CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Monday, August 10, 2009

Kenangan Bersama Deligasi Indonesia




Salam.. Buat pembaca semua.. Hari ni saya nak coretkan satu kenangan yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila… Semenjak hari Jumaat ( 7 Ogos 2009) kampung saya, telah menerima tetamu iaitu deligasi dari Indonesia melalui program pertukaran belia antarabangsa.. Relong telah dipilih sebagai wakil Malaysia untuk program Homestay dan Anak Angkat..

Untuk program kali ni saya telah di amanahkan sebagai AJK Dokumentasi dan Penerbitan, bersama Angah (Panther)..Saya & Angah kena siapkan slide untuk persembahan multimedia dari Persatuan Belia, selain tu juga saya di tugaskan untuk ambil gambar sepanjang program bagi mempersembahkan gimik terakhir dari Persatuan Belia Kg. Relong kepada Deligasi Indonesia tersebut. Sanggup berjaga sampai 5.00pagi untuk siapkan slide tu..

Jauh disudut hati saya, inilah program anak angkat pertama yang sangat meninggalkan kesan dihati saya.. Melalui program ni, terlihat keramahan, kasih sayang, ukhwah, dan kegembiraan di hati perserta ibubapa angkat, juga ahli Persatuan Belia Kg. Relong sendiri.. Sepanjang program kami sama-sama bertukar pendapat. Kesemua perserta dari Indonesia ini adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik, mereka telah mengikuti beberapa peringkat pemilihan dari seluruh tanah air mereka di Indonesia.

Sesuatu yang sangat di kagumi, jati diri bangsa mereka sangat kuat.. Kagum !! Walaupun pertemuan ini hanya seketika tapi kasih sayang yang terjalin bagaikan talian dalam sebuah keluarga. Hmm..:-) saya akan merindui segala kenangan bersama mereka sepanjang disini. Andai Tuhan mengizinkan, Insyaallah kita akan bertemu kembali..

0 comments: