CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Thursday, February 11, 2010

Tabah dan Kuatkan Hati...

Salam..
Seandainya ini takdir Allah untuk sy, sy harus redha dan terima. Semuanya sy harus percaya bahawa setiap dugaan yang sy lalui adalah ujian dari Allah. Mungkin pada hari ini pelbagai dugaan yang sy terima, siapa tahu akan datang suatu kejayaan dan kebahagiaan yang akan sy perolehi. sy mesti berpegang pada itu semua.. Janji-janji Allah memberikan yang tebaik selagi kita berusaha dan terus berusaha untuk mendapatkan yang terbaik dariNya.

Duri hari ini adalah bunga untuk hari esok. Sy harus kuatkan semangat tabahkan hati dan hapuskan air mata.. Demi Mak, Ayah dan keluarga tercinta.. Kekuatan yang sy perolehi adalah datangnya dari orang-orang yang sy sayangi... terima kasih semua.. Kalian banyak memberikan semangat untuk sy. Juga untuk seseorang yang sy sgt sygi. terima kasih atas segalanya. Tanpa dia, mungkin sy tewas untuk meneruskan hidup ini. ^_^

Apa yang perlu sy lakukan sekarang, berusaha, berusaha, dan terus berusaha.. Sy harus yakin dengan kemampuan diri.. Masalah yg ada disekeliling tetap ada dan terus ada. Sy harus bijak menanganinya.. Supaya tidak terlalu ikutkan emosi. Emosi yang melampau sebenarnya akan menyebabkan kita cepat tersungkur. Tak kiralah diketika dan saat itu terdapat halangan dan sebagainya.. Sy harus terus berani mengharungi walaupun pelbagai risiko yang bakal sy lalui..

Doa, merupakan senjata.. Itu juga sy pegang. Ayah selalu pesan, doa, doa dan terus berdoa.. Allah akan selalu mendengar doa kita bila kita benar -benar ikhlas dengan apa yang kita minta dan apa yang kita lakukan. Jangan mengharapkan terlalu cepat apa yang kita ingin kan.. Allah sering menguji kita sejauh mana keikhlasan dan kesungguhan kita terhadapNya. Yang penting jgn cepat berputus asa.. Sesungguhnya kita dilahirkan untuk mengabdikan diri kepadaNya. Oleh itu kita harus selalu bertawakal.. Insyaallah semuanya akan dimakbulkan.. Ikhlas, Ikhlas dan sentiasa Ikhlas.. ^_^

1 comments:

Dg RaMLaiLasaH FN BraMa said...

salam..sebak dadaku baca entri kamu..
aku tengah kusut hati tapi bila baca ayat2 kamu..terhapus air mataku..terima kasih..