CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Saturday, July 17, 2010

Cinta saya pada blog tidak pernah berakhir….^_^

Salam.. aduh… terlalu lame sy tinggalkan kecintaan sy pada blog ni.. tempat sy mencurahkan segalanya, isi hati suka duka, kegembiraan, kegelisahan.. segalanya semuanya ada disini.. tinggal seketika bukan bermakna sy lupakanya.. hari-hari ingat nak update blog.. tapi saya terlalu sibuk.. sibuk dengan keadaan sekliling.. hampir setiap hari, walaupun di hari minggu…Hari ni sy sempat luangkan sedikit masa bersama ruangan kesayangan sy ni.. kasihnya sy pada blog x pernah terhenti, kerana ia seperti mendengar suara hati sy…

Kini bermulanya saya di alam kerjaya, menjadi Fasililatator kepada Pusat Aktiviti Kanak-kanak dibawah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis..Kontrak selama 6 bulan, insyaAllah ade rezeki boleh disambung2 lg. kira separa awam jugak la... sy x kisah, kerana bagi sy, kalo nak menanti kerja memang x dapat la jwbnya.. Alhamdulillah rezeki saya disini, duduk disamping mak dan ayah.. syukur Ya Allah..

Sy di tugaskan ke Dun Benta, menjaga dan merancang segala aktiviti harian kanak-kanak atau boleh juga dikategorikan remaja, sbb sume yg terlibat dibawah bimbingan saya 18 tahun ke bawah. Agak mencabar, sbb kanak-kanak yg berumur sedemikian terlalu aktif, kalo dimarah lagi memberontak, kalau dilayan lagi lah manja yg melampau.. tp sy tidak menggunakan pendekatan itu, buat masa ini sy bermain dengan pendekatan emosi mereka, apa dan bagaimana kehendak mereka, sesuatu yg mereka ingin perlu ade fakta, objektif dan tujuannya. Sy latih mereka supaya kenal diri masing-masing.. Sebab bagi sy bila dah kenal diri mereka mampu merubah diri sendri menjadi lebih baik atau sebaliknya. Tapi InsyaAllah yg terbaik itulah yang diharapkan. Dalam dunia kerjaya sekarang, sy seronok, seronok dikelilingi kanak-kanak, semuanya macam adik-adik sy. Mereka adalah permata Negara.. Permata yang sangat bernilai jika dijaga dengan elok… InsyaAllah mereka mampu menjadi yang terbaik dimasa hadapan.. Amin Ya Rabb…

Selain dari merancang aktiviti kanak-kanak yang terkawal ini, saya juga terikat dengan kanak-kanak yang tidak terkawal atau dibawah seliaan PKMD sendiri . Mereka semuanya yang pernah ada kes di Mahkamah.. Kes Juvana.. Baru2 ni sy telah di tugaskan utk mengendalikan satu slot utk kanak-kanak sedemkian.. slot sy petang, “Kami Generasi Hebat”. Dengan bantuan Iza dan Eddy sy mengendalikan slot dengan suasana yg lebih santai dan enjoy. Bagi sy kanak-kanak yg bermasalah, kita jgn bagi mereka berfikir. Sbb mereka semua dah x mampu untuk berfikir.. namun, di sebalik mereka enjoy, mereka perlukan pendekatan rohani dan sedikit muhasabah diri.. Alhamdulillah, sy lihat sedkit berhasil, walaupun ianya tidak byk seperti yg diharapkan, kerana mrk semua highrisk.. InsyaAllah fasa yg akan dtg mungkin lebih baik.. Amin… ^_^..

Saya x mampu senyum lagi.. begini rupanya bila masing2 duduk berjauhan… aduhai hati.. kuatkan semangat sy.. InsyaAllah semuanya yang terbaik buat kami.. Amin Ya Rabb…

0 comments: