CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Sunday, December 26, 2010

Terima Kasih Cinta...

Salam… Tahniah kepada skuad HARIMAU MALAYA, 3-0 (Malaysia vs Indonesia at Stadium Nasional Bukit Jalil ) Tepat sekali jangkaan Tengku Mahkota Pahang, 3-0.. Permainan yang cantik, dan juga tahniah buat Sharul Idlan, 2 gol dtg dari nya, membanggakan!!.. Tp ape-ape pun sedikit komen berkaitan dengan perlawanan malam ni. Bukan komen utk pemain, tetapi penonton di Stadium yg ’kurang’ beradab, sekali pun kita berada di dalam gelombang perjuangan, tetapi silalah beradab. Dah kata, xbleh bakar mercun, xyah la bakar, ni siap mainkan leser lagi, aduyai, bersikaplah semangat kekitaan yg profesional sikit wahai penyokong-penyokong skuad HARIMAU MALAYA...Ape2 pun moga-moga Piala Suzuki ini bakal di bawa pulang ke Malaysia selepas perlawan di Indonesia akan datang, InsyaAllah...

Terima Kasih Cinta!!! Hikhikhik ^_^ .. “Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu, Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu, Bagaimana ku nanti,Bila tiada mengganti, Yang ku ada hanya kamu saja..”- Hanyut (Faizal Tahir, klon D... heheh) ”sabar itu indah....senyum!!xperlu kata apa2...senyum!!” yup.. sy dah boleh senyum kembali.. Thanks D.. insyaAllah sy sentiasa akan kuat kan semangat ni... Hari ni hampir seharian di rumah sy, hehehe... akhirnya, kalah juga dengan ’’pujukan’’ ramai org..kalau x, kempunan pula nak makan pais ikan patin + gulai tempoyak tu kan.. bukan senang sy nak bagi peluang camni.. kan D kan... hikhikhik... hope dan bleh sesuai kan diri ngan sume orang.. Sy pun x terlarat nak dengar macam-macam cerita dr anak-anak buah tentang ’pakcik paku’ diorang.. hehehe.. sonok sgt diorg ngan pakcik baru tu...pasni kompem la asyik ade jemputan ajer dari pakcik sy yg lg sorg tu, Beh Ri.. dia sedikit teruja dengan kehadiran kekasih hati saya ni.. dari dulu lagi dia selalu cakap, terlalu gembira mendengarkan gosip-gosip sy, seorang yg keras hati... ”skang jgn isau Beh ye, dah ade si pelembut hati... ^_^ ”

Esok tinggal beberapa hari jer lagi menanti kehadiran Tahun Baru 2011, tahun yg sy nanti-nantikan.. insyaAllah... Amin Ya Robb.. hehehe..Penghujung tahun 2010, JKKK Kampung Relong seperti biasa akan menganjurkan Sambutan Kenduri Kesyukuran di Dewan Rakyat Kampung Relong... Kenduri akan di mulakan dengan gotong royong beramai-ramai menyediakan asyura, pertandingan memancing di Kolam Pancing Bama yang berhampiran dengan rumah sy, dan malam tu akan diadakan cabutan bertuah, + tayangan multimedia tentang aktiviti kampung yg terdahulu.. Sebut pasal tayangan multimedia ni, aduyai... satu lagi yg akan memeningkan kepala sy, terpaksa mengumpul gmbar-gmbar lama untuk di masukkan dalam slide show tersebut.. Tahun lepas, sy bergandingan dengan Lia, abg Upi.. balik jer dari kampus terus dapat tugas menyediakan slide show ni.. mase yg di berikan kepada sy hanya 3 jam..bayangkan 3 jam untuk 3 slide show.. dengan editing gmbr, lagu dan sebagainya.. Alhamdulillah sempurna juga untuk tatapan semua… Tahun ni, sy ade punya banyak masa utk menyediakan tayangan multimedia ni… Bergandingan pula dengan sesorang yg berjiwa masyarakat seperti Mr Sumaisyi .. heheheh mudah2an ianya menjadi hasil yg terbaik..

Thursday, December 23, 2010

Pujuk Hati Sendiri ...

Ok…ye.. xpe.. sy faham.. sy ok…jgn isau2.. sy ok jer ni.. huk3.. ayat nak sedap kan hati.. nak kata makan hati.. tak kot.. cume hati selalu jd tak sedap, tak tenang.. tp tak nak susahkan hati orang.. biar kan pendam sorang2.. sebab x nak orang jadi risau.. hurm.. ape la sy ni kan.. selalu cam gini, ntah ngape selalu jd x sampai hati. Especially utk org yg sy syg.. Macam mak ngan ayah, tipu la kalo sy ckp tak penah terase bila kena marah, tp bile pikir2 balik, salah sendiri, tu yg pendam jer.. dah tau salah sendiri.. huhuhu terime jer la lau kena marah or kena hukum.. Hurm, bleh ke nak samakan mak ayah ngan kekasih hati??? Xpatut rasenya kan.. Mak ayah lain, kekasih hati lain.. tapi sayang tetap sama...

Ape-ape pun sy tak patut pentingkan hati saya sendiri.. sy kena lebih sabar dan tabah menangani rajukan hati.. hurm.. kadang-kadang tak boleh manja sangat.. tak semua masanya untuk saya.. aduhai hati, tak pe.. sabar ye.. ujian Allah sentiasa di sisi.. sy mesti terus memahami...

Sabar kerana Allah, itu sifat terpuji.. walaupun ditemani airmata disisi..Ya!! ape2 pun kunci kekuatan iman dan jiwa hambaNya itu adalah kesabaran.. InsyaAllah saya akan terus-terus-dan terus dengan kesabaran itu bagi memujuk hati ini.. SABAR ye hati... ;(

Tuesday, December 21, 2010

Permudahkan Segalanya

Salam. Salam kerinduan buat mereka-mereka yg dirindui.. (cewah!!, gatai!!) heheheh.. Aduhai hati, kenapa selalu bertukar-tukar mood ini, gembira datang dan pergi, sedih silih berganti.... Mungkin ini cubaan dan dugaan untuk sy dan kekasih hati.. Ya Allah lindungilah kebahagiaan yg bakal kami kecapi.. Amin...

Sesungguhnya permulaan Disember ni, mengajar sy erti ketabahan hati.. Jauh, kembali jauh antara sy dan dia.. Line telefon pun tenggelam timbul, aduhai.. sabar je la hati..

Alhamdulillah, beberapa hari yg lalu sy baru sahaja melepasi temuduga bertulis dan lisan bagi jawatan guru KPLI-Jqaf (Pendidikan Islam Pendidikan Khas). Seminggu sy membuat persediaan, dari segi penguasaan ilmu pendidikan Islam, pengetahuan am, isu semasa, isu pendidikan, fakta-fakta serta pelbagai teori mengenai pendidikan, sahsiah keguruan dan sebagainya. Syukur Alhamdulillah, segalanya di permudahakan.. menanti jawapan pada 22 Januari 2011.. Hampir sebulan.. Yup hanya tinggal doa dan tawakal kepada Maha Esa…

Alhamdulillah, juga tahniah buat kekasih hati sy, dia pun akan menjalani satu sesi temuduga bagi jawatan guru/pensyarah MARA pada 23 Disember ini.. Mudah-mudahan rezeki untuknya nanti.. saya tak putus berdoa agar dia sentiasa mendapat sesuatu yang di hajati.. InsyaAllah selagi ikhlas dan niat tidak terpesong unuk mendidik anak bangsa agar menjadi modal insan yang cemerlang, mudah-mudahan Allah permudahkan..

Moga-moga hari-hari terakhir kami membilang hari di penghujung tahun 2010M ini menjanjikan sesuatu yg berharga buat kami berdua.. InsyaAllah.. Amin Ya Robb.. ‘‘D, mudah-mudah 2011 menjanji kan seribu kemanisan untuk kita berdua’’ >_<

Lirik Lagu Menanti Hikmah - Mawi

Hembusan bayu memecah sunyi penjuru
Alam maya yang diciptakan oleh pencipta
Siang dan malam silih berganti
Di bumi ini ketenangan yang dicari
Tapi apakah akan ditemui

Hanyalah berserah padaNya
Kerna Dia Maha segalanya

Tanpa disangka dugaan tiba
Turut kata pasti akan binasa
Hebatnya badai melanda
Menggoncang jiwa

Oh kita berdoa agar ditemukan cinta ini
Dengan yang lebih memahami
Oh hati ini…
Kasih ku

Antara dua hampiri menagih jiwa
Ketentuan tidak mengenal siapa
Redha dengan apa takdirNya
Pasti ada tersirat hikmahnya


p/s : skang sy suka sgt layan citer SERUAN PULAU NAMI ni.. sbb terlampau RINDU kan sesorang.. Utk dia yg bergelar "kekasih hati" nnti kiter kumpul duit byk2, kiter g sane ek.. hik3 (gatai!! -mak kata)

Wednesday, December 8, 2010

Rindu, Tapi Tak Menjenguk..

Salam, Salam di penghujung 2010, Salam penuh barakah di awal hijrah ini.. Moga-moga tahun ini kita sama-sama dapat membuka lembaran baru dengan hati yang penuh ikhlas dan lebih yakin.. Terlalu lama meninggalkan dunia blog ini, hampir sedikit terlupa kata kuncinya.. heheh.. Maafkan saya.. telalu banyak yang perlu diuruskan. Walaupun kini saya tidak lagi bersama adik-adik saya di PAKK. Amat menyedihkan saya apabila mendapat berita yang kami terima buat fasilitator dan juga penyelia kami.. PAKK terpaksa ditutup, bukan untuk sementara waktu, namun sampai bila-bila. Terlalu sedih buat saya. Walaupun jawatan fasilitator yang sy pegang itu baru saja memainkan peranannya sejak Julai yang lalu, namun kesedihan itu tetap saya rasai, kerana, saya adalah penyelia yang mula-mula membawa PAKK dikenali diseluruh Daerah Lipis sejak penyerahan jawatan penyelia pada tahun 2005.

PAKK juga merupakan nadi saya ketika itu, jatuh bangun PAKK bergantung kepada idea dan perancangan yang di atur oleh saya dan AJK PAKK sebagai penyelaras setiap program. Bermula dari program kecil-kecilan seperti wujudnya Kelas Tahfiz, Kelab Kompang, Kelab Futsal, Kelas Tuisyen, sehinggalah saya pernah berjaya membawa adik-adik menyelusuri sungai Jelai dari Betau ke Jeti Lipis dengan menggunakan kayak.. Kem Motivasi yang selalu diadakan juga banyak meninggalkan kenangan dan serta masih tersemat di sanubari peserta.. Arggh... terkilan rasanya tentang penutupan PAKK ini... tiada lagi pusat tumpuan kanak-kanak.. sedih.. tak dapat digambarkan, kerana bagi saya, sesuatu yang telah di bangunkan dengan teratur setelah sekian lama, akhirnya hancur begitu sahaja.. Sedikit pun tidak terkilan jika hanya kami fasilitator yang terpaksa diberhentikan, namun terlalu kecewa apabila, ianya di tutup serta merta dan tidak berfungsi seperti sediakala.. Andai ada lagi sedikit peruntukan untuk golongan kanak-kanak ini, harapan saya agar ''pentadbiran'' dapat menjaga dengan amanah hal yang berkaitan dengan kewangan.. kerana itu hak kanak-kanak.. tepuk dada tnya la iman..

Walaupun sedih, namun saya terpaksa akur, kehidupan perlu saya lalui, yang masih panjang, yang masih berliku. Alhamdulillah, setelah saya berhenti masih ada lagi ruang-ruang untuk saya mengintai mencari sedekit wangian rezeki.. Baru-baru ini saya telah di arahkan untuk menghadiri temuduga bagi jawatan PPPT DH41 (pensyarah Politeknik), dan pada 20 Dis 2010 akan datang saya akan menghadiri pula temuduga untuk guru KPLI Jqaf.. doakan saya.. sebenarnya begitu banyak rezeki di bumi Allah ini.. bergantung kepada kita, NAK @ TAk?? mak selalu cakap, jangan tolak rezeki.. mana-mana peluang yang ada jangan diketepikan, mungkin bermula dari bawah, dari susah, tapi, insyaAllah andai ada keikhlasan itu, sesungguhnya ada rezeki buat kita... kadang-kadang sy tersenyum sendri, teringatkan Arwah Wan ( Mak kpd Ayah), 2 minggu sebelum Arwah meninggalkan kami, meninggalkan sedekit ilmu yang x akan sy lupe smpai bila-bila... amanat terakhir, dan kata-kata terakhir dari Wan buat sy, sebelum kaki melangkah keluar dari rumah untuk meneruskan pelajaran di Muadzam Shah.. "sentiasa ingat, sentiasa amal, setiap kali selepas solat 5 waktu ayat seribu dinar bagi memudahkan kita mendapat rezeki yang tak disangka-sangka".. ^_^ Ya!! Smpai sekarang sy amalkannya Wan.. Alhamdulillah..

Mengira detik2 dan hari yang bakal di tggalkan sepanjang tahun 2010, terlalu banyak kenangan manis yang mengembirakan hati.. lebih banyak keceriaan dari kedukaan..mengabadikan kenangan menerima segulung ijazah, dan seorang teman yang bakal menemani sy di hari-hari akan datang..terima kasih buat insan-insan tersayang.. kalian sentiasa di hati sy.. jika dahulu, sesorang yg sy sayangi berada di kejauhan, namun kini tidak lagi...rindu yang dulunya tak tertanggung kini selalu diubati olehnya.. Thanks buat dia yang bernama kekasih hati... moga ape yg kita impikan akan termakbul juga.. InsyaAllah ..Amin... ^_^

Namun dalam menyelusuri hari-hari bersama teguran dan nasihatnya, kadangkala sy merasakan diri ini terlalu kekurangan, dan tidak sempurna untuknnya.. sy manusia biasa yang tidak mampu menjadi seperti Siti Fatimah Az Zahrah wanita hebat Putri kesayangan Rasulullah S.A.W.. sentiasa mengingati untuk melindungi diri sendiri baik dari segi tingkah laku, perwatakan dan pemakaiannya... teguran yang sepatut membina, kadangkala mengecilkan hati sy. Sy tahu, niatnya inginkan yg terbaik buat sy, tp kerana ego, dan terlalu mengikutkan kata hati, sy seolah-olah seperti anak kecil yang tidak boleh ditegur langsung kesalahannya.. Arggh.. sy perlu ubah itu.. sy perlu ubah.. utk menjadi yang terbaik, dan tersempurna, walaupun sy sedar sy byk kekurangan itu.. Ya Allah berikanlah kekuatan, dan bukakan lah hati ini dalah setiap teguran untuk kecantikan Agama Mu itu.. Amin Ya Robb...

Tuesday, December 7, 2010

Untuk Bakal Teman Hidupku ^_^

Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.
Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.
Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.
Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.
Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.