CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Monday, August 15, 2011

Poligami : Pandangan LELAKI vs WANITA

Salam.. masih memberikan ruang-ruang waktu menyelinap disebalik fikrah manusia.. Menjelajah segala pelusuk perasaan hati dan jiwa insan yang sejenis dengan sy dan juga bukan sejenis.. LELAKI vs WANITA dalam isu dan pendapat mengenai POLIGAMI.. Kata KUNCI untuk entry kali ini ~~REDHA~~

Pernah kalian semua terfikir apakah yg dikatakan TAKDIR Allah?? Takdir ini boleh diertikan dengan sesuatu perkara yang telah terjadi atas kuasa dan kehendah Allah Taala itu sendiri..

Baiklah berbalik kpd Isu POLIGAMI.. sesuatu perkara yg menyebabkan kaum wanita boleh bertelagah andai tidak memahami konsep sebenar poligami.. Seharian sy bersama seorang Ustaz mengupas dan membincangkan isu ini ekoran pembacaan dan ulasan Ustaz ni mengenai buku nurkilan FATIMA SYARHA ~~ "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul".. buku ini milik peribadi sy, sengaja diberikan pinjam kepada Ustaz ini melihat sejauh mana dia mengulas buku tersebut...

Ulasannya, " Buku ini bagus, mmg bagus dan 1 sahaja yg kurang.... Cuba Adah pikir..." Puas sy mencari semula kekurangan buku tersebut.. Namun semua jawapan diberikan adalah kurang tepat... Jawapannya... "sifat cemburu wanita itu hanya untuk bidadari Syurga"... tersenyum sy dengan jawapan tersebut.. Yup sememangnya penulis tidak mengulas sifat cemburu akan wanita lain yg boleh dikatakan sebagai LUMRAH ALAM cemburu seorang wanita kpd wanita yg lain seperti cemburunya Isteri Baginda Rasulullah... Itulah sifat seorang manusia, tidak boleh lari dr sifat itu walaupun hanya secalit dan mungkin cuma cemburu dalam kebaikan..

Ustaz bertanya kan sy mengenai POLIGAMI... Dan dengan pantas dan segeranya sy menjawab.. Sy setuju dengan POLIGAMI selagi ianya tidak memberikan kezaliman kepada kaum HAWA... dan jika diberikan peluang untuk berpoligami sy setuju andai ditakdirkan suami sy berkahwin lain demi kebaikannya dan juga ISLAM itu sendiri. Namun saya akui jauh disudut hati sy, untuk berada dikedudukan isteri ke2, ke3 atau ke4..mungkin tidak sama sekali.. Setujunya sy bila berpoligami ini bila sy ditakdirkan menjadi isteri pertama.. Tak snggup rasanya meletakkan diri di tempat kedua-ketiga-atau yang keempat... Seolah-olah merampas.. "MEMBINA KEBAHAGIAAN DIATAS KEDUKAAN ORANG LAIN.. Sungguh!! Tak Sanggup ustaz...

Tergelak ustaz melihatkan saya bersungguhan menjawab persoalan itu... "Adah, perbetulkan semula apa yg Adah katakan itu..." Bukan merampas~~ PERKONGSIAN HIDUP~ Dengan adanya ISTILAH KONGSI... kita memberikan peluang agar kasih syang itu tersemat dan tersebar bukan hanya untuk kedua-dua pasangan, malah untuk beberapa orang... Rasulullah sendiri pernah bersabda, drpd segi Harta dan Nafkah sememangnya sama rata.. tetapi belum pasti mengenai jiwa dan perasaan wanita yg menerima..

Poligami bukan sahaja dipandang dr sudut fiqah sahaja, tetapi harus dinilai dr sudut kemanusiaan.. Nisbah 1:8 Lelaki:wanita dapat menjadikan masalah-masalh kini dapat diselesaikan dengan teratur.. Contohnya mengembangkan zuriat, membantu janda-janda yang kematian suami, membantu wanita yg sukar mencari pasangan hidup, mengelakkan zina dan sebagainya... Insyaallah dengan adanya REDHA itu segalanya dipermudahkan... " Apabila kita REDHA dengan TAKDIR ALLAH nescaya ALLAH REDHA dengan kehidupan kita..

Namun, jauh juga disudut hati sy walaupun bersetuju dengan POLIGAMI, seandainya Allah ketemukan sy dengan seseorang biarlah pasangan sy itu yg hanya mencintai Allah, Rasul, Kedua ibubapanya dan isterinya yang SEORANG ini sahaja.. tetapi, jika dia masih berkendakkan yang lain, SAYA REDHA hehhehehe... insyaAllah.....

Lumpuh Buta Tuli & Bisu..

Salam... Salam Ramadhan.. Izin kan sy skali lagi menceriakan hidup kalian dengan kisah-kisah umat manusia yang tersendiri... Pelbagai cerita, pengalaman yang boleh dijadikan panduan untuk pedoman hidup.. Kisah ini mengingatkan saya tatkala sy berusia 12 tahun.. Pemberian buku oleh seorang Ayah yang mungkin sebenarnya ada tersirat suatu permintaan didalamnya.. Agar sy menjadi seperti Puteri itu..KERANA SEBIJI EPAL.. Buku ni buku bacaan kanak-kanak. Tp ceritanya sampai sekarang sy ingat.. Sentiasa bermain difikiran sy.. Cuma sedikit terkilan tatkala sy hanyut dengan CINTA DUNIA itu sy sedikit dan kurang menjaga tatasusila gadis MUSLIM SEJATI... Ya ALLAH.. Kembalikanlah semula perilaku yang baik itu, yang dididik dari kecil oleh tangan halus Si Ibu dan suara penyayang Si Ayah...

Hanya kerana Sebiji Epal :~~~

Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.

Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.

Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu.

Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan daripada Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju menikahi Puteri Syeikh Abdullah.

Pd malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihatkan seorang wanita yg cantik berada dlm bilik itu, Abu Salleh segera beredar keluar menuju ketmpat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yang menceroboh masuk ke kamar tindurnya. Syeikh Abdullah tersenyum sendiri dan berkata...

":Wahai Abu Salleh.. mmg itulah isterimu, yakni puetriku.. Ummu Khair Fatimah.. Ku katakan dia lumpuh krn dia tdk pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta krn tidak pernah melihat perkara haram, tuli krn tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah berkata perkara yang sia-sia..."

Bersyukurlah Abu Salleh itu, atas anugerah yg tak terhingga, hikmah daripada sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT keatas dirinya. Hasil drpd perkahwinan pasangan soleh ini maka lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dr keturuna Rasulullah SAW yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau dikenali dgn gelaran "MAHYUDDIN" bermaksud "Yang Menghidupkan Agama"

~~Ya Allah lindungilah hambaMu ini agar menjaga diri seperti Puteri Syeikh Abdullah itu.. tidak digambarkan secantik bidadari Syurga pada zahirnya, akan tetapi secantik dan semulia akhlak Siti Fatimah Az Zahra' Puteri Rasulullah...~~ Amin...

Tuesday, August 9, 2011

Kekasih Hati Bertemu di Awal Ramadhan

Salam... Syukur Alhamdulillah menjadikan sy setabah ini... menjadikan sy sekuat ini menempuhi hari-hari di sini.. Melalui pelbagai dugaan dengan penuh ketenangan... Cinta sy tidak pernah terhenti untuk MU... Malah lebih yakin dengan apa yang telah dilalui... Sejak sy mencari kebenaran disebati sejatinya makana cinta itu... SEJUJURnya tidak pernah sy kesali apabila di TAKDIR kan ALLAH, GAGAL dalam percintaan sesama manusia ini... namun apa yg sy kesali KENAPA sy turutkan kata HATI mencintai seseorang sebelum tiba masanya...Ya Allah Ya Tuhan... SesungguNYA sy telah telah menidak ketentuanMU.. ASTGHFIRULLAH HAL A'ZIM.... Ampunkan dosa2 ini Ya Allah... Sesungguhnya sy tidak perlu menyesali... bersyukur kerana dipilih melalui ujian ini.. dan sekurang-kurangnya sujud kpdMU menjadi tempat sy mengadu segalanya.. ALHAMDULILLAH...

Sejak Ramadhan ini, sy dapat rasa kesejukan hati.. terlalu damai hati ini... YA ALLAH terlalu syg sy padaMU... kekalkan lah cinta ini hingga ke akhirnya... Semikan lah ia agar bersinar selalu... cerita-cerita didalam KALAM Mu menjadi peneman hidup kini... Ia lah NOVEL terbaik yg pernah sy baca.. Terlalu byk cerita pedoman, perjalanan hidup, pegangan agama... ALHAMDULILLAH.. Sasaran sy agar dipermulaan Ramadhan hingga ke hujung nyawa sy berakhir dengan beulang kali sy menamatkan KALAM Mu itu.. InsyaALLAH.... SEMIKANLAH>> BAJAI LAH>> CINTA INI>>>>> KEKASIHKU RABBUL IZZATI.....

Friday, August 5, 2011

Menu-menu Simple Ramadhan

Salam........ Taddaaaaa..... Entry kali saje sy post masakan-masakan yang simple buatan sy sempena Ramadhan...

Disebabkan hari ni cuti, sy dah start wat kuih raye, heheheh.. saje-saje nak test..
"Popia Horlick Gulung..."
Ringkas dan mudah!!!




Ni plak "Puding Swiss Role"..
Role nya kecil2 je.... sbb x suka banyak rasa kek dalam puding..



Yang ni sambal turun temurun orang pahang... cikgu-cikgu kat sekolah pun dah menggilai sambal ni.. hehehe
"Sambal Hitam"


"Pasta Goreng ala si cumel"
heheheheh

"Sambal Tumis Tempoyak Ikan Bilis"


Dan... "Kerabu Epal"


Sekian dulu... nanti saya akan upload lg pic di masa akan datang... Tarrra....

Thursday, August 4, 2011

Erti Puasa Buat "Mereka"

Salam... Semoga semua masih lagi bersemangat meneruskan ibadah puasa.. InsyaAllah... Amin Ya Allah... Entry kali saya ingin kongsi telatah si kecil menghayati ibadah puasa... Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia.. Setiap perkara sunat yang lakukan pahalanya bersamaan dengan ibadah-ibadah wajib seperti mana bulan-bulan yang lain.. Menjadi suatu perkara sunat bagi umat Islam mendidik si kecil menjalani ibadah puasa.. Bulan Ramadhan merupakan sesi latihan atau dalam erti kata sebenar melatih kita dalam menghasilkan jiwa yang bertakwa disisiNya InsyaAllah...

Menyentuh amalan dan latihan berpuasa pada golongan kanak-kanak, Rasulullah menyuruh ibu bapa melatih anak-anak mengerjakan soat walaupun masih belum mencapai usia baligh.. Hal yang demikian bagi memastikan kanak-kanak terlatih dan terbiasa dengan kewajipan bersolat sebelum diwajibkan keatas mereka, maka begitu jugalah amalan berpuasa.

Kini merupakan hari keempat diawal Ramadhan.. Kesungguhan kanak-kanak disekeliling sy menjalani ibadah puasa menyebabkan sy mengingati kisah sewaktu sy diusia mereka.. He3.. tergelak sendirian.. Jika dahulu dizaman kanak-kanak, pantang sahaja cuaca panas sedikit, pastinya akan request kat mak " nak pergi mandi perigi WAN" atau nak pergi mandi TERIS ABANG UCI or WAN TI"... hehehehe macam itik jumpa air.. reramai segerombolan kanak-kanak yang balik mengaji akan terjun teris (sungai kecil)...

Berbalik cerita dan situasi sy kini berdepan dengan macam-macam kerenah dan gelagat si kecil disekolah.. Tertawa sendiri...hehehehe... ada yang puasa sebab orang lain puasa, ada juga sebab nak dapat duit raya lebih, ada juga yang memang terlatih puasa sebab nak dapat pahala nak masuk syurga... Tersenyum saya mendengar jawapan itu... Jadual P&P sy di tahun 1 kebanyakannya diwaktu jam 10-12 tgh hari.. waktu-waktu kita bagi yang dewasa ni sekali pun menikmati tidur yang nyenyak.. hehehe.. x sampai hati nak bagi tugasan yang berlebihan kepada mereka...

Pernah satu ketika jam menunjukkan 12.15 tgh hari, sedang sy melaksanakan P&P bagi kemahiran "istima' " iaitu mendengar kalimah-kalimah dan menyebut secara berkumpulan, tiba-tiba sy mendapati seorang kanak-kanak ini dah terlentok... pensil dan kertas masih lagi ditangannya.. Alahai NABIL syg... tertidur... sungguh tak sampai hati nak kejut.. Tp terpaksa kejut, nanti ketinggalan pula dalam pelajaran lagi la kesian... TERGELAK satu kelas melihatkan sy mengejutkan Nabil yg terlalu lena itu... " Muallimah.. Nabil memang selalu tidur waktu-waktu begini"... Aiiishh.... gelagat si kecil ...


Dan.... 1perkara yg lucu ketika hari kedua puasa.. Ada seoarng murid datang menghampiri meja saya sambil menangis.... huhuhhu... " Muallimah.. kito tok sei, tp dio mari jugok... batal doh pose kito" ... sy tanya dia, kenapa cakap mcm tu? sbb ape??? "kito KENTUT muallimah...." hahahahaha mereka2 ni.. npe slalu wat sy gelak.... aduyai... "Tak batal syg... pose awak x batal" huhuhu... menahan gelak sy memujuk si kecil ni...

Monday, August 1, 2011

The Best BIG

Salam.... Salam ukhwah didalam keberkatan Ramadhan.. Moga kita semua terus bersemangat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah wajib disampingnya.. Ramadhan kali ini, sy cukup teruja.. Mengejar CINTA dari NYA... "Ya Allah andai Engkau telah tetapkan hanya CINTA MU sahaja yang dapat ku dambarkan, Sesungguhnya aku lah hambaMU yang paing bersyukur atas rahmat dan nikmat Mu itu..." Buat semua umat Islam di seluruh dunia... sy mendoakan agar kita semua dapat menyempurnakan ibadah ini sebaik mungkin InsyaAllah...

Seminggu lepas sy meninggalkan dunia yg penuh dengan warna warni tanpa menyedari yang sebenarnya dihujung hiruk pikuk manusia, terdapat sebuah keindahan yang pastinya belum semua orang temui.. Alhamdulillah sekali lagi.. diberikan peluang menikmati pemandangan alam ciptaanMu Ya Allah.. Subhanallah.. Cantik!!! Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang Terengganu.. Pemandangan Hutan yang tebal menyebabkan sy asyik dengannya.. sungguh menakjubkan... 4 hari 3 malam di Hutan Simpanan Sekayu.. Menyimpan sebuah cerita suka dan duka bagi Perserta Program Bina Insan Guru~Guru-guru KPLI-jQAF ambilan Jan 2011 (group 2)..

Bermacam aktiviti, kongsi segala pengalaman, segala kemahiran, segala suara, segala tenaga... Jujur sy akui hati sy pernah berbelah bahagi seperti mana post sy yang terdahulu.. "HATI ANTARA DUA".. Namun setelah sy lalui kepahitan dan kemanisan itu, dan... inilah yg saya ingin katakan, tidak sedikit pun rase menyesal terlintas dihati andai sy tidak ke KEM Motivasi di TOK BALI.. dan sy akan rasa lebih menyesal sekiranya sy tidak pergi ke Taman Pertanian ini... Begitu meninggalkan sejuta kemanisan.. Andai diberikan peluang untuk kesana lagi, InsyaAllah jawapan Ya!!! penuh kepastian itu yang akan sy berikan...

Pengalaman memanjat bukit Hutan Simpanan Taman Pertanian Sekayu ini memang mencabar..Dari dulu lagi aktviti lasak menjadi pilihan sy, tetapi sejak menyimpan sedikit "lebihan2" di badan ini menyebabkan sy rasa malas!! heheheh.. Dan setelah sy melaluinya semula insyaAllah ianya akan sy jadikan sebagai hobi pada masa akan datang..TEKAD!! 7 jam Perjalanan didalam hutan.. Melalui kesukaran memanjat kaki bukit hingga ke air terjun Sekayu tingkat ke 4... Curam bukit yang terlalu bahaya.. Lutut bertemu dagu sewaktu mendaki.. Subhanallah... Pelbagai bentuk ciptaanMu.. Tidak merasai sedikit kepenatan... Malah sy terlalu asyik dengan keindahan ALAM SEMULA JADI.. Suatu perkara lagi, tiada seekor pacat dan lintah pun yang melekat ditubuh sy seperti mana rakan-rakan lain.. Menjerit bagaikan terjumpa sang ular, rupanya hanya seekor pacat.. heheheh.. pengalaman juga buat mereka...

Keesokan harinya kami diajar cara menggunakan Jaket Keselamatan (BA) dan "water confident" di Tasik Taman Pertanian Sekayu ini.. Kedalaman tasik sedalam 40 kaki ini menyebabkan ramai peserta yang pada mulanya hampir menangis, namun hanya5 minit berada didalam air, suasana bertukar dari suara jeritan2 peserta kepada arahan Kem Komandan... Bagi sy ini adalah pengalaman ke tiga menjalani aktviti air ini.. dengan sedikit pengalaman itu sy boleh membantu rakan-rakan lain yg masih "baru" dengan suasana ini... dari pukul 8 pagi hingga 2 ptg berada didalam air... seharusnya urat-urat menjadi kecut... Sewaktu jam 2 ptg itu sy terasa seperti sedikit kemabukan... ngeeee~~~ mungkin terlalu lama berendam.. Namun Alhamdulillah tidak memudaratkan..

Andai ditanya dimana cinta sy kini, akan sy berikan jawapan yg pasti itu "SEGALA KEINDAHAN, SEGALA KEMANISAN, SEGALA RASA SAYANG AKAN KELUARGA DAN KERJAYA~~ ITULAH CINTA SAYA"