CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Friday, January 18, 2013

Tanggungjawab yang MESTI di Pertanggungjawabkan

Assalamualaikum wbt.. Semoga hari ini kita terus kuat dan terus berada di bawah rahmatNya. Aameen Ya Rabb. Doakan saya untuk masa ini dan juga masa akan datang. Alhamdulillah. Dah hampir 4 minggu saya bersama anak-anak permata sekolah.. Syukur kepadaNya kerana terus memudahkan urusan saya.

Bersama-sama hari ini, saya di amanahkan memegang tanggugjawab yang agak berat buat saya yang masih baru dalam bidang pendidikan. Setiausaha Panitia Pendidikan Agama Islam dan Setiausaha SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks), Guru Penasihat Puteri Islam. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Jauh di sudut hati saya memikir berat untuk mereka melepaskan saya seandainya kerja-kerja yg diberikan saya selesaikan dengan baik.. Itu mungkin kata hati saya sahaja.. Pernah mendapat saranan dari seorang rakan, kalau nak tukar cepat, jangan buat rajin-rajin, jangan buat pandai-pandai, jangan turutkan arahan..

Owwwhh... itu bukan saya.. dah pesen memang tak reti nak Tak Nak Buat.. Orang suruh taat sahaja.. rase bersalah pada diri dan amanah yang diberikan.. kadang-kadang lebih suka menyibukkan diri dengan kerjaya dari memikirkan tentang diri sendiri (kawen :p) huhuhu bukan tak fikir tentang jodoh di saat usia melewati 28 tahun ni, tapi saya tak mahu memaksa Allah.. Allah lebih Tahu akan diri kita. Bagi saya, andai jodoh dah tertulis untuk saya, Alhamdulillah penerimaan yg tersangat besar hati buat diri saya. yang Penting doa sentiasa kekal di bibir.. ^_____^ Allahurabbi..

Okei berbalik soal kerjaya yang di amanahkan, InsyaAllah dengan segala ilmu dan kesungguhan, saya akan buat yang terbaik.. doakan saya ya!! dan doakan saya juga agar dipermudahkan oleh Allah dalam pertemuan buat yang halal untuk saya.. insyaAllah


0 comments: