CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Sunday, January 31, 2010

^_^

Nota cinta lama

kujadikan lagu

walau tidak seindah

bisik kata yang kau beri

tetap dalam hati

siang malam menanti

tak jemu aku di buai kerinduan

belum pernah ada getaran sebegini

memang benar aku

dilanda cinta kepadamu

bercahaya hidupku dalam taman cinta

sehingga segalanya seperti pelangi

kau sambutlah rinduku

jangan lepas lagi

ku patri setia seteguh kasihmu

buatku

kini kutemui

insan yang kusayangi

sentiasa disisi

bagai bintang berseri

tak jemu aku di buai kerinduan

belum pernah ada getaran sebegini

memang benar aku

dilanda cinta kepadamu

bercahaya hidupku dalam taman cinta

sehingga segalanya seperti pelangi

kau sambutlah rinduku

jangan lepas lagi

ku patri setia seteguh kasihmu

buatku

hanya satu jawapan

engkau berikan

bisa kurasa segala rahsia asmara

kau pesona cinta yang membawa

bahagia

bercahaya hidupku dalam taman cinta

sehingga segalanya seperti pelangi

kau sambutlah rinduku

jangan lepas lagi

ku patri setia seteguh kasihmu

buatku

Thursday, January 28, 2010

macam-macam


Salam.. Mggu ni sy blk kampung lg.. heheheheh.. tiap2 mggu ade kat kg.. tp mggu ni blk sebab umah sepupu sy abg mie (ayah cik sumie) kenduri.. lgpun ade beberapa "perkara" yg nak dibincangkan dengan family... inginkan restu dri semua pihak dan nak minta pendapat dari semua org yg sygi.. Ape-ape pun kena tanya family.. kan3? sbbnyer ttg mase depan... ^_^

Td pergi tgk member kat spital.. masuk wad sbb kesan xcident mggu lepas.. selaput paru2 dia dah pecah.. adoiya sakitnyer.. dah masuk udara dah dalam tu.. tu yg kena keluarkan.. hurm.. tp kesan xcident tu nak dijadikan punca je.. sbb utmanya adalah rokok.. ni la sbbnye sy x berapa suke org merokok.. tp abg2 sy semua perokok.. sy xtau dah nak ckp cmne.. nasihat, perli2, bkn x bg sokongan malah berganda-ganda sokongan tu..sbb utk kebaikan.. tp sume x jalan.. bkn apa, kalo kesannya tu nnti kat diorg, tertanggung la jgk sebab kedegilannya punca diri diorg sendiri.. Tp kalo dah terkesan pada org lain, terutama org2 yang berada disekeliling.. isteri, mak ayah, anak2.. sy penah dengar orang yang menghidu asap rokok mengalami kesan yang lebih teruk daripada yang menghisap rokok? kes ni terjadi disebabkan orang lelaki yang merokok, dan orang pempuan terpaksa menghidu asap rokok tersebut. sebab tu dah banyak tempat dijadikan kawasan larangan merokok sekarang ni. orang yang isap rokok bukan saja membahayakan dirinya sendiri, malah membahayakan orang lain juga.. hurm.. pikir2kan la kan..

Sunday, January 17, 2010

Mock Trial!!!!

Salam. Dengan kecerian dan hari-hari yang penuh dengan semangat.. Dah lame saya tak menulis diblog ni.. Banyak tugas-tugas yang kena selesaikan dulu, sumenya berkaitan dengan subjek yang saya ambil semester ni. Walau penat sekali pun saya mesti siapkan tugas-tugas itu.

Sepatutnya minggu ni saya balik kampung, kena buat temubual dengan Pegawai Agama Islam Daerah Lipis berkaitan dengan Pengurusan Penceraian Di Daerah Lipis, ianya merupakan tajuk tesis saya. Tapi terpaksa saya batalkan disaat akhir sebabnya terlampau sibuk. Bayangkanlah saya terpaksa berjaga malam untuk siapkan sume pliding.

Kesibukkan itu turut di rasai oleh kengkawan saya, baik group (Mal) mahupun group (Jenayah). Isnin lepas kami dapat satu kes yang melibatkan Kes Khalwat di bawah seksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Puan Azizah ( Ketua Jabatan / Lecture Islamic Law Evidence) minta kami buat mock trial (perbicaraan olok-olok) sekali dengan pliding( dokumen-dokumen Mahkamah) yang ada kaitan dengan kes tersebut. Puan juga menekankan kami memandang serius terhadap aspek keterangan (samada Baiyyinah, Syahadah, Iqrar dan lain2) mengikut group masing-masing. Sy telah ditugaskan untuk menyiapkan pliding dan dalam mock trial, saya kena jd pendaftar .

Adoiyya.. Penat sgt2.. bayangkan, kadang-kadang tak tidur malam, nak pastikan pliding ngan fakta kes betul. Dah la sebelum ni kami tak pernah dapat kes jenayah, hanya mal sahaja yang kami selalu praktikkan. Untuk prosedur Jenayah kami hanya tahu basic dan teori saja.

Mujur la Allah panjangkan langkah kami, pergi berjumpa dengan Pendakwa Syarie Negeri Selangor di Jabatan Agama Islam Selangor, En Syafezan bin Rusly. Dia merupakan ex-KUIS. Saya, Alif, Zulfah, Umie dan Baby pergi ke JAIS. Dengan tujuan kami bleh dapatkan maklumat dan prosiding perbicaraan jenayah.. Kami ke bahagian Pendakwaan JAIS. Seronok dan bangga tgk Syafezan. Dia mmg ade bakat dan gaya seorang Pendakwa Syarie. Teringin nak jadi macam dia. Tp masih lagi byk yang perlu sy lalui. Tidak kedekut walau sedikit, Syafezan banyak bantu kami. Semua ilmu yang diamalkan dikongsi bersama. Tq Syafezan!!

Balik je dari JAIS, kami terus berkongsi maklumat dengan kengkawan yang lain. Menyiapkan apa yang patut. Hurm.. agak stress gak saya dalam seminggu ni.. Tapi semua tu perlu dan mesti sy lalui gak.. Mesti ade semangat!!

Hurm.. mata kami masing-masing dah lebam.. dah macam kena tumbuk pun ade.. Sy dapat rest cume pada hari Khamis tu je.. Hari ni pun curi-curi masa nak masuk blog.. hehehe.. sori Alif, yang penting pliding, saya dah siapkan hekhekhekhek… Ape pun gud luck pada sume kawan2.. hope kite dapat buat yang terbaik!!!

Dulu sy takut untuk pergi kearah yang lebih jauh dalam bidang undang-undang ni.. Tapi bile dah blaja dah tau camne prosedurnye, seronok juga. Cume kena korbankan masa dan jiwa aje la.. Walaupun undang-undang penuh dengan prosedur dan etikanya, tapi juga melibatkan banyak emosi dan memerlukan lebih banyak kekuatan untuk mengharunginya terutama dalam bidang undang-undang Syarie ni. Insyaallah.. jika ini adalah jalan untuk saya mencapai kejayaan, sy akan harungi juga.. Insyaallah..

Monday, January 4, 2010

^_^

Ku membenarkan jiwaku
Untuk menCINTAimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
BELUM pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku TERTUNGGU

Di hatiku MASIH kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku BUKAN terbaik
Untuk dirimu

Namun aku TETAP aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk meRINDUimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu HARAPANku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu SAJA

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai SYURGA
Aku menunggu CINTA darimu
Agar ku SEMPURNA

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu