CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Monday, August 15, 2011

Poligami : Pandangan LELAKI vs WANITA

Salam.. masih memberikan ruang-ruang waktu menyelinap disebalik fikrah manusia.. Menjelajah segala pelusuk perasaan hati dan jiwa insan yang sejenis dengan sy dan juga bukan sejenis.. LELAKI vs WANITA dalam isu dan pendapat mengenai POLIGAMI.. Kata KUNCI untuk entry kali ini ~~REDHA~~

Pernah kalian semua terfikir apakah yg dikatakan TAKDIR Allah?? Takdir ini boleh diertikan dengan sesuatu perkara yang telah terjadi atas kuasa dan kehendah Allah Taala itu sendiri..

Baiklah berbalik kpd Isu POLIGAMI.. sesuatu perkara yg menyebabkan kaum wanita boleh bertelagah andai tidak memahami konsep sebenar poligami.. Seharian sy bersama seorang Ustaz mengupas dan membincangkan isu ini ekoran pembacaan dan ulasan Ustaz ni mengenai buku nurkilan FATIMA SYARHA ~~ "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul".. buku ini milik peribadi sy, sengaja diberikan pinjam kepada Ustaz ini melihat sejauh mana dia mengulas buku tersebut...

Ulasannya, " Buku ini bagus, mmg bagus dan 1 sahaja yg kurang.... Cuba Adah pikir..." Puas sy mencari semula kekurangan buku tersebut.. Namun semua jawapan diberikan adalah kurang tepat... Jawapannya... "sifat cemburu wanita itu hanya untuk bidadari Syurga"... tersenyum sy dengan jawapan tersebut.. Yup sememangnya penulis tidak mengulas sifat cemburu akan wanita lain yg boleh dikatakan sebagai LUMRAH ALAM cemburu seorang wanita kpd wanita yg lain seperti cemburunya Isteri Baginda Rasulullah... Itulah sifat seorang manusia, tidak boleh lari dr sifat itu walaupun hanya secalit dan mungkin cuma cemburu dalam kebaikan..

Ustaz bertanya kan sy mengenai POLIGAMI... Dan dengan pantas dan segeranya sy menjawab.. Sy setuju dengan POLIGAMI selagi ianya tidak memberikan kezaliman kepada kaum HAWA... dan jika diberikan peluang untuk berpoligami sy setuju andai ditakdirkan suami sy berkahwin lain demi kebaikannya dan juga ISLAM itu sendiri. Namun saya akui jauh disudut hati sy, untuk berada dikedudukan isteri ke2, ke3 atau ke4..mungkin tidak sama sekali.. Setujunya sy bila berpoligami ini bila sy ditakdirkan menjadi isteri pertama.. Tak snggup rasanya meletakkan diri di tempat kedua-ketiga-atau yang keempat... Seolah-olah merampas.. "MEMBINA KEBAHAGIAAN DIATAS KEDUKAAN ORANG LAIN.. Sungguh!! Tak Sanggup ustaz...

Tergelak ustaz melihatkan saya bersungguhan menjawab persoalan itu... "Adah, perbetulkan semula apa yg Adah katakan itu..." Bukan merampas~~ PERKONGSIAN HIDUP~ Dengan adanya ISTILAH KONGSI... kita memberikan peluang agar kasih syang itu tersemat dan tersebar bukan hanya untuk kedua-dua pasangan, malah untuk beberapa orang... Rasulullah sendiri pernah bersabda, drpd segi Harta dan Nafkah sememangnya sama rata.. tetapi belum pasti mengenai jiwa dan perasaan wanita yg menerima..

Poligami bukan sahaja dipandang dr sudut fiqah sahaja, tetapi harus dinilai dr sudut kemanusiaan.. Nisbah 1:8 Lelaki:wanita dapat menjadikan masalah-masalh kini dapat diselesaikan dengan teratur.. Contohnya mengembangkan zuriat, membantu janda-janda yang kematian suami, membantu wanita yg sukar mencari pasangan hidup, mengelakkan zina dan sebagainya... Insyaallah dengan adanya REDHA itu segalanya dipermudahkan... " Apabila kita REDHA dengan TAKDIR ALLAH nescaya ALLAH REDHA dengan kehidupan kita..

Namun, jauh juga disudut hati sy walaupun bersetuju dengan POLIGAMI, seandainya Allah ketemukan sy dengan seseorang biarlah pasangan sy itu yg hanya mencintai Allah, Rasul, Kedua ibubapanya dan isterinya yang SEORANG ini sahaja.. tetapi, jika dia masih berkendakkan yang lain, SAYA REDHA hehhehehe... insyaAllah.....

0 comments: