CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Sunday, May 22, 2011

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Salam... Salam penuh kasih dan sayang buat semua... Ya Allah Ya Rahim, pencipta kasih sayang antara manusia.. Berikanlah saya walau secubit ketenangan, agar dapat menerima suatu jawapan yang benar-benar pasti.. Ya Allah.. Andai tertulis segala ketentuanMu begini.. Saya AKUR dan REDHA-- mengingati kata-katanya, ~~ jangan terlalu mengindahkan sesuatu yang belum kita nampak dengan nyata~~ Yup!! setuju.. saya setuju dengan itu.. Tiada lagi harapan akan suatu perkara yang benar-benar belum pasti.. HANYA ALLAH yang MAHA MENGETAHUI..

Tempatkan Mereka Disyurga..






Salam.. Sayu hati ini melihat dan mendengar berita pemergian yang menyayat hati kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Hulu Langat kelmarin.. Tak dapat digambarkan perasaan ini tatkala membaca berita tentang mereka didada akhbar.. Sungguh memilukan.. Kanak-kanak yang terbabit dalam nahas tanah runtuh tersebut disemadikan di dalam satu liang lahad.. AlFatihah buat mereka.. Moga roh mereka tenang dan ditempatkan dalam golongan beriman.. Amin Ya Robb...

Wednesday, May 18, 2011

Aduhai Diri ;(

Akui setiap kelemahan itu... Sesungguhnya masih belum sempurna.. Sempurna dalam segala hal.. Menjadi manusia yang terbaik idaman buat semua yang bergelar manusia.. Namun disebaliknya terungkap seribu rasa ketakutan akan kelemahan itu... Aduhai diri.. jangan terlalu ego dengan diri.. terima sahaja apa yg dikatakan.. perbaiki segala yang terkurang itu.. Aduhai diri.. istilah seadanya tak perlu lagi.. pandangan dan pemerhatian dari orang sekeliling takkan pernah sama.. Oleh itu jadilah diri, dan ubahlah diri menjadi yang benar2 terbaik di mata mereka..

yakinlah aku menjemputmu-kangen band(lirik)




P/s: Salam.. Tq sangat utk byg bergelar teman, sahabat, penawar hati... Membawa hari-hari sy bersinar kembali...Istimewa mengenalimu menjadikan saya lebih yakin akan kehidupan ini.. Yakin dengan ketentuan Ilahi.. Andai itu DIA letakkan dan tempatkan utk hambaNya.. saya REDHA.. Yakin engkau menjemputku... >_<

Asmara & Zaliya (longer version)

Wednesday, May 11, 2011

Manjanya Mereka..




Salam.. Tersenyum sendiri lagi.. Alahai anak-anak.. kalian yang terlalu manja membuatkan hati saya menjadi luluh... Kalian yang terlalu bijak membuatkan saya bertambah sayang.. dan kalian yang sedikit nakal membuatkan saya ingin sentiasa terus membimbing mereka.. InsyaAllah...

Keletah anak-anak ini menjadi pengubat rindu saya kepada anak-anak buah di kampung, menjadi penghibur tatkala mendengar khabar gembira dari rakan-rakan terdekat yang telah mengecapi kebahagiaan dengan zuriat masing-masing.. Kini anak-anak ini bagaikan nadi saya.. sakit, gelak tawa mereka seiringan dengan kerjaya saya kini..

Ilmu Psikologi yang dipelajari menjadikan saya lebih berani untuk mematangkan mereka.. Alahai anak-anak yg manja ini... senyum saya tak akan hilang.. manjanya mereka.. bijaknya mereka, bagusnya mereka, dengar cakap nya mereka... >_< Pengalaman bersama murid-murid tahun satu ini cukup menjadikan saya tabah berada disini.. minggu ketiga disini, saya telah di duga Allah dengan ujian yang kadangkala bila difikirkan tak semua guru sanggup memikulnya.. heheheh.. dalam minggu itu saja, saya telah berdepan dengan kanak-kanak yang menghadapi masalah "sakit perut".. waaaaa.... bagaikan terkedu pada mulanya.. harus saya bantu walaubagaimanapun, kerana ketika kejadian itu waktu P&P saya di kelas tersebut.. hikhikhik.. "Mak, anak mak ini sanggup berdepan dengan masalah ini, walaupun mereka bukanlah darah daging saya" >_< Alhamdulillah..

Menangis di kelas, itulah mereka.. inginkan perhatian yang lebih.. terutama anak-anak yang berada di kelas hujung.. heheheh.. manjanya mereka.. Alhamdulillah, bila dipujuk, walau hanya dengan sepatah ayat.. " X mau nangis, Allah x suka manusia yang yang menangis tanpa sebab.. sayang muallimah kena berhenti menangis.. " hehehe senyum akhirnya..

Hari ni merupakan satu pengalaman yang mengingatkan saya pada kenangan era 90an.. hehehe ketika di tahun satu 1991.. Sek Keb Relong.. tangisan beramai-ramai pabila melihatkan jarum suntikan yang tajam.. hahahhaha... Kini giliran saya membawa mereka ke bilik rawatan untuk suntikan.. senyum saya.. manjanya mereka.. nak pergi cucuk pun nak kena Muallimah yang ni teman mereka.. Alahai anak-anak... cukup menghiburkan hati dengan sedu sedan mereka... sehinggakan Guru Besar dan GPK Hem bersuara " hehehe.. dah macam ibu mereka pulak Ustazah Saadah ni.. sayang betul mereka pada ustazah ye.. .. Aduyai.. setepek terkena.. >_<

Friday, May 6, 2011

Selimutkan Rinduku Bersama Malammu...

Salam alaik... Mohon senyuman dari semua pembaca.. Mohon doa dari semua juga agar kedua ibu bapa kita yang masih hidup atau yang telah mengadap Ilahi mendapat seribu keberkatan disisiNya InsyaAllah..

Buat Mak tersayang... saat saya menge"post" sesuatu disini.. hati menjadi sebak dan terharu.. sesungguhnya Mak adalah permata di hati anak-anak mak ini dan juga permaisuri yang paling setia disisi Ayah.. Andai ada kesempatan untuk saya menjadi ibu, saya ingin jadi seperti Mak.. Yang sentiasa patuh akan perintah Allah dan menjalankan tanggungjawab disisi suamimu- Ayah.... Mak idola buat saya.. setiap perkara yang lahir dari hasil tangan mak semua menjadi.. baik dari segi masakan, kraftangan, seni yang halus, kata-kata umpama sebutir mutiara, dan kebijaksanaan serta keberanian mak... tersedu sedan saya menulis dalam entry kali ini... Rindu.. rindu belaian kasih seorang ibu...

Buat Mak dan juga ayah... salam tahniah dari sudut hati ini.. mengekalkan kemanisan rumahtangga.. 7 Mei.. sentiasa disambut dengan iringan doa dan tahlil majlis kenduri kesyukuran.. Alhamdulillah.. segalanya telah menjadi sejarah buat kalian sepanjang tempoh hampir 50 tahun... :)Moga ianya kekal hingga akhir hayat kalian insyaAllah..
Ingin saya titipkan disini Lagu Buat Kalian... Permataku!! yang x kan pernah hilang andai tanggungjawab anak perempuan itu terpaksa di alihkan kepada seorang suami kelak... SAYA SAYANG MAK dan AYAH...