CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Tuesday, July 12, 2011

Memotivasikan Diri...........

My new life…. Salam Alaika….. Semoga hari-hari kini benar-benar mematangkan kita… Tahniah… buat mereka-mereka yang masih menyemai cinta sesama manusia tidak melebihi cinta kepada Allah…. Alhamdulillah.. Moga Rahmat Allah itu selalu ada untuk kita.. Pengorbanan cinta dunia untuk cinta di akhirat lebih bererti… Syukur Ya Rabb…Memilih saya sebagai sebahagian darinya untuk mengharungi segala ujian yang penuh berliku ini… Pernah juga dulu saya selalu memikir.. Kenapa sy???? Kenapa sy yg harus mengharungi ujian seberat ini… Jawapan yg selalu kekal dan memotovasikan sy… “Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya…- AlBaqarah 286… InsyaAllah menjadi pegangan dan bimbingan buat sy hari ini, seterusnya akan datang…

Alhamdulillah.. sememangnya saya mensyukuri nikmat yang Allah berikan ini.. inilah yang dikatakan Rahmat Allah… Alhamdulillah…Menjalani kehidupan sebagai pendidik, dengan pelbagai cabaran memanusiakan manusia ini… Sungguh tercabar rasanya andai berdepan dengan kerenah anak-anak yang tersedia dari kecilnya “dibesarkan” dan “dimatangkan” dengan pendidikan guru. Dengan menyibukan diri, sedikit sebanyak saya dapat melupakan apa yang telah mengganggu fikiran saya sejak akhir-akhir ini.. Mungkin hanya godaan perasaan dan jiwa yang tidak matang menyebabkan ianya “bermain semula “ dengan emosi saya.. Namun, sy harus tawakal dan REDHA dengan segala ketentuan Allah.. Faiza azamta fayatawakkal a’lallah… buat apa la sy menyibukkan diri dengan segala urusan Allah itu, sedangkan telah tertulis segala ketentuannya.. sebagai hamba sy harus Redha.. InsyaAllah…

Memasuki penggal kedua persekolahan.. terlalu sibuk mengatur perlaksanaan KSSR (Bahasa Arab).. Walaupun masih hanya guru pelatih, namun Guru Besar telah memberikan kepercayaan kepada sy menyelaras pengajaran dn pembelajaran KSSR (Bahasa Arab) bagi murid tahun 1 2011 di sekolah ini. Beberapa kursus di PPD Kota Bharu yang telah sy ikuti, bagi memastikan pelaksanaan ini berjalan dengan licin dan teratur.. Alhamdulillah, murid-murid banyak membantu sy dalam melaksanakan program ini. Mereka nampaknya mudah mengikuti pembelajaran ini. Minggu ini sy membawa anak-anak murid bermain “dekcop” (ketinting).. Dengan setiap lompatan dan langkah dikira dalam bilangan Arab.. bersungguh mereka.. sehingga sy hampir terduduk melihat seorang murid ini mengira.. di sebabkan terbitnya perasaan tidak sabar untuk bermain, “Wahid!! Ismail!!!.... hahahahaha….. aduhai… anak-anak.. kalian membuatkan sy lupa apa yg berlaku disekeliling… Wahid! Ithnani! Thalathah! Arba’ah!!... Muallimah.. seronoknya hari ni… nanti boleh kita main lagi??? Boleh… tapi dengan syarat, awak semua mesti dengar cakap sy, mesti siapkan homework sy.. boleh???? InsyaAllah Muallimah… bika bika bikallah..!!!! Sy sayang kalian… Disinilah kasih sy tertumpah…

Alhamdulillah.. hujung tahun ni ada “perjanjian:” yang akan termetrai… Ikatan kasih dari salah seorang ahli keluarga sy.. InsyaAllah.. moga dalam Redha Allah.. Keingginan si ibu akan termakbul dari doanya menginginkan “orang baru” hadir dirumahnya… Alhamdulillah mak.. doa mak termakbul juga… KeGILAan sy dan Cik Lieya mengatur persiapan moga berjalan lancar.. Sorry la yer abg.. di sebabkan kami berdua ni terLEBIH kreatif.. hikhikhik Pink Purple jadi pilihan… aduyai.. menggeleng kepala si adik… Kakakku yg MENTAL katanya… hikhik.. Apa-apa pun senyuman merupakan hadiah terbaik buat mereka-mereka disekeliling, sehinggakan kita dapat mehilangkan segala kekusutan yg berlaku… InsyaAllah…. So, Senyumlah selalu…

0 comments: