CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Monday, June 13, 2011

Selamat Hari Lahir...

Salam... Salam penuh kasih sayang dari saya.. semakin hari semakin ceria melalui kedewasaan ini sebagai seorang hamba.. Moga dipermudahkan dalam setiap urusan menjadi hambaMu.. InsyaAllah.. Dalam barakah ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat ulangtahun buat seseorang... seseorang yang hadir dalam hidup saya dengan izinNya.. Yang mengajar saya erti rindu dan kasih tidak melebihi batasnya.. Ya, saya senang dengan cara itu.. Tidak mengharapkan apa-apa pada sesuatu yang belum pasti.. Namun sentiasa patuh pada galakkan Rasulullah itu sendiri, tatkala Baginda bertanyakan kepada Hazrad Rabi'ah, apakah yang kamu inginkan (setelah Baginda berpuas hati dengan perkhidmatan Hazrad).. Hazrad menyuarakan ingin ke syurga bersama-sama Rasulullah.. Dan sabda Baginda " Marilah bersama-sama ku bersujud, memohon kepadaNya".. Oleh itu, sewajarnya sujud dan doa dari diri sendiri itu adalah lebih penting dan moga2 di makbulkan.. InsyaAllah.. Dan untuk si dia.. saya sentiasa mendoakan agar perhubungan ini berkekalan, setidak2nya untuk hubungan kita sebagai saudara seIslam...semoga setiap apa yang kita lalui kini di iringi dengan Rahmat Allah.. InsyaAllah..

AWAN BERARAK CERIA....

TIADA TITIS HUJAN ...

POHON MELAMBAI

TANDA SOKONGAN...

KUSUSURI PERJALANAN...

BERTEMANKAN SENYUMAN...

DI HARI LAHIR MU...

KEKASIH KU... DEDAUN BEGUGURAN....

MENITIKAN KEDEWASAAN...

WALAU TANPA MATA & HATI BERTENTANGAN

NAMUN CUKUP UNTUK KU… SEGAR DAN UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR.... IRINGAN DOA KU HULUR....

BERSYUKUR KEPADANYA...

ATAS NIKMAT USIA...

USIA MU IBARAT MUTIARA...

TIADA BERGANTI LAGI...

HIASKAN IMAN BERSULAM TAQWA...

AGAR SEMPAT MENGUCUP...

HARUMAN SYURGAWI...

INSYAALLAH...



2 comments:

Anonymous said...

udahnye bile komeh blh mkn nasi myk nye....

Semuanya dari Saya.. said...

biler2 je.. lau nak, nnti sy msk.. x pun join sy attnd majlis kwen org.. free sje... hahahaha