CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Thursday, April 21, 2011

Istilah “Sayang” kita Rasa dihargai…

Salam.. Salam Rindu kasih dah sayang... ”Sayang, sayang sayang sayang???? Sayang saaayang sayang.. sayang sayang sayang????” Perkataan atau istilah sayang... Banyak makna disebaliknya... kita akan rasa lebih dihargai dengan istilah ini...

SAYANG~~ sentiasa saya gunakan dalam P&P.. mencuba sesuatu yang berkaitan dgn psikologi manusia.. kanak-kanak yang saya dekati lebih tercenderung kepada perkara yang berkaitan dengan emosi.. setiap kali memulakan kelas, pasti anak-anak kecil ini akan menunujukkan minat untuk belajar sesuatu yang baru.. saya mengambil pendekatan emosi dan menzahirkannya melalui perlakuan mereka dalam menyiapkan lembaran kerja yang diberikan... anak-anak ini kelihatan sangat2 dihargai dan teruja apabila saya memanggil mereka sayang... tersenyum dengan kemanjaan mereka.. namun adakalanya saya juga bertegas tetapi tetap ada istilah sayang..

Dengan istilah ini juga, bukan sahaja mereka dihargai malah saya juga turut merasai kasih itu.. moga-moga berpanjangan.. Sehinggakan apabila saya melalui kaki lima kelas anak-anak ini, pasti akan terjeritnya panggilan untuk saya.. kadang-kadang segan juga dibuatnya, mana tidaknya guru masih di hadapan, mereka tetap mengerling kearah saya.. ”Muallimah, muallimah, muallimah...” heheheheh.. Tatkala saya memberikan lembaran kerja, pasti pujian ini yang akan diberikan.. Toiyyyib!!! Mumtaz!!! Muallimah Saaayang kamu~~~ berderet-deret la senyum mereka~~~ Muallimah sayang kito....~~~ hikhik anak-anak.. pintar dan bijak..

Bagi anak-anak yang berada di kelas yang hujung sekali, istilah ini boleh dikatakan setiap ayat saya gunakan.. mereka memerlukan keprihatinan yang lebih.. contohnya.. ~~~ ”baiklah muallimah nak sayang semua siapkan mewarna gambar ni, cantik-cantik... siapa yang warna cantik-cantik muallimah saaaayang dia lebih~~ dengan mendepakan tangan untuk menggambarkan sayangnya saya.. melalui kaedah ini mereka lebih bersungguh menyiapkan kerja-kerja yang diberikan... Dalam ramai-ramai anak2 ini ada seorang daripada mereka merupakan anak seorang pendidik di sekolah ini. Ketika pertemuan dikantin, anak kecil ini berlari untuk mendapatkan ibunya.. menyedari wujudnya saya disitu, terus dia memberi tahu ibunya~~ mama, mama, ni la cikgu yang kita kata baik tu, dia sayang kita mama, kita suka dia sebab dia comel dan baik~~~ hehehehe.. budak2 layan kan aje la... malu juga saya waktu tu, rase nak menyorok bawah tudung saji pun ade... hik3

Di kesempatan ini juga ingin saya titipkan sesuatu, penggunaan istilah ini sebenarnya penting bagi mewujudkan kasih itu, tak kiralah buat mak ayah~ mereka akan jadi lebih sihat, buat adik beradik mereka akan lebih rapat dengan kita, buat saudara mara akan teguhnya sebuah ikatan persaudaraan itu, dan buat pasangan~~~ semestinya akan rasa dihargai~~ memanglah boleh dikatakan seperti tidak manis, tetapi penggunaan tu bertempat dan tidak melanggar syariat .. bertapa pentingnya kasih sayang itu dalam Islam.. Allah menyayangi orang yang berkasih sayang ~

~~ Sabda Rasulullah SAW {sesungguhnya Allah menyayangi hamba-hambanya yang berkasih sayang} riwayat al-Bukhari.~~~

Dan sabda Rasulullah juga~~
~~ Barang sesiapa yang tidak mahu menyayangi, tidak akan disayangi~~~

p/s~~ dan yang teramat penting saya suka dengan perkataan ini... S.A.Y.A.N.G >_<

Tuesday, April 19, 2011

Thanks Sir Yong

Salam.. Bagaikan bertahun2 saya rasa tinggal disini.. keakraban dengan guru-guru disini.. seperti adik beradik, abang, dan kakak.. banyak yg telah di kongsi.. Dan jutaan terima kasih buat Mr Yong Anuar bin Ibrahim.. U are very gud person for me.. banyak nasihat yang diberikan untuk sy.. seperti nasihat seorang ayah.. terharu juga dibuatnya.. keprihatinan sir membuatkan sy agak terkilan apabila masa amat mencemburui kita.. mujur sempat juga sir merasai air tangan sy, gulai tempoyak ikan patin.. dan kesempatan yang berharga ini, sy titipkan ucapan selamat bersara buat Tn Hj Yong Anuar b Ibrahim.. moga sir dapat menikmati kemanisannya setelah sekian lama menatap wajah-wajah permata negara ini... >_<

Monday, April 18, 2011

____=_=_____

Salam.. Sepi itu tenang.. Yup!! Betul tu Ika.. >_< setuju sangat.. Tenang.. bila sendirian... Untuk sekian kalinya, sy memohon agar dikosongkan hati ini melainkan RINDU akan YANG MAHA ESA serta keluarga terCINTA… Tiada perkataan lain yang dapat di ungkapkan selain Thanks God.. Syukur dipanjatkan kerana sekali lagi memberikan saya petunjuk yang TERBAIK.. TERBAIK hanya dariMU.. Begitu lah sy, andai hati ini selalu berkata dua dalam satu, berkata perlukan jawapan yang pasti.. hanya Allah tempat terbaik yang sy mengadu..

Maaf buat insan-insan yang pernah saya lukai, untuk dia yang pernah menjadi kekasih hati, untuk mereka yang pernah cuba mendekati, untuk kawan-kawan yang seringkali disakiti.. Maaf yang tak terhingga.. sy manusia biasa.. tak lari dari kesilapan seorang hamba..Andai ada perkara yang masih belum sy jelaskan mohon jasa kalian menemui saya.. baik dari segi harta benda mahupun perkataan yang tak sampai kedasar kalimahnya..

Saturday, April 2, 2011

"Someone"

Salam.. Heheheh.. sorry sgt sbb dah dalam 3 hari ni mood turun naik.. terbang tinggi jauh hilang..ntah kemana pergi.. hik3.. kadang-kadang ok, kadang tidak.. bukan kerana masalah yg sering di hadapi perempuan.. ntah la.. memang tak tahu kenapa saya jadi sedemikian.. hati rase tak tenang jer.. lama duduk di tikar sejadah mengharapkan jawapan.. namun Allah tak izin kan jawapan itu.. saya akur meneruskan aktiviti harian seperti biasa.. bersama anak-anak murid yang pelbagai keletahnnya..

Hampir seminggu melatih sekumpulan anak gadis (murid-murid SK Sri Bemban ) ni.. Seminggu bersama kedegilan dan kemanjaan mereka.. aduhai.. kadang-kadang rase malas nak ngaku sekampung dengan Dato Siti ni.. heheheh.. x pasal-pasal kena melatih mereka bernasyid.. mujur jenis ade suara jugak (aiiyak!! masuk bakul angkat sendiri).. InsyaAllah dengan amanah ini sy bersama pimpinan yang lain (guru-guru jQAF seramai 4 orang ini) akan cuba meletakkan SK Sri Bemban Johan Nasyid MTQ 2011.. InsyaAllah.. siapa yg tak mengharapkan kemenangan.. namun sekiranya rezeki tidak memihak kepada kami, istilah REDHA itu harus di terima.. menang kalah adat pertandingan.. tetapi untuk permulaan ini kemenangan yang kami harapkan.. moga Allah permudahkan.. Amin YA Robb...

Semalam juga ada seseorang telah menghantar message kepada sy.. "siapa someone yang dimaksudkan didalam blog adah tu" cepat betul berubah hati.. saya hanya mampu tersenyum.. hehehe >_< aduhai.. "someone" tu x semestinya seorang lelaki, yang telah menggantikan sesorang sebelum ini.. Telah sy akui sy sukar untuk menerima sesorang dalam masa terdekat.. tipu la jika sy katakan perasaan sayang tu dah hilang dari hati ini... namun sy sedang berusaha mengubahkannya kepada sayang seorang kawan.. berusaha untuk melupakan apa yang terjadi.. Ya masih lagi berusaha..memang agak sukar, lebih2 lagi sy perempuan.. sy harus kuat dan redha dengan takdir Allah.. berbalik kepada someone tu.. dia adalah kawan yang agak terdekat dengan sy buat masa ini.. yang banyak bagi kekuatan kepada sy sepanjang sy menempuhinya seorang diri disini.. menjadi contoh muslimah yang kuat sepertinya itu sy impikan.. hehehe.. masih lagi tergelak kecil.. >_<

Tabiat Yg Tak Boleh Hilang

Salam... Ukhwah fillah.. >_< membaca, menyelami, mengikuti, menghayati.. penuh emosi suka dan duka... itu lah saya.. seorang yg gemar membaca.. ape jua buku, majalah, novel.. kerohanian, keagamaan, cinta, kasih sayang, fiksyen.. semua itu beringan bersama saya sepanjang menyelusuri umur kanak-kanak hinggalah kedewasaan ini... Banyak pengalaman yang dikutip melalui pembacaan... Sedikit sebanyak mengikut tabiat ayah.. Ayah suka membaca.. bahan bacaan pertama yang dia pernah berikan kepada sy.. majalah DIAN.. tulisan jawi.. heheheh..ketika itu hari-hari mengeja tulisan jawi.. almaklumlah kanak-kanak lagi.. semakin remaja, ayah gemar membeli majalah Al-Islam, Mastika, Anis untuk bacaan kami.. sehingga la ayah mewujudkan suatu sudut bacaan untuk kami.. pelbagai buku, majalah, komik diletakkan.. Dan ketika saat ini sy sudah mengumpul hampir 1 almari kecil, yang terisinya., novel, buku-buku ilmu dan majalah (Islamic dan hiburan)hak milik saya sendiri.. >_< kadang-kadang bila difikirkan kembali, sebenarnya dengan banyak membacalah sy berdiri ke tahap ini...Thanks Ayah... orang yang sentiasa menanam kan minat membaca dalam diri ini.. InsyaAllah.. Tak kan pernah padam.. Tak kan pernah hilang... Dan semalam novel terkini yang sy perolehi dari pesta buku.. HIJAB CINTA.. tak habis lagi baca.. sbb terpaksa menyiapkan beberapa kerja2 sampingan yang lain... Ape2 pun untuk tatapan semua.. tanamlah minat membaca.. dengan membaca kita dapat perolehi walau setitik ilmu >_<