CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Thursday, April 21, 2011

Istilah “Sayang” kita Rasa dihargai…

Salam.. Salam Rindu kasih dah sayang... ”Sayang, sayang sayang sayang???? Sayang saaayang sayang.. sayang sayang sayang????” Perkataan atau istilah sayang... Banyak makna disebaliknya... kita akan rasa lebih dihargai dengan istilah ini...

SAYANG~~ sentiasa saya gunakan dalam P&P.. mencuba sesuatu yang berkaitan dgn psikologi manusia.. kanak-kanak yang saya dekati lebih tercenderung kepada perkara yang berkaitan dengan emosi.. setiap kali memulakan kelas, pasti anak-anak kecil ini akan menunujukkan minat untuk belajar sesuatu yang baru.. saya mengambil pendekatan emosi dan menzahirkannya melalui perlakuan mereka dalam menyiapkan lembaran kerja yang diberikan... anak-anak ini kelihatan sangat2 dihargai dan teruja apabila saya memanggil mereka sayang... tersenyum dengan kemanjaan mereka.. namun adakalanya saya juga bertegas tetapi tetap ada istilah sayang..

Dengan istilah ini juga, bukan sahaja mereka dihargai malah saya juga turut merasai kasih itu.. moga-moga berpanjangan.. Sehinggakan apabila saya melalui kaki lima kelas anak-anak ini, pasti akan terjeritnya panggilan untuk saya.. kadang-kadang segan juga dibuatnya, mana tidaknya guru masih di hadapan, mereka tetap mengerling kearah saya.. ”Muallimah, muallimah, muallimah...” heheheheh.. Tatkala saya memberikan lembaran kerja, pasti pujian ini yang akan diberikan.. Toiyyyib!!! Mumtaz!!! Muallimah Saaayang kamu~~~ berderet-deret la senyum mereka~~~ Muallimah sayang kito....~~~ hikhik anak-anak.. pintar dan bijak..

Bagi anak-anak yang berada di kelas yang hujung sekali, istilah ini boleh dikatakan setiap ayat saya gunakan.. mereka memerlukan keprihatinan yang lebih.. contohnya.. ~~~ ”baiklah muallimah nak sayang semua siapkan mewarna gambar ni, cantik-cantik... siapa yang warna cantik-cantik muallimah saaaayang dia lebih~~ dengan mendepakan tangan untuk menggambarkan sayangnya saya.. melalui kaedah ini mereka lebih bersungguh menyiapkan kerja-kerja yang diberikan... Dalam ramai-ramai anak2 ini ada seorang daripada mereka merupakan anak seorang pendidik di sekolah ini. Ketika pertemuan dikantin, anak kecil ini berlari untuk mendapatkan ibunya.. menyedari wujudnya saya disitu, terus dia memberi tahu ibunya~~ mama, mama, ni la cikgu yang kita kata baik tu, dia sayang kita mama, kita suka dia sebab dia comel dan baik~~~ hehehehe.. budak2 layan kan aje la... malu juga saya waktu tu, rase nak menyorok bawah tudung saji pun ade... hik3

Di kesempatan ini juga ingin saya titipkan sesuatu, penggunaan istilah ini sebenarnya penting bagi mewujudkan kasih itu, tak kiralah buat mak ayah~ mereka akan jadi lebih sihat, buat adik beradik mereka akan lebih rapat dengan kita, buat saudara mara akan teguhnya sebuah ikatan persaudaraan itu, dan buat pasangan~~~ semestinya akan rasa dihargai~~ memanglah boleh dikatakan seperti tidak manis, tetapi penggunaan tu bertempat dan tidak melanggar syariat .. bertapa pentingnya kasih sayang itu dalam Islam.. Allah menyayangi orang yang berkasih sayang ~

~~ Sabda Rasulullah SAW {sesungguhnya Allah menyayangi hamba-hambanya yang berkasih sayang} riwayat al-Bukhari.~~~

Dan sabda Rasulullah juga~~
~~ Barang sesiapa yang tidak mahu menyayangi, tidak akan disayangi~~~

p/s~~ dan yang teramat penting saya suka dengan perkataan ini... S.A.Y.A.N.G >_<

0 comments: