CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Saturday, April 28, 2012

Menjadi Lebih Baik ^___^

Assalamualaikum.... Tenang dan bersyukur kerana Allah banyak menghantar ujian untuk saya agar sentiasa lebih tabah dan sabar.. Ternyata ujian tu tidak sehebat Rasulullah dan para sahabat, namun saya hanya mampu katakan sy bersyukur atas ujian ini, jika tidak sy tak kenal erti sabar.. Alhamdulillah

Alhamdulillah dipanjatkan sekali lagi, sy telah tamat PRAKTIKUM bg KPLI jQAF Ambilan Jan 2011. Hampir setahun sy mengutip pengalaman mendekatkan diri dengan murid-murid tanpa teori pedagogi yang berterusan ditimba dari Pensyarah.. Hanya mengaut sebanyak yang mungkin teknik P&P di kuliah sewaktu cuti serta mencuri sejuta pengalaman dari senior-senior.. sungguh terharu.. mereka banyak sangat membantu.. Praktikum sy di observe oleh seorang pensyarah yang merupakan Pensyarah pilihan bagi semua guru pelatih di IPG KDRI.. Thanks Ustaz.. Ust terlalu banyak membantu sy.. banyak yang sy perbaiki untuk mencantikkan pengajaran sy..  Minggu terakhir sekali sy didatangi oleh Ketua Jabatan.. heheh cuak sebenarnya.. sbb Ketua Jabatan turun.. tengok segala persiapan dari A to Z hehehe.. tp Alhamdulillah.. Guru Besar dan GPK Pentadbiran sy banyak membantu.. ^____________^ tak terbalas dek kata-kata.. Sebenarnya jauh disudut hati.. Ini lah yang sy nak.. menjadi seorang guru pelatih yang CEMERLANG dalam banyak hal.. Menitik air mata ni bila Allah dengar kata hati ini.. Syukur Ya Rabb.. Maha Mendengar dan Maha memberi rezeki.. Indahnya nikmat cemerlang itu jika kita letakkan usaha dan doa tu beriringan... ^_____________^

"Jika kita berubah untuk menjadi baik kerana Allah, Allah akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama dengan kita"

Ingin saya tambah lagi di entry kali ini.. sejenak terdiam.. melihat dan menghayati bait-bait kata-kata di atas.. benar!!! Jika segalanya kerana Allah.. Allah akan serta merta memberikan yang terbaik.. oleh itu, setiap apa yang kita inginkan, kita harus niatkan dengan baik. insyaAllah... mudah-mudahan.. dia yang terbaik yang Allah hantar untuk sy.. Ameen Ya Rabb ^_______________^

1 comments:

Zyla said...

assalammualaikum.. semoga menjadi seorang pendidik yang berjaya. smoga Allah makin mengasihi dirimu.