CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Saturday, April 2, 2011

Tabiat Yg Tak Boleh Hilang

Salam... Ukhwah fillah.. >_< membaca, menyelami, mengikuti, menghayati.. penuh emosi suka dan duka... itu lah saya.. seorang yg gemar membaca.. ape jua buku, majalah, novel.. kerohanian, keagamaan, cinta, kasih sayang, fiksyen.. semua itu beringan bersama saya sepanjang menyelusuri umur kanak-kanak hinggalah kedewasaan ini... Banyak pengalaman yang dikutip melalui pembacaan... Sedikit sebanyak mengikut tabiat ayah.. Ayah suka membaca.. bahan bacaan pertama yang dia pernah berikan kepada sy.. majalah DIAN.. tulisan jawi.. heheheh..ketika itu hari-hari mengeja tulisan jawi.. almaklumlah kanak-kanak lagi.. semakin remaja, ayah gemar membeli majalah Al-Islam, Mastika, Anis untuk bacaan kami.. sehingga la ayah mewujudkan suatu sudut bacaan untuk kami.. pelbagai buku, majalah, komik diletakkan.. Dan ketika saat ini sy sudah mengumpul hampir 1 almari kecil, yang terisinya., novel, buku-buku ilmu dan majalah (Islamic dan hiburan)hak milik saya sendiri.. >_< kadang-kadang bila difikirkan kembali, sebenarnya dengan banyak membacalah sy berdiri ke tahap ini...Thanks Ayah... orang yang sentiasa menanam kan minat membaca dalam diri ini.. InsyaAllah.. Tak kan pernah padam.. Tak kan pernah hilang... Dan semalam novel terkini yang sy perolehi dari pesta buku.. HIJAB CINTA.. tak habis lagi baca.. sbb terpaksa menyiapkan beberapa kerja2 sampingan yang lain... Ape2 pun untuk tatapan semua.. tanamlah minat membaca.. dengan membaca kita dapat perolehi walau setitik ilmu >_<

0 comments: