Thursday, December 31, 2009
Salam Tahun Baru 2010 ^_^
Semalam merupakan kenduri sekampung bagi penduduk kampung Relong. Kenduri kesyukuran` atas pelbagai kejayaan dan kemajuan dalam pelbagai aspek. Selain itu penduduk Kampung Relong juga meraikan Sambutan Tahun Baru 2010. Tepat jam 12.00 tgh malam nyanyian lagu kebangsaan NegaraKu di nyanyikan oleh seluruh warga kampung yang hadir kemajlis tersebut.
Sy turut berkesempatan bersama meraikannya. Setelah selesai exm Amalan Guaman dan Kehakiman Syarie pagi tu, sy pulang ke kampung menaiki bas. Tujuaannya adalah untuk membantu mereka menyediakan persiapan majlis. Sy telah ditugaskan utk menyediakan slide. Smpai je di Kg itu lah tugasan yang sy laksanakan. Slide Tahun Baru 2010. Alhamdulillah .. segalanya selesai dalam tempoh 4 jam (3 slide berasingan) penat juga.. Tapi kalo kerana kampung, penat tu sume sy tolak tepi. Yang penting sume terhibur.
Setelah nyanyian Negaraku bergema, boleh dikatakan seluruh Kampung Relong disimbahi bunga api. YB Dato' Abdul Rahman bin Mohamed pun turut sama memeriahkan majlis hinggalah keakhirnya. Sepanjang majlis diadakan warga kampung Relong di meriahkan dengan cabutan bertuah yang di perolehi melalui sumbangan ikhlas penduduk kampung Relong.. Syukur Alhamdulillah sumenya gembira. Selain itu juga kami turut terharu, bukan sahaja penduduk kampung Relong yang meraikannya, malah boleh dikatakan sebilangan besar orang ramai yang hadir adalah dari seluruh Daerah Lipis. Bangga gak rasanya..
Selesai shj majlis seperti biasa urusetia dari golongan belia sama2 membersihkan dewan. Itulah yang selalu ada pada kami. KERJASAMA. dan itulah menyebabkan harmoninya Kampung Relong ni. Agak lewat juga kami adik beradik tdur malam tu.. kerana sama2 ingin menyaksikan keajaiban Anugerah Tuhan iaitu Gerhana Bulan.. sungguh menakjubkan.. Subhanallah.. Cantik sangat Bulan malam td. Harap2 bulan yang saya lihat turut sama dilihat oleh dia. Insyaallah ^_^
Monday, December 28, 2009
Sabar je la hati...
Kadang-kadang sy selalu terfikir, terlalu lembutkah sy ni atau terlalu lurus bendul??? hanya ikut shj kehendak orang lain.. Terutama dengan kawan2.. bila mereka minta buat ini sy buat, buat itu pon sy buat.. tp bila giliran sy perlu kan ape2, mase tu la macam2 alasan yang diberi.. Hmm xpe la.. Demi menjaga hati kawan, dan mungkin juga sy terlalu muda untuk mereka "membuli" sy.. Sabar je la Adah oi... Ape2 pun kena kuatkan semangat.. masih ramai lagi mereka2 di sekeliling sy yang lebih memahami sy.. ^_^ ....time ni la "Rindu" kat sume orang yang masih menyayangi sy.. kui3..
Sunday, December 27, 2009
Semester Akhir Yang Mendebarkan
Salam.. sebelum saya meneruskan coretan ni, hayati bait2 lirik ni.. lagu Tekad by Hazami.. sgt2 memberikan semangat untuk saya meneruskan perjalanan walaupun penuh ujian dengan dugaan.. Tapi kita sebagai hambaNya perlu tabah dan redha dengan ketentuanNya. Lagu ni jg sy tujukan buat seseorang , nun jauh disana.. ^_^
Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan Cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan
Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita
Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba
Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian
Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa
Menggapai cita-cita
Semester ni amat mendebarkan saya, almaklumlah semester akhir.. Mane nak siapkan assgmnt, presentation, tesis.. byk sgt kena fikir..sume penting buat saya.. Tapi ape-ape pun sy ucapkan terime kasih sangat buat Puan Zaini Yusnita (penyelia saya) sbb memudahkan saya untuk menyiapkan tesis. Puan Zaini byk bagi tunjuk ajar pada saya. Terima Kasih Puan. Mggu ni sy dah mula manjalankan kajian lapangan bab 3 untuk buat tentang Pengurusan Penceraian di Kuala Lipis. Saya kena pergi temuramah Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Daerah Lipis.. Nasib baik ayah janji nak tolong saya. Terima Kasih Ayah, Ayah selalu bersama dengan saya. Ayah banyak bagi dorongan kpd saya untuk meneruskan perjuangan ni.. Dengan Ayah gak la sy byk terima pendapat dan komen dalam menyiapkan tesis-tesis sy. Alhamdulillah bersyukur sy, sbb dikurniakan Ayah yang sangat memahami anaknya ini..
Mggu ni pun, sy kena susun strategi. Start sok, sy ada presentation.. Subjek Amalan Guaman dan Kehakiman Syarie, Pastu ari Khamis ade test plak subjek yang sama. Next week test subjek Qawaid Fiqhiah... hmm.. xpe2.. kena kuatkan semangat.. ape2 pun buat yang terbaik
Saturday, December 12, 2009
Musim Orang Kahwin..
Tadi, baru je bermulanya hari bahagia, pengerusi Belia kg Relong di pelangai.. Selamat Pengantin Baru buat Pija dan Kak As.. Mggu depan Cik Cdah plak.. x sabar la tu... hehehehe.. Kali ni Insyaallah dpt blk.. doa2kan la.. sy nak sama2 menyambut hari bahagia tu bersama dengan Cik Cdah..terharu dan sebak jugak.. ye la, berkawan dri kecik , suke duka sume tu dikongsi.. Hmm Selamat Menemput Hari Bahagia Cik Cdah.. Hari ni pun sebenarnya hari perkahwinan kawan lama sy Riduan Abu Samah.. Selamat Pengantin Baru sy ucapkan.. moga kebahagiaan yang di cari telah ditemui..Amin.. sy doakan jg awak bahagia dan kekal selamanya.. Ape- ape pun untuk semua kengkawan yg mengakhiri zaman bujang, xkiralah bila-bila pun.. selamat pengantin baru... ^_^
Tuesday, December 8, 2009
Bismillah - Yassin
cari ilham damaikan satu alam
aku insan mendambakan
cari sayang damaikan seluruh alam
bila kau mencari damai di sanubari
dari segala gala yang kau kesali
bilakan berhenti sesal dan menyesali
tersungkur dan menangis di pintu hati
benderang cahaya di atasnya cahaya
terangi alam yang gelap gelita
bismillah majreha bismillahi mursaha
kau seru kau puja suci namanya
oooh…
seterang bintang di langit tinggi
menyinari musafir yang mencari di kembara sepi
Lirik Lagu Yassin - Bismillah
Wednesday, November 11, 2009
Selamat Hari Lahir Cik Cdah...
Tuesday, November 3, 2009
I'm Back...
Dalam kesibukan 3 minggu ni, 30 haribln 10 ari tu sempat gak sy blk kg.. Amik nota2 lame time sekolah menengah hari tu, masih boleh jadi rujukan utk sy. Dalam pada tu gak sy berkesempatan melayan tetamu( dikira peserta homestay) tp mcm anak angkat gak, dari sg. rambai Banting Selangor.. Diorg sume ok. Ada 10 buah keluarga dibawah progran Keluarga Wawasan (HAKAS).. Selama beberapa minggu ni la nnti Kg Relong akan jadi pusat/ tempat penginapan utk program tu.. Semuanya di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Insyaallah Orang Kg. Relong ni akan bagi layanan yang terbaik.. Baik Punye!!!
Dan mggu bermula mggu ni jgk sy keseorang.. Cik Mayah p berlayar. Ikut program KBS, pelayaran Kapal Tunas Samudera kat Lumut Perak.. Ati2 Cik Mayah, moga kamu kembali dengan kejayaan.. wah!! dan mcm tentera nak p berjuang plak.. weng3...
Ok la.. Senyum dan Ceria Selalu!!!! ^_^
Friday, October 23, 2009
Along, Gurl, Achik & Lieya
Along Aqilah- Hope Along jadi anak yang dengar kata dan kakak yang baik.. Blajar rajin-rajin.. Selagi otak kita berfungsi selagi itulah kita harus gunakan utk membela masa depan kita kelak.
Utk Girl Jijah. Jadilah seorang anak yang solehah yang mengikut perintah Allah dan Rasul.
Kak Chik. Semoga kak Chik sentiasa menjadi pelajar cemerlang dan juga anak yang baik didunia dan akhirat.
Cik Lieya.. Walaupun pelbagai dugaan yang ditempuhi, harapannya agar tidak terlampau memikirkan kenapa begitu banyak dugaan untuk kita. Tapi fikirlah sebab apa kita dipilih utk terima dugaan itu, kerana kita sangat di sayangi olehNya. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan menjadi kebanggaan buat mak ayah kita
Wednesday, October 21, 2009
Macam-macam peristiwa...
Tarikh 12 Oktober 2009, kami sekeluarga menerima berita buruk. Mase tu sy kak Long, ayah dan beberapa org lagi tgh sibuk menyediakan peralatan hidangan bagi Jamuan Hari Raya UMNO Bahagian di Dewan Residen Lipis. Sy dapat panggilan dari Kakak, baby dalam kandungan dah tak ada. Innalillah... Kak Long bawa kakak ke spital sebab A.Awie masih dalam p'jalanan. Tuhan je la yang tahu, setiap perbuatan kami lakukan asyik ingat kakak. Ok ke tak dia? Baby cmne? Ayah lak sampai terlupa samada nak beli air batu atau tisu.. walaubagaimanapun jamuan dilaksanakan sehingga ke penghujungnya. Alhamdulillah. Malam tu selesai Isya' saya dan abg ke rumah kakak, nak hantar lauk utk anak-anak buah. Ibu diorg dah masuk wad. Kebtulan sy sampai, a.awie ajak ke hospital tgk kakak dan hantar baju. Sampai je kat wad kakak dalam rawatan, sy dibenarkan masuk sbb baby dah keluar. Pengalaman tengok baby camtu, kecil je.. sebesar tapak tangan je, mungkin kecil lagi kot. Tapi umur dia dah 5bln. Nurse tu kata dah cukup sifat, cuma tak tau jantina lelaki or pompuan. A.awie bawa baby blk umah utk di kebumikan. Sya msih di spital tggu kakak malam tu. Uri dia masih t'sangkut. Sakit sgt katanya, Cuak gak sy .. ye la mane ade pengalaman melahirkan anak. Tak tau sakitnya camne. Tp tgk keadaan kakak mmg sakit.. Huhu saya kena kuat, kalo sy takot kang riso plak kakak.. Mujur la sy jenis tak takot tgk darah banyak sewaktu kakak tumpah darah. Cuma yg sgt cuak tgk keadaan kakak yang pucat lesi, darah tak stabil... Riso weh.. Mujur doktor ada, setiap sejam turun tgk kakak sampai ke pagi.. Alhamdulillah bila hari semakin pagi kakak beransur pulih. Syukur...
Lagi satu kejadian mase kat spital tu, time tu kul 6.15pg.. Sy nak ke surau utk solat subuh.. Mase nak g surau sy lupa kat mane letaknya surau, sblm tu dah tanya kakak, tp lupa plak.. Tgh sy b'jalan2.. sy jumpa sorang nurse, agak2 umur 40-an kot. Saya anggap dia betul2 nurse walaupun pakaian dia macam nurse dulu2.. Cuma kain dia labuh skit. Saya tanya, kat mana surau, dia kata kat bawah pokok besar tu, hmm dah salah jalan.. Bila sy pusing blakang , btul2 depan sy signboard lama Bilik mayat. Cis!!! cuak betul.. Huhu!! Tuhan je la tau betapa meremangnya bulu roma sy.. Sy teruskan p'jalanan ke surau. walau hati b'debar2 ni.. sbb x solat subuh lg.. Huish!! satu pengalaman yg x bleh sy lupakan.. sblm ni sy x cite pun kat spe2, samada mak, ayah or kakak. Cik Sumie org p'tama dgr.. Harap2 ape yg sy jumpe tu btul2 la seorang nurse.. Huhuhu...
Baru2 ni, ada Jamuan Aidilfitri di kampung relong. Jamuan tu adalah gabungan antara beberapa badan, antaranya JKKK Kg Relong, Belia Kg Relong, Badan Kebajikan Masjid Kg Relong, PIBG Sk Relong, Badan Kebajikan Tok Linggi, dan Alumni SMKPT. Walaupun pada asalnya mcm2 yang didengar. Tp Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Cume sedikit pendapat sy untuk majlis sedemikian, sekiranya masih ingin majlis yang digabungkan seperti ini di teruskan, suatu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan, bukan main lantik je sesiapa or melantik diri sendiri .. Org relong ni lain dari yang lain. Sedikit hati tercuit semua terasa. Maklumlah kita sume bersaudara.. Mujur lah ada sedikit jua kemaafan golongan ini dan turut membantu.. saya bukan apa, jika sebelum ini, apa-apa jua majlis yang kami belia kg relong buat, kami akan merujuk kepada mereka, selain JKKK dan Tok Awie sebagai rujukan utama.. Malah kalau tak kerana mereka, peristiwa gilang gemilang yang pernah dijayakan direlong x akan berhasil. Ini cuma pendapat saya dan beberapa org lagi..
Ape-ape pun terima kasih kepada golongan ini walaupun pihak penganjur tak nampak kesungguhan kalian memeriahkan majlis secara zahirnya hari sebelum sehinggalah tamatnya majlis.. Thanks ya, Pak busu Sahak,Abg Mie, Busu Hepi, Long Han, Long Chi, Aki Koley, Pak teh Din dan beberapa orang lagi yang sy x ingat namanya.
Kat sini jugak sy nak ucapkan selamat hari lahir buat Along Aqilah dan Gurl Azizah, serta bapa saudara saya Beh Ri yang akan menyambut hari kelahirannya di hari pertama ketika tiba di tanah suci 22 oktober . semoga beliau sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan dari Allah S.W.T.. Ya Allah! Selamat dan permudahkanlah perjalanan serta ibadah bapa saudaraku ini.. kurniakannya haji yang mabrur. Amin! Ya Rabbal alamin.
Monday, September 28, 2009
Bangunan Baru, Padang Rosak...
Hmm padang sekolah... dulunya tempat berkumpul orang ramai melihat wayang gambar, bersukan, dan macam2 lagi..Setiap kali ada keramaian mesti kat padang sekolah, dan pernah juga padang sekolah menjadi bukti apabila Kampung Relong dinobatkan sebagai Johan bagi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Pahang tahun 2005. Bangga betul masa tu.. Sbbnya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana usaha kami sebilangan lagi ahli jawatankuasa teknikal bagi gerak kerja untuk menyiapkan buku profil bagi Anugerah Desa Cemerlang tu ( Saya, Amin, Kakak Ija, Cdah, Tok Awie, Pak Busu Sahak, Kak ja, Lieya, Wady, Along Rizal , Abg. Upi , Angah dan Sila- sanggup tak tidur malam, berjaga menyiapkan data-data dan maklumat bagi Kampung Relong dalam tempoh dua minggu) .. Softcopy nya masih lagi dalam simpanan saya sekarang..
Mengenai apa yang berlaku sekarang, perlaksanaan projek bangunan baru bagi Sekolah Kebangsaan Relong.. Mmglah akan bagi keselesaan pada murid-murid akan datang untuk menuntut ilmu, tapi segala struktur binaan yang menjadi kenangan pada hampir semua penduduk kampung relong hilang begitu sahaja, Sudahlah bangunan lama dirobohkan, malah bukit berhampiran kantin sekolah juga ditarah sedikit demi sedikit.. Bagi saya, dulunya Sekolah Relong merupakan sekolah yang paling cantik dari segi struktur bangunannya. Tapi kini segalanya diubah.. Hmm yang menjadi lebih terkilannya bukan setakat bangunan, malah logo sekolah pun diubah... Kenapa la jadi begini sejak pentadbiran baru mengambil alih pengurusannya.. Semuanya adalah nilai sejarah..
Sekarang, bila projek berjalan, tiada lagi riuh rendah golongan belia main bola sepak waktu petang, kalau ada pun bola tampar, tu pun jarang2... Tak de lagi kemeriahan bersukan di Padang Sekolah Kebangsaan Relong, kadang-kadang umpama menggalakkan lagi golongan ini melepak tanpa melakukan sebarang aktiviti di waktu petang.. Sepanjang projek dilaksanakan, padang sekolah digunakan untuk mengangkut tanah dengan menggunakan lori.. Rosak padang jadinya..Bayangkanlah selama mana ianya akan dilaksanakan.. Hmm pikir2 kan lah...
Disini saya ada juga selitkan lagu sekolah kebangsaan relong yang diterjemahkan dari bahasa jepun kepada bahasa melayu sewaktu zaman jepun. Lagu ni saya dapat dari video yang dirakamkan sebelum bangunan kayu (warna merah) dirobohkan. Dalam video tersebut turut kelihatan Tn Hj Zahari Uda, Tn Hj Yusof Ibrahim, Dato’ Hj Hashim bin Idrus, Tn Hj Md Dahan bin Husin, Tn Hj Husin bin Mohamed, Tn Hj Ishak bin Mahudin, Tn Hj Mat, Tn Hj Md Ludin, En. Ishak bin Mohamed dan beberapa orang lagi.
Tempat Sembahyang Ilmu dan Cita-cita
Sebarang Kerja buat lah bersama
Itu jadi pedoman hidup kita
Mari mari sama-sama mara
Berpunca dari sekolah kita
Berkerja sama-sama ria
Kerana Negeri dan Bangsa kita
Syawal Datang Lagi..
Tahun ni merupakan tahun yang cukup meriah buat family saya. Sejak penghujung Ramadhan lg kami sudah berkumpul bersame, menikmati juadah berbuka . Sudah menjadi kebiasaan di malam raya, rumah saya akan dipenuhi oleh orang ramai yang masih belum menunaikan kewajipan untuk membayar zakat fitrah. Hampir 35 tahun Ayah telah di lantik menjadi AMIL bagi kawasan kampung relong melebihi usia saya, iaitu sejak tahun 1974. Setiap kali malam raya, kami akan menyediakan pelbagai juadah, antaranya ketupat, lemang, rendang, mee gorang, ayam goreng ala KFC, dan kuih muih. Walaupun penat melayan tetamu yang datang, kami tetap gembira..
Sok nye seawal 6.30 pagi kami mula bersiap2.. melihatkan kerenah anak-anak buah, saya teringatkan zaman kecil2 dulu. Betapa gembira dan terujanya menyambut Syawal.. Baju baru, kasut baru, semua baru.. Huhu.. seronok sangat!! Setelah selesai bersiap, kami sekeluarga bermaafan antara satu sama lain. Bergambar beramai2.. So sweet, gambar tahun ni.. Kelakar tgk gmbar anak-anak buah yang ramai tu.. Mcm2 peel... Pastu Sembahyang raya.. Selepas sembahyang, sekali lagi kami berkumpul, di pusara arwah Wan sebelah ayah dan mak.. Kami bersyukur sbbnyer pusara kedua-duanya bersebelahan. Ramai juga yang join skali tahlil di pusara arwah, termasuklah ahli keluarga sebelah ayah.
Selepas sumenya selesai, kami terus pulang ke rumah.. Dan memang menjadi kebiasaan juga buat saya, tidak akan berjalan di hari raya pertama, sgt ramai orang, tak menang tangan. Orang ramai datang bersilih ganti, dari pagi sampai la ke petang.. Umpama wat rumah terbuka plak.. huhu.. sgt penat, tapi seronok.. sbb dpt rase kemeriahan Syawal setiap kali menjelma...
Malam tu sekali lagi cucu cicit Mah Uda berkumpul. Setiap kali berkumpul saya Mayah, Abg Upi akan ditugaskan menyediakan slide dan segala teknikal utk Majlis malam tu.. Mengumpul gambar2 lame, mengedit dan mempersembahkan slide utk sume.. tapi, utk kali ni ianya adalah hasil sentuhan Cik Mayah.. Saya cume bagi idea utk lagu dan sedikit kata2.. sbb nye komitmen utk final exam ari tu lebih penting.. akan datang sentuhan saya pula.
Acara malam tu di mulakan dengan tahlil, seramai lebih kurang 100 lebih, bapa dan mak sedara, anak-anak buah, sepupu sepapat, ipar duai keturunan cucu cicit Mah Uda berkumpul. Sayu seketika bacaan tahlil pada malam tu.. Lepas tu ada ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis, iaitu Abg Mie.. Pastu Beh Ri ( bapa sedara saya yang bongsu) bagi ucapan sebab dia tuan rumah.. Ucapan dia sgt bermakna malam tu.. siap ade pantun2... Thanks ya Beh sedia kan sate untuk kami malam tu. Pastu, kami persembahkan tayangan slide yang disediakan.. sedih sgt sbb terkenangkan yang dah lame pergi. Tapi semuanya diingatan kami.. selepas tayangan slide acara yang di tunggu2 makan!!! Macam2 cerita bila berkumpul bersama. Setelah siap2 makan, semua anak2 buah, sepupu sepapat yang masih belajar diminta untuk berbaris.. termasuklah yang paling tua(yang masih belajar), nana, kak ibah dan saya.. kami masih dapat duit raye.dan inilah tahun terakhir kami dapat duit raye. Tahun depan kalo adae rezeki giliran kami utk bagi pula.. malam tu je hampir RM80 ringgit.. huhu terharu... Malam tu, kemeriahan ditambah lagi dengan letupan bunga api.. ala-ala cam time sambut merdeka kat KLCC tu.. sngt meriah.. Hmm. Memori ni akan di kenang sampai bila-bila.. Dan tradisi berkumpul cucu cicit Mah Uda akan sentiasa dia lakukan sehingga kami masih lagi bergelar CUCU CICIT MAH UDA... Insyaallah...
Tuesday, September 15, 2009
Hari-hari terakhir Ramadhan...
Andainya ini Ramadhan terakhir…mudah-mudahan Allah terima puasa kita dan ibadah-ibadah lainnya. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa-dosa kita dan melimpahi kita dengan rahmatNya. Mudah-mudahan tarbiyyah yang sebulan cuma mampu untuk membentuk kita menjadi insan yang bertaqwa. Dan mudah-mudahan juga ibadat yang menjadi amalan di bulan Ramadhan ini akan berterusan diamalkan untuk 11 bulan yang lain. Insyallah..
Sunday, September 6, 2009
Saya Kena Kuat!!!
Hmm.. ade 3 paper lagi.. Amalan Guaman Syarie dengan As- Siyasah Syariah.. Pastu mggu depam Nizam Al- Qada’.. Sume sbjek yg menakutkan.. Susah.. kena banyak baca.. Sbb tu x dpt nak balik mggu ni.. nak lawat mak.. Hari2 ingat mak.. Bkn x nak balik, tp kena tumpu pada final exam..Kesian Ayah Long Kakak n Adik.. Diorg je yg kena ulang alik ke spital.. Skang ni ayah mesti lagi sibuk, nak kena jalankan tanggungjawab dia sebagai Amil lagi, nak kena kutip zakat fitrah, nak jenguk mak kat spital lagi.. Kesian gak kat ayah.. Cmne la hari2 ayah tanpa mak, time buka pose, time sahur..Mmg la anak2 yg lain ada, tp mesti tak senang duduk jg bile mak masih lagi kat wad.. hmm... xpe.. ayah kan seorang yang tabah.. macam2 dugaan yang pernah ayah terima, dengan kerenah anak2, masyarakat dan sebagainya.. xkanlah dugaan sebegini ayah tak boleh jadi sekuat dulu.. Insyaallah.. Allah akan sentiasa bersama kita.. Amin..
Hmm, saya?? Mesti kena jadi sekuat mak dan ayah, setabah mak dan ayah..Perkara2 yg tak penting, kena tolak tepi.. beri perhatian pada apa yang dinginkan, dan perkara yang wajib di laksanakan.. Kuatkan iman tabahkan hati.. Berpegang pada ape yang sentiasa seorang muslimah lakukan, cipta kejayaan bukan hanya untuk diri sendiri, tapi untuk semua orang, selagi berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.. Ya!! Saya kena kuat..!!
Sunday, August 30, 2009
Bahtera Merdeka...
Mak...
Salam.. Semalam dpt msg dari Lieya.. Dia suruh sy call mak.. Mak x sihat.. demam. Sy call mak dgr sendiri suara mak. Masih ade lagi tenaga utk mak berpuasa. Hati saya risau.. Mak jarang2 demam.. sakit2 otot tu mmg ada..
Tuesday, August 25, 2009
Ramadhan Zaman Kanak-kanak...
Waktu siang je, time pas zohor sume bdk2 yg sebaya sy berbasikal ke masjid.. ade tadarus Al-Quran.. wah.. time tu, penuh gak la masjid ngan bdk2.. ust dan ustz pun ramai gak.. kdg2 nak tergelak jgk bile teringat tujuan asal dtg tadarus ni.. ye la bdk2.. mne nak kenal pahala.. masa majlis khatam Quran je, mesti dapat senaskah Al-Quran sebagai cenderahati.. tiap2 tahun mesti dapat.. ayah siap sediakan rak khas utk letakkkan Al-Quran yang kami adik beradik dapat.. byk, tersusun rapi dan di gunakan smpai skang.. kdg2 kan, kami dapat gak kain batik atau duit sbg cenderahati.. hehe..
Selain berterawikh, bertadarus, sy gak pernah merasai berbuka puasa beramai2 kat masjid.. sehingga skang masih lagi diadakan suasana sedemikian.. tapi lagi meriah krn skang ni kat surau bukit berangan pun dah wat macam tu, setiap mlm sabtu.. sume qariah bukit berangan berbuka disana.. bw mknn masing2.. mcm2 ade.. pernah sekali tu, sampai mencecah 35 jenis lauk dan masakan.. pergh!! byk tu..
Huhu.. tp kali ni, sy cume berkesempatan berbuka dan bersahur di rumah selama 2 hari je.. sbb terikat dgn mase belajar..dah dekat final exam.. 2 ari bulan dah start.. berjuang di dalam Ramadhan lah plak.. huhu.. xpe.. Insyaallah.. Allah akan bantu.. Hmm ape2 pun.. Nak ucapkan Selamat berpuasa dan Selamat Menjalani Peperiksaan Akhir bagi semua pelajar KUIS.. semoga Ramadhan yang berkat menjanjikan sebuah kebahagiaan buat kita semua.. Amin..
Saturday, August 22, 2009
Syukur padaNya...
Semalam merupakan jemaah pertama bagi seluruh qariah Bukit Berangan menunaikan tarawikh… terasa kerdil diri ini bila sujud dan menadah tangan pada yang Esa.. mensyukuri atas nikmat yang telah dikurniakan.. Lapang dada mendengar laungan selawat bergema di seluruh Bukit Berangan.. Syukur padaNya..
Pagi tadi juga merupakan sahur pertama seluruh ahli keluarga sy.. sume ade, x de yang terkecuali.. anak-anak buah sy turut sama berkumpul.. mengambil berkat utk bersahur beramai2.. sy akan rindukan saat2 seperti ini.. lepas bersahur2 semua ahli keluarga solat jemaat subuh di Surau Bukit Berangan.. sekali lagi saf-saf surau di penuhi anak-anak qariah, dan akan diteruskan sampai bila-bila Insyaallah.. Syukur padaNya..
Petang ni, kami semua akan berbuka puasa menikmati lauk pauk hasil peliharaan ayah.. Ikan talapia goreng salut tepung, goreng masam manis, gulai ayam kampung, air cendol, nasi ulam, kuih pelita talam.. semua tu kami buat sendiri.. gotong royong anak beranak.. seronok buat kerja sama2.. penat sma2.. semoga permulaan puasa memberikan sejuta rahmat cahaya Iman dan Ihsan kepada seluruh umat Islam .. Amin.. Alhamdulillah.. Syukur padaNya..
Monday, August 17, 2009
Ketika Cinta Bertasbih..
Friday, August 14, 2009
Demam??
Malam tu, sya x leh tidor langsung, badan panas sangat, tapi saya rasa sejuk.. selimut ngan toto.. bertahan gak sampai pagi, rase dah x leh kawal dah.. Tggu Mayah abis usrah.. Saya msg Ummie, dia pun demam gak, ktorg g skali.. Sampai je kat spital serdang, terus masuk kat bahagian Saringan H1N1, sebab simtom2 nyer ade kat ktorg berdua.. Demam, batuk, selesema, sengal badan, sakit kepala.. mase wat sarigan tu, dalam ramai2 orang ktog berdua je paling tinggi Ummie 38.6, saya 38.2.. doktor tak puas hati suh ktorg check lagi, tggu sejam.. pun sama, naik gak.. Ummie 39.9, saya 39.2.. Pastu dia suh ktiog naik ambulans, g wad kecemasan.. waa. takut sangat.. sampai kat sana, dengar plak staff kat situ cakap, ni kes baru, saya ngan ummie berpandangan.. waaa.. takut.. nape lak ni?? diorg tak cakap pun sebab ape kena masuk wad kecemasan.. Nurse tu bagi katil kat sy n ummie satu sorang.. Lagi la cuak.. Pastu bagi sya makan ubat.. rest sekejap.. nak cover n tgk ktorg punya suhu..
Bila dah ok sket.. Nurse tu tanya nak duk terus ke or nak datang balik.. Cepat2 ktorg kata nak balik, sebab nyer tak de ape pun, suhu je tggi sangat.. bukan la H1N1 seprti yang di sangka.. weng3.. Alhamdullillah.. skang saya beransur pulih, cuma pening kepala je lagi, mgkin tak stabil lagi.. Ummie je makin panas badan dia.. hope ummie cepat2 pulih.. Tapi ape2 pun nak ucapkan terima kasih kepada kengkawan yang ambil berat ttg kesihatan saya.. tanpa korg sume, sy tak mungkin sekuat ni.. dan yang paling penting nak ucapkan terima ksih yang teramat sangat kat Cik Mayah.. huhu.. terharu sy.. thanks Mayah.. Luv U so Much!!
Wednesday, August 12, 2009
Sejuta Kenangan Kat Janda Baik
Salam.. Dalam kesibukan menjadi urusetia program pertukaran belia antarabangsa, saya terlupa nak update cerita-cerita kat Janda Baik.. Sangat seronok, semua orang happy!! Mase bagi ucapan terakhir saya tak boleh nak cakap lama-lama sgt.. sebak.. Gembira semua bleh kumpul ramai-ramai... Semua orang gila-gila mereng gitu... weng3... Thanks ya!! Untuk Aini, Eka, Fashi, Azrul, A.Man, Emein, Kak Zu, Umie, Fidah,Aimi, Kak Pae, Kak Lang, Baby, Kak Ilah, Kiah, Gee, Pian, & Hafiz.. Korang Sume Memang Best!! Sangat2 Best!! Saya Sayang Korang Semua.. Hope Kenangan Kat Janda Baik ni korang tak akan lupa sampai bila-bila...
Cik Kiah berphoto ngan Abe Pian
With Azrul & Umie
Budak2 Pompuan yg Sporting!!!
Main Music Chair
Our Badang.. He3.. Kiah & Azrul
Terompah Gergasi.. Kiri Kanan Kiri Kanan
p/s: opps.. terlupa nak wish tq so much to En Wan Malik (owner Air Tenang Resort) nnti kalo ada rezeki kami datang lagi..
Monday, August 10, 2009
Kenangan Bersama Deligasi Indonesia
Untuk program kali ni saya telah di amanahkan sebagai AJK Dokumentasi dan Penerbitan, bersama Angah (Panther)..Saya & Angah kena siapkan slide untuk persembahan multimedia dari Persatuan Belia, selain tu juga saya di tugaskan untuk ambil gambar sepanjang program bagi mempersembahkan gimik terakhir dari Persatuan Belia Kg. Relong kepada Deligasi Indonesia tersebut. Sanggup berjaga sampai 5.00pagi untuk siapkan slide tu..
Jauh disudut hati saya, inilah program anak angkat pertama yang sangat meninggalkan kesan dihati saya.. Melalui program ni, terlihat keramahan, kasih sayang, ukhwah, dan kegembiraan di hati perserta ibubapa angkat, juga ahli Persatuan Belia Kg. Relong sendiri.. Sepanjang program kami sama-sama bertukar pendapat. Kesemua perserta dari Indonesia ini adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik, mereka telah mengikuti beberapa peringkat pemilihan dari seluruh tanah air mereka di Indonesia.
Sesuatu yang sangat di kagumi, jati diri bangsa mereka sangat kuat.. Kagum !! Walaupun pertemuan ini hanya seketika tapi kasih sayang yang terjalin bagaikan talian dalam sebuah keluarga. Hmm..:-) saya akan merindui segala kenangan bersama mereka sepanjang disini. Andai Tuhan mengizinkan, Insyaallah kita akan bertemu kembali..
Tuesday, August 4, 2009
Kau Ada Dia........
Sunday, August 2, 2009
Sarawak oh Sarawak
Friday, July 31, 2009
Hujan
Cinta & Persahabatan
Thursday, July 30, 2009
Wednesday, July 29, 2009
Influenza A (H1N1)
Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian. Kepada semua rakyat Malaysia khasnya, berhati-hatilah dengan wabak ini.. Kerana ia dtang tak diduga. Selagi kita berhati-hati, Insyaallah kita boleh mencegahinya..
Monday, July 27, 2009
Mood Tak Baik
Friday, July 24, 2009
Sakit Gigi
Tuesday, July 21, 2009
Harapannya..
Monday, July 20, 2009
Bisakah
Saturday, July 18, 2009
Mantan-mantan AJK i-Teras

Cinta Terakhir- Aiman
Lagu/lirik: Hafiz Hamidun
Thursday, July 16, 2009
Mggu Konvo Yang Padat
Mggu ni, start je Rabu lepas, sy dah memerapkan diri kan buku2.. kena abihkan gak correction tesis..Pastu, kena prepare presentation utk Nizam Qada’, cari bahan subjek Dr Nur Abdi.. huhu.. penat sgt, sampai ari Khamis masih lg cari bahan. X byk yg jumpe ade 4 bji buku je.. Hari Jumaat masih lagi prepare presentation Nizam Qada’… Sabtu plak kena gi smula library, cari lagi bahan.huhu.. xpe la…. kalo x usaha camne nak dapat kan…
Ahad ni kena gi PN ( Pustaka Negara), cari bahan subjek Acara Mal plak…wawawa… x henti2 ngadap buku2 lg… Cume Isnin tu nak kena g Janda Baik, tgk tempat utk family day.. penat jgk, tp utk puaskan hati sume org kena la pi jugak.. xpe la berkorban.. Sy g ngan sepupu sy Atif..Tq Atif, sbb sudi temankan kak adah ( hehe.. x pasal2 dilantik jd bodyguard plak, xpe2 kak adah blanja McD… :)
.jpg)
Tp… ape pun, kepadatan yang diharungi oleh semua, diharapkan dapat menyempurnakan tugasan masing2 dengan ikhlas.. Amin.. dan yang paling penting nak ucapkan tahniah pada Zira, Aisyah n Afiah yang akan bergraduasi Sabtu ni.. Tahniah!!! Akak Rindu korang…
Wednesday, July 15, 2009
Adeq Manja

.jpg)
.jpg)
Tuesday, July 14, 2009

Saturday, July 11, 2009
Kedamaian

cahaya si kunang-kunang
Cuti Dah Abih!!
Tpkan yg klakornya, mase ktorg lepak ramai2 ngan adik beradik kat umah, sume duk cite pasal hidangan utk “kenduri saya” plak… ayah siap sebut budget lg.. mak n kakak lak rancang survenir utk org ramai n tetamu.. wawawa.. ape la diorg, calon pun x de… nak kawen ngan sape??? Kui3.. tggu la dlu.. study pun x abis lg.. abih je study kompem sy cari… wawawa… terbalik lak perigi cari timba.. Tgk la, ade jodoh, sampai seru, Insyaallah sy tunaikan keinginan diorg… Hmm best gak kalo Lieya kawen dulu.. Langkah bendul… wawawa.. Tp ayah mesti x kasi punya, pecah tradisi lak nanti.. Dia kompem nakkan sy dulu.. Ayah ni nampak je diam, tp, kalo bab Agama, Tatasusila dan Adat , sgt2 dia jaga… Tu la yg menyebabkan sy sentiasa beringat2…
Hmm cuti seminggu kat kg sgt2 menyeronokkan.. Mcm2 leh buat.. Tp pasni xde lagi mase nak lik kg.. Biasanya setiap tahun, awal puasa je msti nak puasa kat kg, x dpt berbuka, bersahur skali ngan family pun jadi la kan.. tp tahun ni.. huhu.. mgkin x berkesempatan.. xpe la.. penghujung puasa, sy balik jgk.. sbb nak raye!!!! Wah!! Ape la sy ni, pose pun x lg, dah sebut pasal raye.. teng3…ade sesuatu perancangan time raye tu nnti.. hehe.. kalo nak tau.. tggu….Wslam…:-)
Friday, July 10, 2009
Family Day SMSU-A-
Asalnya diorg nak suh wat kat tmpat sy, kg Relong (ala2 homestay/ anak angkat). Tp ada yg x nak. Mcm2 alasan la plak.. x nak terlampau terikat ngan prog la, x nak prog yang tensen2 la, nak yang relax2 je la.. alahai sabor je la.. yg x relax nyer sy.. dah tu suh cri yang dekat2 plak, sbb masalah pengangkutan.. aiyyo.. sme la gak, kat mne2 pun kena ada knderaan.. kena ikhtiar la sama2 nak selesaikan hal tu..
hmm skang ni dua tmpat yang sy pikirkan ok dan menjanjikan yang terbaik. First kat Hawa Resort & Training Centre, Janda Baik.. & second D'Ark Resort Janda Baik ( Okt 2009 la.. skang dah penuh).. Insyallah ok.. Ari tu Cik Cdah pegi, dia kata harga ok ( Hawa Resort & Training Centre Janda Baik-2 ari satu malam, 6 kali makan + BBQ: RM90 sekepala) ok la tu kan?? Hope diorg setuju.. Topup minyak keta RM20 sorg. Sume skali RM110... Waaa tlg la korg.. setuju je la.. penat dah nak cari tempat ni.. Last dah kita wat prog.. sem depan dah sibuk.. harap2 sem ni la meninggalkan sejuta kenangan selama kita bersama.. :-)
Thursday, July 9, 2009
Hati Kita
hati kita, suka hati kita la..
jaga hati masing-masing
jangan ikot hati org lain
nanti makan hati lak kita..
hati-hati memikirkan tentang hati..
suara hati banyak menduga kita
dan kadang-kadang,
suara hati mebuatkan pilihan kita menjadi tepat.
Namun hati kita mudah dilukai
sebab ia sgt nipis..
lebih2 lg hati seorang perempuan..
kalau dah luka, payah nak sembuh..
oleh itu berhati-hatilah bila bermain dgn hati...
wawawa... betoi ke ape sy tuleh ni.. he3..
Wednesday, July 8, 2009
SK Tempoyang Dalam Kenangan
Cikdu Adah, Teacher,!! Wah, sangat rindu dengan panggilan tu.. Dari darjah 1 hinggalah darjah 6.. sume sy merasa mengajar.. Melayan kerenah anak-anak murid di sekolah rendah tak sama dengan melayah kerenah pelajar-pelajar sekolah menengah.. Bdk sek rendah ni peelnye macam-macam.. Ingat lagi mase first time mengajar darjah 1. Subjek BI.. Mak oi seram gak.. Takot tersalah cakap.. tp cuba gak.. Mula2 tu sy tarik perhatian diorg dengan membaca buku cerita.. Tajuk ceritanye The Frog Prince.. Awal2 cerita tu diorg macam x minat.. tp bila dah sampai pengujung cite tu, hmm tau tak ape yg berlaku?? Sume dah jd patung, tercengang dgr cite tu..Smpai ada yang ternganga mulutnya.. alahai.. sabor je lah.. tp ingatkan diorg x paham.. bla tanya ape isi2 cite tu diorg bleh jwb.. maknanya faham la tu kan?? He3 soronok sgt…
Pastu, sy gak berpeluang jgk jd guru muzik (darjah 3 dan 4).. haha.. klakor sgt.. satu block tu dgr sy nyanyi.. haha.. mujurlah ade gak yang puji..wawawa…kira bleh sentap la gak ni.. subjek BM sy ajar bdk darjah 2, 5, dan 6…Korang sume nak tau tak satu2 subjek yang x pernah sy ngajar mase jd cikgu tu?? Pendidikan Agama Islam.. Hehe3.. sedangkan sy ada basic utk subjek ni.. hmm.. x berpeluanglah nak dpt gelaran Ustazah ni.. masih belum ada hidayah gak nye…kui3.. Ape2 pun.. SK Tempoyang byk tinggalkan kenangan manis sepanjang saya di sana… Thankz Kak Zan, Kak Yah, Syam & the gang…