Saturday, March 26, 2011
Mentari Muncul Lagi
Thursday, March 17, 2011
Pengorbanan Mengajar Erti Ketabahan
Salam… Syukur atas Iman, Islam dan Ihsan… dapat lagi sy merasai segala kebesaranNya.. Syukur dengan semua kurniaan itu.. Walaupun terasa sedikit penat dan memerlukan pengorbanan, saya harus tempuhinya.. Walau segalanya saya terpaksa tinggalkan, saya perlu cekal melaluinya... Rungutan hati kadang-kadang boleh patahkan semangat untuk berjaya.. Namun, sokongan dari orang-orang tersayang sebenarnya yang menguatkan segalanya... Terima kasih buat sayang-sayang yang sentiasa menyayangi saya.. InsyaAllah.. Kasih kalian sentiasa berada di hati ini untuk sy mencapai segala yang di impikan.. Amin Ya Robb.. Maha Pencipta dan Maha Pemilik Kasih Sayang..
Bermulanya minggu interaksi kedua di bumi KDRI Batu Rakit Kuala Terengganu.. Cukup mengajar sy erti hidup berdikari.. Perjalanan dari Kota Bharu memakan masa 3 hingga 4 jam.. Tibanya saya dan 2 orang rakan (Jamilah dan Nor) dari KB, tepat jam 1.30pg.. Suasana di tengah bandar Kuala Terengganu yang sejuk menyebabkan sy dan rakan2 terpaksa bermandikan hujan.. Namun , dalam kekalutan tu, perkara utama yang perlu diselamatkan adalah beg laptop, assgment dan senaskah Al-Quran kecil yang sentiasa menjadi pendamping sy kemana sahaja sy pergi.... Tak kira la bagaimana sekalipun yang penting brg2 tersebut selamat.. Alhamdulillah.. kami berteduh di kaki lima Terminal Bas Kuala Terengganu.. Selang sejam kami di situ, kami di datangi oleh seorang pakcik.. Dia seorang prebet sapu dan bertanya hala tuju kami. Kami terus meminta agar dia dpt menghantar kami ke KDRI.. Tiba di KDRI, kami cuba minta kebenaran untuk masuk ke IPG dari pengawal keselamatan.. Namun segalanya tak di layan.. Astaghfirulllah.. mengucap panjang sy dengan sikap mereka.. Jamilah risau melihatkan sy yg kelihatan agak meninggi kan suara..Bukan bersikap kurang sopan tp cara mereka itu menyebabkan sy terpaksa.. Langsung tiada keprihatinan terhadap kami sebagai kaum HAWA.. Jika di pikir logik, sekurang2nya mereka melayani persoalan kami terlebih dahulu.. Ini tidak, hanya membiarkan kami di luar pintu pagar IPG.. Pakcik Prebet Sapu masih lagi di keretanya.. Dia mencadangkan kami berehat dan berteduh buat seketika di surau yang berdekatan.. Alhamdulillah.. terima kasih pakcik.. Keadaan surau yang berhampiran dengan KDRI itu agak suram.. Nak tak nak terpaksa juga kami duduk disana... Namun sekali lagi Syukur Ya Tuhan.. Rumah Mu jua tempat kami berteduh..
Keesokkan harinya, kami berjalan kaki sejauh 300 ratus meter untuk sampai ke Asrama bagi proses pendaftaran.. Bagai nak patah bahu dibuatnya.. Kesian Jamilah, dia kecil, tapi beg kiri kanan... hehehehe.. Penat mengangut barang dari surau ke asrama tak hilang lagi terpasa juga kami redahi untuk meletakkan barang2 di tingkat 4.. Ya Allah.. dugaan yang terlalu hebat buat hambaMu ini.. Tak pe.. sy gagahkan juga.. ^_^ Tak sampai sejam di asrama, terpaksa pula bersiap2 untuk memulakan pelajaran.. Ya!! Memang betul!! Disini tiada masa untuk kami berehat2.. cuti persekolah digunakan dengan sebaik mungkin oleh kami untuk mendapatkan ilmu Pedagogi Pendidikan di sini.. berkongsi pelbagai maklumat dan pengalaman dari sekolah masing-masing.. seronok mendengar pelbagai cerita dan kisah.. masing2 dihantar jauh dari tempat asal.. sepertimana saya.. Namun, saya masih bersyukur ditempatkan di kawasan sekolah yang boleh dikategorikan bandar dan berstatus sekolah harian Gred A.. memiliki senior2 yang tidak lokek dengan ilmu...InsyaAllah.. walau sehebat mana sekalipun dugaan Mu, sy akan terus cuba dan berusaha mencapainya.. insyaAllah.. mendidik dan membentuk anak-anak bangsa agar menjadi modal insan yang terpilih memang menjadi impian sy sejak dahulu lagi.. dengan peluang yang diberikan ini sy akan gunakan dengan sebaik mungkin.. demi mencapai matlamat Islam itu sendiri.. sentiasa berilmu dalam menyelusuri ranjau kehidupan.. InsyaAllah
Wednesday, March 16, 2011
Bisikan Hati Kecil
Thursday, March 10, 2011
Ingin Nikmati Wangian SyurgaMu
Allah Berikan Pelangi....


Sunday, March 6, 2011
TUHAN BERIKAN AKU CINTA ayusitha toAVI
Salam.. Salam kecintaan yang tidak dapat di jual beli kepada Allah yg Maha Esa... Alhamdulillah.. semakin hari semakin baik, semakin pulih.. Sy dapat melupakan ujian hati yg melanda dengan kesibukan tugasan yg diberikan.. Saya seronok dan enjoy dengan kerenah anak-anak murid.. Mereka bijak, namun sedkit nakal.. tp biasalah nama pun kanak-kanak.. masih belum kenal dan tahu baik dan buruk.. Hari ahad merupakan hari yang paling sibuk buat saya.. Jika di negeri lain, mungkin Ahad la merupakan hari bersama keluarga.. Tapi tidak disini.. Kelantan lebih mengutamakan hari Jumaat untuk dijadikan hari cuti umum.. Bermula jam 8.15pg td lagi jadual sy padat sehingga lah jam 11.15 pagi.. Aiyyak tahun 1... kelas yang paling ditakuti oleh ramai guru-guru yang berumur.. Bukan apa, kerenah anak-anak yg berumur sedemikian kadang-kadang x terlayan juga oleh golongan ini, walaupun semuanya telah sebati sifat keibuan mereka..
Namun, bagi sy ianya merupakan keseronokan.. Malah boleh mengubat rindu buat anak-anak buah sy di kampung.. hehehehe.. hari ni jer 2 org murid2 sy menangis.. Bukan sebab kena rotan, atau kena marah, tp krn sifat manja yang inginkan dipujuk dan diberi perhatian.. Alahai anak-anak... susah hati juga sy bila ada yg mengangis begini.. tp Alhamdulillah sy tangani mereka dengan permainan.. mereka seronok... :)
Minggu kedua sy disekolah ini, sy telah ditugaskan juga untuk menyelaras 2 org murid tahun 6, Program Anak Angkat... Kira mcm mento mentee la.. hehehe.. sorang lelaki, seorang perempuan.. Anak angkat lelaki sy sopan sedikit orangnya.. setiap kali jumpa pasti salam dan cium tangan.. begitu juga anak angkat perempuan sy.. tetapi dia kelakar sikit.. dia dikenali dengan nama Ayu.. kelainan nyer dia, bila jumpe x kira la dimana saja, luar or dlm sekolah, pasti dijeritnya kuat2.. IBU!!!!.. Alahai budak Ayu ni.. hik3.. dgn panggilan tu, menjadi usikan guru2 di sekolah tu... heheheh.. "dah besar anak ustazah ye.." hikhik.. Ayu2... InsyaAllah.. sy akan bimbing mereka untuk cemerlang dalam UPSR 2011 ni.. InsyaAllah... semoga dipermudahkan...
Sy saja postkan clip video dr youtube di atas ni.. Lagu Ayushita.. "Tuhan Berikan Aku Cinta" mengingatkan sy pada drama La Ikro Ha Fiddin (Astro Prima) Sy tersentuh dengan cerita tu.. Kesungguhan Edward (Zach X Faktor) mencari cinta yg suci.. dan teguhnya cinta Nurlia (Syarifah Amani) kepada Islam..
salah satu babak dari drama tersebut.. sewaktu Nurlia bertanya kepada Edward ~~~ " apa yang awak nak dalam dunia ni tp awak tak dapat sampai awak sanggup mencuri.." jawapan Edward~~ " Hati awak"~~ ^_^
Saturday, March 5, 2011
Dugaan Hati...
Ya Allah.. berikanlah sy kekuatan ini, untuk tempuhi segalanya.. Masih banyak perkara yang perlu sy lalui.. sy perlukan kekuatan itu.. "Andai Engkau telah letakkan dia bukan untukku, kenapa masih lagi aku mengingatinya, tanpa melupakannya walau sesaat" Ya Allah tabahkan hati ini.. disaat sy memohon sesuatu yang terbaik buat diri sy, tak pernah sy lupakan terbaik buat dirinya juga.. sentiasa ada doa untuknya.. sy tak pernah tinggalkan itu.. moga dia sentiasa bertemu dengan sesuatu yang terbaik buat dirinya insyaAllah... Amin Ya Robb..

Thursday, March 3, 2011
JULFEKAR & The Stringers- Melakar Rindu (Music Video) Composed by Julfekar.
Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma
Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya
Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat
Punahlah jua kini akhirnya