CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Wednesday, October 2, 2013

kerana CINTA nya

Assalamualaikum... Alhamdulillah.. masih lg diberikan kesempatan olehnya mengirup udara dan boleh menghela nafas walau seminit cuma. Syukur Allah bagi saya kesempatan untuk meneruskan kerja-kerja menyiapkan persiapan majlis perkahwinan.. Penat... hanya Dia yang tahu... Tapi bila disulam dengan keihklasan insyaallah segalanya akan berakhir dengan Indah.. Maafkan kan saya andai tutur bicara kali ini sedikit berbelit belit... Dua hari saya cuti sakit.. Ambil kesempatan bersama laman blog yang tersayang ni.. Demam semula... Bila sakit, bila ujian melanda tanda Allah sayangkan sy.. Alhamdulillah..

Meniti hari-hari di akhir hidup seorang yang bernama CIK.. sy manfaatkan dengan sebaik mungkin.. Byk ujian yang pernah sy lalui.. Alhamdulillah sejujur nya saya akui sy menerima yang 1000 kali lebih baik dari pada yang pernah sy temui.. Biarpun masih belum ada ikatan halal.. Namun kerana sikap telus, jujur dan ikhlasnya membuatkan sy berterima kasih kepada Allah kerana memberikan sy sejuta pengalaman dalam mencari pengalaman hidup... 

Mohd Hapizul Anuar... Kerana dia sy bertambah yakin untuk teruskan hidup.. kerana semangatnya sy terus bersemangat untuk menjadi lebih berjaya, kerana tanggungjawabnya ibu bapa sy melepaskan helaan nafas yg lega.. kerana AGAMA nya membuatkan sy yakin dan pasti memilihnya... Alhamdulillah... semoga kalian mendoakan hubungan ini kekal selamanya.. insyaAllah..

Tuesday, September 10, 2013

TUNANG

Selamat Bertunang Cik Diri Sendiri.. hik3 dah 3 bulan jadi tunang orang.. Mengharapkan doa dari kalian agar ke SYURGA.






Sunday, February 10, 2013

Mereka Di Dahulukan

Assalamualaikum wbt.. Salam Keberkatan buat semua yang terus di rahmati Allah.. Salam sejahtera dan Selamat Tahun Baru Cina.. Alhamdulillah, terima kasih Allah memberikan nikmat yang tiada yang tiada tandingannya. Keputusan temuduga bagi pengesahan jawatan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran telah keluar. Gembiranya dan bersyukurnya saya, Allah saja yang Maha Mengerti. Tahniah!! Anda Berjaya!! Sujud Syukur menandakan terima kasih atas keagunganMu Ya Rabb..

Cuti persekolahan sempena Tahun Baru Cina, saya ambil kesempatan untuk bersama-sama ayah dan mak.. Ini je peluang yang ada, dikala mereka masih dapat bergurau senda dengan anak-anak.. Sejak usia 18 tahun saya kenal erti berjauhan dengan ayah dan mak.. Erti rindu dengan pelukan dan kasih sayang mereka. Saat-saat kesedihan, saat-saat demam melanda, saat-saat menanti untuk pulang ke kampung..Saya kenal itu semua,, saat-saat tangisan menerjah pabila rindu menusuk jiwa.. Subhanallah, Allah sentiasa menguji saya disaat saya berjuang untuk membawa harapan kedua orang tua saya.. Harapan setinggi gunung, meletakkan ilmu sentiasa setinggi langit, mendaki gunung yang penuh dengan jurang, langkah saya tak pernah terhenti demi sebuah harapan mereka.

Dalam keadaan kejayaan digenggaman ini, mereka sentiasa saya dahulukan.. Cuti di manfaatkan dengan sebaiknya, meringankan beban dan tanggungjawab mereka pula.. Sy menganggumi kedua dua mereka ini, sentiasa di dahulukan, sentiasa kerana mereka.. InsyaAllah, akan terus berbakti, dan berkhidmat untuk mereka sehingga hujung nyawa saya.. Aameen Ya Rabb

Sunday, January 20, 2013

Hanya Satu

Assalamualaikum wbt.. Segalanya untuk hidup ini adalah kerana NYA.. Saya bawa hati dan kekuatan bersama untuk terus melangkah biarpun panas terik tegak berdiri di kepala.. Kekuatan saya adalah keluarga, kelemahan saya airmata.. Ya Rabb hanya Kamu mengetahui segala duka tentang diri ini... namun terus belajar, ini adalah sebaris balasan dosa yang mungkin telah saya lakukan.. Indahnya hari semalam belum tentu menampung dukanya hari ini..

Seharian saya menangis mengenangkan apa yang terjadi. Saya tak pernah diberi peluang untuk melepaskan apa yang terbuku dihati.. Mungkin kali ini saatnya..Apabila diri dicari dari pelbagai sudut.. namun adakalanya bila teringatkan sesuatu, atau itu mungkin penyebabkan kelemahan saya di uji.. saya akur, saya pasrah, saya redha... Redha dengan ujian Mu.. Ya Rabb Tuhan Yang Maha Mengasihani... Berikan diri ini petunjuk agar teurs dibukakan jalan dan pintu untuk terus melangkah.. Hanya satu!!! Hanya Kerana Cinta Pada Mu.... Bantulah saya....

Friday, January 18, 2013

Tanggungjawab yang MESTI di Pertanggungjawabkan

Assalamualaikum wbt.. Semoga hari ini kita terus kuat dan terus berada di bawah rahmatNya. Aameen Ya Rabb. Doakan saya untuk masa ini dan juga masa akan datang. Alhamdulillah. Dah hampir 4 minggu saya bersama anak-anak permata sekolah.. Syukur kepadaNya kerana terus memudahkan urusan saya.

Bersama-sama hari ini, saya di amanahkan memegang tanggugjawab yang agak berat buat saya yang masih baru dalam bidang pendidikan. Setiausaha Panitia Pendidikan Agama Islam dan Setiausaha SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks), Guru Penasihat Puteri Islam. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Jauh di sudut hati saya memikir berat untuk mereka melepaskan saya seandainya kerja-kerja yg diberikan saya selesaikan dengan baik.. Itu mungkin kata hati saya sahaja.. Pernah mendapat saranan dari seorang rakan, kalau nak tukar cepat, jangan buat rajin-rajin, jangan buat pandai-pandai, jangan turutkan arahan..

Owwwhh... itu bukan saya.. dah pesen memang tak reti nak Tak Nak Buat.. Orang suruh taat sahaja.. rase bersalah pada diri dan amanah yang diberikan.. kadang-kadang lebih suka menyibukkan diri dengan kerjaya dari memikirkan tentang diri sendiri (kawen :p) huhuhu bukan tak fikir tentang jodoh di saat usia melewati 28 tahun ni, tapi saya tak mahu memaksa Allah.. Allah lebih Tahu akan diri kita. Bagi saya, andai jodoh dah tertulis untuk saya, Alhamdulillah penerimaan yg tersangat besar hati buat diri saya. yang Penting doa sentiasa kekal di bibir.. ^_____^ Allahurabbi..

Okei berbalik soal kerjaya yang di amanahkan, InsyaAllah dengan segala ilmu dan kesungguhan, saya akan buat yang terbaik.. doakan saya ya!! dan doakan saya juga agar dipermudahkan oleh Allah dalam pertemuan buat yang halal untuk saya.. insyaAllah


Thursday, January 17, 2013

Saya Sukakannya...

Assalamualaikum.. Salam sayang dari saya lagi buat semua.. Terima Kasih untuk tatapan kali ini. Buat diri ini, saya mengucapka tahniah dan syabas.. hehehe sebab ini dah msuk tahun kelima saya berblog.. Kadang-kadang bila baca semula entry-entry yang lepas, terpikir jugak adakah saya yang tulis.. Heheh betullah tu, bicara dari hati, jari jemari hanya bekerja, tapi semua tu datang dari hati.. Alhamdulillah kerana saya masih mampu berdiri kuat disini.. Saya akui segala kekuatan saya adalah datang dari rakan-rakan dan yang terpenting keluarga tercinta.. Syukur ya Allah di atas Nikmat Kurniaan MU. 

Nak celebrate la untuk tahun kelima Cik Bicara Hati Ini ni... Nanti saya belikan cupcake  cheese cake okei.. Hik3... Khas utk  blog yang terCINTA ini.. Ape-ape pun dengan ucapan, semoga lebih harmois, bermanfaat, berilmu... InsyaAllah ... Senyum Sikit ^__________________________________^