CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Saturday, April 28, 2012

Menjadi Lebih Baik ^___^

Assalamualaikum.... Tenang dan bersyukur kerana Allah banyak menghantar ujian untuk saya agar sentiasa lebih tabah dan sabar.. Ternyata ujian tu tidak sehebat Rasulullah dan para sahabat, namun saya hanya mampu katakan sy bersyukur atas ujian ini, jika tidak sy tak kenal erti sabar.. Alhamdulillah

Alhamdulillah dipanjatkan sekali lagi, sy telah tamat PRAKTIKUM bg KPLI jQAF Ambilan Jan 2011. Hampir setahun sy mengutip pengalaman mendekatkan diri dengan murid-murid tanpa teori pedagogi yang berterusan ditimba dari Pensyarah.. Hanya mengaut sebanyak yang mungkin teknik P&P di kuliah sewaktu cuti serta mencuri sejuta pengalaman dari senior-senior.. sungguh terharu.. mereka banyak sangat membantu.. Praktikum sy di observe oleh seorang pensyarah yang merupakan Pensyarah pilihan bagi semua guru pelatih di IPG KDRI.. Thanks Ustaz.. Ust terlalu banyak membantu sy.. banyak yang sy perbaiki untuk mencantikkan pengajaran sy..  Minggu terakhir sekali sy didatangi oleh Ketua Jabatan.. heheh cuak sebenarnya.. sbb Ketua Jabatan turun.. tengok segala persiapan dari A to Z hehehe.. tp Alhamdulillah.. Guru Besar dan GPK Pentadbiran sy banyak membantu.. ^____________^ tak terbalas dek kata-kata.. Sebenarnya jauh disudut hati.. Ini lah yang sy nak.. menjadi seorang guru pelatih yang CEMERLANG dalam banyak hal.. Menitik air mata ni bila Allah dengar kata hati ini.. Syukur Ya Rabb.. Maha Mendengar dan Maha memberi rezeki.. Indahnya nikmat cemerlang itu jika kita letakkan usaha dan doa tu beriringan... ^_____________^

"Jika kita berubah untuk menjadi baik kerana Allah, Allah akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama dengan kita"

Ingin saya tambah lagi di entry kali ini.. sejenak terdiam.. melihat dan menghayati bait-bait kata-kata di atas.. benar!!! Jika segalanya kerana Allah.. Allah akan serta merta memberikan yang terbaik.. oleh itu, setiap apa yang kita inginkan, kita harus niatkan dengan baik. insyaAllah... mudah-mudahan.. dia yang terbaik yang Allah hantar untuk sy.. Ameen Ya Rabb ^_______________^

Saturday, April 21, 2012

Asma Allah - Ar Rahman & Ar Rahim

Assalamualaikum.. Semoga sifat kasih sayang terus subur dalam hati ini.. Itulah sy harapkan.. Bermula entry kali ini sy nak share beberapa Asma Allah yang menjadi kekuatan untuk kita terus berjalan menyelusuri lembaran waktu.. Semua yang tertulis dalam Asma itu adalah sebaik-baik nama dan perlu dijadikan panduan serta kekuatan untuk kita menjadi Mukmin sejati..

Subhanallah, Maha Suci Allah menjadikan sy lebih kuat kini.. saya sedar kekurangan ini atas kelemahan diri sendiri kerana emosi yang tidak pandai di kawal.. namun segalanya perlu sy lebih tabah dan kuat.. Itulah diri sy dulu.. Sy yakin dan sangat kental menghadapi setiap apa yang berlaku.. Ketegasan dalam diri sy menyebabkan sy lebih berani.. Tetapi sejarah hitam yang mengganggu hati sy benar-benar membuatkan sy kecewa yang terlampau.. Ya Rabb.. Sesungguhnya setiap apa yang Engkau berikan ujian itu terhadap diri ini, adalah yang terbaik.. Engkau telah temukan satu kenikmatan yang tak pernah orang lain lalui.. Kisah hati yang menjadi pengajaran buat sy, agar tiada pengharapan selagi sesuatu belum pasti.. Dalam erti kata selagi ikatan dan lafaz itu belum diterjemahkan dalam bentuk yang sahih.. Harus tiada harapan itu.. Supaya kekecewaan bukan hanya buat diri sendiri tetapi juga pada orang yang kita kasihi sejak azali itu tidak terlalu membuatkan kita putus asa.

Ya Tuhan.. Engkau terus meletakkan kasih sayang dalam diri ini kerana Ar-Rahman dan Ar-Rahim itu telah kekal dan menyubur. Alhamdulillah.. Kasih sayang yg sy semaikan dalam diri adalah buat mereka-mereka yang menjadi harapan sy untuk berjaya... Terbitnya kasih sayang itu yang kukuh itu kerana Utusan Mu yang Agong, Baginda Muhammad S.A.W.. Kasih sayang terhadap umatnya sehingga di saat akhir nafasnya..Kasih sayang buat Mak Ayah sentiasa menyinari dari azali lagi.. Pengorbanan yang terlalu besar buat sy menjadikan sy meletakkan mereka yang Pertama setelah kukuhnya cinta sy pada Allah dan Rasulullah.. Air yg dicincang tak kan putus walau pelbagai dugaan yang kami adik beradik lalui.. Ini juga kerana Asma Allah itu ~ Pengasih dan Penyayang~ Ukhwah yang dibina buat sahabat, teman, rakan dan saudara seIslam ini menyebabkan sy makin kuat menghadapi Ujian Allah...~~ Syukran buat ibu muda Norshidah, teman dijauhan yang mengharungi lautan padang pasir Alias, anak buah yang terus berada disisi saya dikala kedukaan lalu Sumaiyah, rakan-rakan guru yang byk memberi tunjuk ajar tentang kehidupan dan ujian itu kerana sygnya Allah pada sy. Serta teman-teman yang lain, tanpa mengira usia, tua dan muda sentiasa bersama-sama sy di dalam kedukaan dan kegembiraan.. Alhamdulillah...

Allah mencatatkan pahala bagi hambaNya yang berkeinginan membantu orang lain. Apabila direalisasikan tentulah Allah berikan pahala yang lebih besar. Oleh sebab itu, Nabi Muhammad berkata " Apabila kita menolong orang lain, Allah menjadi penolong kita"

Sesungguhnya, Pengasih-Penyayang ini menjadikan saya lebih bersemangat memanusiakan manusia..
Tuhan..
Jadikanlah saya instrumen kasih-Mu. Di mana ada kebencian biarkan sy menyebarkan cinta. Di mana ada hati terluka biarkan sy menjadi penghibur. Di mana ada keraguan biarkan sy menyebar keyakinan. Di mana ada putus asa, biarlah sy menjadi harapan. Di mana ada kesedihan biarkan sy memberi kebahagiaan. Di mana ada kegelapan biarkan sy memberikan cahaya ~~~ Ya Tuhan.. jadikan sy seorang pendidik yang mampu terus bersemangat memanusiakan manusia
~ Ameen Ya Rabb~~

Friday, April 13, 2012

Dr MAZA @ drmaza.com

Assalamualaikum.. Saya nak kongsi entry kali ni, sebuah video yg sangat menyentuh hati semua orang. Berulang kali saya tengok, sampai ke hati penyampaian seorang Ulama yang sy kagumi ni Dr MAZA a.k.a Dr Mohd Asri Zainul Abidin.. Ntah kenapa setiap catatan setiap kata-kata, setiap tulisannya, benar-benar membuatkan, saya akan terus berkata Ya!! sungguh.. sangat-sangat benar yng dijelaskan.. bukan saya memaksudkan Ulama' lain tidak begitu, tetapi penyampaian yang sangat bersahaja, tak ada sindir menyindir, tak ada kata mengata seperti sesetengah orang yang lain dalam mereka, Sekalipun hanya sebagai salah satu selingan, bagi saya ia cukup untuk saya katakan, penyampaian yang penuh dengan sindir menyindir dan berbaur politik itu , umpama " UTK CAPAI MATLAMAT, TIDAK MENGAHALALKAN CARA" Namun berbeza dengan Dr MAZA ni.. Subhanallah Syukur sebab saya terus menjadikannya salah satu rujukan peribadi saya, bukan hanya di blog MINDA TAJDID nya sahaja, di dinding FB, di youtube dengan koleksi videonya.. dan juga buku-buku hasil tulisannya.. Insyaallah mudah-mudahan saya akan terus kuat melangkah dibumi Allah ini dengan malan dan ibadah yang berpanjangan.. Sesungguhnya Allah bersama saya..

Monday, April 2, 2012

Ubah Skrip Kegagalan Kepada Kejayaan


Usah dambakan isteri sehebat Khadijah
Jika diri tak semulia Rasulullah
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Usah mengharapkan suami setampan Yusuf
Jika kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Jika diri tak sekuat Hajar dan Sarah
Usah bermimpi mendapat lelaki seperti Ali
Jika diri tidak setabah Fatimah
Dengan kata-kata di atas secara diamnya merendahkan keyakinan diri kita mahu memiliki yang terbaik. Bukankah impian mulia seorang insan yang mahukan kebaikan datang daripada doa yang baik.
Betapa positifnya hidup kita saling bersangka baik kepada Tuhan. Tuhan menilai tidak pada hasil tetapi pada usaha kita menyempurnakan kebaikan.
Oleh itu, bermulalah dengan menukar skrip kegagalan kepada skrip kejayaan. Orang yang berjaya menggunakan skrip kejayaan akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan positif :
Aku dambakan isteri sehebat Khadijah,
Aku cuba mengikut akhlak semulia Rasulullah.
Jika Aku ingin isteri secantik Balqis,
Aku pelajari dan hayati kehebatan Sulaiman.
Jika aku mengharapkan suami setampan Yusuf,
Kasih setulus Zulaikha aku usahakan.
Aku mencari suami seteguh Ibrahim,
lalu aku harus sekuat Hajar dan Sarah.
Aku bermimpi mendapat lelaki seperti Ali,
maka aku harus mengikut tabahnya Fatimah.
Siapa pun kita, dimana pun kita berdiri ketika ini, dan kemana pun kita selepas ini,kita berhak membina kebahagiaan dan ketulusan cinta umpama Aisyah…
“Tuhan tidak menilai pada hasil tetapi pada usaha sungguh-sungguh kita menyempurnakan kebaikan. Dalam hal ini, adalah usaha kita menjadikan diri bagaikan Aisyah dalam dunia CINTA~~“
"BERBUNGA CINTA AISYAH DI HATI RASULULLAH"