CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Thursday, December 31, 2009

Salam Tahun Baru 2010 ^_^

Salam.. Selamat Tahun Baru 2010.. Semoga dengan kedatangan tahun baru ni memberi seribu satu semangat dalam diri untuk meneruskan perjuangan. Insyaallah.. Sy juga tidak terkecuali membina semangat dan azam yang baru untuk mencapai kejayaan Insyaallah.. Biarlah pelbagai dugaan yang menimpa sy kan cuba tekad dan sabar dalam menempuhinya kelak.

Semalam merupakan kenduri sekampung bagi penduduk kampung Relong. Kenduri kesyukuran` atas pelbagai kejayaan dan kemajuan dalam pelbagai aspek. Selain itu penduduk Kampung Relong juga meraikan Sambutan Tahun Baru 2010. Tepat jam 12.00 tgh malam nyanyian lagu kebangsaan NegaraKu di nyanyikan oleh seluruh warga kampung yang hadir kemajlis tersebut.

Sy turut berkesempatan bersama meraikannya. Setelah selesai exm Amalan Guaman dan Kehakiman Syarie pagi tu, sy pulang ke kampung menaiki bas. Tujuaannya adalah untuk membantu mereka menyediakan persiapan majlis. Sy telah ditugaskan utk menyediakan slide. Smpai je di Kg itu lah tugasan yang sy laksanakan. Slide Tahun Baru 2010. Alhamdulillah .. segalanya selesai dalam tempoh 4 jam (3 slide berasingan) penat juga.. Tapi kalo kerana kampung, penat tu sume sy tolak tepi. Yang penting sume terhibur.

Setelah nyanyian Negaraku bergema, boleh dikatakan seluruh Kampung Relong disimbahi bunga api. YB Dato' Abdul Rahman bin Mohamed pun turut sama memeriahkan majlis hinggalah keakhirnya. Sepanjang majlis diadakan warga kampung Relong di meriahkan dengan cabutan bertuah yang di perolehi melalui sumbangan ikhlas penduduk kampung Relong.. Syukur Alhamdulillah sumenya gembira. Selain itu juga kami turut terharu, bukan sahaja penduduk kampung Relong yang meraikannya, malah boleh dikatakan sebilangan besar orang ramai yang hadir adalah dari seluruh Daerah Lipis. Bangga gak rasanya..

Selesai shj majlis seperti biasa urusetia dari golongan belia sama2 membersihkan dewan. Itulah yang selalu ada pada kami. KERJASAMA. dan itulah menyebabkan harmoninya Kampung Relong ni. Agak lewat juga kami adik beradik tdur malam tu.. kerana sama2 ingin menyaksikan keajaiban Anugerah Tuhan iaitu Gerhana Bulan.. sungguh menakjubkan.. Subhanallah.. Cantik sangat Bulan malam td. Harap2 bulan yang saya lihat turut sama dilihat oleh dia. Insyaallah ^_^

Monday, December 28, 2009

Sabar je la hati...

Salam.. Hmm dalam blog juga la tmpt sy lepaskan tension ni... Sebenarnya dalam hidup ni perlu banyak pengorbanan, baik utk diri sendiri Mak Ayah, Keluarga, Islam, dan kawan2... Tp kadang- kadang bile terlampau byk berkorban orang lain tindas balik.. Hmmm.. sy x faham la.. dimana sikap ikhlas dan bertanggungjawab dalam diri mereka??? Sebenarnya mentaliti mereka dalam pergaulan mungkin berbeza dengan sy.. Ape yang penting bagi mereka, menjaga hati sendiri tanpa memikirkan orang lain.. Sedangkan kite sndri dah bersusah payah untuk mereka, itu pon x dibalas dengan ucapan terima kasih..

Kadang-kadang sy selalu terfikir, terlalu lembutkah sy ni atau terlalu lurus bendul??? hanya ikut shj kehendak orang lain.. Terutama dengan kawan2.. bila mereka minta buat ini sy buat, buat itu pon sy buat.. tp bila giliran sy perlu kan ape2, mase tu la macam2 alasan yang diberi.. Hmm xpe la.. Demi menjaga hati kawan, dan mungkin juga sy terlalu muda untuk mereka "membuli" sy.. Sabar je la Adah oi... Ape2 pun kena kuatkan semangat.. masih ramai lagi mereka2 di sekeliling sy yang lebih memahami sy.. ^_^ ....time ni la "Rindu" kat sume orang yang masih menyayangi sy.. kui3..

Sunday, December 27, 2009

Semester Akhir Yang Mendebarkan

Salam.. sebelum saya meneruskan coretan ni, hayati bait2 lirik ni.. lagu Tekad by Hazami.. sgt2 memberikan semangat untuk saya meneruskan perjalanan walaupun penuh ujian dengan dugaan.. Tapi kita sebagai hambaNya perlu tabah dan redha dengan ketentuanNya. Lagu ni jg sy tujukan buat seseorang , nun jauh disana.. ^_^

Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan Cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita

Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba
Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian

Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa
Menggapai cita-cita

Semester ni amat mendebarkan saya, almaklumlah semester akhir.. Mane nak siapkan assgmnt, presentation, tesis.. byk sgt kena fikir..sume penting buat saya.. Tapi ape-ape pun sy ucapkan terime kasih sangat buat Puan Zaini Yusnita (penyelia saya) sbb memudahkan saya untuk menyiapkan tesis. Puan Zaini byk bagi tunjuk ajar pada saya. Terima Kasih Puan. Mggu ni sy dah mula manjalankan kajian lapangan bab 3 untuk buat tentang Pengurusan Penceraian di Kuala Lipis. Saya kena pergi temuramah Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Daerah Lipis.. Nasib baik ayah janji nak tolong saya. Terima Kasih Ayah, Ayah selalu bersama dengan saya. Ayah banyak bagi dorongan kpd saya untuk meneruskan perjuangan ni.. Dengan Ayah gak la sy byk terima pendapat dan komen dalam menyiapkan tesis-tesis sy. Alhamdulillah bersyukur sy, sbb dikurniakan Ayah yang sangat memahami anaknya ini..

Mggu ni pun, sy kena susun strategi. Start sok, sy ada presentation.. Subjek Amalan Guaman dan Kehakiman Syarie, Pastu ari Khamis ade test plak subjek yang sama. Next week test subjek Qawaid Fiqhiah... hmm.. xpe2.. kena kuatkan semangat.. ape2 pun buat yang terbaik kan

Saturday, December 12, 2009

Musim Orang Kahwin..

Salam.. hujung tahun ni memang padat.. padat dgn knduri kawen.. hujung thn ni jg merupakan sem akhir buat sy di KUIS.. x sbr menanti hari2 terakhir seorg mahasiswa.. tp di sem akhir ni la sy kena pulun ape yg tertangguh.. tesis.. yg hanya tggal beberapa bab sja lagi.. mesti kena siapkan juga.. kalo x, x bleh nak wat praktikal...

Tadi, baru je bermulanya hari bahagia, pengerusi Belia kg Relong di pelangai.. Selamat Pengantin Baru buat Pija dan Kak As.. Mggu depan Cik Cdah plak.. x sabar la tu... hehehehe.. Kali ni Insyaallah dpt blk.. doa2kan la.. sy nak sama2 menyambut hari bahagia tu bersama dengan Cik Cdah..terharu dan sebak jugak.. ye la, berkawan dri kecik , suke duka sume tu dikongsi.. Hmm Selamat Menemput Hari Bahagia Cik Cdah.. Hari ni pun sebenarnya hari perkahwinan kawan lama sy Riduan Abu Samah.. Selamat Pengantin Baru sy ucapkan.. moga kebahagiaan yang di cari telah ditemui..Amin.. sy doakan jg awak bahagia dan kekal selamanya.. Ape- ape pun untuk semua kengkawan yg mengakhiri zaman bujang, xkiralah bila-bila pun.. selamat pengantin baru... ^_^

Tuesday, December 8, 2009

Bismillah - Yassin

Aku insan damba aman
cari ilham damaikan satu alam
aku insan mendambakan
cari sayang damaikan seluruh alam

bila kau mencari damai di sanubari
dari segala gala yang kau kesali
bilakan berhenti sesal dan menyesali
tersungkur dan menangis di pintu hati

benderang cahaya di atasnya cahaya
terangi alam yang gelap gelita
bismillah majreha bismillahi mursaha
kau seru kau puja suci namanya

oooh…

seterang bintang di langit tinggi
menyinari musafir yang mencari di kembara sepi

Lirik Lagu Yassin - Bismillah

Wednesday, November 11, 2009

Selamat Hari Lahir Cik Cdah...

Salam.. Hari ni sy nak wish hepi besday to my luvly frenz.. Cik Cdah.. Selamat Ulang Tahun.. semoga kamu di bawah lindungan rahmat Allah selalu.. Sy sentiasa doakan itu...

Nanti, bln 12 ni Cik Cdah akn dapat gelaran isteri.. Besar tanggungjawab tu.. pegang la pada Amanah Allah ni.. Taati suami.. terima la seadanya.. walau apapun halangan yang akan m'datangi kamu.. Allah sentiasa di sisi... kita sebagai hambanya kena Redha dgn ape yg Allah tentukan.. kerana itu yang terbaik buat kita..

Ape2 pun semoga di panjangkan umur, murah rezeki, sentiasa dlm keadaan dan kesihatan yg baik.. Thanks sbb jd kwn , teman dan sahabat yang paling baik, suke duka bersama.. x akan sy lupe kan.. harapannya agar kamu juga begitu.. Thanks ya Cik Cdah.. Sy syg kamu..

.

Tuesday, November 3, 2009

I'm Back...

Salam.. Teng3.. Selamat kembali kedunia blog.. Aduih.. rindu betul ngan blog sy ni. Dah lama x update.. Sibuk ngan laman yg baru plak.. Facebook!!! Aiyoo.. ni cik mayah punye keje la ni.. ajar sy main facebook.. hehe.. salah sy jgk, cepat terpengaruh.. wawawa.. Tp sbnrnya bkn sibuk dengan facebook tu.. cume, bile dah naik sem baru ni, sedikit ada sedikit kekalutan.. Almaklumlah dan sem akhir, kena wat betul2.. Nnti senang nak nak keje.. kan3... Mane dgn asgmntnya, mne dgn homeworknya, tesis dan macam2 lagi.. tp sume tu adalah utk diri sendiri.. Biar penat dan susah sekarang, Insyaallah akan membuahkan hasil.. Amin..

Dalam kesibukan 3 minggu ni, 30 haribln 10 ari tu sempat gak sy blk kg.. Amik nota2 lame time sekolah menengah hari tu, masih boleh jadi rujukan utk sy. Dalam pada tu gak sy berkesempatan melayan tetamu( dikira peserta homestay) tp mcm anak angkat gak, dari sg. rambai Banting Selangor.. Diorg sume ok. Ada 10 buah keluarga dibawah progran Keluarga Wawasan (HAKAS).. Selama beberapa minggu ni la nnti Kg Relong akan jadi pusat/ tempat penginapan utk program tu.. Semuanya di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Insyaallah Orang Kg. Relong ni akan bagi layanan yang terbaik.. Baik Punye!!!

Dan mggu bermula mggu ni jgk sy keseorang.. Cik Mayah p berlayar. Ikut program KBS, pelayaran Kapal Tunas Samudera kat Lumut Perak.. Ati2 Cik Mayah, moga kamu kembali dengan kejayaan.. wah!! dan mcm tentera nak p berjuang plak.. weng3...

Ok la.. Senyum dan Ceria Selalu!!!! ^_^

Friday, October 23, 2009

Along, Gurl, Achik & Lieya

Happy Belated Birthday utk Along Aqilah, Girl Jijah dan Happy Birthday gak utk Kak Chik n Cik Lieya.. Moga Panjang Umor n murah reseki selalu…Ni ade sket pesanan tuk korang sume...

Along Aqilah- Hope Along jadi anak yang dengar kata dan kakak yang baik.. Blajar rajin-rajin.. Selagi otak kita berfungsi selagi itulah kita harus gunakan utk membela masa depan kita kelak.

Utk Girl Jijah. Jadilah seorang anak yang solehah yang mengikut perintah Allah dan Rasul.

Kak Chik. Semoga kak Chik sentiasa menjadi pelajar cemerlang dan juga anak yang baik didunia dan akhirat.

Cik Lieya.. Walaupun pelbagai dugaan yang ditempuhi, harapannya agar tidak terlampau memikirkan kenapa begitu banyak dugaan untuk kita. Tapi fikirlah sebab apa kita dipilih utk terima dugaan itu, kerana kita sangat di sayangi olehNya. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan menjadi kebanggaan buat mak ayah kita
.
utk Cik Lieya

Wednesday, October 21, 2009

Macam-macam peristiwa...

Salam.. x sempat langsung nak update blog. Macam perkara berlaku sepanjang cuti semester.. dugaan dan kegembiraan. Sume tu telah di tentukan Allah.. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan menyusun atur kehidupan, tapi sesungguhnya Allah lebih berkuasa untuk menentukan dugaan bagi setiap hambanya. Setiap manusia dugaannya berbeza-beza, tapi kita sebenarnya datang dari arah yang sama. Biarlah dugaan yang sy tempuhi cuma tinggal dilubuk sanubari sy shj.

Tarikh 12 Oktober 2009, kami sekeluarga menerima berita buruk. Mase tu sy kak Long, ayah dan beberapa org lagi tgh sibuk menyediakan peralatan hidangan bagi Jamuan Hari Raya UMNO Bahagian di Dewan Residen Lipis. Sy dapat panggilan dari Kakak, baby dalam kandungan dah tak ada. Innalillah... Kak Long bawa kakak ke spital sebab A.Awie masih dalam p'jalanan. Tuhan je la yang tahu, setiap perbuatan kami lakukan asyik ingat kakak. Ok ke tak dia? Baby cmne? Ayah lak sampai terlupa samada nak beli air batu atau tisu.. walaubagaimanapun jamuan dilaksanakan sehingga ke penghujungnya. Alhamdulillah. Malam tu selesai Isya' saya dan abg ke rumah kakak, nak hantar lauk utk anak-anak buah. Ibu diorg dah masuk wad. Kebtulan sy sampai, a.awie ajak ke hospital tgk kakak dan hantar baju. Sampai je kat wad kakak dalam rawatan, sy dibenarkan masuk sbb baby dah keluar. Pengalaman tengok baby camtu, kecil je.. sebesar tapak tangan je, mungkin kecil lagi kot. Tapi umur dia dah 5bln. Nurse tu kata dah cukup sifat, cuma tak tau jantina lelaki or pompuan. A.awie bawa baby blk umah utk di kebumikan. Sya msih di spital tggu kakak malam tu. Uri dia masih t'sangkut. Sakit sgt katanya, Cuak gak sy .. ye la mane ade pengalaman melahirkan anak. Tak tau sakitnya camne. Tp tgk keadaan kakak mmg sakit.. Huhu saya kena kuat, kalo sy takot kang riso plak kakak.. Mujur la sy jenis tak takot tgk darah banyak sewaktu kakak tumpah darah. Cuma yg sgt cuak tgk keadaan kakak yang pucat lesi, darah tak stabil... Riso weh.. Mujur doktor ada, setiap sejam turun tgk kakak sampai ke pagi.. Alhamdulillah bila hari semakin pagi kakak beransur pulih. Syukur...

Lagi satu kejadian mase kat spital tu, time tu kul 6.15pg.. Sy nak ke surau utk solat subuh.. Mase nak g surau sy lupa kat mane letaknya surau, sblm tu dah tanya kakak, tp lupa plak.. Tgh sy b'jalan2.. sy jumpa sorang nurse, agak2 umur 40-an kot. Saya anggap dia betul2 nurse walaupun pakaian dia macam nurse dulu2.. Cuma kain dia labuh skit. Saya tanya, kat mana surau, dia kata kat bawah pokok besar tu, hmm dah salah jalan.. Bila sy pusing blakang , btul2 depan sy signboard lama Bilik mayat. Cis!!! cuak betul.. Huhu!! Tuhan je la tau betapa meremangnya bulu roma sy.. Sy teruskan p'jalanan ke surau. walau hati b'debar2 ni.. sbb x solat subuh lg.. Huish!! satu pengalaman yg x bleh sy lupakan.. sblm ni sy x cite pun kat spe2, samada mak, ayah or kakak. Cik Sumie org p'tama dgr.. Harap2 ape yg sy jumpe tu btul2 la seorang nurse.. Huhuhu...

Baru2 ni, ada Jamuan Aidilfitri di kampung relong. Jamuan tu adalah gabungan antara beberapa badan, antaranya JKKK Kg Relong, Belia Kg Relong, Badan Kebajikan Masjid Kg Relong, PIBG Sk Relong, Badan Kebajikan Tok Linggi, dan Alumni SMKPT. Walaupun pada asalnya mcm2 yang didengar. Tp Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Cume sedikit pendapat sy untuk majlis sedemikian, sekiranya masih ingin majlis yang digabungkan seperti ini di teruskan, suatu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan, bukan main lantik je sesiapa or melantik diri sendiri .. Org relong ni lain dari yang lain. Sedikit hati tercuit semua terasa. Maklumlah kita sume bersaudara.. Mujur lah ada sedikit jua kemaafan golongan ini dan turut membantu.. saya bukan apa, jika sebelum ini, apa-apa jua majlis yang kami belia kg relong buat, kami akan merujuk kepada mereka, selain JKKK dan Tok Awie sebagai rujukan utama.. Malah kalau tak kerana mereka, peristiwa gilang gemilang yang pernah dijayakan direlong x akan berhasil. Ini cuma pendapat saya dan beberapa org lagi..

Ape-ape pun terima kasih kepada golongan ini walaupun pihak penganjur tak nampak kesungguhan kalian memeriahkan majlis secara zahirnya hari sebelum sehinggalah tamatnya majlis.. Thanks ya, Pak busu Sahak,Abg Mie, Busu Hepi, Long Han, Long Chi, Aki Koley, Pak teh Din dan beberapa orang lagi yang sy x ingat namanya.

Kat sini jugak sy nak ucapkan selamat hari lahir buat Along Aqilah dan Gurl Azizah, serta bapa saudara saya Beh Ri yang akan menyambut hari kelahirannya di hari pertama ketika tiba di tanah suci 22 oktober . semoga beliau sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan dari Allah S.W.T.. Ya Allah! Selamat dan permudahkanlah perjalanan serta ibadah bapa saudaraku ini.. kurniakannya haji yang mabrur. Amin! Ya Rabbal alamin.

Monday, September 28, 2009

Bangunan Baru, Padang Rosak...

Salam.. hari ni sy berkesempatan utk postkan isu ni.. Terkilan rase hati bila melihatkan beberapa keadaan yang berlaku di sekeliling. Berlaku depan mata sendiri.. Rumah sy bersebelahan dengan sekolah. Hari2 saya tengok perkara ni berlaku.. Ni baru permulaan, x tau la ape akan terjadi bila sampai penghujungnya...

Hmm padang sekolah... dulunya tempat berkumpul orang ramai melihat wayang gambar, bersukan, dan macam2 lagi..Setiap kali ada keramaian mesti kat padang sekolah, dan pernah juga padang sekolah menjadi bukti apabila Kampung Relong dinobatkan sebagai Johan bagi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Pahang tahun 2005. Bangga betul masa tu.. Sbbnya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana usaha kami sebilangan lagi ahli jawatankuasa teknikal bagi gerak kerja untuk menyiapkan buku profil bagi Anugerah Desa Cemerlang tu ( Saya, Amin, Kakak Ija, Cdah, Tok Awie, Pak Busu Sahak, Kak ja, Lieya, Wady, Along Rizal , Abg. Upi , Angah dan Sila- sanggup tak tidur malam, berjaga menyiapkan data-data dan maklumat bagi Kampung Relong dalam tempoh dua minggu) .. Softcopy nya masih lagi dalam simpanan saya sekarang..

Mengenai apa yang berlaku sekarang, perlaksanaan projek bangunan baru bagi Sekolah Kebangsaan Relong.. Mmglah akan bagi keselesaan pada murid-murid akan datang untuk menuntut ilmu, tapi segala struktur binaan yang menjadi kenangan pada hampir semua penduduk kampung relong hilang begitu sahaja, Sudahlah bangunan lama dirobohkan, malah bukit berhampiran kantin sekolah juga ditarah sedikit demi sedikit.. Bagi saya, dulunya Sekolah Relong merupakan sekolah yang paling cantik dari segi struktur bangunannya. Tapi kini segalanya diubah.. Hmm yang menjadi lebih terkilannya bukan setakat bangunan, malah logo sekolah pun diubah... Kenapa la jadi begini sejak pentadbiran baru mengambil alih pengurusannya.. Semuanya adalah nilai sejarah..


Kenangan Sekolah Kebangsaan Relong 2003


Sekarang, bila projek berjalan, tiada lagi riuh rendah golongan belia main bola sepak waktu petang, kalau ada pun bola tampar, tu pun jarang2... Tak de lagi kemeriahan bersukan di Padang Sekolah Kebangsaan Relong, kadang-kadang umpama menggalakkan lagi golongan ini melepak tanpa melakukan sebarang aktiviti di waktu petang.. Sepanjang projek dilaksanakan, padang sekolah digunakan untuk mengangkut tanah dengan menggunakan lori.. Rosak padang jadinya..Bayangkanlah selama mana ianya akan dilaksanakan.. Hmm pikir2 kan lah...

Disini saya ada juga selitkan lagu sekolah kebangsaan relong yang diterjemahkan dari bahasa jepun kepada bahasa melayu sewaktu zaman jepun. Lagu ni saya dapat dari video yang dirakamkan sebelum bangunan kayu (warna merah) dirobohkan. Dalam video tersebut turut kelihatan Tn Hj Zahari Uda, Tn Hj Yusof Ibrahim, Dato’ Hj Hashim bin Idrus, Tn Hj Md Dahan bin Husin, Tn Hj Husin bin Mohamed, Tn Hj Ishak bin Mahudin, Tn Hj Mat, Tn Hj Md Ludin, En. Ishak bin Mohamed dan beberapa orang lagi.



Kampung Relong Sekolah Kampungnya Kita
Tempat Sembahyang Ilmu dan Cita-cita
Sebarang Kerja buat lah bersama
Itu jadi pedoman hidup kita
Mari mari sama-sama mara
Berpunca dari sekolah kita
Berkerja sama-sama ria
Kerana Negeri dan Bangsa kita

Syawal Datang Lagi..














Salam Aidilfitri.. Dah seminggu Syawal berlalu. Syukur atas nikmatNya kerana sekali lagi diberi peluang menyambut Syawal dengan meriahnya..

Tahun ni merupakan tahun yang cukup meriah buat family saya. Sejak penghujung Ramadhan lg kami sudah berkumpul bersame, menikmati juadah berbuka . Sudah menjadi kebiasaan di malam raya, rumah saya akan dipenuhi oleh orang ramai yang masih belum menunaikan kewajipan untuk membayar zakat fitrah. Hampir 35 tahun Ayah telah di lantik menjadi AMIL bagi kawasan kampung relong melebihi usia saya, iaitu sejak tahun 1974. Setiap kali malam raya, kami akan menyediakan pelbagai juadah, antaranya ketupat, lemang, rendang, mee gorang, ayam goreng ala KFC, dan kuih muih. Walaupun penat melayan tetamu yang datang, kami tetap gembira..

Sok nye seawal 6.30 pagi kami mula bersiap2.. melihatkan kerenah anak-anak buah, saya teringatkan zaman kecil2 dulu. Betapa gembira dan terujanya menyambut Syawal.. Baju baru, kasut baru, semua baru.. Huhu.. seronok sangat!! Setelah selesai bersiap, kami sekeluarga bermaafan antara satu sama lain. Bergambar beramai2.. So sweet, gambar tahun ni.. Kelakar tgk gmbar anak-anak buah yang ramai tu.. Mcm2 peel... Pastu Sembahyang raya.. Selepas sembahyang, sekali lagi kami berkumpul, di pusara arwah Wan sebelah ayah dan mak.. Kami bersyukur sbbnyer pusara kedua-duanya bersebelahan. Ramai juga yang join skali tahlil di pusara arwah, termasuklah ahli keluarga sebelah ayah.

Selepas sumenya selesai, kami terus pulang ke rumah.. Dan memang menjadi kebiasaan juga buat saya, tidak akan berjalan di hari raya pertama, sgt ramai orang, tak menang tangan. Orang ramai datang bersilih ganti, dari pagi sampai la ke petang.. Umpama wat rumah terbuka plak.. huhu.. sgt penat, tapi seronok.. sbb dpt rase kemeriahan Syawal setiap kali menjelma...

Malam tu sekali lagi cucu cicit Mah Uda berkumpul. Setiap kali berkumpul saya Mayah, Abg Upi akan ditugaskan menyediakan slide dan segala teknikal utk Majlis malam tu.. Mengumpul gambar2 lame, mengedit dan mempersembahkan slide utk sume.. tapi, utk kali ni ianya adalah hasil sentuhan Cik Mayah.. Saya cume bagi idea utk lagu dan sedikit kata2.. sbb nye komitmen utk final exam ari tu lebih penting.. akan datang sentuhan saya pula.

Acara malam tu di mulakan dengan tahlil, seramai lebih kurang 100 lebih, bapa dan mak sedara, anak-anak buah, sepupu sepapat, ipar duai keturunan cucu cicit Mah Uda berkumpul. Sayu seketika bacaan tahlil pada malam tu.. Lepas tu ada ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis, iaitu Abg Mie.. Pastu Beh Ri ( bapa sedara saya yang bongsu) bagi ucapan sebab dia tuan rumah.. Ucapan dia sgt bermakna malam tu.. siap ade pantun2... Thanks ya Beh sedia kan sate untuk kami malam tu. Pastu, kami persembahkan tayangan slide yang disediakan.. sedih sgt sbb terkenangkan yang dah lame pergi. Tapi semuanya diingatan kami.. selepas tayangan slide acara yang di tunggu2 makan!!! Macam2 cerita bila berkumpul bersama. Setelah siap2 makan, semua anak2 buah, sepupu sepapat yang masih belajar diminta untuk berbaris.. termasuklah yang paling tua(yang masih belajar), nana, kak ibah dan saya.. kami masih dapat duit raye.dan inilah tahun terakhir kami dapat duit raye. Tahun depan kalo adae rezeki giliran kami utk bagi pula.. malam tu je hampir RM80 ringgit.. huhu terharu... Malam tu, kemeriahan ditambah lagi dengan letupan bunga api.. ala-ala cam time sambut merdeka kat KLCC tu.. sngt meriah.. Hmm. Memori ni akan di kenang sampai bila-bila.. Dan tradisi berkumpul cucu cicit Mah Uda akan sentiasa dia lakukan sehingga kami masih lagi bergelar CUCU CICIT MAH UDA... Insyaallah...

Tuesday, September 15, 2009

Hari-hari terakhir Ramadhan...

Tinggal beberape hari je lagi kita berada di bulan Ramadhan dan ia akan meninggalkan kita seperti tahun-tahun sudah. Cepat rasanya masa berlalu. Seakan tak percaya sekarang ni kita dah berada betul-betul di penghujung Ramadhan. Ramadhan bagaikan baru sahaja bermula tapi hakikatnya, ia sudah mahu melabuhkan tirainya. Rebutlah peluang yang hanya tinggal beberape hari je lagi.. Sama2 lah kita mengingati antara satu sama lain, dan amalkan lah ibadah yang berbaki dengan sebaik mungkin..

Andainya ini Ramadhan terakhir…mudah-mudahan Allah terima puasa kita dan ibadah-ibadah lainnya. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa-dosa kita dan melimpahi kita dengan rahmatNya. Mudah-mudahan tarbiyyah yang sebulan cuma mampu untuk membentuk kita menjadi insan yang bertaqwa. Dan mudah-mudahan juga ibadat yang menjadi amalan di bulan Ramadhan ini akan berterusan diamalkan untuk 11 bulan yang lain. Insyallah..

Sunday, September 6, 2009

Saya Kena Kuat!!!



Salam.. Dah lame x update blog.. Hari ni cuti, so b’kesempatan la update blog ni.. Hmm, smlm tepon mak, mak masih lagi kat wad.. x bleh kuar lagi.. darah tinggi dan kencing manis masih x stabil.. so, mak masih lagi kena tahan kata wad. Mak sabar ye.. mungkin ini dugaan untuk kita time bulan pose ni.. x pe mak, selagi kita berpegang dengan qada’ dan qadar Nya Insyaallah Dia bersama kita.. Saya doakan mak cepat sembuh.. Raye dah nak dekat.. Semoga raye tahun ni lebih meriah .. Amin..


Hmm.. ade 3 paper lagi.. Amalan Guaman Syarie dengan As- Siyasah Syariah.. Pastu mggu depam Nizam Al- Qada’.. Sume sbjek yg menakutkan.. Susah.. kena banyak baca.. Sbb tu x dpt nak balik mggu ni.. nak lawat mak.. Hari2 ingat mak.. Bkn x nak balik, tp kena tumpu pada final exam..Kesian Ayah Long Kakak n Adik.. Diorg je yg kena ulang alik ke spital.. Skang ni ayah mesti lagi sibuk, nak kena jalankan tanggungjawab dia sebagai Amil lagi, nak kena kutip zakat fitrah, nak jenguk mak kat spital lagi.. Kesian gak kat ayah.. Cmne la hari2 ayah tanpa mak, time buka pose, time sahur..Mmg la anak2 yg lain ada, tp mesti tak senang duduk jg bile mak masih lagi kat wad.. hmm... xpe.. ayah kan seorang yang tabah.. macam2 dugaan yang pernah ayah terima, dengan kerenah anak2, masyarakat dan sebagainya.. xkanlah dugaan sebegini ayah tak boleh jadi sekuat dulu.. Insyaallah.. Allah akan sentiasa bersama kita.. Amin..

Hmm, saya?? Mesti kena jadi sekuat mak dan ayah, setabah mak dan ayah..Perkara2 yg tak penting, kena tolak tepi.. beri perhatian pada apa yang dinginkan, dan perkara yang wajib di laksanakan.. Kuatkan iman tabahkan hati.. Berpegang pada ape yang sentiasa seorang muslimah lakukan, cipta kejayaan bukan hanya untuk diri sendiri, tapi untuk semua orang, selagi berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.. Ya!! Saya kena kuat..!!

Sunday, August 30, 2009

Bahtera Merdeka...

Bonda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang
Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah SemenanjungTanah Semenanjung
Permata nilam
Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka
Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji

Mak...

Salam.. Semalam dpt msg dari Lieya.. Dia suruh sy call mak.. Mak x sihat.. demam. Sy call mak dgr sendiri suara mak. Masih ade lagi tenaga utk mak berpuasa. Hati saya risau.. Mak jarang2 demam.. sakit2 otot tu mmg ada..

Tadi Lieya msg lagi.. Dia ckp mak makin sakit.. jalan pun kena papah.. tapi tak nak pergi hospital.. dia suruh sy pujuk mak.. Mak2.. nape x nak pi spital.. kami anak-anak kan ada.. Lieya kata dah puas adik2 beradik yg lain pujuk mak.. ayah pun sama.. Sy call mak.. ckp ngan mak pujuk dia pergi hospital.. mak kata dah ok sket.. cuma masih ade rase sengal2 badan.. "Mak kata kalo masih rase x ok, dia akan pergi hospital.. jgn risau dan fokus fp final.." Hmm mak same je macam arwah wan, tak suka pergi hospital.. takut masuk wad.. Mak2..


Lepas je call mak sy nangis.. x tau sbb ape jadi sedih sgt2.. rindu ngan mak tibe2.. Mak.. kuatkan semangat.. selama ni pun kami adik beradik hidup dengan semangat mak.. Harap2 mak cepat sembuh.. Kami semua syg mak.. Syg mak!!!

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan Zaman Kanak-kanak...

Salam.. Sume orang pernah merasai kemeriahan Ramadhan zaman kanak-kanak.. Sy pun same.. ble duk sorg2 ni teringat zaman dulu2.. syok sgt.. Sy mula belajar berpuasa umur 7 tahun.. puasa penuh!! seronok sgt bile habis sebulan.. sebab mase tu, mcm2 ganjaran yang di janjikan.. duit raye, baju raye, bunga api, mcm2 lagi la.. keseronokannye lagi dapat dirasai bila waktu malam.. sume orang g terawikh.. sy pun sme.. sanggup abiskan 20 rakaat.. penat tu mmg penat.. tp hilang penat bila solat ramai2.. satu kawasan bukit berangan tu bergema ngan laungan selawat.. Salallah salamualaik.. huhu.. syahdu pun ade... Pastu.. ade moreh!!

Waktu siang je, time pas zohor sume bdk2 yg sebaya sy berbasikal ke masjid.. ade tadarus Al-Quran.. wah.. time tu, penuh gak la masjid ngan bdk2.. ust dan ustz pun ramai gak.. kdg2 nak tergelak jgk bile teringat tujuan asal dtg tadarus ni.. ye la bdk2.. mne nak kenal pahala.. masa majlis khatam Quran je, mesti dapat senaskah Al-Quran sebagai cenderahati.. tiap2 tahun mesti dapat.. ayah siap sediakan rak khas utk letakkkan Al-Quran yang kami adik beradik dapat.. byk, tersusun rapi dan di gunakan smpai skang.. kdg2 kan, kami dapat gak kain batik atau duit sbg cenderahati.. hehe..

Selain berterawikh, bertadarus, sy gak pernah merasai berbuka puasa beramai2 kat masjid.. sehingga skang masih lagi diadakan suasana sedemikian.. tapi lagi meriah krn skang ni kat surau bukit berangan pun dah wat macam tu, setiap mlm sabtu.. sume qariah bukit berangan berbuka disana.. bw mknn masing2.. mcm2 ade.. pernah sekali tu, sampai mencecah 35 jenis lauk dan masakan.. pergh!! byk tu..

Huhu.. tp kali ni, sy cume berkesempatan berbuka dan bersahur di rumah selama 2 hari je.. sbb terikat dgn mase belajar..dah dekat final exam.. 2 ari bulan dah start.. berjuang di dalam Ramadhan lah plak.. huhu.. xpe.. Insyaallah.. Allah akan bantu.. Hmm ape2 pun.. Nak ucapkan Selamat berpuasa dan Selamat Menjalani Peperiksaan Akhir bagi semua pelajar KUIS.. semoga Ramadhan yang berkat menjanjikan sebuah kebahagiaan buat kita semua.. Amin..

Saturday, August 22, 2009

Syukur padaNya...

Salam 1 Malaysia, Salam Ramadhan..Selamat Berbuasa kepada seluruh umat Islam sy ucapkan.. Semoga Ramdhan kali ini membawa seribu erti buat diri ini.. Hari ni hari pertama kiter berpuasa, saya berkesempatan untuk pulang ke kampung, Tujuan asalnya adalah untuk melakukan pemeriksaan darah, tapi sambil2 tu sy curi peluang utk bersama keluarga.. Terubat rindu dan demam ni.. Alhamdulillah sy dah sihat… Syukur padaNya..

Semalam merupakan jemaah pertama bagi seluruh qariah Bukit Berangan menunaikan tarawikh… terasa kerdil diri ini bila sujud dan menadah tangan pada yang Esa.. mensyukuri atas nikmat yang telah dikurniakan.. Lapang dada mendengar laungan selawat bergema di seluruh Bukit Berangan.. Syukur padaNya..

Pagi tadi juga merupakan sahur pertama seluruh ahli keluarga sy.. sume ade, x de yang terkecuali.. anak-anak buah sy turut sama berkumpul.. mengambil berkat utk bersahur beramai2.. sy akan rindukan saat2 seperti ini.. lepas bersahur2 semua ahli keluarga solat jemaat subuh di Surau Bukit Berangan.. sekali lagi saf-saf surau di penuhi anak-anak qariah, dan akan diteruskan sampai bila-bila Insyaallah.. Syukur padaNya..

Petang ni, kami semua akan berbuka puasa menikmati lauk pauk hasil peliharaan ayah.. Ikan talapia goreng salut tepung, goreng masam manis, gulai ayam kampung, air cendol, nasi ulam, kuih pelita talam.. semua tu kami buat sendiri.. gotong royong anak beranak.. seronok buat kerja sama2.. penat sma2.. semoga permulaan puasa memberikan sejuta rahmat cahaya Iman dan Ihsan kepada seluruh umat Islam .. Amin.. Alhamdulillah.. Syukur padaNya..

Monday, August 17, 2009

Ketika Cinta Bertasbih..


Kau mencintaiku
Seperti bumi
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menanggung beban derita
Tak pernah lelah
Menghisap luka
Kau mencintaiku
Seperti matahari
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah
Menghangatkan jiwa
Kau mencintaiku
Seperti air
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membersihkan lara
Tak pernah lelah
Menyejukkan dahaga
Ayatul Husna
p/s : x sabar rasenya nak dapatkan novel Ketika Cinta Bertasbih ni.. huhu.. :-) mase tak mengizinkan utk cari novel ni.. Tapi Insyaallah akan menjadi milik peribadi saya gak satu hari nanti

Friday, August 14, 2009

Demam??

Salam..Weng3.. Saya Demam ??? Khamis baru ni badan saya dah rasa len macam dah.. tetiba rase sakit tekak.. Pastu rase macam nak pitam.. Sy pun terus balik umah.. Ingat nak rest je.. Sampai je kat umah rase suhu badan dah makin naik. sya pun ape lagi, jalan kaki terus g Klinik Ummu Amar, adoi maa... klinik lak tutup.. jam dah kul 4 ptg sy dah menggigil kat tangga depan ummu amar tu, tak pikir orang len dah, tepon mak je, huhu.. nangis, sebab rasa macam sakit sangat.. macam kena cucuk2.. Tiba2 igt Cik Mayah, dia abih kelas kul 4.. nak ajak dia je g mane2 kinik yang berdekatan... tak tahan sesangat dah.. Mujur ada dia, Thanks Cik Mayah... Dia & Dal bawak saya p spital Serdang, tapi ramai sangat orang.. Kalo tggu gak mau nyer malam kang baru dapat jmpe doktor. Dia ajak pegi Pusat Perubatan Bangi.. Ktorg patah balik ke Bangi, sampai kat sana, mujur sy sorang je.. Doktor check suhu..42.. dia kata kalo sy check spital tadi mungkin masuk wad, sebab tggi sangat.. saya kalo demam x de la sampai tahap macam ni.. Doktor bagi ubat je suruh sya balik n rehat.. kalo belarutan datang lagi. Amik darah plak..

Malam tu, sya x leh tidor langsung, badan panas sangat, tapi saya rasa sejuk.. selimut ngan toto.. bertahan gak sampai pagi, rase dah x leh kawal dah.. Tggu Mayah abis usrah.. Saya msg Ummie, dia pun demam gak, ktorg g skali.. Sampai je kat spital serdang, terus masuk kat bahagian Saringan H1N1, sebab simtom2 nyer ade kat ktorg berdua.. Demam, batuk, selesema, sengal badan, sakit kepala.. mase wat sarigan tu, dalam ramai2 orang ktog berdua je paling tinggi Ummie 38.6, saya 38.2.. doktor tak puas hati suh ktorg check lagi, tggu sejam.. pun sama, naik gak.. Ummie 39.9, saya 39.2.. Pastu dia suh ktiog naik ambulans, g wad kecemasan.. waa. takut sangat.. sampai kat sana, dengar plak staff kat situ cakap, ni kes baru, saya ngan ummie berpandangan.. waaa.. takut.. nape lak ni?? diorg tak cakap pun sebab ape kena masuk wad kecemasan.. Nurse tu bagi katil kat sy n ummie satu sorang.. Lagi la cuak.. Pastu bagi sya makan ubat.. rest sekejap.. nak cover n tgk ktorg punya suhu..

Bila dah ok sket.. Nurse tu tanya nak duk terus ke or nak datang balik.. Cepat2 ktorg kata nak balik, sebab nyer tak de ape pun, suhu je tggi sangat.. bukan la H1N1 seprti yang di sangka.. weng3.. Alhamdullillah.. skang saya beransur pulih, cuma pening kepala je lagi, mgkin tak stabil lagi.. Ummie je makin panas badan dia.. hope ummie cepat2 pulih.. Tapi ape2 pun nak ucapkan terima kasih kepada kengkawan yang ambil berat ttg kesihatan saya.. tanpa korg sume, sy tak mungkin sekuat ni.. dan yang paling penting nak ucapkan terima ksih yang teramat sangat kat Cik Mayah.. huhu.. terharu sy.. thanks Mayah.. Luv U so Much!!

Wednesday, August 12, 2009

Sejuta Kenangan Kat Janda Baik

Salam.. Dalam kesibukan menjadi urusetia program pertukaran belia antarabangsa, saya terlupa nak update cerita-cerita kat Janda Baik.. Sangat seronok, semua orang happy!! Mase bagi ucapan terakhir saya tak boleh nak cakap lama-lama sgt.. sebak.. Gembira semua bleh kumpul ramai-ramai... Semua orang gila-gila mereng gitu... weng3... Thanks ya!! Untuk Aini, Eka, Fashi, Azrul, A.Man, Emein, Kak Zu, Umie, Fidah,Aimi, Kak Pae, Kak Lang, Baby, Kak Ilah, Kiah, Gee, Pian, & Hafiz.. Korang Sume Memang Best!! Sangat2 Best!! Saya Sayang Korang Semua.. Hope Kenangan Kat Janda Baik ni korang tak akan lupa sampai bila-bila...

Makan Durian kat Sungai Sentap

Cik Kiah berphoto ngan Abe Pian


With Azrul & Umie

Budak2 Pompuan yg Sporting!!!

Main Music Chair

Our Badang.. He3.. Kiah & Azrul

Terompah Gergasi.. Kiri Kanan Kiri Kanan



p/s: opps.. terlupa nak wish tq so much to En Wan Malik (owner Air Tenang Resort) nnti kalo ada rezeki kami datang lagi..

Monday, August 10, 2009

Kenangan Bersama Deligasi Indonesia




Salam.. Buat pembaca semua.. Hari ni saya nak coretkan satu kenangan yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila… Semenjak hari Jumaat ( 7 Ogos 2009) kampung saya, telah menerima tetamu iaitu deligasi dari Indonesia melalui program pertukaran belia antarabangsa.. Relong telah dipilih sebagai wakil Malaysia untuk program Homestay dan Anak Angkat..

Untuk program kali ni saya telah di amanahkan sebagai AJK Dokumentasi dan Penerbitan, bersama Angah (Panther)..Saya & Angah kena siapkan slide untuk persembahan multimedia dari Persatuan Belia, selain tu juga saya di tugaskan untuk ambil gambar sepanjang program bagi mempersembahkan gimik terakhir dari Persatuan Belia Kg. Relong kepada Deligasi Indonesia tersebut. Sanggup berjaga sampai 5.00pagi untuk siapkan slide tu..

Jauh disudut hati saya, inilah program anak angkat pertama yang sangat meninggalkan kesan dihati saya.. Melalui program ni, terlihat keramahan, kasih sayang, ukhwah, dan kegembiraan di hati perserta ibubapa angkat, juga ahli Persatuan Belia Kg. Relong sendiri.. Sepanjang program kami sama-sama bertukar pendapat. Kesemua perserta dari Indonesia ini adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik, mereka telah mengikuti beberapa peringkat pemilihan dari seluruh tanah air mereka di Indonesia.

Sesuatu yang sangat di kagumi, jati diri bangsa mereka sangat kuat.. Kagum !! Walaupun pertemuan ini hanya seketika tapi kasih sayang yang terjalin bagaikan talian dalam sebuah keluarga. Hmm..:-) saya akan merindui segala kenangan bersama mereka sepanjang disini. Andai Tuhan mengizinkan, Insyaallah kita akan bertemu kembali..

Tuesday, August 4, 2009

Kau Ada Dia........

Sudah lama ku memendam rasa
Cinta di dalam dada
Namun tidak pernah bersuara
Kerana takut kecewa
Ku tunggu waktu yang lebih baik
Untuk langkah pertama
Jauh dari apa yang ku kira
Hatimu ada yang punya
Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia
Mungkin juga semuanya salah ku
Terlalu mengharapkan cinta
Tapi sepi yang merasuk kalbu
Membawa angan melayang
Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia.

Sunday, August 2, 2009

Sarawak oh Sarawak








Salam.. Wah.. Dah selamat saya kembali dr Sarawak.. Best sgt!! Mcm2 pengalaman dapat. Terime Kacih ye Long sbb blanja g Sarawak.. Thn dpn kite g Sabah plak ye.. weng3... Hehe... Smlm sy smpai kat Bandaraya Kucing kul 2.00 ptg.. terus cari hotel.. sampai hotel rehat2 jap, solat, pastu terus Long ajak pusing2 kat bandar tu.. kat are Water Front, berhadapan dgn bangunan baru siap.. cantik sgt.. Dewan Undangan Negeri Sarawak.. Pastu ktorg tengok2 kraftangan dr seluruh Malaysia.. cantik.. harga pun cantik.. he3. dah penat pusing2, mkn2 ktorg blk hotel.. kumpul tenaga untuk esoknya..

He3.. x sbr nak teruskan perjalanan lagi.. pg tu, ktorg kuar naik van.. sewa van sbb rse2 byk nak beli.. ktorg nak kena pegi ke Serikin di Pekan Bau..tmpt org beli belah.. murah2 katanya.. hmm ape lg, mcm2 pikir nak beli. org belanja, jgn ditolak.. he3.. sblm smpai ke tmpt tu, pemandu pelancong tu ajak mkn mee kolok.. kna try, sb bkn sng nak pegi sane kan.. sgt sedap!!! kalo ade peluang dtg sini, nak try lg mee kolok tu.. smpai je kat Serikin, mak oi.. mata dah kelabu, sgt2 murah.. bygkan jubah kalo kat area jln Mesjid India tu RM100 lebih, kat sana leh dapat RM50 je sehelai, Long n Kak Long shopping sakan, sume family dpt bju dan survenir masing2 termasuk, mak n ayah.. Tu sgt2 special utk diorg.. Sy pun sme amik peluang cr survenir utk kengkwn..jgn riso ye kengkwn, ade sume utk korg, xkan sy lupe, sumenya dihati sy.. he3...

Pastu dah penat bershopping ktorg p tgk org wat pasu.. pun sgt2 cantik unik dan halus... Dan yang paling diingati bila p Sarawak ni Kek Lapis.. sy beli mcm2 jenis, Kak Long sampai 10 buku, n dpt free satu, Cik Lia beli gak tk bakal 'mak mertua dia'... weng3... pastu ktorg p mnum. Pemandu tu bw kat satu tempat teh tarik special, campur gula merah.. wah.. pun sama sedap.. he3.. tekak antarabangsa ni tolak batu kayu je... he3... hmm... sgt seronok hujung mggu ni.. ape2 pun saya nak kasi tau, Org Sarawak memang best dan peramah.. Thanks Sarawak, nnti ade rezeki saya dtg lagi.. Amin....

Friday, July 31, 2009

Hujan

Mega mendung di angkasa
Hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara
Rahmat dibawa bersama
Limpahannya meresap dijiwa
adakala bahgia terasa
meskipun duka nestapa
Tika hujan turun
sayup mendayu lagu keroncong
merdu irama dialun
bersenandung
Hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengeratkan perpaduan suci
kasih sayang abadi

Cinta & Persahabatan

Salam.. Hehehe.. Saje2 je nak postkan isu cinta ni.. Sbbnye pg tadi tgk MHI, Ally n Wardina duk cerita pasal cinta. Cinta kepada Allah, Rasul, Keluarga, Kekasih, Masyarakat, Agama dan Negara.. Tu yang menyebabkan sy tetiba nak coretkan sesuatu mengenai C.I.N.T.A. Tapi ianya berkaitan dengan cinta antara manusia, melalui persahabatan..
"Banyak sekali persahabatan yang berakhir dengan cinta, tapi sangat sedikit Cinta berakhir dengan persahabatan"Kenapa persahabatan selalu berakhir dengan cinta ?Kenapa cinta jarang berakhir dengan persahabatan?Kenapa???
Wah!! Persoalannya.. Hmm, bg saya, dalam persahabatan, Sahabat adalah orang yang paling dipercaya, yang mudah diajak cerita tentang masalah kita, yang ada di saat kita perlukan atau bahkan saat kita tidak perlukan pun sahabat ada disamping kita untuk menemani kita. Seorang sahabat sejati sukar sekali untuk kita cari atau kita jumpai, kerana mencari sahabat sejati itu memang benar-benar sukar ditemui..
Cinta memang sesuatu yang sukar diungkapkan, bukan sekadar memberi bunga atau hadiah. Ia mengenai satu tanggungjawab besar, dan hendaklah disalurkan dengan cara yang betul. Sbbnya dengan percintaan segala-galanya berubah.. Adanya macam sifat yang akan muncul dalam percintaan ni.. Emosi melebihi segalanya, sifat cemburu, sentiasa ingin di belai dan sebagainya..
Nilai cinta dan sahabat jauh berbeza.. Kena pandai bezakan dengan sahabat dan kekasih. Sesetengah orang selesa sebagai sahabat, dan ingin menganggap sahabat itu selamanya sahabat, sesetengah orang mahu akhirnya digelar kekasih. Namun, berakhirnya hubungan dalam persahabatan sebagai kekasih mungkin akan menjaminkan kebahagiaan untuk selamanya, dan mungkin juga tidak, Sebabnya bagi saya kekasih adalah kekasih, dan persahabatan adalah persahabatan.. Sgt jauh bezanya...

Thursday, July 30, 2009

Gambar Dolu-dolu








Wednesday, July 29, 2009

Influenza A (H1N1)

Salam.. Hari ni baru dapat kabar berita dari Kg. Relong.. Abg Mie tepon Cik Mayah, bg tahu Sek Men Cliford ditutup. Sbb nye ade beberape org bdk sek tu Positif H1N1.. Salah sorang dari pelajar tersebut org kampung Relong, (Amira) anak De Abu Sahak, sekarang ditempatkan di Hospital Temerloh, dan mungkin di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk dapatkan rawatan selanjutnya disana.. Semoga keadaannya kembali pulih, bersama-samalah kita mendoakan akan kesihatannya.. Amin...

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian. Kepada semua rakyat Malaysia khasnya, berhati-hatilah dengan wabak ini.. Kerana ia dtang tak diduga. Selagi kita berhati-hati, Insyaallah kita boleh mencegahinya..

Monday, July 27, 2009

Mood Tak Baik

Salam.. Hari ni kuliah saya abis jam 3.30ptg.. Adoi maa.. manyak ngantok la.. semalam hampir gak jam2.15pg sy wat asgmnt..huhu... mlm ni kena ngafal subjek Ust Misbah, sbb ptg sok ade test.. Td pas kulliah, discus jap ngan org kuat untuk program kat Janda Baik.. Hmm mujur ade diorg, leh ringankan beban kat kepala.. Hafiz n A.man, korang cari la inisiatif sendiri untuk selesaikan problem tu..Huhu..
Apsal la hari ni hati saya cepat sgt terasa.. kadang-kadang ia cuma perkara yang remeh jer.. sebelum ni, bleh je saya bergurau macam tu.. tapi x tau la kenapa hari ni sgt2 terasa.. hmm malas nak panjang2kan cite, saya diam kan aje... hmm itu la saya, suka pendam sorg2.. mujur ade Cik Mayah.. tempat mengadu time2 sedih ni.. Tapi xpela mulut org, biarla nak kata ape... "Adah!! jgn sedih2 sgt.. saya kenal Adah macam mana.. Tp kalo nak jaga hati org pun, jgn sampai hati sendiri terluka tau"... masih ingat lagi kata2 kawan lame saya tu.. sgt paham saya.. hmm, rindu sama dia..
Ape2 pun saya, saya tak nak teruskan jadi macam ni.. Saya perlu kental untuk hadapi semuanya untuk jadi lebih baik dari yang terbaik... Amin...

Friday, July 24, 2009

Sakit Gigi

Salam.. Mak... rindu sgt dgn Mak.. Sme juga Ayah.. Wawawaa.. Nak balik, tp skang tengah byk keje. Asgmnt melambak-lambak... Time2 camni la igt sgt kat Mak.. Lebih2 lg tgh sakit gigi skang.. Huhu.. Bukan sbb rosak tp gigi blakang skali tu br nak tumbuh.. Rase cam nak demam pun ade.. Kalo duk dalam aircond, huhu.. sabor je la.. cam nak tercabut kepala tahan sakit ni.. Huhu.. Mak, sakit sangat...Kalo tepon mak kang, mula la nak nangis. Cememeh betul saya ni. hu3..
Mggu ni kena abiskan agmnt. Dua subjek lg.. Acara Mal dan Jenayah n lgi satu Siyasah As-Syariah.... Kena siapkan jgk sblm gi Sarawak sabtu depan.. Hmm.. Lieya dah start cuti.. Duk umah lah dia.. Adeq duk asrama, dan kena prepare tuk STPM tahun ni... Caiyo' Adeq boleh!!! Kak Adah sentiasa doakan..
Opss... terlupa lak.. Nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Haryati Namli dan pasangan dia.. Kawan lame sy mase sekolah menengah dulu.. Sorry la Yati, x dpt dtg.. Nak wat camne, dia bg tau pun semalam.. Lagi dahsyat!! Tak pe.. Ape2 pun, moga kekal hingga ke akhirnnya.. Amin... Wah. Nak kawin dah dia.. Ni kalo sy balik ni kompem panas telinga.. "Hah!! Adah bila lagi?? Jgn tggu lame2.. Sape la Jodoh dia??" Mak aih.. berdas2 soalan tu nanti yg timbul.. huhu.. ape2 pun kena ingat kata2 Kak Mun, "relaks.. kitakan glamour..."he3...

Tuesday, July 21, 2009

Harapannya..

Salam... Hmm rase lega skit.. byk gak keje yang dah setle.. tggal beberapa perkara je lagi.. Tp Alhamdulillah... semuanya Insyaaallah akan berjalan dgn lancar sbb dah buat penyusunan... samada utk pelajaran dan program sekitar.
Bagi sy dalam ape2 jua perkara, andai kerjasama dan bantu membantu di terapkan Insyaallah membuahkan hasil yg sgt ternilai harganya.. Dan jika sekiranya kita ditugaskan utk mengaturkan beberapa perkara, tak salah rasanya utk kita korbankan sedikit masa dan pengalaman agar semua org puas hati dgn perkara yang akan dan telah kita lakukan...
Terima kasih kat sume bdk2 kelas saya, terutama org2 kuat yang banyak bagi support untuk kita bersama-sama uruskan program ni agar menjadi lebih baik dari apa yang kita rancangkan.. Thanks Aini, Fashi, Fidah, Ekong, Azrul, Umie dan Emie.. Ape2 pun sesuatu perkara yang kita janjikan terbaik, diharapkan jadi yang lebih terbaik.. kan???

Monday, July 20, 2009

Bisakah

Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa
Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun?
Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu
Naluri meminta kuungkapkan kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula
Namun?
Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu
Bila senduku berlinang sayu
Dalam rinduku ku tertanya
Bisakah yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Saturday, July 18, 2009

Mantan-mantan AJK i-Teras

Salam.. Hari ni sempat gak sy update blog ni.. semalam sy berkesempatan ke tapak konvo.. asalnya cuma nak jumpa Angah Syahir, tp semalam umpama reunion mantan-mantan i-teras Club.. seronok sgt dpt jumpa sume.. ktorg ni kalo dah jumpa, he3 tau2 je la.. riuh rendah jadi nyer.. terutama bila ade si Zamri Arshad n Syed Halim tu.. tu belum ade Putat, Uncle, Erryn n bdk2 lain lg..
i-Teras banyak tinggalkan kenangan dalam hidup sy sepanjang kat KUIS ni.. dgn AJK2 ni la sy banyak belajar cara nak handle program, nak wat paper work, nak berdepan dgn org ramai n macam2 lg la.. walaupun pengalaman mase kerja dulu ade, tp time blajar ni lg best!! sbb sume org nak blaja benda2 baru.. sama2 cari pengalaman... seronok sgt ade team work mcm diorg ni.. ble x tau diorg tanya, dan yg dah tau tak pernah kedekut ilmu, sume nak kongsi sama2.. Thanks ya bdk2 i-Teras Club (Uncle, Zam, Putat, Erryn, Burhan, Mayah, Halim, Wan, Majdi, Huda, Yani Ika, Fiza, Afi, Adik, Amal, Que, Fizi, Tok Wan, Nizam, Din, Bush, Aini, dll)
Hmm.. tp ape2 pun sy harap kwn sy yg sorg tu ceria slalu.., sy tau mmg penat bila jd urusetia program.. jgn tension2 ye.. he3 :-)

Cinta Terakhir- Aiman

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita…
Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia…
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir…
Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan….

Lagu/lirik: Hafiz Hamidun

Thursday, July 16, 2009

Mggu Konvo Yang Padat

Salam.. Mggu ni sume org bz dgn aktiviti masing2.. Ade yg jd AJK Ekstival, ade yg sibuk berniaga, ade yang sibuk2 kan diri membeli belah, ade gak yang sibuk wat asgmnt, tesis, prepare presentation .. termasuk lah sy…huhuhu.. sgt tension… penat otak pun ade, mujur x join ekstival.. diorg ajak gak join.. tp malas.. biarlah org lain rase kepenatan m’jadi urusetia ni plak…hehe…

Mggu ni, start je Rabu lepas, sy dah memerapkan diri kan buku2.. kena abihkan gak correction tesis..Pastu, kena prepare presentation utk Nizam Qada’, cari bahan subjek Dr Nur Abdi.. huhu.. penat sgt, sampai ari Khamis masih lg cari bahan. X byk yg jumpe ade 4 bji buku je.. Hari Jumaat masih lagi prepare presentation Nizam Qada’… Sabtu plak kena gi smula library, cari lagi bahan.huhu.. xpe la…. kalo x usaha camne nak dapat kan…

Ahad ni kena gi PN ( Pustaka Negara), cari bahan subjek Acara Mal plak…wawawa… x henti2 ngadap buku2 lg… Cume Isnin tu nak kena g Janda Baik, tgk tempat utk family day.. penat jgk, tp utk puaskan hati sume org kena la pi jugak.. xpe la berkorban.. Sy g ngan sepupu sy Atif..Tq Atif, sbb sudi temankan kak adah ( hehe.. x pasal2 dilantik jd bodyguard plak, xpe2 kak adah blanja McD… :)


Tp… ape pun, kepadatan yang diharungi oleh semua, diharapkan dapat menyempurnakan tugasan masing2 dengan ikhlas.. Amin.. dan yang paling penting nak ucapkan tahniah pada Zira, Aisyah n Afiah yang akan bergraduasi Sabtu ni.. Tahniah!!! Akak Rindu korang…

Wednesday, July 15, 2009

Adeq Manja



Happy Belated Birthday utk Adeq.. Wah.. dah makin besar adik bongsu sy ni 19 tahun.. makin handsome, comel dan cute.. wawawa... suke la tu, k.adah puji dia.. sangat manja dia ni.. Kalo sy balik je msti macam2 permintaan dia.. tp xpe la.. adik punya pasal, ikotkan aje.. kan?? Tahun ni dia amik STPM.. hope dia buat yang terbaik.. caiyo' adik boleh!! Ok. Ape2 pun semoga panjang umor n murah rezeki selalu.. K.adah doakan STPM ni adik bleh kasi gempak.. Amin...

Tuesday, July 14, 2009


Kenapa Kita Kena Fikirkan Orang Lain?? Sedangkan Hati Kita Tak Tenang..

Kerana Ketenangan Itu Menjanjikan Kegembiraan Hati Seseorang..


Kenapa Ada Orang Suka Tentukan Pasangan Hidup Kita??? Sedangkan Mereka Tidak Adil.. Bukan Mereka yang Sepatut Menentukannya.. Hanya Allah Yang Berkuasa dan Berhak Menentukannya.. Melainkan Jika Mereka Ibubapa Kita..


Dan Adakah Apa Yang Mereka Tentukan itu Menggembirakan Hati Kita???

Sudah Tentu Tidak, Kerana Mungkin Ianya Cuma Hasad Dengki Semata-mata..

Berpeganglah Pada Hati, Ikutlah Keserasian Diri Selagi Agama Dilindungi..
by: Aku Tetap Aku

Saturday, July 11, 2009

Kedamaian



Kedamaian- Lagu Cik Siti
Ku rindukan
cahaya si kunang-kunang

Pelita rimba hiasan gelap malam
Bintang nan bersinar bergemerlapan
Sang rambulan penerang alam nan gelita
Ku rindu mandian air dibukit
Kedinginannya menyentuh di dalam hati
Burung berkicauan berlagu riang
Disinilah ku miliki kedamaian
Rindu...Cahaya sang rambulan
Dingin angin rimba menyusup di hati
Rindu...Hembusan sang bayu
Buahan meranum pepohon menghijau
Merdu suara kicau burung
Dinginnya air terjun
Ku kembali semula menikmati segala
Keindahan...
Ku rindu saat-saat bahagia
Tak mungkin pudarsegar dalam ingatan ku
Biar ku di sini, jauh di desa
Bahagia telah bersemi selamanya

p/s: saya upload gambar2 permandangan kat relong...

Cuti Dah Abih!!

Salam.. Semalam br balik dari kg… Penat sgt, sbb dari pg x smpat nak rest lame2….wawawa.. kena g knduri kawen Kak Nadia ngan Along Pijat…. Cantik betul, tema purple… sweet je… sesuai la ngan diorg b’2… Time knduri tu ramai yang dtg.. almaklumlah, kedua2nya org relong jgk, walaupun family Along duk Benta.. lauk2 kenduri pun macam2 jenis.. seingat sy rendang hitam, kari daging, ayam masak merah, acar buah, gulai utk bdk2, sambal perut, pucuk paku, buah2.. pastu ada plak bubur kacang.. banyak betul!!!

Tpkan yg klakornya, mase ktorg lepak ramai2 ngan adik beradik kat umah, sume duk cite pasal hidangan utk “kenduri saya” plak… ayah siap sebut budget lg.. mak n kakak lak rancang survenir utk org ramai n tetamu.. wawawa.. ape la diorg, calon pun x de… nak kawen ngan sape??? Kui3.. tggu la dlu.. study pun x abis lg.. abih je study kompem sy cari… wawawa… terbalik lak perigi cari timba.. Tgk la, ade jodoh, sampai seru, Insyaallah sy tunaikan keinginan diorg… Hmm best gak kalo Lieya kawen dulu.. Langkah bendul… wawawa.. Tp ayah mesti x kasi punya, pecah tradisi lak nanti.. Dia kompem nakkan sy dulu.. Ayah ni nampak je diam, tp, kalo bab Agama, Tatasusila dan Adat , sgt2 dia jaga… Tu la yg menyebabkan sy sentiasa beringat2…

Hmm cuti seminggu kat kg sgt2 menyeronokkan.. Mcm2 leh buat.. Tp pasni xde lagi mase nak lik kg.. Biasanya setiap tahun, awal puasa je msti nak puasa kat kg, x dpt berbuka, bersahur skali ngan family pun jadi la kan.. tp tahun ni.. huhu.. mgkin x berkesempatan.. xpe la.. penghujung puasa, sy balik jgk.. sbb nak raye!!!! Wah!! Ape la sy ni, pose pun x lg, dah sebut pasal raye.. teng3…ade sesuatu perancangan time raye tu nnti.. hehe.. kalo nak tau.. tggu….Wslam…:-)

Friday, July 10, 2009

Family Day SMSU-A-

Salam.. ari ni sy pening kepala, duk pikir kat mne tmpat yang paling sesuai tuk wat family day kelas sy SMSU-A-(Ijzh Srjna Muda Syariah dgn Undang2- A-) Alahai .. npe la diorg suh sy cr kan cri dan pikirkan tmpt?? waaa.. sy pun satu, npe la stuju?? dah cari masalah plak?? kena pikior sorg2. Mujur ada gak kawan sy yang sorg tu nak dgr masalah ni.. hu3

Asalnya diorg nak suh wat kat tmpat sy, kg Relong (ala2 homestay/ anak angkat). Tp ada yg x nak. Mcm2 alasan la plak.. x nak terlampau terikat ngan prog la, x nak prog yang tensen2 la, nak yang relax2 je la.. alahai sabor je la.. yg x relax nyer sy.. dah tu suh cri yang dekat2 plak, sbb masalah pengangkutan.. aiyyo.. sme la gak, kat mne2 pun kena ada knderaan.. kena ikhtiar la sama2 nak selesaikan hal tu..

hmm skang ni dua tmpat yang sy pikirkan ok dan menjanjikan yang terbaik. First kat Hawa Resort & Training Centre, Janda Baik.. & second D'Ark Resort Janda Baik ( Okt 2009 la.. skang dah penuh).. Insyallah ok.. Ari tu Cik Cdah pegi, dia kata harga ok ( Hawa Resort & Training Centre Janda Baik-2 ari satu malam, 6 kali makan + BBQ: RM90 sekepala) ok la tu kan?? Hope diorg setuju.. Topup minyak keta RM20 sorg. Sume skali RM110... Waaa tlg la korg.. setuju je la.. penat dah nak cari tempat ni.. Last dah kita wat prog.. sem depan dah sibuk.. harap2 sem ni la meninggalkan sejuta kenangan selama kita bersama.. :-)

Thursday, July 9, 2009

Hati Kita

Kenapa kena perlu ikut kata hati??
hati kita, suka hati kita la..
jaga hati masing-masing
jangan ikot hati org lain
nanti makan hati lak kita..

hati-hati memikirkan tentang hati..
suara hati banyak menduga kita
dan kadang-kadang,
suara hati mebuatkan pilihan kita menjadi tepat.

Namun hati kita mudah dilukai
sebab ia sgt nipis..
lebih2 lg hati seorang perempuan..
kalau dah luka, payah nak sembuh..
oleh itu berhati-hatilah bila bermain dgn hati...

wawawa... betoi ke ape sy tuleh ni.. he3..

Wednesday, July 8, 2009

SK Tempoyang Dalam Kenangan





Semalam, sy dan ayah singgah di Sekolah Menengah Sri Lipis…Ayah ada temujanji dengan Cikgu Bedah. Sementara ayah naik jumpa Cikgu Bedah tu saya berkesempatan pusing-pusing kat area Sek tu. Sesuatu yang sangat saya rindui.. SK Tempoyang sekolah rendah yang berjiran dengan Sek Men Sri Lipis. Meninggal seribu kemanisan dalam diri sy.. Berpeluang untuk mendidik anak-anak bangsa, walaupun dalm tempoh dan masa yang agak singkat..

Cikdu Adah, Teacher,!! Wah, sangat rindu dengan panggilan tu.. Dari darjah 1 hinggalah darjah 6.. sume sy merasa mengajar.. Melayan kerenah anak-anak murid di sekolah rendah tak sama dengan melayah kerenah pelajar-pelajar sekolah menengah.. Bdk sek rendah ni peelnye macam-macam.. Ingat lagi mase first time mengajar darjah 1. Subjek BI.. Mak oi seram gak.. Takot tersalah cakap.. tp cuba gak.. Mula2 tu sy tarik perhatian diorg dengan membaca buku cerita.. Tajuk ceritanye The Frog Prince.. Awal2 cerita tu diorg macam x minat.. tp bila dah sampai pengujung cite tu, hmm tau tak ape yg berlaku?? Sume dah jd patung, tercengang dgr cite tu..Smpai ada yang ternganga mulutnya.. alahai.. sabor je lah.. tp ingatkan diorg x paham.. bla tanya ape isi2 cite tu diorg bleh jwb.. maknanya faham la tu kan?? He3 soronok sgt…

Pastu, sy gak berpeluang jgk jd guru muzik (darjah 3 dan 4).. haha.. klakor sgt.. satu block tu dgr sy nyanyi.. haha.. mujurlah ade gak yang puji..wawawa…kira bleh sentap la gak ni.. subjek BM sy ajar bdk darjah 2, 5, dan 6…Korang sume nak tau tak satu2 subjek yang x pernah sy ngajar mase jd cikgu tu?? Pendidikan Agama Islam.. Hehe3.. sedangkan sy ada basic utk subjek ni.. hmm.. x berpeluanglah nak dpt gelaran Ustazah ni.. masih belum ada hidayah gak nye…kui3.. Ape2 pun.. SK Tempoyang byk tinggalkan kenangan manis sepanjang saya di sana… Thankz Kak Zan, Kak Yah, Syam & the gang…