CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Monday, June 28, 2010

Jangan Ada Benci~ Sekadar Renungan Bersama

Seorang wanita dan kekasihnya berkahwin dalam acara pernikahan yg sungguh meriah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan hari bahagia tersebut. Mempelai wanita begitu cantik dan menawan dengan gaun putih, manakala sang jejaka tampak segak dengan tuxedo hitamnya. Setiap pasang mata yg memandang mereka setuju mengatakan bahawa mereka adalah pasangan yg betul-betul saling menyintai.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya :
"Abang,sayang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan ikatan pernikahan kita". Katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yg kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian kita akan membahas bagaimana kita akan mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia.."

Suaminya setuju, dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yg mereka tidak sukai dan berjanji mereka tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yg kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tempat tidur dan mencatat apa yg terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi,ketika sarapan mereka sedia membincangkannya. "Sayang akan mulai dulu ya..",kata isteri. lalu dia mengeluarkan senarai apa yg ditulisnya,begitu banyak sekali..hampir dua muka surat... Ketika si isteri mula membacakan satu persatu hal yg dia tidak sukai mengenai diri suaminya, dia memperhatikan suaminya tertunduk dan sedikit air matanya bergenag disisi matanya...mungkin ada sedikit kesedaran pada perwatakannya sebelum ini tanpa disedari...

"Maaf bang,adakah sayang harus berhenti?" tanyanya...
"Oh tidak..teruskan.." kata suaminya. Lalu si isteri meneruskan bacaan senarainya sehingga habis,lalu melipat kembali kertasnya dengan manis diatas meja dan berkata dengan bahagia,"Sekarang giliran abang pula membaca senarai abang..sayang sedia mendengarnya." Dengan suara perlahan-lahan dan tersekat,suaminya berkata "Maafkan abang...abang tidak mencatatkan sesuatu pun diatas kertas abang. Abang berfikir bahawa sayang sudah sempurna disisi abang,dan abang tidak ingin mengubah diri sayang. Sayang adalah diri sayang sendiri. Sayang cantik dan baik disisi abang. Tiada satu pun daripada peribadi sayang yg abang dapati kurang..abang sayang dan cintakan isteri abang yg dulu dan sekarang, dan selama-lamanya selagi hayat abang..."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya..bahawa suaminya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis....

Moralnya : Sebelum kita mencari kekurangan orang lain,carilah kekurangan diri kita sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA utk dibandingkan dgn orang lain? Kalau jawapannya YA..,maka kita berbohong atau kita perasan. Kerana tiada manusia yg SEMPURNA dlm dunia ini dan sentiasa ada yg perlu diperbaiki..

0 comments: