CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Wednesday, July 1, 2009

Perkara yang Sangat Perlu Diketahui..

Salam.. Hari ni seharian saya kat PKK (Pusat Konvensyen KUIS).. sbb kena jd perserta utk Bengkel Takhrij Hadis.. semua student Degree Syariah dgn Undang-undang semester 7 wajib dtg.. dan sepatutnya x de yang terkecuali, sbb dah dpt pengecualian kelas… Awalnya sy macam x berminat, sbb mmg tak pernah join Bengkel yang macam ni.. Tp bile dah masuk dalam PKK tu, dah join bengkel baru terasa keseronokan & mesti habiskan gak Bengkel Takhrij Hadis ni…

Sebenarnya Bengkel Takhrij Hadis ni merupakan satu keperluan untuk pelajar-pelajar Pengajian Islam, dalam menyiapkan Latihan Ilmiah mereka.. Keberkesanannya sangat jelas dan nyata melalui kaedah-kaedah yang telah di bentangkan dalam bengkel ini. Saya sangat mengakuinya, kerana sebelum ni sy memang tak pernah tahu dan tak pernah nak ambil tahu mengenai kaedah mentakhrijkan Hadis ini.. Sedangkan ianya memang amat perlu di ketahui, tidak kiralah untuk pelajaran atau untuk bekalan sendiri. Amat2 perlu..

Hadis merupakan sumber ke2 dlm sistem perundangn Islam, selepas Al-Quran. Dan keperluan kita mengetahui ilmu Takhrij Hadis ni adalah utk mengetahui bagaimana mentakhrijkan sesuatu Hadis itu berdasarkan sumber-sumber yang asli sekiranya Hadis tersebut bersumber, atau untuk mengetahui hukum palsunya sekiranya Hadis-hadis tersebut tidak bersumber.

Selain tu jugak kita dapat memastikan hukum Hadis berkenaan , samada dapat diterima atau ditolak berdasarkan penilaian Ulama-ulama pengkritik Hadis jika ada.. Dan jika sesuatu Hadis itu x ditemui sumbernya setelah menjalankan proses Takhrij, maka besar kemungkinan Hadis yang dicari itu sememangnya tidak bersumber. Dan ia boleh dikatakan sebagai Hadis palsu yang perlu ditinggalkan dan menjadi kewajipan bagi org yang mengetahui utk jelaskan kepada orang lain. Terima Kasih kepada Jabatan Al-Quran dan As-Sunnah KUIS yang sanggup berkongsi ilmu dengan kami.

0 comments: