CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Friday, December 28, 2012

Kem Remaja Soleh Dunia Akhirat

Assalamualaikum.. Salam keberkatan dan salam sayang buat semua.. Satu helaan nafas yang lega, dapat menyelesaikan dan melaksanakan satu amanah Allah SWT.. Sungguh besar peluang yang Allah berikan kepada seluruh umat Muhammad, membawa kata-kata, membawa ilmu untuk disampai kan. walau sepotong ayat. Alhamdulillah.. Dengan nikmat kebesaran Mu itu Ya Rabb, saya bersama-sama jentera Belia kg Relong melaksanakan dakwah buat remaja masa kini..

Kian hampir dengan waktu kiamat yang belum di ketahui bilakan akan terjadi, tersedar bahawa kita belum cukup sempurna, melayakkan diri ke Syurga Allah yang Maha Suci.. Allahu akbar!! Alhamdulillah, sy masih mempunyai Visi buat remaja-remaja ini, sekali pun sudah selesai perlaksanaannya, namun masih di peringkat awal.. insyaAllah ini adalah pemulaan buat saya, mengumpul, merancang strategi yang lebih baik.

Pada 16 hingga 19 Disember 2012 yang lalu, kami diamanahkan oleh Badan Kebajikan Masjid Kg.Relong melaksanakan satu kem buat Remaja , Iaitu Kem Remaja Anak Soleh Dunia Akhirat.. Andai ditanya kenapa di letakkan juga dunia akhirat, inilah jawapannya..kami menjadi pemudahcara bukan saja untuk akhirat dengan perlaksanaan program praktikal ibadat, tetapi juga menekankan aspek keduniaan, dari segi disiplin, penjagaan masa, beradab, dan juga memupuk ikatan ukhwah dalam berkumpulan. Alhamdulillah, feedback dari apa yang kami perolehi sangatlah baik. Bukan sahaja peserta malahan ibubapa.. Alhamdulillah sekali lagi. InsyaAllah akan datang yang lebih baik, dan sangat terharu apabila Ketua Kampung sy mengucapkan sesuatu di telefon "Tahniah kak Adah, utk program yang dijalankan, Memang terbaik, InsyaAllah yang akan datang penganjurannya mungkin dari Pejabat Agama Islam Daerah Lipis, organisasi perlaksana tetap deme' juga" ..Rase sebak terharu dan gembira sangat.. Syukur padaMu Ya Rabb!!!


0 comments: