CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Wednesday, April 8, 2009

Selamat Hari Lahir Ayah


Assalamualaikum..
Hari ni hari Rabu, 8 April 2008. Hari lahir ayah yg ke 67.. Ptg ni ktorg nak wat doa selamat sket. Lepas asar.. Lagi pun ayah makin sihat.. Kaki pun dah tak bengkak macam dulu lagi, sembelit pun dah tak ada, dan ayah makin ceria.. tak mcm minggu lepas, mungkin masih menahan sakit lagi ketika tu, sbb baru je keluar wad. Skang ayah dah ansur2 bawa keta, sama2 ngan mak g surau untuk solat berjemaah. Tak kira la subuh, zohor dan asar dan kadang2 maghrib isya'.. Semoga hari ini memberi seribu erti lagi kegembiraan buat ayah..

Ayah..
Satu nama yang sangat2 saya banggakan.. Mempunyai sifat penyayang, pemurah, penyabar dan yang paling penting, sentiasa melindungi anak-anaknya tidak kira apa jua masa. Pelbagai dugaan yg menimpa ayah sebelum ni.. Tp ayah tenang dan sabar menempuhinya. Ayah tak pernah pun merungut atau mempersoalkan apa2 pun mengenai nasib dirinya.. Baginya setiap apa yg menimpa merupakan dugaan dari Allah terhadap dirinya.


Ayah..
Seorang yang sgt suke menulis. Semua hasil tulisan disimpan dlm bku2nya. Sy pernah diberikan kebenaran untuk membaca, dan tanpa diduga sy mengalirkan air mata saat membaca tulisannya itu. Ini kerana, ape yg sy baca adalah luahan seorang ayah terhadap anak-anaknya.. Tp ketika itu, sy seorang je yg baca. Malah mak sendiri pun tak diberi peluang itu oleh ayah. Sy tak mampu untuk simpan sorg diri. Sy mohon kebenaran ayah utk bg Long baca, biarlah ada jg anak-anaknya yg lain sedar akan isi hatinya itu. Ayah benarkan. Bkn hanya sy sorg yg menangis. Long pun sebak..


Lepas je pada itu, sy berjanji pd diri ini, agar sentiasa menjaga hati ayah.. Dan sehingga sekarang, apa2 yg sy akan lakukan sy akan bagi tahu ayah.. Mungkin kerana itu jg lah, Allah permudahkan segala urusan sy. Memang benar kata orang, restu ibubapa sangat penting. Andai diberikan peluang, sy ingin abadikan semua penulisan ayah didalam sebuah buku khas yang dicetak. Insyaallah.


Akhir sekali, semoga panjang umur dan sihat selalu untuk Ayah!! Amin..

Tuesday, April 7, 2009

Suara Hati Saya

Alhamdulillah.. Dalam sibuk2 duk m'coret blog td, smpt gak siapkan keje Long sket.. Sambil2 tu berkesempatan gak menjengah jap ruangan khas utk bdk2 SMAPT (batch 98-02).. Jmpa blk kwn2 lme.. Baiey, Pjan, Pizal, Safuan, Nor, Fadzil, Su, Epi , Amri, Peter n Milah.. Tp ramai gak lg yg x join ruangan ni.. Hope ruangan ni akan dpt menyatukan kiter semua..OK???

Hmm.. Sje2 nak kongsi pendapat dengan semua ttg Che Det kiter.. Tahniah untuk Che det sbb kembali semula dalam UMNO.. Harapannya, agar lebih byk lg idea2 yg bernas dari Che Det kesayangan kte ni.. Dari kecil smpai la skang sy telah di didik untuk mengagumi Che Det. Bkn hanya kerana idea2nya, tp jg krn keperibadiannya, yg tegas dan telus dalam setiap percaturan kepimpinannya itu.

Kdg2 sy nak tergelak dgn "org2 yg suke membangkang ni''. Mne tdk nye, spanjang pemerintahan Che Det di Tanah Air Tercinta ni, bermcm2 tohmahan, kritikan, kutukan yg dilemparkan kpd Che Det terhadap dasar2nya. Tp bila Che Det dah ''pencen'', hah!! baru lah ''mereka'' sume ni nak julang Che Det.. Sepatutnya dr dulu lg..
Walaubagaimanapun, Pak Lah ape kurangnya.. Cume yg sy terkilannya knape dia terlampau berlembut dengan menantunnya.. Tapi xpela hati seorang bapa, walaupun hanya bapa mertua. Hati anak sendiri pun kene jg.. Dalam kemelut yg melanda, sy tak pernah dan tak akan berpaling tadah kepada yang ''lain''. Sejak bermulannya UMNO, mak kata ayah sgt setia dengan Parti itu.. sampai la skang, walau pun dah pencen.. sgt setia.. Oleh itu, kami adik beradik, tak ade seorang pun yang sanggup meninggalkan kesetiaan ayah itu..

Tp skang Alhamdulillah.. setelah kiter bertukar kepimpinan pemerintahan sekali lagi (dari Pak Lah kpd Najib), sy sgt senang hati.. Malah berharap kiter akan mencapai kejayaan yg Cemerlang, Gemilang dan Terbilang suatu hari nanti.. Kata Ayah, Allahyarham Tun Razak dulu(bapa Najib) sangat bagus orangnya. Tp Allah lebih menyayanginya.. Dan sy amat berbangga sbb kedua2nya orang Pahang.. Dan Najib pula anak kelahiran Kuala Lipis Pahang.. Lagi la sy bangga.. Sangat Bangga!!!

Monday, April 6, 2009







Skang ni dah hampir sebln setengah sy duk rumah.. Sementara cuti semester.. Malas nak keje. Lebih baik siapkan tesis, jaga mak ayah dan keperluan diorang, join aktiviti belia kat kampung, & bleh tolong Long siapkan ape2 yang patut untuk syarikat dia. Semua tu tak susah sangat, same je macam yg sy buat hari2 kat kolej.. Mase ni la nak tlg orang sekeliling.. Esok2 orang tlg kita lak kan??? Bley ker mcm tu?? mengharapkan pertolongan orang untuk mase depan.. Tapi tak pe Insyaallah.. tlg menolong kan bagus dalam Islam.. Hehe..

Sebenarnya wat mase skang ni, tgh cari idea untuk wat ayat dalam tesis.. Baru skang b'kesempatan nak mulakan. Ari tu mula2 balik je terus kat Kg Relong ade wat program Maulidul Rasul secara besar-besaran. Kalo nak ikutkan mcm peringkat Daerah, sbb kat Bandar Lipis tak buat program mcm tu. Kat kg sy ni, siap dpt Al-Quran & Sejadah bg setiap org yg masuk pertandingan ari tu.. Semua tu atas sumbangan Badan2 yg ada kat Kg Relong & yg paling penting, ianya juga hasil sumbangan penduduk Kampung Relong juga.. Terima Kasih kepada yg menyumbangkan..

Ari tu sy dan semua ahli belia sibuk sgt, sbb semua terlibat sebagai urusetia. Pagi2 lagi, lepas je berarak dari Dewan Rakyat Kg Relong ke Masjid, kami semua kena angkat cenderahati ke tempat pertandingan diadakan. Pastu kena uruskan peserta. Then, last skali kena jadi juri utk pertandingan Tulisan Jawi.. Walau pun penat, tp seronok sgt.. sbb semua tlg menolong.. ada muafakat dlm masyarakat kat Relong ni.




Pastu, 6 hari kemudiannya, sy kena handle Program Kem Remaja Berdikari. Selama 3 hari. Asalnya diorg mcm tak yakin program ni bleh wat. Tapi bila diorg dah dengar semua matlamat, dan bentuk program tu, Alhamdulillah, segala usul di luluskan.. Tq Cdah, Pija, Mayah & Abg. Upi.. Korg mmg byk tlg sy dalam menjayakan program ni. Selain dari diorg jg, sy nak ucapkan jutaan terima kasih kpd semua urusetia yg join program ni. Semua skali.. Pak busu Sahak, Tok Awie, Busu Hepy,Along Pijat, Panter Wady,Kakak, Kak Ja, Sila, Nana, Mai, Dato K, Adeq, Syahir, Abg, Atif, Ehsan, GP, Mat Smart, Zaki, Ajis, Abg Ju, Ulie, Bador, Zizie,Pajri, Debaq,Tochey, Hadi, Long Chi dan Aki Pak Uda. Terima Kasih sekali lagi pd semua. Komitmen kalian 200%.. Sy tak akan lupe smpai bila2. Andai ada terasa hati, sy minta maaf.. dan haraf semua maafkan.. sy pham, tak semua org sempurna, tp kite kna usaha. sy sgt tegas dalam perkara2 yg melibatkan tanggungjawab masing2. Sbb nyer bila kita wat ikut ape yg kite inginkan.. Inilah hasilnya.. sgt2 berjaya.. Dan sepanjang program jg sy menerima dgn hati terbuka teguran dari semua org.. Sbb sy bleh perbaiki kelemahan pada diri sy.. Terima Kasih sgt2.. Hope program akan datang akan jadi lebih baik.. Amin.. Insyaallah..
Assalamualaikum..
Terima Kasih.. Sbb sudi bk blog sy ni.. Saje2, dari dulu lg suke sgt menulis.. tp kali ni bleh kongsi cerita ngan sume yg sempat menjengah ruangan sy ne.. hope bleh mengisi mase lapang sume pembaca..

Tak de ap sgt yg sy akan penuhkkan dalam ruangan ne.. Just cerita ttg diri, keluarga, pelajaran dan masyarakat sekeliling..

Hope sume terhibur!!!