CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Sunday, February 10, 2013

Mereka Di Dahulukan

Assalamualaikum wbt.. Salam Keberkatan buat semua yang terus di rahmati Allah.. Salam sejahtera dan Selamat Tahun Baru Cina.. Alhamdulillah, terima kasih Allah memberikan nikmat yang tiada yang tiada tandingannya. Keputusan temuduga bagi pengesahan jawatan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran telah keluar. Gembiranya dan bersyukurnya saya, Allah saja yang Maha Mengerti. Tahniah!! Anda Berjaya!! Sujud Syukur menandakan terima kasih atas keagunganMu Ya Rabb..

Cuti persekolahan sempena Tahun Baru Cina, saya ambil kesempatan untuk bersama-sama ayah dan mak.. Ini je peluang yang ada, dikala mereka masih dapat bergurau senda dengan anak-anak.. Sejak usia 18 tahun saya kenal erti berjauhan dengan ayah dan mak.. Erti rindu dengan pelukan dan kasih sayang mereka. Saat-saat kesedihan, saat-saat demam melanda, saat-saat menanti untuk pulang ke kampung..Saya kenal itu semua,, saat-saat tangisan menerjah pabila rindu menusuk jiwa.. Subhanallah, Allah sentiasa menguji saya disaat saya berjuang untuk membawa harapan kedua orang tua saya.. Harapan setinggi gunung, meletakkan ilmu sentiasa setinggi langit, mendaki gunung yang penuh dengan jurang, langkah saya tak pernah terhenti demi sebuah harapan mereka.

Dalam keadaan kejayaan digenggaman ini, mereka sentiasa saya dahulukan.. Cuti di manfaatkan dengan sebaiknya, meringankan beban dan tanggungjawab mereka pula.. Sy menganggumi kedua dua mereka ini, sentiasa di dahulukan, sentiasa kerana mereka.. InsyaAllah, akan terus berbakti, dan berkhidmat untuk mereka sehingga hujung nyawa saya.. Aameen Ya Rabb