CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Wednesday, May 11, 2011

Manjanya Mereka..




Salam.. Tersenyum sendiri lagi.. Alahai anak-anak.. kalian yang terlalu manja membuatkan hati saya menjadi luluh... Kalian yang terlalu bijak membuatkan saya bertambah sayang.. dan kalian yang sedikit nakal membuatkan saya ingin sentiasa terus membimbing mereka.. InsyaAllah...

Keletah anak-anak ini menjadi pengubat rindu saya kepada anak-anak buah di kampung, menjadi penghibur tatkala mendengar khabar gembira dari rakan-rakan terdekat yang telah mengecapi kebahagiaan dengan zuriat masing-masing.. Kini anak-anak ini bagaikan nadi saya.. sakit, gelak tawa mereka seiringan dengan kerjaya saya kini..

Ilmu Psikologi yang dipelajari menjadikan saya lebih berani untuk mematangkan mereka.. Alahai anak-anak yg manja ini... senyum saya tak akan hilang.. manjanya mereka.. bijaknya mereka, bagusnya mereka, dengar cakap nya mereka... >_< Pengalaman bersama murid-murid tahun satu ini cukup menjadikan saya tabah berada disini.. minggu ketiga disini, saya telah di duga Allah dengan ujian yang kadangkala bila difikirkan tak semua guru sanggup memikulnya.. heheheh.. dalam minggu itu saja, saya telah berdepan dengan kanak-kanak yang menghadapi masalah "sakit perut".. waaaaa.... bagaikan terkedu pada mulanya.. harus saya bantu walaubagaimanapun, kerana ketika kejadian itu waktu P&P saya di kelas tersebut.. hikhikhik.. "Mak, anak mak ini sanggup berdepan dengan masalah ini, walaupun mereka bukanlah darah daging saya" >_< Alhamdulillah..

Menangis di kelas, itulah mereka.. inginkan perhatian yang lebih.. terutama anak-anak yang berada di kelas hujung.. heheheh.. manjanya mereka.. Alhamdulillah, bila dipujuk, walau hanya dengan sepatah ayat.. " X mau nangis, Allah x suka manusia yang yang menangis tanpa sebab.. sayang muallimah kena berhenti menangis.. " hehehe senyum akhirnya..

Hari ni merupakan satu pengalaman yang mengingatkan saya pada kenangan era 90an.. hehehe ketika di tahun satu 1991.. Sek Keb Relong.. tangisan beramai-ramai pabila melihatkan jarum suntikan yang tajam.. hahahhaha... Kini giliran saya membawa mereka ke bilik rawatan untuk suntikan.. senyum saya.. manjanya mereka.. nak pergi cucuk pun nak kena Muallimah yang ni teman mereka.. Alahai anak-anak... cukup menghiburkan hati dengan sedu sedan mereka... sehinggakan Guru Besar dan GPK Hem bersuara " hehehe.. dah macam ibu mereka pulak Ustazah Saadah ni.. sayang betul mereka pada ustazah ye.. .. Aduyai.. setepek terkena.. >_<

0 comments: