CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Monday, April 2, 2012

Ubah Skrip Kegagalan Kepada Kejayaan


Usah dambakan isteri sehebat Khadijah
Jika diri tak semulia Rasulullah
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Usah mengharapkan suami setampan Yusuf
Jika kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Jika diri tak sekuat Hajar dan Sarah
Usah bermimpi mendapat lelaki seperti Ali
Jika diri tidak setabah Fatimah
Dengan kata-kata di atas secara diamnya merendahkan keyakinan diri kita mahu memiliki yang terbaik. Bukankah impian mulia seorang insan yang mahukan kebaikan datang daripada doa yang baik.
Betapa positifnya hidup kita saling bersangka baik kepada Tuhan. Tuhan menilai tidak pada hasil tetapi pada usaha kita menyempurnakan kebaikan.
Oleh itu, bermulalah dengan menukar skrip kegagalan kepada skrip kejayaan. Orang yang berjaya menggunakan skrip kejayaan akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan positif :
Aku dambakan isteri sehebat Khadijah,
Aku cuba mengikut akhlak semulia Rasulullah.
Jika Aku ingin isteri secantik Balqis,
Aku pelajari dan hayati kehebatan Sulaiman.
Jika aku mengharapkan suami setampan Yusuf,
Kasih setulus Zulaikha aku usahakan.
Aku mencari suami seteguh Ibrahim,
lalu aku harus sekuat Hajar dan Sarah.
Aku bermimpi mendapat lelaki seperti Ali,
maka aku harus mengikut tabahnya Fatimah.
Siapa pun kita, dimana pun kita berdiri ketika ini, dan kemana pun kita selepas ini,kita berhak membina kebahagiaan dan ketulusan cinta umpama Aisyah…
“Tuhan tidak menilai pada hasil tetapi pada usaha sungguh-sungguh kita menyempurnakan kebaikan. Dalam hal ini, adalah usaha kita menjadikan diri bagaikan Aisyah dalam dunia CINTA~~“
"BERBUNGA CINTA AISYAH DI HATI RASULULLAH"

0 comments: