Sunday, February 27, 2011
Nur Kasih YASSIN & TIZ ZAQYAH (lirik)
Nur Kasih.. tersirat suatu cerita yang syahdu di dalamnya.. Yang pasti kasih sayang tak kan pernah hilang selagi kita perpegang teguh dan sentiasa kembali pada Yang Hak... InsyaAllah...
Friday, February 25, 2011
Buat Kaum HAWA yang DISAYANGI
Salam.. Ingin saya titipkan kepada semua kaum HAWA yang DISAYANGI dan juga ingin berkongsi apa yang telah dan pernah saya lalui sebagai pengalaman hidup..Bukan kerana hati terlalu terluka.. Saya sentiasa berfikir panjang, dan tidak pernak menidakkan KUASA ALLAH.. Itu semua milikkNYA. Kekecewaan hati kadang-kadang menyebabkan kita lebih berani dan tabah mengahadapi hidup. Ia mengajar erti cekal dan dan sabar. Kerana itu semua adalah ujian dari Maha Pencipta CINTA, CITA, REZEKI, PERTEMUAN, PERPISAHAN, KASIH SAYANG dan SEGALANYA.. Kita harus sentiasa akur dan redha walaupun kita hambaNYA yang lemah. Yang penting kita HARUS cuba.. Tak salah rasanya untuk kita berkongsi segala yang terbuku di hati dengan orang sekeliling.. Sekurang-kurangnya kita banyak menerima pendapat dan saranan.. Mereka yang kita SAYANG dalah sumber kekuatan kita selain MEMOHON dariNYA.. Kita kaum HAWA.. HARUS sentiasa patuh dengan prinsip seorang MUSLIMAH.. Jika terlalu mengharap sehingga kekal di hati menyebabkan HATI KITA menjadi sakit.. dan SUKAR untuk sembuh apabila kita terluka.. Itulah kita sebagai kaum HAWA. Yang penting jangan terlalu MENGHARAP dan MENCARI yang terbaik..
Wednesday, February 23, 2011
Demam oh demam
Salam.. Dah beberapa entry ni asyik post lagu2 dari youtube jer… Saya lebih mendapat motivasi dari lagu-lagu… banyak yg boleh di ambil kekuatan melalui lagu-lagu.. Namun bukanlah lagu-lagu yang boleh menghayalkan jiwa, atau merosakkan jiwa...Tetapi yg biarlah sesuatu yg membina semangat dan memberikan kekuatan untuk seseorang itu sebenarnya..
Namun begitu, dalam menjalani hari-hari saya disini, sy terpaksa melaluinya seorang diri.. Sakit demam saya, saya kena berdikari..Tetapi itulah yg merisaukan kedua orang tua saya.. Lebih2 lagi bila mereka mengetahui kedudukan tempat tinggal sy betul-betul di tengah bandar Kota Bharu.. Keadaan yang agak selamat namun dari segi kesihatan gak membimbangkan saya.. Dua hari saya terpaksa gagahkan diri ke sekolah.. Berjalan kaki... Dan dua hari juga lah saya ke klinik, mengambil ubat..Demam yang masih belum reda panasnya... Mak Ayah risaukan jakitan dari virus nyamuk.. Sy akui, nyamuk terlalu banyak disini.. Jika sy menggunakan penyembur nyamuk sekalipun, malam-malam hari mesti ada jugak.. mengganggu malam-malam sy.. Dah rase seperti tinggal di hutan pula.. heheheh....
Sunday, February 20, 2011
^_^ kUatkan Hati ini.....

terima dan redha dengan segalanya.. Pujuk hati agar tidak terlalu degil sehingga syaitan cuba mengusiknya.. lindungi hati... dengan menunaikan segala kewajipan sebagai hamba InsyaAllah segalanya ternyata berubah... Alhamdulillah... :) terima kasih juga buat dia, yg sentiasa memahami sy... walaupun tidak lagi sepeti dulu.. dia tetap juga seperti seorang sahabat dan teman.. dalam membantu saya menguatkan hati yg sedikit terluka ini.. Sy tidak boleh berterusan menyalahkan dia.. Dia punya matlmat, punya keinginan yg lebih baik.. Sy sentiasa doakan yg terbaik untuk dia... Doakan agar dia mencapai dan mendpat apa yg dia inginkan insyaAllah.. ^_^

Friday, February 18, 2011
Terima Kasih Sayang...
Salam... Syukur padaMu Ya Robb.. sentiasa meletakkan orang-orang di sekeliling saya hampir walaupun pada mata kasarnya kami berjauhan.. sentiasa ada kasih itu, sentiasa ada doa itu... Kalian yg selalu di hati ini.. Membantu dan sentiasa berusaha memberikan dorongan agar saya tidak pernah rase keseorangan.. Saat saya kesakitan, saat saya memerlukan, saat sy kerisauan... kalian tetap ada.. Allah lah yg mengaturnya.. Syukran Ya Allah...
Itulah realitinya, ketika permulaan sy keseorangan di tempat yg baru... Menumpang tempat berteduh di kediaman Kak Zura, classmate sewaktu di KUIS... perhatian dan pertolongan dari rakan2 yang masih bersama-sama sy ketika saat susah dan senang.. Tak kiralah asal dari mana sekalipun... Tetap membantu.. Betullah kata mak.. walau macamana keadaan sekalipun.. jangan sesekali kita memusuhi orang.. inilah hasilnya.. sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan.. insyaAllah….
Hari ni sy mencari rumah sewa untuk sy berteduh buat seketika… Bertanyakan segala hal berkenaan rumah dan kawasan tersebut, sy cemas.. Kata mereka perumahan tersebut adalah kawasan hitam!! Ya Allah permudahkanlah sy... Lindungilah sy... Dalam mencari rumah tersebut dengan bantuan Kak Zura, kami temui sebuah yang memberikan sewaan hanya untuk wanita..rumah yg berdekatan dengan sekolah.. Boleh berjalan kaki dari rumah tersebut. Syukur sekali lagi Ya Allah... Menitis airmata ini... Segala-galanya dipermudahkan... Ya Allah lindungilah sy untuk hari-hari yang mendatang.. Amin Ya Robb...
Doa yang tak putus dari orang-orang tersayang juga sentiasa mengiringi saya... Sy kena selalu kuat untuk itu.. InsyaAllah... Apa-apa pun ucapan terima kasih yang tak terhingga.. untuk Mak Ayah tersayang, Kakak.. Long... Lia.. Cdah... Fakhrudin.. Pija.. Kak Zura, Pian.. Ruzaimi.. Jamilah... dan mereka2 yg sentiasa dan selalu mendoakan sy... Terima Kasih Sayang untuk kalian... ^_^
Tuesday, February 15, 2011
Sis Kana...
Cinta Rasulullah...
Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya “Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (riwayat al-Darimi).
Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam suray al-Taubah ayat 128. Malah Rasulullah pernah bersabda: ''Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu.'' (riwayat Bukhari dan Muslim).
Rasulullah adalah duta Allah SWT bagi menyampaikan mesej kasih sayang, dan Baginda telah pun melaksanakan amanah tersebut dengan sempurna. Kasih sayang itu telah pun diterjemahkan dalam segala perbuatan dan perkataan Baginda.
Rasulullah SAW menghulurkan kasih sayangnya, tanpa mengira warna kulit dan agama seseorang, hatta benda-benda tidak bernyawa mengecapi nikmat cinta Baginda. Baginda SAW sentiasa menyuruh bersifat belas dan kasih dan membenci kekerasan dan kekasaran.
Namun begitu saya cukup mengagumi CINTA RASULULLAH ini terhadap isteri-isteri Baginda terutama Siti Khadijah r.a.. Sangat besar rasa Cinta Rasulullah kpd Siti Khadijah.. Sehinggakan pada hakikatnya, cinta itu melebih cintanya kepada Aisyah r.a. Dan telah melahirkan rasa cemburu di hati Aisyah, menurut Sahih Buhkari & Muslim ''Tidak pernah aku merasa cemburu kepada seorang pun dari isteri-isteri Rasulullah seperti kecemburuanku terhadap Khadijah. Padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah seringkali menyebut-nyebutnya.''
Dan Baginda juga perna bersabda “Demi Allah! Ia tidak memberikan ganti untukku yang lebih baik darinya. Khadijah telah beriman kepadaku ketika orang-orang masih kufur, ia membenarkanku ketika orang-orang mendustakanku, ia memberikan hartanya kepadaku ketika manusia lain tidak mau memberiku, dan Allah memberikan kepada anak darinya dan tidak memberiku anak dari yang lain.”
Lihatlah, betapa mulianya Rasul Allah ini, sentiasa dilimpahi kasih sayang yang menebal, baik untuk isteri-isteri Baginda, mahupun umatnya... Sejak dahulu lagi Bagina mengajar kita sebagai umatnya sentiasa mengampuni kesalahan orang lain, terutama kita yang dilahirkan dalam Agama Islam yg Agung ini..
Contohilah teladan Rasulullah ini, sentiasa mengampunkan umatnya.. Fikir-fikirkanlah sejenak...
Sunday, February 13, 2011
Saya Sentiasa Punya Mereka...
Salam.. Salam kasih sayang buat Baginda junjungan besar kita Muhammad Rasulullah… Ayuh kita bersama-sama berselawat ke atas Baginda.. Bagi yg kurang berselawat, sekurang-kurangnya jadikan Hari Kelahiran Baginda ini suatu permulaan kepada suatu pembaharuan.. Begitu juga saya.. cintanya sy kepada Baginda tiada tolok bandingnya...
Saya sedar akan itu.. Sy akan cuba kembali mengubah diri sy ke bentuk asal yg dah jauh terpesong darinya... Dek krn hayal dengan godaan cinta dunia, yang sebenarnya sy xperlukan itu semua... Jauh sy mencari bagaimana dan kemana hala tuju ini... Walaupun sy masih tau sy punya tugas dan tangunggjawab yg lebih besar utk kedua ibubapa dan juga mendidik anak bangsa namun sy tetap degil meraih simpati dan berterusan mohon maaf dari insan yg pernah sy sygi , sedangkan sy tahu tiada lg tempat di hatinya.. Orang2 sekeliling ada juga berkata kepada sy, masing2 memberikan dorongan dan nasihat, juga pendapat.. Ada yg berpendapat ”teruskan bersabar, Allah menguji kamu dengan ujian hati ini, selamatkan ia dengan banyak berdoa”~ InsyaAllah... Ade juga yg berpendapat ”Mungkin Allah nak tunjukkan adakah ia yg selama ini benar2 menyayangi kamu, jika benar kenapa dia membiarkan hanya kamu seorang yg cuba memperbaiki keadaan sedangkan ia terus berdiam diri, berfikirlah sejenak”... Mak juga begitu, ”Mak tidak pernah memilih, yg penting org tersebut sentiasa menjaga hati kamu , membahagiakan kamu dengan wangian2 iman seorang muslimah, yg penting agama” mendalam maksud Mak.. Kakak juga kata begitu ”Kita perlu berserah, redha dan tawakal.. andai itu jodoh kita Alhamdulillah.. Andai sebaliknya, bersyukurlah.. kerana Allah memberi petunjuk sebelum disatukan...” juga mendalam maksudnya... ”Doa dan ujian Allah itu ingin menuntun kita agar lebih dekat dan sentiasa berdamping dengan Allah..” InsyaAllah... kekuatan yg saya ada sekarang adalah Pencipta segala aturan dunia ini, Allah S.W.T... role model umat Islam Seluruh dunia, Muhammad Rasulullah... Kasih yg tercipta dari dua insan ini.. Mak & Ayah... dorongan dan nasihat dari adik beradik, teruskan dengan matlamat tercipta didunia utk mengharungi mehnah di akhirat... sokongan yg melimpah dari teman-teman... Cdah, Mayah, Iza, Kak Ila, Da, Nana, Cla, Pija, Jamilah, Nad, Afida... terima kasih syg buat semua yg sentiasa disisi ini.. Saya tidak sendirian lagi bagi menempuhi hari hari mendatang andai terpaksa melangkah jauh dari kalian semua... Doa dan sokongan kalian yg terus berada disisi ini...
Namun masih boleh sy ucapkan terima kasih buat dia pernah hadir membahagiakan hari-hari sy... Terima kasih... Jika x kerana ujian ini, sy mungkin x sekuat ini... Sy akn terus tersenyum, sbb senyuman tu salah satu juga kekuatan buat sy.... :)
Saturday, February 12, 2011
Aku Seorang Wanita
Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...
Aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerana itu kuingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna. Aku begitu banyak kekurangan.. Maka ketahuilah....
Kepadamu yang memilihku kelak...
Aku tidak sebijak bunda KHADIJAH, kerananya ku ingin kau tahu. Aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihatilah aku dengan hikmah, kerana bagiku kau lah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu...
Duhai kau yang telah memilihku kelak...
Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin kerana aku tak sempat berdandan menyambutmu pulang bekerja kerana kesibukan hal pengurusan kerja-kerja rumah, tanggungjawab yang harus aku laksanakan. Mungkin kerana atas kecuaianku jua...
Padamu yang akan menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...
Ketahuilah, aku tidak sesabar FATIMAH. Ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis, dan tak terkontrol, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa. Aku juga perlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku. Maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu... Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku...
Janganlah kau membentakku, tapi cukuplah andai kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tahu kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untukmu...
Padamu yang menjadi imam dalam solatku kelak...
Ketahuilah, aku tidak secerdas AISYAH.. Maka janganlah pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arahNYA, walau kadang aku begitu bebal, tapi jangan pernah letih mengajarku... Jangan letih mengingatkan untuk terus bersamamu menjulang pahala dalam amalan-amalan sunnah... Bimbing tanganku ke JannahNYA, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya...InsyaALLAH...
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...
Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kerepot. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku... Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cinta padamu...
Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, tiap minit,dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu... Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku... Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna... Maafkan aku kerana aku bukan puteri... Aku hanyalah wanita biasa....
InsyaAllah..
Kerna ku yakin Allah selalu di sampingkuInsya Allah akan dapat ku mencari jalan cahaya..
Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku.
Kasih dan Harapan Seorang Ibu... I luv U Mom!!!
Seharian bersama seorang ibu…
Walaupun aku sentiasa senyum untuknya..
Dia tetap sentiasa mengetahui hati anaknya ini...
Dalam suka gelak ketawa yg penuh duka..
Aku sembunyikan ia..
Namun hati ibu tetap mengetahui...
Benar kata kekasih hati, aku masih punya ibu untuk berkongsi duka..
Namun tak semua boleh di kongsi..
Malu dengan diri sendiri,
Malu dengan ketamakan, ketidaksabaran dan kebodohan diri...
Aduhai ibuku sayang, harapan kalian harapanku jua..
Hanya satu ku pinta doa kalian akan tetap terus bersama...
Aduhai ibuku sayang, jangan dirisaukan anakmu ini...
Semangat kalian sentiasa disisi,bersama restu dari Ilahi...
Untuk terus menggapai CITA & CINTA...
Aduhai ibuku sayang, sejauh mana CINTAku padanya,
Masih belum cukup mengatasi sejauh mana CINTAku
Kepada ALLAH RASUL dan kalian berdua (AYAH & IBU)...
Aduhai ibuku sayang, demi HARAPAN kalian aku akan tetap terus bersabar..
INSYAALLAH...
Apa Yang Ku Cari
Apa yang ku cari
Untuk subuh yang mungkin terakhir kali
Tenangkan hati pergi hadapi Ilahi
Semurni hati jiwa mungkin tercarik lagi
Tenanglah diri kuat tepis godaan ini
Sembunyikanlah dukaku dalam senyum wajahku
Kerna apa yang ku cari bukan untuk ku kesali
Apa yang ku cari itu untukku di
Sebagai pelindung dalam dakapan kasih Ilahi
Tenangkan hati dan terus mengejar apa yang ku cari
Maafkanlah.. Ku Tak Bisa Hidup Tanpa Kamu...
Untuk dia yg sentiasa di hati...
.............................................