CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Saturday, July 31, 2010

Indahnya Ayat-ayat Allah itu..

“Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Kami hapuskan (ampuni) kejahatannya dan Kami balasi mereka dengan yang lebih baik dari apa yang telah diamalkannya.”

Surah Al-Ankabut, ayat 7.

“Dan kami Wasiatkan kepada kamu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Jika keduanya (ibu bapa) memaksa kamu supaya mensekutukan TuhanMU, denga sesuatu yang tidak kamu ketahui, maka janganlah kamu ikut keduanya. kepada TUHAN tempatkembalimu, lalu dikhabarkan Tuhan apa yang telah kamu kerjakan.”

Surah Al-Ankabut, ayat 8.


“Dan, orang-orang yang beriman, dan beramal soleh, Kami masukkan mereka ke dalam golongan orang-orang yang saleh.”

Surah Al-Ankabut, ayat 9.

“Dan Kami wasiatkan kepada manusia, terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungkan dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya dari susuan dalam dua tahun iaitu : Bersyukurlah kepadaKU, dan kepada ibu bapamu. KepadaKU tempat kembali“


Surah Luqman, ayat 14.

“Dan jika keduanya (ibubapa) memaksa supaya kamu menyekutukan DAKU dengan sesuatu (tuhan) yang tidak kamu ketahui, maka janganlah kamu ikut keduanya dan bergaullah dengan keduanya di dunia secara makruf (baik), dan ikutlah jalan orang yang bertaubat kepadaKU. Kemudian tempat kembaliMU kepadaKU, lalu KUkhabarkan kepadaMU apa yang telah kamu kerjakan“

Surah Luqman, ayat 15.

“Dan bersederhanalah dalam perjalananmu dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara himar(keldai).”.

Surah Luqman, ayat 19.

“Dan barangsiapa menundukkan mukanya (hati) kepada Allah, sedang dia berbuat baik, maka sesungguhnya dia telah berpegang dengan tali yang teguh Dan kepada Allah (terserah) akibat semua urursan.”

Surah Luqman, ayat 22.

Friday, July 30, 2010

Kubur Saya..

Salam.. Hari ni ceria sgt.. sbb x byk benda nak diserabutkan.. Hari cuti, mase dihabiskan kat umah dengan mak dan ayah.. adik beradik yang lain tak ade. masing-masing ade hal.. Mak nampak cergas, ayah pun camtu, cuma batuk-batuk tak hilang lagi.. Macam2 ubat ayah cuba,dr ubat hospital smpailah ubat tradisional..mungkin faktor cuaca yg tak menentu.. Tp ayah kata tak pe la, dia akur.. yang penting badan dia cergas dan tak rase lemah-lemah seperti dulu.. Alhamdulillah..

Pagi td lepas sarapan, mak dan ayah ke kubur, dekat Masjid Relong.. Ari ni ade gotong royong, memang jadi kebiasaan penduduk, sebelum puasa adakan gotong royong di sekitar kawasan kubur dan Masjid... Mak dan ayah keluar di awal pagi, sy menyiapkan segala hal dahulu di rumah, dan sempat mengintai2 FB dan YM.. bkn ape, waktu dan mase berbeza.. so, kena la curi-curi mase.. ^_^

Hampir sejam mengintai2 blog, ym, dan fb, sy siap2kan diri untuk terus ke kwsan perkuburan.. Ternyata, hari ni, ramai juga penduduk yg bergotong-royong.. beginilah ukhwah yang tak pernah hilang dan tak kan ada di tempat lain.. Buat la apa2 sambutan,aktiviti pasti membuahkan hasil.. Kampung Relong Yang Sy Cintai!!!!

Mula2 sy tolong mak bersihkan di kubur arwah aki sebelah mak, dan abg mak.. kemudian sy bw mak ke kubur arwah wan.. dua2 arwah wan sbelah mak dan ayah bersebelahan.. Alhamdulillah.. mudah untuk mak bergerak.. terharu dengan mak.. melihatkan keupayaan mak yang bertongkat, menggagahkan diri membersihkan kubur kedua-dua orang tuanya.. Ya Allah sesungguhnya Mak seorang yg sgt cekal dan tabah.. Mak kata memang x sedap hati kalo tak pergi, sebab dari kecil, asal ada gotong royong kat kubur, mesti mak pergi.. sebab tu kami pun terdidik macam tu.. Selain, ke kubur utk bersihkan kubur, sbenarnya dapat menginsafi diri kita.. agar kita sentiasa mendekati mati, melakukan ibadat sepertu mati esok hari..

Sedang sy membersihkan kubur arwah anak kakak dan long, sy mengatakan sesuatu kat Mak.. " Mak, seandainya sy pergi dulu, sy nak dekat ngan kubur Wan bleh tak??" mak tibe2 jwb " Eh, mane boleh, ni mak cop dulu..." " Tapi kalo sy yg pergi dulu sy nak kat sini, Kat sini kubur sy" "Aishh...budak ni.. main2 pulak" hehehe.. tergelak sy bila tengokkan mak.. "Mak, tak kan la sy nak pergi dulu,pahala pun tak cukup lagi... tp sume tu kat tangan Allah, kita tak boleh melawannya" mak diam.. "dah2 amik batu tu cepat" hikhikhik.. "Tak abis2 ngan kubur sy, kang 'orang' balik M'sia tgk kubur jer, x dapat tgk orang baru tau".. Adeh.. dah kena sebijik.. Tu la.. padan muke sy.. mak dah smash sy.. hehehe.. Tapi ape-ape pun hari ni hari yg paling gembira buat sy.. ^_^

Thursday, July 29, 2010

Lirik Pilihan..


Salam.. Maaf la.. hehehhe..Dah bape kali sy postkan lirik lagu ni.. sy suke!!kalo sekali dengar bleh ulang berkali2.. Filem pun dah bape kali tengok.. Apetah lagi Novel, dah berkali-kali ulang.. best!!

Ayat-ayat Cinta

Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud...

Hanya Allah tempat sy memohon..

Salam.. Hari ni ada 2 kisah yang berlaku kedua-duanya berbeza keadaan dan suasana..

Kisah 1

Saya seorang yg selalu demam, tapi demam tu bkn la teruk sangat.. kadang2 macam main2 jer demam tu.. badan panas, paling kuat pun pening kepala.. pukul 2 pagi td sy tak boleh tidur.. Badan sekejap panas sekajap sejuk, pastu pening, rase melayag-layang, sy gagahkan juga bangun ke dapur telan lg panadol, amik wuduk.. sy solat jap, pastu sy on ym ngan fb.. jam dah 3 pg.. x bleh gak tdo.. igt ade “org” temankan, hurm xde.. xpela.. mungkin ade keje yang perlu disiapkan.. mujur ade iza, kami sempat berfb seketika.. pastu sy tak bleh teruskan jgk.. mata sy dah mcm nak pitam, tp sedkit pun x mengantuk.. Sy berdzikir, berselawat, beristighfar byk2… Ya Allah pemudahkan bagi sy dalam ape jua urusan, walaupun utk melelapkan mata… Hampir setengah jam sy cuba.. sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar segala bisikan hati hambaNya.. Alhamdulillah .. Syukur Ya Allah..

Azan Subuh mengejutkan sy, menguruskan diri utk ke pejabat… Sebelum pegi kerja, mak tanya, ni dah betul2 sihat ke?? Sy tau mak risau, sy angguk, sy ckp masih lg pening2 tp xpe, mak jgn risau, sy bwk moto slow2.. Mak doakan aje.. Sebelum kuar rumah seperti biasa sy salam tangan mak dan ayah, cium pipi diorg.. sy ckp sekali lg, mak jgn risau.. sy ok jer ni.. Mak angguk, tanda merestui perjalanan sy di office.. Sepanjang perjalanan, dibibir ni xpernah hilang lagu afgan –padaMu aku bersujud.. menentuh sanubari .. Alhamdulillah awal sampai di office, sy siapkan laporan PAKK, kul 11.30pg sy bertolak ke Benta.. dalam perjalanan ke sana tiba2 mata sy berpinar, sy dah cuak, nak berhenti, tak de sebijik rumah atau kedai pun area situ, cuma ladang kelapa sawit, sy gagahkan jugak.. namun keadaan tak mengizinkan menyebabkan sy terpaksa berhenti di tepi jalan..sy rehat seketika.. Tiba-tiba sy rase semacam, ada kereta berhenti kira2 10meter di hadpan sy. Sy tengok 2lelaki kaum India memandang kearah sy.. Ya Allah Ya Rabb lindungilah sy.. sy dah memang takut. Saat tu hanya Allah yg sy igt.. Sy baca surah 3 Qul, Ayat Qursi, Ayat Seribu Dinar dan 2 ayat terakhir surah At-Taubat. Sy hampir menangis, kepala sy dah makin berdenyut2.. Tiba2 dengan izin Allah, sy tengok 2 lelaki tadi dah start injin kereta dan meneruskan perjalanan.. Ya Allah sesunguhnya memang hanya padaMu sy meminta.. Syukur PadaMu Ya Allah.. Ketika itu titisan air mata sy bukan kerana takut, tp sy bersyukur, Allah yang sentiasa selamatkan dan melindungi sy.. Syukur Ya Allah… Namun kejadian pagi td sy langsung tak ceritakan pada mak dan ayah.. sy takut mereka lagi risau.. risau memikirkan sy berdepan dengan kerjaya yang sedemikian.. Tak pe la.. andai ianya dah reda nanti, sy akan ceritakan jgk suatu hari nanti.. ^_^

Kisah 2

Sampai kat office Benta sy meneruskan aktivti harian sy, menyiapkan segala aktiviti utk adik-adik.. Saya sempat mewarnakan banner utk jalur gemilang yg akan merentasi jambatan Sg. Benta. Sedang asyik sy mewarna, sy dengar pintu di ketuk.. Aisshh.. sape pulak, tak kan si Raja nak main ketuk2 ( hati sy terdetik). Tibe2 sy dengar suara seorang adik, “akak, boleh x masuk??” “aih?? X pegi sekolah ke??” “ tak.. mls, sy dah berhenti” dalam hati sy, aduhai senang nyer dia bg jawapan.. pastu sy bg dia masuk, di duduk depan sy, mengadap sy mengecat dan mewarnakan banner smbil2 tu sy sembang ngan dia.. “ npe berhnti sekolah??” “ mls.. cikgu asyik marah jer, nak sepak la, terajang la..” “sebab ape?, mesti ade sbb cikgu nak marah kan?” “ xde sbb ape2, cikgu tu mmg sje nak marah”… aduhai, adik2 ni.. agaknyer kalo hidup la zaman sy bersekolah dulu, ade gak satu sekolah tu berhenti sekolah.. pastu sy tanya lg, “ adik ni merokok kan??” dengan selamber dia jawab.. “a’a.. selalu jgk” “apelah yg best sgt dgn rokok tu?” “ala akak ni, mesti la best, ade feel.. akak nak tau akak try la.. ni sy ade sebatang, nak cube” Astghfirullahalazim.. selamber sungguh adik ni.. ade ke patut nak suh sy try merokok.. betul2 cam xde adab adik tu.. Pastu sy dalam nada tegas, cakap kat dia, “akak tak kan terima kedatangan adik-adik yang merosakkan diri sendiri.. terima kasih sbb pelawa akak rokok tu, tp maaflah.. akak tak suke dengan benda-benda yg tak elok ni, so, dengan segala hormatnya, akak minta adik pakai kasut dan balik lah kerumah adik sekarang.. silakan..” dengan sedikit dengusan dia keluar dari PAKK tu, tp sempat gak dia toleh belakang, “ ye la.. pasni sy jd bdk baik..” heheheh.. tergelak kecil plak sy.. InsyaAllah.. jd budak baik.. akak doakan.. ^_^

Wednesday, July 28, 2010

Bisikan Doa Pengharapan...

Ku bisikkan kalimah memujiNya
Setiap masa
Setiap saat
Agar ku tidak lupa
Akan kekuasanNya
Akan kebesaranNya.

Sucikan wajah di dinihari
Bisikan pengharapan pada Ilahi
Jika sudah suratan Ilahi
Terima ketentuan dengan rela hati

Indahnya hidup di dunia ini
Pabila dikelilingi insan yang disayangi
Juga mendambakan redha ilahi
Agar hidup sentiasa diberkati

Dilema manusia akhir zaman
Saban waktu kematian memisahkan
Lantas ku bisikkan doa pengharapan
Agar ku sentiasa dalam kesedaran

Ayuh bangkitlah wahai teman
Menuju jalan pulang
Agar kita sentiasa dalam naungan
Kekal berukhwah sepanjang zaman.

Tuesday, July 27, 2010

Saya Rindukan Suasana Itu..

Salam… Sy rindukan keadaan itu.. rindu sgt.. dulu itu lah tempat sy..bertemankan mak ayah, cik lia dan adeq.. setiap pagi, sebelum azan subuh itu lah tempat kami… berlumba-lumba bangun pagi untuk ke Rumah Allah itu… Ya Allah Ya Rabb, kini pagi-pagi sy tidak lagi ke tempat itu.. hanya di rumah sendiri.. tapi mengapa ini berlaku??? Sepatutnya pa yg dilentur, dibentuk oleh mak dan ayah dari kecil kami jadikan panduan bila dewasa kini..

Baru-baru ni sy le masjid bersama mak ayah dan seorang anak buah.. kak ina.. Malam Nisfu Syaaban.. bersama-sama membaca Yassin.. hati sy tersentuh melihatkan seorang adik sedang khusyuk membaca ayat-ayat suci Allah itu..Sy terkenang masa lalu.. bila diingat kembali, sy juga begitu suatu ketika dahulu.. sentiasa membototi mak ke masjid sehingga umur mencecah 18 tahun.. setiap malam jumaat pasti ke masjid.. subuh pasti ke surau.. walaupun ketika itu tak ramai anak-anak kecil dan belia-belia di surau2 dan masjid, itu tak menjadi masalah.. bagi saya ketika itu, ke masjid utk beribadat, bukan datang utk berkawan-kawan atau berborak2…

Ya Allah sesungguhnya sy dah terlalu lama tinggalakan apa yg sy selalu lakukan suatu masa dahulu.. mungkin kerana factor saya belajar di tempat jauh dan juga keadaan kesihatan mak yang tak mengizinkan utk ke masjid.. Ada beza bila beribadat di tempatNya.. saya dapat rasakan itu.. kekhusukan dan terlalu sayu untuk sy gambarkan suasananya.. air mata sy turut tertumpah tatkala melewati malam Nisfu Syaaban di Masjid Relong.. hati tersentuh.. Ya Allah.. Mungkin Ramadhan yang hampir tiba ini menjanji kan seribu kemanisan dan permulaan di RumahMu.. InsyaAllah.. dan sy sentiasa ingat, kita dapat berubah melalui apa yang kita tahu daripada kelemahan dan kekurangan diri ini… ^_^

Bagusnya... ^_^

Salam.. sy terbaca satu kisah yang sempat sy copy dari fb seorang kakak.. tersentuh hati saya bila bacakan kisah ni.. aduhai.. alangkah bahagianya hati bile diketemukan dengan insan bernama suami seperti kisah ni.. sesungguhnya Allah Maha Mendengar... ikuti kisah ni dan jom hayati bersama-sama.. "Kasihnya Seorang Suami"

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawaisteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi. Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.

Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.


Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logic akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncu 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

Thursday, July 22, 2010

Hati Jiwang, Blog Jiwang

Salam, salam penuh keberkatan.. haaa yoop!!!.. suda kasi cantek sama ini blog.. aduyai.. jiwang punyer pasal, terpilih lak colour ni.. nmpak cantik dan lembut.. so, ati pun skang kene ade jiwa lembut+ sedikit jiwang.. ahak ahak...

Tak kisah la colour ape pun pun,yg penting hati lebih tenang nak duk lepak kat blog ni.. kan3? hekhek.. lagu pun dah tukar.. Bila Rindu.. adesh... rindu sgt kat dia.. moga2 dia pun same.. ^_^..

Skang musim hujan kat lipis.. so, awal2 lg kena bagi tau bos, balik awal dari office Benta, takut terserempak dengan en.hujan.. kalo dak nakal dah redah ajer, tp dek kerana x mau susahkan ati org tua, terpaksa la tolak ansur ngan en. hujan tu.. hekhekhek.. Minggu ni jadual xde la pack sgt, tapi banyak jugak yg perlu disiapkan utk backup program minggu depan.. Jalur Gemilang:"Sentuhan Jariku" hasil seni adik-adik PAKK Benta.

Tadi sy bersama pembantu saya si Raja sibuk melakar bendera (Jalur Gemilang) utk adik2 PAKK warnakan, dengan mengecop menggunakan batang pisang or lambuk.. saje nak ajar diorg kreatif sikit.. Panjangnya Jalur Gemilang tu 15 meter dan akan diletakkan sepanjang jambatan Benta.. tadi sambil2 melakar sempat gak menyembang dengan Raja. mula2 dulu memang pendiam.. tapi skang dah byk cakap.. xde la sunyi sangat saya kat PAKK tu kalo adik2 tak ade.. Kadang2 si Muthu pun selalu join sekaki kalau saya ada kat situ.. Muthu ni, cikgu sukan, baru seminggu posting SMK Benta.. x aci, Muthu dapat keje kat tempat sendiri.. heheheh...Yes!! sy dah dpt tarik sorang dua dari kalangan bukan melayu utk bergiat aktif membangunkan PAKK.. Pasni nak tarik masyarakat Cina plak. mane tau, dengan adenya Cik KANAURAI, sukarelawan dari Jepun tu, masyarakat kat Benta lebih banyak bagi support untuk membangunkan dan mengembangkan aktviti PAKK.. InsyaAllah.. Amin Ya Rabb..

Tak kisahlah dimana kita berada, niat dan keihklasan utk masyarakat.. itu yang penting.. saya tak akan sia-siakan didikan mak dan ayah.. dari kecik smpai la umur skang ni, mak ayah selalu cakap, walau macam mana sekali pun masyarakat pandang kita, jangan ada sifat dendam dalam masyarakat.. ikhlas, kenal dan faham kehendak masyarakat.. barulah masyarakat percaya akan kebolehan kita.. InsyaAllah saya yakin, saya mampu buat.. cuma yang sgt sy harapkan sokongan dari pelbagai pihak.. mak ayah, keluarga, Dia yang jauh, kawan-kawan dan juga majikan.. andai tiade sokongan dari pihak2 ini, saya mungkin tersungkur.. jauhkan lah.. dan akhirnya, sentiasa kena ingat, tiade kejayaan tanpa dugaan.. ^_^

Sunday, July 18, 2010

Saya Mesti Cuba!!!!

‎"Allah Sayang Saya!! Sbb tu cube utk kembali senyum.. krn disebalik kesabaran akan lahir sejuta senyuman.. sy mesti terus cuba senyum utk keyakinan dalam kehidupan!! Senyum dan Senyum lagi..Syukur Ya Allah...

Saya Tak Mampu Untuk Senyum Lagi....

Senyum kekuatan saya..
sy perlukan senyum..
senyuman bangkitkan segala semnagat utk saya..
sy perlukan semangat itu utk teruskan..
senyuman sy tawar dek kerana ikutkan hati..
aduhai hati..
fahamilah sy..
hari-hari sy tanpanya..
aduhai hati..
bantulah saya..
jgn tertekan dek kerana perasaan..
buang jauh2.. kembalikan semangat saya.
kembalikan senyuman saya...

Saturday, July 17, 2010

Cinta saya pada blog tidak pernah berakhir….^_^

Salam.. aduh… terlalu lame sy tinggalkan kecintaan sy pada blog ni.. tempat sy mencurahkan segalanya, isi hati suka duka, kegembiraan, kegelisahan.. segalanya semuanya ada disini.. tinggal seketika bukan bermakna sy lupakanya.. hari-hari ingat nak update blog.. tapi saya terlalu sibuk.. sibuk dengan keadaan sekliling.. hampir setiap hari, walaupun di hari minggu…Hari ni sy sempat luangkan sedikit masa bersama ruangan kesayangan sy ni.. kasihnya sy pada blog x pernah terhenti, kerana ia seperti mendengar suara hati sy…

Kini bermulanya saya di alam kerjaya, menjadi Fasililatator kepada Pusat Aktiviti Kanak-kanak dibawah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis..Kontrak selama 6 bulan, insyaAllah ade rezeki boleh disambung2 lg. kira separa awam jugak la... sy x kisah, kerana bagi sy, kalo nak menanti kerja memang x dapat la jwbnya.. Alhamdulillah rezeki saya disini, duduk disamping mak dan ayah.. syukur Ya Allah..

Sy di tugaskan ke Dun Benta, menjaga dan merancang segala aktiviti harian kanak-kanak atau boleh juga dikategorikan remaja, sbb sume yg terlibat dibawah bimbingan saya 18 tahun ke bawah. Agak mencabar, sbb kanak-kanak yg berumur sedemikian terlalu aktif, kalo dimarah lagi memberontak, kalau dilayan lagi lah manja yg melampau.. tp sy tidak menggunakan pendekatan itu, buat masa ini sy bermain dengan pendekatan emosi mereka, apa dan bagaimana kehendak mereka, sesuatu yg mereka ingin perlu ade fakta, objektif dan tujuannya. Sy latih mereka supaya kenal diri masing-masing.. Sebab bagi sy bila dah kenal diri mereka mampu merubah diri sendri menjadi lebih baik atau sebaliknya. Tapi InsyaAllah yg terbaik itulah yang diharapkan. Dalam dunia kerjaya sekarang, sy seronok, seronok dikelilingi kanak-kanak, semuanya macam adik-adik sy. Mereka adalah permata Negara.. Permata yang sangat bernilai jika dijaga dengan elok… InsyaAllah mereka mampu menjadi yang terbaik dimasa hadapan.. Amin Ya Rabb…

Selain dari merancang aktiviti kanak-kanak yang terkawal ini, saya juga terikat dengan kanak-kanak yang tidak terkawal atau dibawah seliaan PKMD sendiri . Mereka semuanya yang pernah ada kes di Mahkamah.. Kes Juvana.. Baru2 ni sy telah di tugaskan utk mengendalikan satu slot utk kanak-kanak sedemkian.. slot sy petang, “Kami Generasi Hebat”. Dengan bantuan Iza dan Eddy sy mengendalikan slot dengan suasana yg lebih santai dan enjoy. Bagi sy kanak-kanak yg bermasalah, kita jgn bagi mereka berfikir. Sbb mereka semua dah x mampu untuk berfikir.. namun, di sebalik mereka enjoy, mereka perlukan pendekatan rohani dan sedikit muhasabah diri.. Alhamdulillah, sy lihat sedkit berhasil, walaupun ianya tidak byk seperti yg diharapkan, kerana mrk semua highrisk.. InsyaAllah fasa yg akan dtg mungkin lebih baik.. Amin… ^_^..

Saya x mampu senyum lagi.. begini rupanya bila masing2 duduk berjauhan… aduhai hati.. kuatkan semangat sy.. InsyaAllah semuanya yang terbaik buat kami.. Amin Ya Rabb…