CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Tuesday, July 27, 2010

Saya Rindukan Suasana Itu..

Salam… Sy rindukan keadaan itu.. rindu sgt.. dulu itu lah tempat sy..bertemankan mak ayah, cik lia dan adeq.. setiap pagi, sebelum azan subuh itu lah tempat kami… berlumba-lumba bangun pagi untuk ke Rumah Allah itu… Ya Allah Ya Rabb, kini pagi-pagi sy tidak lagi ke tempat itu.. hanya di rumah sendiri.. tapi mengapa ini berlaku??? Sepatutnya pa yg dilentur, dibentuk oleh mak dan ayah dari kecil kami jadikan panduan bila dewasa kini..

Baru-baru ni sy le masjid bersama mak ayah dan seorang anak buah.. kak ina.. Malam Nisfu Syaaban.. bersama-sama membaca Yassin.. hati sy tersentuh melihatkan seorang adik sedang khusyuk membaca ayat-ayat suci Allah itu..Sy terkenang masa lalu.. bila diingat kembali, sy juga begitu suatu ketika dahulu.. sentiasa membototi mak ke masjid sehingga umur mencecah 18 tahun.. setiap malam jumaat pasti ke masjid.. subuh pasti ke surau.. walaupun ketika itu tak ramai anak-anak kecil dan belia-belia di surau2 dan masjid, itu tak menjadi masalah.. bagi saya ketika itu, ke masjid utk beribadat, bukan datang utk berkawan-kawan atau berborak2…

Ya Allah sesungguhnya sy dah terlalu lama tinggalakan apa yg sy selalu lakukan suatu masa dahulu.. mungkin kerana factor saya belajar di tempat jauh dan juga keadaan kesihatan mak yang tak mengizinkan utk ke masjid.. Ada beza bila beribadat di tempatNya.. saya dapat rasakan itu.. kekhusukan dan terlalu sayu untuk sy gambarkan suasananya.. air mata sy turut tertumpah tatkala melewati malam Nisfu Syaaban di Masjid Relong.. hati tersentuh.. Ya Allah.. Mungkin Ramadhan yang hampir tiba ini menjanji kan seribu kemanisan dan permulaan di RumahMu.. InsyaAllah.. dan sy sentiasa ingat, kita dapat berubah melalui apa yang kita tahu daripada kelemahan dan kekurangan diri ini… ^_^

0 comments: