CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Sunday, February 13, 2011

Saya Sentiasa Punya Mereka...

Salam.. Salam kasih sayang buat Baginda junjungan besar kita Muhammad Rasulullah… Ayuh kita bersama-sama berselawat ke atas Baginda.. Bagi yg kurang berselawat, sekurang-kurangnya jadikan Hari Kelahiran Baginda ini suatu permulaan kepada suatu pembaharuan.. Begitu juga saya.. cintanya sy kepada Baginda tiada tolok bandingnya...

Saya sedar akan itu.. Sy akan cuba kembali mengubah diri sy ke bentuk asal yg dah jauh terpesong darinya... Dek krn hayal dengan godaan cinta dunia, yang sebenarnya sy xperlukan itu semua... Jauh sy mencari bagaimana dan kemana hala tuju ini... Walaupun sy masih tau sy punya tugas dan tangunggjawab yg lebih besar utk kedua ibubapa dan juga mendidik anak bangsa namun sy tetap degil meraih simpati dan berterusan mohon maaf dari insan yg pernah sy sygi , sedangkan sy tahu tiada lg tempat di hatinya.. Orang2 sekeliling ada juga berkata kepada sy, masing2 memberikan dorongan dan nasihat, juga pendapat.. Ada yg berpendapat ”teruskan bersabar, Allah menguji kamu dengan ujian hati ini, selamatkan ia dengan banyak berdoa”~ InsyaAllah... Ade juga yg berpendapat ”Mungkin Allah nak tunjukkan adakah ia yg selama ini benar2 menyayangi kamu, jika benar kenapa dia membiarkan hanya kamu seorang yg cuba memperbaiki keadaan sedangkan ia terus berdiam diri, berfikirlah sejenak”... Mak juga begitu, ”Mak tidak pernah memilih, yg penting org tersebut sentiasa menjaga hati kamu , membahagiakan kamu dengan wangian2 iman seorang muslimah, yg penting agama” mendalam maksud Mak.. Kakak juga kata begitu ”Kita perlu berserah, redha dan tawakal.. andai itu jodoh kita Alhamdulillah.. Andai sebaliknya, bersyukurlah.. kerana Allah memberi petunjuk sebelum disatukan...” juga mendalam maksudnya... ”Doa dan ujian Allah itu ingin menuntun kita agar lebih dekat dan sentiasa berdamping dengan Allah..” InsyaAllah... kekuatan yg saya ada sekarang adalah Pencipta segala aturan dunia ini, Allah S.W.T... role model umat Islam Seluruh dunia, Muhammad Rasulullah... Kasih yg tercipta dari dua insan ini.. Mak & Ayah... dorongan dan nasihat dari adik beradik, teruskan dengan matlamat tercipta didunia utk mengharungi mehnah di akhirat... sokongan yg melimpah dari teman-teman... Cdah, Mayah, Iza, Kak Ila, Da, Nana, Cla, Pija, Jamilah, Nad, Afida... terima kasih syg buat semua yg sentiasa disisi ini.. Saya tidak sendirian lagi bagi menempuhi hari hari mendatang andai terpaksa melangkah jauh dari kalian semua... Doa dan sokongan kalian yg terus berada disisi ini...

Namun masih boleh sy ucapkan terima kasih buat dia pernah hadir membahagiakan hari-hari sy... Terima kasih... Jika x kerana ujian ini, sy mungkin x sekuat ini... Sy akn terus tersenyum, sbb senyuman tu salah satu juga kekuatan buat sy.... :)

0 comments: