CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Wednesday, December 8, 2010

Rindu, Tapi Tak Menjenguk..

Salam, Salam di penghujung 2010, Salam penuh barakah di awal hijrah ini.. Moga-moga tahun ini kita sama-sama dapat membuka lembaran baru dengan hati yang penuh ikhlas dan lebih yakin.. Terlalu lama meninggalkan dunia blog ini, hampir sedikit terlupa kata kuncinya.. heheh.. Maafkan saya.. telalu banyak yang perlu diuruskan. Walaupun kini saya tidak lagi bersama adik-adik saya di PAKK. Amat menyedihkan saya apabila mendapat berita yang kami terima buat fasilitator dan juga penyelia kami.. PAKK terpaksa ditutup, bukan untuk sementara waktu, namun sampai bila-bila. Terlalu sedih buat saya. Walaupun jawatan fasilitator yang sy pegang itu baru saja memainkan peranannya sejak Julai yang lalu, namun kesedihan itu tetap saya rasai, kerana, saya adalah penyelia yang mula-mula membawa PAKK dikenali diseluruh Daerah Lipis sejak penyerahan jawatan penyelia pada tahun 2005.

PAKK juga merupakan nadi saya ketika itu, jatuh bangun PAKK bergantung kepada idea dan perancangan yang di atur oleh saya dan AJK PAKK sebagai penyelaras setiap program. Bermula dari program kecil-kecilan seperti wujudnya Kelas Tahfiz, Kelab Kompang, Kelab Futsal, Kelas Tuisyen, sehinggalah saya pernah berjaya membawa adik-adik menyelusuri sungai Jelai dari Betau ke Jeti Lipis dengan menggunakan kayak.. Kem Motivasi yang selalu diadakan juga banyak meninggalkan kenangan dan serta masih tersemat di sanubari peserta.. Arggh... terkilan rasanya tentang penutupan PAKK ini... tiada lagi pusat tumpuan kanak-kanak.. sedih.. tak dapat digambarkan, kerana bagi saya, sesuatu yang telah di bangunkan dengan teratur setelah sekian lama, akhirnya hancur begitu sahaja.. Sedikit pun tidak terkilan jika hanya kami fasilitator yang terpaksa diberhentikan, namun terlalu kecewa apabila, ianya di tutup serta merta dan tidak berfungsi seperti sediakala.. Andai ada lagi sedikit peruntukan untuk golongan kanak-kanak ini, harapan saya agar ''pentadbiran'' dapat menjaga dengan amanah hal yang berkaitan dengan kewangan.. kerana itu hak kanak-kanak.. tepuk dada tnya la iman..

Walaupun sedih, namun saya terpaksa akur, kehidupan perlu saya lalui, yang masih panjang, yang masih berliku. Alhamdulillah, setelah saya berhenti masih ada lagi ruang-ruang untuk saya mengintai mencari sedekit wangian rezeki.. Baru-baru ini saya telah di arahkan untuk menghadiri temuduga bagi jawatan PPPT DH41 (pensyarah Politeknik), dan pada 20 Dis 2010 akan datang saya akan menghadiri pula temuduga untuk guru KPLI Jqaf.. doakan saya.. sebenarnya begitu banyak rezeki di bumi Allah ini.. bergantung kepada kita, NAK @ TAk?? mak selalu cakap, jangan tolak rezeki.. mana-mana peluang yang ada jangan diketepikan, mungkin bermula dari bawah, dari susah, tapi, insyaAllah andai ada keikhlasan itu, sesungguhnya ada rezeki buat kita... kadang-kadang sy tersenyum sendri, teringatkan Arwah Wan ( Mak kpd Ayah), 2 minggu sebelum Arwah meninggalkan kami, meninggalkan sedekit ilmu yang x akan sy lupe smpai bila-bila... amanat terakhir, dan kata-kata terakhir dari Wan buat sy, sebelum kaki melangkah keluar dari rumah untuk meneruskan pelajaran di Muadzam Shah.. "sentiasa ingat, sentiasa amal, setiap kali selepas solat 5 waktu ayat seribu dinar bagi memudahkan kita mendapat rezeki yang tak disangka-sangka".. ^_^ Ya!! Smpai sekarang sy amalkannya Wan.. Alhamdulillah..

Mengira detik2 dan hari yang bakal di tggalkan sepanjang tahun 2010, terlalu banyak kenangan manis yang mengembirakan hati.. lebih banyak keceriaan dari kedukaan..mengabadikan kenangan menerima segulung ijazah, dan seorang teman yang bakal menemani sy di hari-hari akan datang..terima kasih buat insan-insan tersayang.. kalian sentiasa di hati sy.. jika dahulu, sesorang yg sy sayangi berada di kejauhan, namun kini tidak lagi...rindu yang dulunya tak tertanggung kini selalu diubati olehnya.. Thanks buat dia yang bernama kekasih hati... moga ape yg kita impikan akan termakbul juga.. InsyaAllah ..Amin... ^_^

Namun dalam menyelusuri hari-hari bersama teguran dan nasihatnya, kadangkala sy merasakan diri ini terlalu kekurangan, dan tidak sempurna untuknnya.. sy manusia biasa yang tidak mampu menjadi seperti Siti Fatimah Az Zahrah wanita hebat Putri kesayangan Rasulullah S.A.W.. sentiasa mengingati untuk melindungi diri sendiri baik dari segi tingkah laku, perwatakan dan pemakaiannya... teguran yang sepatut membina, kadangkala mengecilkan hati sy. Sy tahu, niatnya inginkan yg terbaik buat sy, tp kerana ego, dan terlalu mengikutkan kata hati, sy seolah-olah seperti anak kecil yang tidak boleh ditegur langsung kesalahannya.. Arggh.. sy perlu ubah itu.. sy perlu ubah.. utk menjadi yang terbaik, dan tersempurna, walaupun sy sedar sy byk kekurangan itu.. Ya Allah berikanlah kekuatan, dan bukakan lah hati ini dalah setiap teguran untuk kecantikan Agama Mu itu.. Amin Ya Robb...

0 comments: