CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Saturday, March 26, 2011

Mentari Muncul Lagi

Salam.. Berikan sy sedikit ruang untuk merasai kenikmatan, menghela nafas yg panjang mensyukuri ke atasNya mengenai apa yang berlaku.. Syukur Ya Robb.. kerana sentiasa menunjukkan sesuatu yang pasti itu.. Buat mereka-mereka yg "bermain dibelakang" sy.. x perlu berbuat demikian lg.. Segalanya itu sememangnya pasti.. x pamerkan pun, Allah tetap berlaku adil.. memberikan penglihatan buat sy.. terima kasih untuk semua ini.. teruskan apa yg telah kalian lakukan.. mungkin dengan terjadinya "sesuatu" keatas sy dulu, telah membuka jalan buat kalian membina lembaran baru.. Tak mengapa, janganlah di hiraukan keadaan sy.. Sy semakin dan akan terus yakin dengan qada' dan qadar Nya.. Alhamdulillah.. Terima dengan hati terbuka.. >_<

Sinar yang pasti muncul lagi.. merasai kebahagiaan kasih sayang dari insan-insan di sekeliling.. Baik yang tua, muda, ada ikatan persaudaraan atau tidak.. Berbeza keturunan dan sebagainya.. tetap sentiasa menghulurkan kasih itu... Sy hargai apa yang telah dilimpahkan ke atas sy...

Berdepan dengan kerenah kanak-kanak dan budaya masyarakat setempat banyak bezanya. Banyak perkara yang dapat dikongsi.. Ceritanya, nakalnya, tangisnya, ketawanya, keletahnya, ragamnya.. semua itu benar-benar menyenangkan hati sy kini.. mereka semua adalah sebahagian dari denyutan nadi sy... Jatuh bangun mereka adalah berdasarkan apa yang telah sy berikan.. mendidik membimbing, mengasuh, dan mengajar adalah kewajipan sy sebagai seorang guru.. kekuatan mereka merupakan kekuatan sy di sini...

Cinta dan kasih sayang sy buat kanak-kanak x boleh disamakan pula dengan kasih dan sayang sy dengan keluarga.. Kanak-kanak adalah kerjaya.. Keluarga dalah nyawa.. >_<>_<>

Utk special someone yg banyak tolong sy membina semangat ini... thanks utk kamu.. thanks lagu itu... so sweet >_<>_<>

Thursday, March 17, 2011

Pengorbanan Mengajar Erti Ketabahan

Salam… Syukur atas Iman, Islam dan Ihsan… dapat lagi sy merasai segala kebesaranNya.. Syukur dengan semua kurniaan itu.. Walaupun terasa sedikit penat dan memerlukan pengorbanan, saya harus tempuhinya.. Walau segalanya saya terpaksa tinggalkan, saya perlu cekal melaluinya... Rungutan hati kadang-kadang boleh patahkan semangat untuk berjaya.. Namun, sokongan dari orang-orang tersayang sebenarnya yang menguatkan segalanya... Terima kasih buat sayang-sayang yang sentiasa menyayangi saya.. InsyaAllah.. Kasih kalian sentiasa berada di hati ini untuk sy mencapai segala yang di impikan.. Amin Ya Robb.. Maha Pencipta dan Maha Pemilik Kasih Sayang..

Bermulanya minggu interaksi kedua di bumi KDRI Batu Rakit Kuala Terengganu.. Cukup mengajar sy erti hidup berdikari.. Perjalanan dari Kota Bharu memakan masa 3 hingga 4 jam.. Tibanya saya dan 2 orang rakan (Jamilah dan Nor) dari KB, tepat jam 1.30pg.. Suasana di tengah bandar Kuala Terengganu yang sejuk menyebabkan sy dan rakan2 terpaksa bermandikan hujan.. Namun , dalam kekalutan tu, perkara utama yang perlu diselamatkan adalah beg laptop, assgment dan senaskah Al-Quran kecil yang sentiasa menjadi pendamping sy kemana sahaja sy pergi.... Tak kira la bagaimana sekalipun yang penting brg2 tersebut selamat.. Alhamdulillah.. kami berteduh di kaki lima Terminal Bas Kuala Terengganu.. Selang sejam kami di situ, kami di datangi oleh seorang pakcik.. Dia seorang prebet sapu dan bertanya hala tuju kami. Kami terus meminta agar dia dpt menghantar kami ke KDRI.. Tiba di KDRI, kami cuba minta kebenaran untuk masuk ke IPG dari pengawal keselamatan.. Namun segalanya tak di layan.. Astaghfirulllah.. mengucap panjang sy dengan sikap mereka.. Jamilah risau melihatkan sy yg kelihatan agak meninggi kan suara..Bukan bersikap kurang sopan tp cara mereka itu menyebabkan sy terpaksa.. Langsung tiada keprihatinan terhadap kami sebagai kaum HAWA.. Jika di pikir logik, sekurang2nya mereka melayani persoalan kami terlebih dahulu.. Ini tidak, hanya membiarkan kami di luar pintu pagar IPG.. Pakcik Prebet Sapu masih lagi di keretanya.. Dia mencadangkan kami berehat dan berteduh buat seketika di surau yang berdekatan.. Alhamdulillah.. terima kasih pakcik.. Keadaan surau yang berhampiran dengan KDRI itu agak suram.. Nak tak nak terpaksa juga kami duduk disana... Namun sekali lagi Syukur Ya Tuhan.. Rumah Mu jua tempat kami berteduh..

Keesokkan harinya, kami berjalan kaki sejauh 300 ratus meter untuk sampai ke Asrama bagi proses pendaftaran.. Bagai nak patah bahu dibuatnya.. Kesian Jamilah, dia kecil, tapi beg kiri kanan... hehehehe.. Penat mengangut barang dari surau ke asrama tak hilang lagi terpasa juga kami redahi untuk meletakkan barang2 di tingkat 4.. Ya Allah.. dugaan yang terlalu hebat buat hambaMu ini.. Tak pe.. sy gagahkan juga.. ^_^ Tak sampai sejam di asrama, terpaksa pula bersiap2 untuk memulakan pelajaran.. Ya!! Memang betul!! Disini tiada masa untuk kami berehat2.. cuti persekolah digunakan dengan sebaik mungkin oleh kami untuk mendapatkan ilmu Pedagogi Pendidikan di sini.. berkongsi pelbagai maklumat dan pengalaman dari sekolah masing-masing.. seronok mendengar pelbagai cerita dan kisah.. masing2 dihantar jauh dari tempat asal.. sepertimana saya.. Namun, saya masih bersyukur ditempatkan di kawasan sekolah yang boleh dikategorikan bandar dan berstatus sekolah harian Gred A.. memiliki senior2 yang tidak lokek dengan ilmu...InsyaAllah.. walau sehebat mana sekalipun dugaan Mu, sy akan terus cuba dan berusaha mencapainya.. insyaAllah.. mendidik dan membentuk anak-anak bangsa agar menjadi modal insan yang terpilih memang menjadi impian sy sejak dahulu lagi.. dengan peluang yang diberikan ini sy akan gunakan dengan sebaik mungkin.. demi mencapai matlamat Islam itu sendiri.. sentiasa berilmu dalam menyelusuri ranjau kehidupan.. InsyaAllah

Wednesday, March 16, 2011

Bisikan Hati Kecil

Berhenti Berharap

Aku pulang….Tanpa dendam….
Ku terima… kekalahanku…
Aku pulang…Tanpa dendam…
Kusalut kan .. kemenanganmu…

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia
Kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita..

*****
~Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~

Takut, takut untuk lalui hari-hari yang mendatang bila melibatkan soal hati.. Saya tak nak melukakan hati ramai orang.. pendekatan yang terbaik, biar sy tarik diri, dan menyepi buat seketika.. Banyak perkara yang perlu sy perbaiki dari pengalaman lalu.. semuanya mengajar sy erti kehidupan yang melibatkan hati.. Saya cuba, dan terus cuba untuk tolak ke tepi perkara-perkara yang melibatkan hati... Sy akui, sy mudah dan cepat mesra dengan semua orang... Namun, tak mudah untuk saya jatuh hati.... Dan x mudah juga untuk diperbaiki, andai hati selalu disakiti oleh insan yang bergelar ADAM.. Terlalu sukar untuk saya memahami hati mereka.. sepatutnya hati ini yang mereka perlu fahami.. Sama-sama fahami.. Bukan hanya meletakkan semua tanggungjawab itu untuk kami kaum HAWA...Ya Tuhan, lapangkan lah hati ini dari perkara-perkara itu Ya Allah... Tenang kan hati ini untuk seketika.. Lindungi lah dari apa jua perkara yang melibatkan hati.. Amin Ya Robb.. moga Engkau sentiasa mendengar bisikan hati kecil ini..

Thursday, March 10, 2011

Ingin Nikmati Wangian SyurgaMu

"Tidak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri tidak sehebatSulaiman,tidak perlu seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar,mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tidak setulus Zulaikha,mengapa di damba teman hidup sehebat Khadijah andai diri tidak sesempurna Rasulullah s.a.w".

Ingin juga saya kongsi sesuatu seperti yang tertulis di atas.. Kadang-kadang terlalu mencari kesempurnaan menyebabkan kita kehilangan apa yang pernah kita miliki. Saya cuba menelusuri segenap hati sy untuk mencari kembali dan menilai diri sy dengan cermin keikhlasan diri. Layakkah saya untuk mengharapkan sesuatu yang indah,sesuatu yang saya harapkan dari seorang insan yang telah ditakdirkan untuk saya di Luh Mahfuz lagi?sedangkan saya sendiri tidak pasti adakah saya layak selayak Nabi Sulaiman untuk Balqis?Selayak Ibrahim untuk Hajar,seteguh Yusuf untuk Zulaikha dan sesempurna Rasulullah s.a.w untuk Khadijah?

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."-Surah An-nur, ayat 26.

Tiada siapa pun di dunia ini yang tidak mahu pasangannya seorang yang soleh/solehah. Sedangkan "perompak" pun menginginkan seorang isteri yang solehah. Tapi adakah cukup layak kita untuk mengikat janji sehidup semati bersaksikan Yang Maha Esa dengan pasangan impian kita berbekalkan apa yang kita ada sekarang?Untuk membina sebuah mahligai kehidupan tidak semudah yang kita fikirkan.

Buat kaum Adam, andalah yang akan memimpin bahtera kehidupan keluarga bersama-sama dalam menempuh kehidupan dengan aman sejahtera di dunia dan di akhirat. Oleh itu,perlengkapkanlah diri dengan segala ilmu sebagai seorang pemimpin. Dan buat HAWA, peliharalah diri dan pasangan yang telah ditetapkan Allah itu.. Saya sendiri sentiasa mengingatkan diri sendiri yang kadang kala terleka dengan dunia.. Sungguh mudah untuk wanita itu masuk syurga, hanya dengan dua per kara : (1) Patuh pada ISLAM dan menjalankan amanahNya (2) Taat kepada suami.. YA ALLAh ingin sungguh saya ke SYURGA Mu.. Lindungi lah sy dengan akhlak yang sempurna disisi MU.. Sekian.

Allah Berikan Pelangi....

Selepas ketawa pasti menyusul air mata
Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma
Selepas Allah berikan kita gelap pasti akan datang terang
Allah berikan terang untuk bersyukur
Allah berikan kita gelap untuk bersabar
Kadang-kadang Allah beri kita hujan
Kita tanya mana matahari
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi
Kadang-kadang Allah beri kita malam yang pekat
Kita tanya mana bulan???
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita lihat bintang
Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita
Allah patahkan hati kita untuk kuatkan diri kita

Sunday, March 6, 2011

TUHAN BERIKAN AKU CINTA ayusitha toAVI



Salam.. Salam kecintaan yang tidak dapat di jual beli kepada Allah yg Maha Esa... Alhamdulillah.. semakin hari semakin baik, semakin pulih.. Sy dapat melupakan ujian hati yg melanda dengan kesibukan tugasan yg diberikan.. Saya seronok dan enjoy dengan kerenah anak-anak murid.. Mereka bijak, namun sedkit nakal.. tp biasalah nama pun kanak-kanak.. masih belum kenal dan tahu baik dan buruk.. Hari ahad merupakan hari yang paling sibuk buat saya.. Jika di negeri lain, mungkin Ahad la merupakan hari bersama keluarga.. Tapi tidak disini.. Kelantan lebih mengutamakan hari Jumaat untuk dijadikan hari cuti umum.. Bermula jam 8.15pg td lagi jadual sy padat sehingga lah jam 11.15 pagi.. Aiyyak tahun 1... kelas yang paling ditakuti oleh ramai guru-guru yang berumur.. Bukan apa, kerenah anak-anak yg berumur sedemikian kadang-kadang x terlayan juga oleh golongan ini, walaupun semuanya telah sebati sifat keibuan mereka..

Namun, bagi sy ianya merupakan keseronokan.. Malah boleh mengubat rindu buat anak-anak buah sy di kampung.. hehehehe.. hari ni jer 2 org murid2 sy menangis.. Bukan sebab kena rotan, atau kena marah, tp krn sifat manja yang inginkan dipujuk dan diberi perhatian.. Alahai anak-anak... susah hati juga sy bila ada yg mengangis begini.. tp Alhamdulillah sy tangani mereka dengan permainan.. mereka seronok... :)

Minggu kedua sy disekolah ini, sy telah ditugaskan juga untuk menyelaras 2 org murid tahun 6, Program Anak Angkat... Kira mcm mento mentee la.. hehehe.. sorang lelaki, seorang perempuan.. Anak angkat lelaki sy sopan sedikit orangnya.. setiap kali jumpa pasti salam dan cium tangan.. begitu juga anak angkat perempuan sy.. tetapi dia kelakar sikit.. dia dikenali dengan nama Ayu.. kelainan nyer dia, bila jumpe x kira la dimana saja, luar or dlm sekolah, pasti dijeritnya kuat2.. IBU!!!!.. Alahai budak Ayu ni.. hik3.. dgn panggilan tu, menjadi usikan guru2 di sekolah tu... heheheh.. "dah besar anak ustazah ye.." hikhik.. Ayu2... InsyaAllah.. sy akan bimbing mereka untuk cemerlang dalam UPSR 2011 ni.. InsyaAllah... semoga dipermudahkan...

Sy saja postkan clip video dr youtube di atas ni.. Lagu Ayushita.. "Tuhan Berikan Aku Cinta" mengingatkan sy pada drama La Ikro Ha Fiddin (Astro Prima) Sy tersentuh dengan cerita tu.. Kesungguhan Edward (Zach X Faktor) mencari cinta yg suci.. dan teguhnya cinta Nurlia (Syarifah Amani) kepada Islam..

salah satu babak dari drama tersebut.. sewaktu Nurlia bertanya kepada Edward ~~~ " apa yang awak nak dalam dunia ni tp awak tak dapat sampai awak sanggup mencuri.." jawapan Edward~~ " Hati awak"~~ ^_^

Saturday, March 5, 2011

Dugaan Hati...


Salam.. Ya Allah terlalu kuat dugaan hati buat saya ini.. saya akui saya tak mampu untuk semua ni... saya dah cuba sedaya upaya.. tp hati selalu menangis.. saat begini saya rindu mak rindu ayah.. semua nya jauh.. dan tiada berdekatan dengan saya.. sy terlalu rindukan kalian.. kalian segalanya buat sy... Mak, ayah.. bila dugaan hati dan ujian hati ini menimpa diri , yang hanya mampu sy lakukan sy cuba tabahkan hati dengan tanggungjawab kerjaya sy.. namun kadang ianya sering bermain difikiran sy, sedangkan sy dah cuba untuk lupakan segalanya.. sy hanya nak jd yang terbaik, anak yang baik, anak yang solehah, guru yang baik dan kawan yang baik.. sy cuba untuk itu, untuk baiki segala kekurangan diri yg telah menyebabkan sy melalui ujian hati ini...
Ya Allah.. berikanlah sy kekuatan ini, untuk tempuhi segalanya.. Masih banyak perkara yang perlu sy lalui.. sy perlukan kekuatan itu.. "Andai Engkau telah letakkan dia bukan untukku, kenapa masih lagi aku mengingatinya, tanpa melupakannya walau sesaat" Ya Allah tabahkan hati ini.. disaat sy memohon sesuatu yang terbaik buat diri sy, tak pernah sy lupakan terbaik buat dirinya juga.. sentiasa ada doa untuknya.. sy tak pernah tinggalkan itu.. moga dia sentiasa bertemu dengan sesuatu yang terbaik buat dirinya insyaAllah... Amin Ya Robb..

Thursday, March 3, 2011

JULFEKAR & The Stringers- Melakar Rindu (Music Video) Composed by Julfekar.




Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya

Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat

Punahlah jua kini akhirnya