CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Friday, August 31, 2012

I'm back ^___________^

Assalamualaikum.. Alhamdulillah sy panjatkan puji ke hadrat Ilahi, yg telah membimbing sy, sehingga sy temui jalan keredhaan dalam tuntutan seorang muslim.. Berbulan-bulan lamanya sy tinggalkan laman blog ini.. ada keinginan di lubuk hati untuk menulis, ade keinginan dilubuk hati untuk berbicara.. namun hanya keinginan, hanya perancangan, tp tidak dapat dilaksanakan..

Wamakaru wamakarullah, wallahu khairul makirin.
 " kita merancang, Allah juga merancang tp perancangan Allah lebih baik"

Alhamdulillah.. sy masih disini.. masih kekal menjadi seorang insan yg akan terus bertaqwa kepada Allah, menjadi seorang anak yg terus berbakti kepada orang tua.. Ya Rabb indahnya aturan hidup Mu. menjadikan sy sekuat dan setabah yg mungkin dalam menempuh ujian Mu. Syukur dipanjatkan, setelah keputusan kursus keluar sy telah selamat menjalani acara Konvokesyen 2012 Institut Pendidikan Guru Malaysia yg berlangsung di Perbadanan Putrajaya pada Julai yg lalu.. Diploma perguruan yg sy perolehi bg KPLI jQAF sesuatu yg membuatkan sy kagum dgn diri sendiri.. malah sy tau dan kenal diri sendiri. Alhamdulillah.. :)
Sepanjang Ramadhan yg lepas, sy bersyukur krn dapat berpeluang menjalani sepenuhnya ibadah puasa bersama kedua org tua sy.. MAK dan AYAH.. Ya Rabb sekali lagi sy menatapkan kesyukuran itu.. Terdetik dan terniat dihati sebenarnya, pada tahun hadapan, sy berkeinginan untuk berpuasa dan berhari raya di Masjidil Haram.. Subhanallah jika engkau perkenan kan, kesyukuran yg tak terhingga atas kebesaran MU.. Semoga Engkau sempurnakan niat hambaMu ini.. InsyaAllah :)

Sudah hampir 2 minggu kita semua sebagai umat Islam meraikan dan mensyukuri nikmat kebesaranMU.. kemeriahan kaum keluarga sy turut menjadi salah satu perkara wajib... Bagi setiap tahun, kami semua akan mengadakan majlis pertemuan keluarga sebelah ayah, iaitu HJ Uda dan Hjh Mah.. dah menjadi rutin bagi kami untuk rasai kemeriahan itu.. Dan pada tahun ini, buat pertama kalinya Majlis Pertemuan dan Pengumpulan Ahli Keluarga Hj Akher dan Hamsiah di rumah kami..keluarga ini melibatkan kaum kerabat sy di sebelah Mak.. perhimpunan besar 3 keluarga itu, berjaya menghimpuan hampir 80 org.. kami sempat bergambar beramai-ramai.. terpancar keseronokan di wajah mereka. :)
Sesuatu yg ingin sy kongsi disini.. menyatakan tanda syukur dan redha atas setiap ketentuanNya.. bertapa Allah mendengar bisikan hati ini, bertapa Allah kasih pada hambaNya ini, bertapa Allah kenal dan tahu kehendak hati ini.. Tatkala rakan-rakan lain telah lama mencipta dan memiliki sebuah keluarga, sy masih berseorangan disini.. Namun dalam hati ini bertapa sy bersyukur tanda gembira, kerana Allah yg menjaga sy sebelum sy menjadi hak seseorang.. 

Ya Tuhan, sesungguhnya dengan setiap penetapan Mu, aku redha, dan sesungguhnya redha ku ini, ade sesuatu yg terbaik yg telah engkau tetapkan.. Syukran Ya Rabb.. :)