CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Saturday, April 21, 2012

Asma Allah - Ar Rahman & Ar Rahim

Assalamualaikum.. Semoga sifat kasih sayang terus subur dalam hati ini.. Itulah sy harapkan.. Bermula entry kali ini sy nak share beberapa Asma Allah yang menjadi kekuatan untuk kita terus berjalan menyelusuri lembaran waktu.. Semua yang tertulis dalam Asma itu adalah sebaik-baik nama dan perlu dijadikan panduan serta kekuatan untuk kita menjadi Mukmin sejati..

Subhanallah, Maha Suci Allah menjadikan sy lebih kuat kini.. saya sedar kekurangan ini atas kelemahan diri sendiri kerana emosi yang tidak pandai di kawal.. namun segalanya perlu sy lebih tabah dan kuat.. Itulah diri sy dulu.. Sy yakin dan sangat kental menghadapi setiap apa yang berlaku.. Ketegasan dalam diri sy menyebabkan sy lebih berani.. Tetapi sejarah hitam yang mengganggu hati sy benar-benar membuatkan sy kecewa yang terlampau.. Ya Rabb.. Sesungguhnya setiap apa yang Engkau berikan ujian itu terhadap diri ini, adalah yang terbaik.. Engkau telah temukan satu kenikmatan yang tak pernah orang lain lalui.. Kisah hati yang menjadi pengajaran buat sy, agar tiada pengharapan selagi sesuatu belum pasti.. Dalam erti kata selagi ikatan dan lafaz itu belum diterjemahkan dalam bentuk yang sahih.. Harus tiada harapan itu.. Supaya kekecewaan bukan hanya buat diri sendiri tetapi juga pada orang yang kita kasihi sejak azali itu tidak terlalu membuatkan kita putus asa.

Ya Tuhan.. Engkau terus meletakkan kasih sayang dalam diri ini kerana Ar-Rahman dan Ar-Rahim itu telah kekal dan menyubur. Alhamdulillah.. Kasih sayang yg sy semaikan dalam diri adalah buat mereka-mereka yang menjadi harapan sy untuk berjaya... Terbitnya kasih sayang itu yang kukuh itu kerana Utusan Mu yang Agong, Baginda Muhammad S.A.W.. Kasih sayang terhadap umatnya sehingga di saat akhir nafasnya..Kasih sayang buat Mak Ayah sentiasa menyinari dari azali lagi.. Pengorbanan yang terlalu besar buat sy menjadikan sy meletakkan mereka yang Pertama setelah kukuhnya cinta sy pada Allah dan Rasulullah.. Air yg dicincang tak kan putus walau pelbagai dugaan yang kami adik beradik lalui.. Ini juga kerana Asma Allah itu ~ Pengasih dan Penyayang~ Ukhwah yang dibina buat sahabat, teman, rakan dan saudara seIslam ini menyebabkan sy makin kuat menghadapi Ujian Allah...~~ Syukran buat ibu muda Norshidah, teman dijauhan yang mengharungi lautan padang pasir Alias, anak buah yang terus berada disisi saya dikala kedukaan lalu Sumaiyah, rakan-rakan guru yang byk memberi tunjuk ajar tentang kehidupan dan ujian itu kerana sygnya Allah pada sy. Serta teman-teman yang lain, tanpa mengira usia, tua dan muda sentiasa bersama-sama sy di dalam kedukaan dan kegembiraan.. Alhamdulillah...

Allah mencatatkan pahala bagi hambaNya yang berkeinginan membantu orang lain. Apabila direalisasikan tentulah Allah berikan pahala yang lebih besar. Oleh sebab itu, Nabi Muhammad berkata " Apabila kita menolong orang lain, Allah menjadi penolong kita"

Sesungguhnya, Pengasih-Penyayang ini menjadikan saya lebih bersemangat memanusiakan manusia..
Tuhan..
Jadikanlah saya instrumen kasih-Mu. Di mana ada kebencian biarkan sy menyebarkan cinta. Di mana ada hati terluka biarkan sy menjadi penghibur. Di mana ada keraguan biarkan sy menyebar keyakinan. Di mana ada putus asa, biarlah sy menjadi harapan. Di mana ada kesedihan biarkan sy memberi kebahagiaan. Di mana ada kegelapan biarkan sy memberikan cahaya ~~~ Ya Tuhan.. jadikan sy seorang pendidik yang mampu terus bersemangat memanusiakan manusia
~ Ameen Ya Rabb~~

0 comments: