CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Tuesday, December 21, 2010

Permudahkan Segalanya

Salam. Salam kerinduan buat mereka-mereka yg dirindui.. (cewah!!, gatai!!) heheheh.. Aduhai hati, kenapa selalu bertukar-tukar mood ini, gembira datang dan pergi, sedih silih berganti.... Mungkin ini cubaan dan dugaan untuk sy dan kekasih hati.. Ya Allah lindungilah kebahagiaan yg bakal kami kecapi.. Amin...

Sesungguhnya permulaan Disember ni, mengajar sy erti ketabahan hati.. Jauh, kembali jauh antara sy dan dia.. Line telefon pun tenggelam timbul, aduhai.. sabar je la hati..

Alhamdulillah, beberapa hari yg lalu sy baru sahaja melepasi temuduga bertulis dan lisan bagi jawatan guru KPLI-Jqaf (Pendidikan Islam Pendidikan Khas). Seminggu sy membuat persediaan, dari segi penguasaan ilmu pendidikan Islam, pengetahuan am, isu semasa, isu pendidikan, fakta-fakta serta pelbagai teori mengenai pendidikan, sahsiah keguruan dan sebagainya. Syukur Alhamdulillah, segalanya di permudahakan.. menanti jawapan pada 22 Januari 2011.. Hampir sebulan.. Yup hanya tinggal doa dan tawakal kepada Maha Esa…

Alhamdulillah, juga tahniah buat kekasih hati sy, dia pun akan menjalani satu sesi temuduga bagi jawatan guru/pensyarah MARA pada 23 Disember ini.. Mudah-mudahan rezeki untuknya nanti.. saya tak putus berdoa agar dia sentiasa mendapat sesuatu yang di hajati.. InsyaAllah selagi ikhlas dan niat tidak terpesong unuk mendidik anak bangsa agar menjadi modal insan yang cemerlang, mudah-mudahan Allah permudahkan..

Moga-moga hari-hari terakhir kami membilang hari di penghujung tahun 2010M ini menjanjikan sesuatu yg berharga buat kami berdua.. InsyaAllah.. Amin Ya Robb.. ‘‘D, mudah-mudah 2011 menjanji kan seribu kemanisan untuk kita berdua’’ >_<

0 comments: