CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Friday, July 22, 2011

Hati di Antara Dua...

Salam.. Syukur Ya Allah kerana diberikan peluang untuk masih bernafas dikala ini.. Alhamdulillah di panjatkan ke atas segala RahmatMu.. Menginsafi diri akan hadirnya waktu yang begitu bermakna buat kita yang bergelar manusia. Memanfaat dengan sebaik mungkin selagi masih diperlukan khidmat ini.. Ya Allah sesungguhnya saya berterima kasih kepada semua yang memberikan dan menyuntik kata-kata semangat untuk teruskan perjuangan sebagai mukminah yang berbakti kepada AGAMA ISLAM ini...

Cinta saya pada bakti masyarakat ini sejak dahulu lagi.. sejak bersama-sama belia kg, sejak bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat, sejak menjadi siswi.... dan kerana itulah saya meneruskan langkah ini agar berseiringan dengan masyarakat sekeliling membentuk MUTIARA dan PERMATA ISLAM yang masih kecil ini kearah jati diri yang luhur.. Saya akui khidmat sukarelawan ini takkan pernah hilang walau dimana saya berada, selagi mereka masih ingin terus mendengar bingkisan hati dan suntikan jiwa buat panduan menerajui kehidupan akan datang.. Sekadar berkongsi pandangan, pengalaman dan nasihat. Mengharapkan cukup hanya setitik perubahan dalam diri mereka.

Hati di antara DUA.. Antara kewajipan untuk kerjaya dan cintanya saya kepada kerja sosial ini.. Dua-dua ada kepentingannya. Yang pertama pada 24 hingga 28 ini saya terpaksa menghadiri satu program yang telah di wajibkan kepada pelajar KPLI jQAF (Diploma Perguruan) setiap Institut Pendidikan Guru, iaitu BIG (Bina Insan Guru) di Kuala Berang Terengganu. Ianya merupakan satu kewajipan yang tidak boleh tidak ditolak oleh setiap pelajr. WAJIB HADIR..

Yang kedua, Program Kem Motivasi Kecemerlangan dan Kem Remaja Addin ( untuk Pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sri Bemban Kota Bharu, yang akan diadakan pada 24 dan 25 Julai di Tok Bali... Sungguh hati berbelah bagi.. Bukan kerana apa, Modul dan Kertas kerja ini adalah di hasilkan oleh saya sendiri berdasarkan pengalaman menjadi Fasilitator di bawah JKM dahulu.. Aduhai hati sesungguhnya relakanlah segalanya agar dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Saya meminta pertolongan 2 orang pelajar praktikum IPG Kota Bharu, cikgu Ikmal dan Fadhli serta dua orang guru pembimbing saya yang akan turut serta bersama-sama murid tahun 6 menggantikan saya bagi melancarkan program. Taklimat ringkas dan penyediaan bahan-bahan material telah saya uruskan dengan sebaik mungkin.. Mengharapkan agar fasa pertama ini berjalan dengan lancar bagi memudahkan perjalanan program untuk fasa kedua nanti insyaAllah.. Doakan mereka..

0 comments: