CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Thursday, March 17, 2011

Pengorbanan Mengajar Erti Ketabahan

Salam… Syukur atas Iman, Islam dan Ihsan… dapat lagi sy merasai segala kebesaranNya.. Syukur dengan semua kurniaan itu.. Walaupun terasa sedikit penat dan memerlukan pengorbanan, saya harus tempuhinya.. Walau segalanya saya terpaksa tinggalkan, saya perlu cekal melaluinya... Rungutan hati kadang-kadang boleh patahkan semangat untuk berjaya.. Namun, sokongan dari orang-orang tersayang sebenarnya yang menguatkan segalanya... Terima kasih buat sayang-sayang yang sentiasa menyayangi saya.. InsyaAllah.. Kasih kalian sentiasa berada di hati ini untuk sy mencapai segala yang di impikan.. Amin Ya Robb.. Maha Pencipta dan Maha Pemilik Kasih Sayang..

Bermulanya minggu interaksi kedua di bumi KDRI Batu Rakit Kuala Terengganu.. Cukup mengajar sy erti hidup berdikari.. Perjalanan dari Kota Bharu memakan masa 3 hingga 4 jam.. Tibanya saya dan 2 orang rakan (Jamilah dan Nor) dari KB, tepat jam 1.30pg.. Suasana di tengah bandar Kuala Terengganu yang sejuk menyebabkan sy dan rakan2 terpaksa bermandikan hujan.. Namun , dalam kekalutan tu, perkara utama yang perlu diselamatkan adalah beg laptop, assgment dan senaskah Al-Quran kecil yang sentiasa menjadi pendamping sy kemana sahaja sy pergi.... Tak kira la bagaimana sekalipun yang penting brg2 tersebut selamat.. Alhamdulillah.. kami berteduh di kaki lima Terminal Bas Kuala Terengganu.. Selang sejam kami di situ, kami di datangi oleh seorang pakcik.. Dia seorang prebet sapu dan bertanya hala tuju kami. Kami terus meminta agar dia dpt menghantar kami ke KDRI.. Tiba di KDRI, kami cuba minta kebenaran untuk masuk ke IPG dari pengawal keselamatan.. Namun segalanya tak di layan.. Astaghfirulllah.. mengucap panjang sy dengan sikap mereka.. Jamilah risau melihatkan sy yg kelihatan agak meninggi kan suara..Bukan bersikap kurang sopan tp cara mereka itu menyebabkan sy terpaksa.. Langsung tiada keprihatinan terhadap kami sebagai kaum HAWA.. Jika di pikir logik, sekurang2nya mereka melayani persoalan kami terlebih dahulu.. Ini tidak, hanya membiarkan kami di luar pintu pagar IPG.. Pakcik Prebet Sapu masih lagi di keretanya.. Dia mencadangkan kami berehat dan berteduh buat seketika di surau yang berdekatan.. Alhamdulillah.. terima kasih pakcik.. Keadaan surau yang berhampiran dengan KDRI itu agak suram.. Nak tak nak terpaksa juga kami duduk disana... Namun sekali lagi Syukur Ya Tuhan.. Rumah Mu jua tempat kami berteduh..

Keesokkan harinya, kami berjalan kaki sejauh 300 ratus meter untuk sampai ke Asrama bagi proses pendaftaran.. Bagai nak patah bahu dibuatnya.. Kesian Jamilah, dia kecil, tapi beg kiri kanan... hehehehe.. Penat mengangut barang dari surau ke asrama tak hilang lagi terpasa juga kami redahi untuk meletakkan barang2 di tingkat 4.. Ya Allah.. dugaan yang terlalu hebat buat hambaMu ini.. Tak pe.. sy gagahkan juga.. ^_^ Tak sampai sejam di asrama, terpaksa pula bersiap2 untuk memulakan pelajaran.. Ya!! Memang betul!! Disini tiada masa untuk kami berehat2.. cuti persekolah digunakan dengan sebaik mungkin oleh kami untuk mendapatkan ilmu Pedagogi Pendidikan di sini.. berkongsi pelbagai maklumat dan pengalaman dari sekolah masing-masing.. seronok mendengar pelbagai cerita dan kisah.. masing2 dihantar jauh dari tempat asal.. sepertimana saya.. Namun, saya masih bersyukur ditempatkan di kawasan sekolah yang boleh dikategorikan bandar dan berstatus sekolah harian Gred A.. memiliki senior2 yang tidak lokek dengan ilmu...InsyaAllah.. walau sehebat mana sekalipun dugaan Mu, sy akan terus cuba dan berusaha mencapainya.. insyaAllah.. mendidik dan membentuk anak-anak bangsa agar menjadi modal insan yang terpilih memang menjadi impian sy sejak dahulu lagi.. dengan peluang yang diberikan ini sy akan gunakan dengan sebaik mungkin.. demi mencapai matlamat Islam itu sendiri.. sentiasa berilmu dalam menyelusuri ranjau kehidupan.. InsyaAllah

0 comments: