CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Friday, June 17, 2011

Andai Lelaki Tahu dan Terus Memahami....

Salam..Dah lama saya nak sy nak kongsi sesuatu disini.. tapi dek kerana masa yang kurang menyebabkan entry ini tidak dipostkan, sehinggalah tiba saat pada hari ini.. "Andai Lelaki Tahu dan Terus Memahami".. Sekadar mengulas tentang luahan-luahan hati wanita-wanita.. Yup dulu, saat saya terlalu asyik dengan cinta dunia, sy juga sedemikian.. mengharapkan perhatian sepenuhnya seorang yang bergelar lelaki..

Disini saya uploadkan juga luahan itu.. yang saya petik dari web ini

Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk di sayangi,
Ada rasa untuk di beri perhatian,
Ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
Ada waktu-waktu minta di temani kesedihannya,
Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,
Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,
Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2

Begitulah hati dan perasaan wanita.. Yang terlalu lembut dan ingin diberikan perhatian.. Yup dulu saya akui saya sememangnya begitu.. Sehingga salah satu sebab kegagalan itu adalah menganggap "yang berkenaan " kurang memberi perhatian.. Sedangkan diri ini terlalu manja.. Alhamdulillah.. saya cuba dan akan terus memperbaiki agar tidak lagi seperti itu.. Sentiasa meredhai akan ketentuan yang Allah telah aturkan InsyaAllah.. Saya berjanji pada hati, seandainya masih lagi bersisa ruang itu sesorang melekat dihati, keutamaannya adalah mendahulukan cinta kepada Allah.. Itu adalah yang terbaik.. Saya senang dengan cara itu, tidak menaburkan janji-janji manis pada hati selagi ianya belum pasti.. InsyaAllah.. >_<

0 comments: