrai… Ikatan kasih dari salah seorang ahli keluarga sy.. InsyaAllah.. moga dalam Redha Allah.. Keingginan si ibu akan termakbul dari doanya menginginkan “orang baru” hadir dirumahnya… Alhamdulillah mak.. doa mak termakbul juga… KeGILAan sy dan Cik Lieya mengatur persiapan moga berjalan lancar.. Sorry la yer abg.. di sebabkan kami berdua ni terLEBIH kreatif.. hikhikhik Pink Purple jadi pilihan… aduyai.. menggeleng kepala si adik… Kakakku yg MENTAL katanya… hikhik.. Apa-apa pun senyuman merupakan hadiah terbaik buat mereka-mereka disekeliling, sehinggakan kita dapat mehilangkan segala kekusutan yg berlaku… InsyaAllah…. So, Senyumlah selalu…

Ketulusan Hati

Sedih ku sakitku.. kuterima..

Ku rela kupasrah jalanku

Ini suratan aku dicuba

Demi rahmat mu ku memohon

Ya Allah, redhai ketulusan hati

Ya Allah beri aku ketabahan

Ya Allah aku sanggup berkorban

Demi rahmat Mu Ya Allah..

Di dunia yg sarat kudoa

Ku mohon dosa ku ampunkan

Ingin bahagia dunia akhirat

Turunkan rahmatmu untukku

Ya Allah, redhai ketulusan hati

Ya Allah beri aku ketabahan

Ya Allah aku sanggup berkorban

Demi RahmatMu YaAllah…

Ya Allah, redhai ketulusan hati

Ya Allah beri aku ketabahan

Ya Allah, redhai ketulusan hati

Ya Allah beri aku ketabahan

Ya Allah aku sanggup berkorban

Demi Rahmat Mu YaAllah…

Friday, July 1, 2011

Kisah Kita...wmv



Yup... Akan terus sabar menanti.. ANDAI JODOH ANTARA KITA...

I can smile..:)

Salam... Alhamdulillah.. syukur dipanjatkan... Moga sentiasa dalam redhaNya.. mencintai, menyayangi adalah milikNya.. kita manusia hanya sebagai peminjam sementara.. Hanya sementara.. tak akan kekal.. satu perkara yg menjadi sebak dan sayu seketika tatkala menerima berita ketika sedang berchatting dengan ADIK.. sungguh sebak.. sayu.. tak tertahan-tahan air mata ni.. tp apa kan daya.. kerana itu adalah keputusannya.. keputusan utk masa depannya.. berharap saat itu dia memilih kerana imannya, dan bukan kerana detik hati... Dan saat itu juga saya hanya mampu berdoa, moga dia bahagia dengan jalan yang ditemuinya... Kiriman sms yg terakhir kalinya menyebabkan sy terpaksa rase melepaskan segala kenangan yg pernah dilalui bersama... Namun..... untuk yng kesekian kalinya, terima kasih untuk penjelasan itu.. saya hanya mampu tersenyum... dan terus tersenyum... benarlah kata mak, jgn terburu-buru mengatakan seseorang itu begitu begini... dengarlah penjelasannya dulu... kini hati mampu tersenyum.. terima kasih untuk dia...

Tuesday, June 28, 2011

Hanya kerana ALLAH

Saling mencintailah hanya kerana Allah,
Saling menyayangilah hanya kerana Allah,
Saling membahagiakanlah hanya kerana Allah,
kerana Allah lah yang dapat menumbuhkan rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan itu..

Sunday, June 26, 2011

Pengubat RINDU

Salam... Sunyi itu hanya suatu perasaan, hanya suatu gangguan hati.. Kadang-kadang kita rosak hati bila terlalu memikirkan sunyi itu.. Saya akui, bila saya sunyi saya rindu, rindu pada semua orang yang selalu menceriakan saya... Rindu pada gurauan-gurauan, rindu pada gelak tawa.. Sememangnya R.I.N.D.U. .... dan Rindu itulah menyebabkan kita berfikir sesuatu diluar jangkaannya...

Tak kira rindu pada ape pun, untuk hilangkannya, sy suka dengan hobi saya, membawa diri ke suatu tempat.. Ditemani sang periuk, sudu, senduk, gelas, pinggan, bawang, cili, tempoyak, ikan, asam, sawi, lobak, garam, gula dan sebagainya... Saya rasa teruja dengan "mereka" ini.. Macam-macam perkara yg boleh lakukan dengan memetik suiz dapur.. Ikutkan rase yang sendiri punya suka.. hikhikhik...

Bila tekak rase ala-ala kampung, sambal ikan bilis tempoyak, ikan patin atau tenggiri masak asam tempoyak, sambal hitam (belimbing rebus), gulai lemak pucuk ubi masak cili padi dan macam-macam lagi.. Kalau tibe-tibe rsa nak makan benda berkuah, saya suka masak mi sup, tom yam dan pencuci mulut pudin cocktail.. Agak-agak nak makan western saya akan cuba masakan-masakan seperti makaroni, spagheti.. sedap x sedap tu lain kira. Yang penting saya cuba.. :)... setiap kali masak mesti bagi orang sebelah sikit.. heheh sebabnya tinggal berdua, mana la nak habis.. Nak masak sikit x berbaloi, wat rugi gas jer.. kuikuikui..

Ape-ape pun, sebenarnya dengan merajinkan diri ke dapur ni adalah satu latihan agar tidak kekok bila melangkah ke alam rumahtangga.. Tak kira la buat siapa-siapa sekali pun lelaki atau perempuan.. Tetapi yang lebih utamanya kaum hawa lah.. sinonim dengan masakan. Bagi saya sesuatu yg memalukan jika lelaki yang mendahului kepakaran dalam masakan.. Oleh itu, sehebat manapun, sebijak manapun, ilmu di dapur jangan lah di pandang remeh.. Perut sang lelaki harus dijaga dengan air tangan wanita itu sendiri :) Dan setiap kali sy memasak gulai tempoyak ikan patin, pasti sy akan merindui sesorang yg pernah merasai masakan tersebut dgn air tangan sy sendiri..