CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Friday, February 25, 2011

Buat Kaum HAWA yang DISAYANGI

Salam.. Ingin saya titipkan kepada semua kaum HAWA yang DISAYANGI dan juga ingin berkongsi apa yang telah dan pernah saya lalui sebagai pengalaman hidup..Bukan kerana hati terlalu terluka.. Saya sentiasa berfikir panjang, dan tidak pernak menidakkan KUASA ALLAH.. Itu semua milikkNYA. Kekecewaan hati kadang-kadang menyebabkan kita lebih berani dan tabah mengahadapi hidup. Ia mengajar erti cekal dan dan sabar. Kerana itu semua adalah ujian dari Maha Pencipta CINTA, CITA, REZEKI, PERTEMUAN, PERPISAHAN, KASIH SAYANG dan SEGALANYA.. Kita harus sentiasa akur dan redha walaupun kita hambaNYA yang lemah. Yang penting kita HARUS cuba.. Tak salah rasanya untuk kita berkongsi segala yang terbuku di hati dengan orang sekeliling.. Sekurang-kurangnya kita banyak menerima pendapat dan saranan.. Mereka yang kita SAYANG dalah sumber kekuatan kita selain MEMOHON dariNYA.. Kita kaum HAWA.. HARUS sentiasa patuh dengan prinsip seorang MUSLIMAH.. Jika terlalu mengharap sehingga kekal di hati menyebabkan HATI KITA menjadi sakit.. dan SUKAR untuk sembuh apabila kita terluka.. Itulah kita sebagai kaum HAWA. Yang penting jangan terlalu MENGHARAP dan MENCARI yang terbaik..

Buat kaum HAWA yang di SAYANGI, jangan di beri sekeping hati kepada yang bukan hak. Hati kita sangat lembut. Jangan bila kita jatuh cinta, kita kejar lelaki tu, sedangkan lelaki itu tak pernah ambil peduli. Jangan mengharap pada yang tak sudi. Maruah sebagai seorang wanita kita kena jaga. Jangan nanti maruah kita orang jaja dan buat bahan jenaka. Malu, maruah itu umpama nyawa . Jadi, jagalah maruah sebaik mungkin.

Percayalah, jika kita punya jodoh dunia, jodoh itu akan datang sendiri pada kita. Jangan terlalu mencari. Jaga maruah sebagai seorang wanita. Utamakan yang utama. KERJAYA & KERLUARGA. Pada saya, sekarang, kerjaya saya adalah keutamaan saya.Jika di takdirkan jodoh saya tertulis dalam masa terdekat, insya Allah, saya terima. Jodoh itu juga masa depan,kan? Cuma, untuk saya mengharap kepada yang bukan hak, untuk saya terhegeh-hegeh kepada yang tak sudi, selagi ada kudrat dan daya, saya akan terus melawan rasa hati itu..Bukan untuk MENGERASKAN hati.. tetapi menetapkan PRINSIP SEORANG MUSLIMAH... InsyaAllah...

0 comments: