CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Monday, September 28, 2009

Bangunan Baru, Padang Rosak...

Salam.. hari ni sy berkesempatan utk postkan isu ni.. Terkilan rase hati bila melihatkan beberapa keadaan yang berlaku di sekeliling. Berlaku depan mata sendiri.. Rumah sy bersebelahan dengan sekolah. Hari2 saya tengok perkara ni berlaku.. Ni baru permulaan, x tau la ape akan terjadi bila sampai penghujungnya...

Hmm padang sekolah... dulunya tempat berkumpul orang ramai melihat wayang gambar, bersukan, dan macam2 lagi..Setiap kali ada keramaian mesti kat padang sekolah, dan pernah juga padang sekolah menjadi bukti apabila Kampung Relong dinobatkan sebagai Johan bagi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Pahang tahun 2005. Bangga betul masa tu.. Sbbnya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana usaha kami sebilangan lagi ahli jawatankuasa teknikal bagi gerak kerja untuk menyiapkan buku profil bagi Anugerah Desa Cemerlang tu ( Saya, Amin, Kakak Ija, Cdah, Tok Awie, Pak Busu Sahak, Kak ja, Lieya, Wady, Along Rizal , Abg. Upi , Angah dan Sila- sanggup tak tidur malam, berjaga menyiapkan data-data dan maklumat bagi Kampung Relong dalam tempoh dua minggu) .. Softcopy nya masih lagi dalam simpanan saya sekarang..

Mengenai apa yang berlaku sekarang, perlaksanaan projek bangunan baru bagi Sekolah Kebangsaan Relong.. Mmglah akan bagi keselesaan pada murid-murid akan datang untuk menuntut ilmu, tapi segala struktur binaan yang menjadi kenangan pada hampir semua penduduk kampung relong hilang begitu sahaja, Sudahlah bangunan lama dirobohkan, malah bukit berhampiran kantin sekolah juga ditarah sedikit demi sedikit.. Bagi saya, dulunya Sekolah Relong merupakan sekolah yang paling cantik dari segi struktur bangunannya. Tapi kini segalanya diubah.. Hmm yang menjadi lebih terkilannya bukan setakat bangunan, malah logo sekolah pun diubah... Kenapa la jadi begini sejak pentadbiran baru mengambil alih pengurusannya.. Semuanya adalah nilai sejarah..


Kenangan Sekolah Kebangsaan Relong 2003


Sekarang, bila projek berjalan, tiada lagi riuh rendah golongan belia main bola sepak waktu petang, kalau ada pun bola tampar, tu pun jarang2... Tak de lagi kemeriahan bersukan di Padang Sekolah Kebangsaan Relong, kadang-kadang umpama menggalakkan lagi golongan ini melepak tanpa melakukan sebarang aktiviti di waktu petang.. Sepanjang projek dilaksanakan, padang sekolah digunakan untuk mengangkut tanah dengan menggunakan lori.. Rosak padang jadinya..Bayangkanlah selama mana ianya akan dilaksanakan.. Hmm pikir2 kan lah...

Disini saya ada juga selitkan lagu sekolah kebangsaan relong yang diterjemahkan dari bahasa jepun kepada bahasa melayu sewaktu zaman jepun. Lagu ni saya dapat dari video yang dirakamkan sebelum bangunan kayu (warna merah) dirobohkan. Dalam video tersebut turut kelihatan Tn Hj Zahari Uda, Tn Hj Yusof Ibrahim, Dato’ Hj Hashim bin Idrus, Tn Hj Md Dahan bin Husin, Tn Hj Husin bin Mohamed, Tn Hj Ishak bin Mahudin, Tn Hj Mat, Tn Hj Md Ludin, En. Ishak bin Mohamed dan beberapa orang lagi.



Kampung Relong Sekolah Kampungnya Kita
Tempat Sembahyang Ilmu dan Cita-cita
Sebarang Kerja buat lah bersama
Itu jadi pedoman hidup kita
Mari mari sama-sama mara
Berpunca dari sekolah kita
Berkerja sama-sama ria
Kerana Negeri dan Bangsa kita

Syawal Datang Lagi..














Salam Aidilfitri.. Dah seminggu Syawal berlalu. Syukur atas nikmatNya kerana sekali lagi diberi peluang menyambut Syawal dengan meriahnya..

Tahun ni merupakan tahun yang cukup meriah buat family saya. Sejak penghujung Ramadhan lg kami sudah berkumpul bersame, menikmati juadah berbuka . Sudah menjadi kebiasaan di malam raya, rumah saya akan dipenuhi oleh orang ramai yang masih belum menunaikan kewajipan untuk membayar zakat fitrah. Hampir 35 tahun Ayah telah di lantik menjadi AMIL bagi kawasan kampung relong melebihi usia saya, iaitu sejak tahun 1974. Setiap kali malam raya, kami akan menyediakan pelbagai juadah, antaranya ketupat, lemang, rendang, mee gorang, ayam goreng ala KFC, dan kuih muih. Walaupun penat melayan tetamu yang datang, kami tetap gembira..

Sok nye seawal 6.30 pagi kami mula bersiap2.. melihatkan kerenah anak-anak buah, saya teringatkan zaman kecil2 dulu. Betapa gembira dan terujanya menyambut Syawal.. Baju baru, kasut baru, semua baru.. Huhu.. seronok sangat!! Setelah selesai bersiap, kami sekeluarga bermaafan antara satu sama lain. Bergambar beramai2.. So sweet, gambar tahun ni.. Kelakar tgk gmbar anak-anak buah yang ramai tu.. Mcm2 peel... Pastu Sembahyang raya.. Selepas sembahyang, sekali lagi kami berkumpul, di pusara arwah Wan sebelah ayah dan mak.. Kami bersyukur sbbnyer pusara kedua-duanya bersebelahan. Ramai juga yang join skali tahlil di pusara arwah, termasuklah ahli keluarga sebelah ayah.

Selepas sumenya selesai, kami terus pulang ke rumah.. Dan memang menjadi kebiasaan juga buat saya, tidak akan berjalan di hari raya pertama, sgt ramai orang, tak menang tangan. Orang ramai datang bersilih ganti, dari pagi sampai la ke petang.. Umpama wat rumah terbuka plak.. huhu.. sgt penat, tapi seronok.. sbb dpt rase kemeriahan Syawal setiap kali menjelma...

Malam tu sekali lagi cucu cicit Mah Uda berkumpul. Setiap kali berkumpul saya Mayah, Abg Upi akan ditugaskan menyediakan slide dan segala teknikal utk Majlis malam tu.. Mengumpul gambar2 lame, mengedit dan mempersembahkan slide utk sume.. tapi, utk kali ni ianya adalah hasil sentuhan Cik Mayah.. Saya cume bagi idea utk lagu dan sedikit kata2.. sbb nye komitmen utk final exam ari tu lebih penting.. akan datang sentuhan saya pula.

Acara malam tu di mulakan dengan tahlil, seramai lebih kurang 100 lebih, bapa dan mak sedara, anak-anak buah, sepupu sepapat, ipar duai keturunan cucu cicit Mah Uda berkumpul. Sayu seketika bacaan tahlil pada malam tu.. Lepas tu ada ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis, iaitu Abg Mie.. Pastu Beh Ri ( bapa sedara saya yang bongsu) bagi ucapan sebab dia tuan rumah.. Ucapan dia sgt bermakna malam tu.. siap ade pantun2... Thanks ya Beh sedia kan sate untuk kami malam tu. Pastu, kami persembahkan tayangan slide yang disediakan.. sedih sgt sbb terkenangkan yang dah lame pergi. Tapi semuanya diingatan kami.. selepas tayangan slide acara yang di tunggu2 makan!!! Macam2 cerita bila berkumpul bersama. Setelah siap2 makan, semua anak2 buah, sepupu sepapat yang masih belajar diminta untuk berbaris.. termasuklah yang paling tua(yang masih belajar), nana, kak ibah dan saya.. kami masih dapat duit raye.dan inilah tahun terakhir kami dapat duit raye. Tahun depan kalo adae rezeki giliran kami utk bagi pula.. malam tu je hampir RM80 ringgit.. huhu terharu... Malam tu, kemeriahan ditambah lagi dengan letupan bunga api.. ala-ala cam time sambut merdeka kat KLCC tu.. sngt meriah.. Hmm. Memori ni akan di kenang sampai bila-bila.. Dan tradisi berkumpul cucu cicit Mah Uda akan sentiasa dia lakukan sehingga kami masih lagi bergelar CUCU CICIT MAH UDA... Insyaallah...

Tuesday, September 15, 2009

Hari-hari terakhir Ramadhan...

Tinggal beberape hari je lagi kita berada di bulan Ramadhan dan ia akan meninggalkan kita seperti tahun-tahun sudah. Cepat rasanya masa berlalu. Seakan tak percaya sekarang ni kita dah berada betul-betul di penghujung Ramadhan. Ramadhan bagaikan baru sahaja bermula tapi hakikatnya, ia sudah mahu melabuhkan tirainya. Rebutlah peluang yang hanya tinggal beberape hari je lagi.. Sama2 lah kita mengingati antara satu sama lain, dan amalkan lah ibadah yang berbaki dengan sebaik mungkin..

Andainya ini Ramadhan terakhir…mudah-mudahan Allah terima puasa kita dan ibadah-ibadah lainnya. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa-dosa kita dan melimpahi kita dengan rahmatNya. Mudah-mudahan tarbiyyah yang sebulan cuma mampu untuk membentuk kita menjadi insan yang bertaqwa. Dan mudah-mudahan juga ibadat yang menjadi amalan di bulan Ramadhan ini akan berterusan diamalkan untuk 11 bulan yang lain. Insyallah..

Sunday, September 6, 2009

Saya Kena Kuat!!!



Salam.. Dah lame x update blog.. Hari ni cuti, so b’kesempatan la update blog ni.. Hmm, smlm tepon mak, mak masih lagi kat wad.. x bleh kuar lagi.. darah tinggi dan kencing manis masih x stabil.. so, mak masih lagi kena tahan kata wad. Mak sabar ye.. mungkin ini dugaan untuk kita time bulan pose ni.. x pe mak, selagi kita berpegang dengan qada’ dan qadar Nya Insyaallah Dia bersama kita.. Saya doakan mak cepat sembuh.. Raye dah nak dekat.. Semoga raye tahun ni lebih meriah .. Amin..


Hmm.. ade 3 paper lagi.. Amalan Guaman Syarie dengan As- Siyasah Syariah.. Pastu mggu depam Nizam Al- Qada’.. Sume sbjek yg menakutkan.. Susah.. kena banyak baca.. Sbb tu x dpt nak balik mggu ni.. nak lawat mak.. Hari2 ingat mak.. Bkn x nak balik, tp kena tumpu pada final exam..Kesian Ayah Long Kakak n Adik.. Diorg je yg kena ulang alik ke spital.. Skang ni ayah mesti lagi sibuk, nak kena jalankan tanggungjawab dia sebagai Amil lagi, nak kena kutip zakat fitrah, nak jenguk mak kat spital lagi.. Kesian gak kat ayah.. Cmne la hari2 ayah tanpa mak, time buka pose, time sahur..Mmg la anak2 yg lain ada, tp mesti tak senang duduk jg bile mak masih lagi kat wad.. hmm... xpe.. ayah kan seorang yang tabah.. macam2 dugaan yang pernah ayah terima, dengan kerenah anak2, masyarakat dan sebagainya.. xkanlah dugaan sebegini ayah tak boleh jadi sekuat dulu.. Insyaallah.. Allah akan sentiasa bersama kita.. Amin..

Hmm, saya?? Mesti kena jadi sekuat mak dan ayah, setabah mak dan ayah..Perkara2 yg tak penting, kena tolak tepi.. beri perhatian pada apa yang dinginkan, dan perkara yang wajib di laksanakan.. Kuatkan iman tabahkan hati.. Berpegang pada ape yang sentiasa seorang muslimah lakukan, cipta kejayaan bukan hanya untuk diri sendiri, tapi untuk semua orang, selagi berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.. Ya!! Saya kena kuat..!!