CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Friday, February 19, 2010

Faham Tolak Ansur dan Kongsi...

Salam.. Skang sy dah bangkit semula, dari semangat orang2 tersayang.. Kena sentiasa kuat.. ape2 pun kena selalu percaya pada diri sendiri.. Keyakinan diri membuatkan kita lebih bersemangat menempuh hari-hari mendatang.. Syukur Alhamdulillah dengan keyakinan ini.. Thanks to all my frenz.. korang byk bantu sy sepanjang berada di KUIS ni.. Kenangan bersama korang x kan sy lupekan sampai bile2 sebab nye, time kita study ni kite akan selalu dapat perkara-perkara baru. X kira la hal-hal yang berkaitan akademik, mahu pun hal kehidupan.. Pengalaman mengajar kita mengubah kesilapan.. xde kesilapan hidup xkan bermakna.. dengan kesilapan kita belajar memperbaiki segalanya..

Buat semua kengkawan, yang dtg untuk jamuan tu terima kasih, terima kasih atas pujian yg “konon” nye sedap sgt la mknn tu.. heheheh.. Tu semua ilmu dan petua dr mak sy.. Idea untuk mkn malam tu bkn apa, sy sengaja cadangkan supaya ade sedikit memori yg kite tggalkan sblm meninggalkan KUIS.. sy sengaja rancang last minute, sbb sy tgk ramai yang tak boleh bagi tolak ansur untuk prog yang korang cadangkan kat Dusun Eco Resort tu.. xpe la.. mungkin x de rezeki nak pergi sana kan.. nnti kite rancang buat reunion plak.. bw suami dan isteri masing2… heheheh..

Hurm dalam pada tu sy nak coretkan juga sesuatu, sesuatu yang perlu sy pegang dan sesuatu yang perlu sy amalkan smpai bile2.. Hari terakhir bersama lecture kesayangan kami, dia sempat bagi sedikit tazkirah.. Nak tergelak gak dengan tajuk dia, berkaitan dengan alam rumahtangga.. Puan kata bagi yg xde lagi pasangan tu byk2kan berdoa supaya jgn terlalu risau, jodoh tu sentiasa ada.. sabar tu yang penting.. hekhekhekhek.. Tergelak plak kami mendengar celoteh beliau.. tp dalam suasana yang happy camtu ada manfaatnya, malah byk yg dapat kami pelajari..Puan kata, dalam alam rumahtangga mesti ada 3 perkara ni.. FAHAM, TOLAK ANSUR, dan KONGSI.. hurm.. betul kata Puan tu.. 3 perkara ni sgt penting.. Insyaallah sy akan sentiasa pegang dan amalkan.. bagi sy kejujuran dan percaya mempercayai tu memang perlu ada dalam setiap perhubungan, dan ini merupakan kebiasaan dalam perhubungan PERCAYA dan JUJUR.. perkara biasa, pandai2 la pasangan tu mengekalkan sifat2 percaya dan jujur tu..

Hurm… berbalik pada perkara asas yang sgt menarik perhatian sy td, FAHAM, TOLAK ANSUR, dan KONGSI.. skang sy dah cuba tanamkan sume tu dalam diri sy.. Sy kena sentiasa faham dia, kesibukkan dia, pelajaran dia, keadaan dia… Malah sy kena sentiasa tolak ansur mengenai hati sy.. rindu cmne pun, sy kena tolak ansur hati sy untuk tidak merisaukan hati dia.. dan akhir sekali kongsi, kongsi suka duka dgn dia.. dan sy harapkan perkara2 ni akan berkekalan dalam diri sy dan juga diri dia Insyaallah..

Buat semua, Mak Ayah, abg2, kakak, adik2, dia di perantauan, dan juga kengkawan.. doakan sy untuk final exam ni.. Maafkan sy sekiranya sy ade buat silap dan terkasar bahasa dalam coretan2 sy.. Akhir kata.. senyum selalu, rehatkan hati, penuhkan iman.. Sekian.. Wassalam.. ^_^

0 comments: