CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Thursday, December 31, 2009

Salam Tahun Baru 2010 ^_^

Salam.. Selamat Tahun Baru 2010.. Semoga dengan kedatangan tahun baru ni memberi seribu satu semangat dalam diri untuk meneruskan perjuangan. Insyaallah.. Sy juga tidak terkecuali membina semangat dan azam yang baru untuk mencapai kejayaan Insyaallah.. Biarlah pelbagai dugaan yang menimpa sy kan cuba tekad dan sabar dalam menempuhinya kelak.

Semalam merupakan kenduri sekampung bagi penduduk kampung Relong. Kenduri kesyukuran` atas pelbagai kejayaan dan kemajuan dalam pelbagai aspek. Selain itu penduduk Kampung Relong juga meraikan Sambutan Tahun Baru 2010. Tepat jam 12.00 tgh malam nyanyian lagu kebangsaan NegaraKu di nyanyikan oleh seluruh warga kampung yang hadir kemajlis tersebut.

Sy turut berkesempatan bersama meraikannya. Setelah selesai exm Amalan Guaman dan Kehakiman Syarie pagi tu, sy pulang ke kampung menaiki bas. Tujuaannya adalah untuk membantu mereka menyediakan persiapan majlis. Sy telah ditugaskan utk menyediakan slide. Smpai je di Kg itu lah tugasan yang sy laksanakan. Slide Tahun Baru 2010. Alhamdulillah .. segalanya selesai dalam tempoh 4 jam (3 slide berasingan) penat juga.. Tapi kalo kerana kampung, penat tu sume sy tolak tepi. Yang penting sume terhibur.

Setelah nyanyian Negaraku bergema, boleh dikatakan seluruh Kampung Relong disimbahi bunga api. YB Dato' Abdul Rahman bin Mohamed pun turut sama memeriahkan majlis hinggalah keakhirnya. Sepanjang majlis diadakan warga kampung Relong di meriahkan dengan cabutan bertuah yang di perolehi melalui sumbangan ikhlas penduduk kampung Relong.. Syukur Alhamdulillah sumenya gembira. Selain itu juga kami turut terharu, bukan sahaja penduduk kampung Relong yang meraikannya, malah boleh dikatakan sebilangan besar orang ramai yang hadir adalah dari seluruh Daerah Lipis. Bangga gak rasanya..

Selesai shj majlis seperti biasa urusetia dari golongan belia sama2 membersihkan dewan. Itulah yang selalu ada pada kami. KERJASAMA. dan itulah menyebabkan harmoninya Kampung Relong ni. Agak lewat juga kami adik beradik tdur malam tu.. kerana sama2 ingin menyaksikan keajaiban Anugerah Tuhan iaitu Gerhana Bulan.. sungguh menakjubkan.. Subhanallah.. Cantik sangat Bulan malam td. Harap2 bulan yang saya lihat turut sama dilihat oleh dia. Insyaallah ^_^

0 comments: