CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Thursday, December 31, 2009

Salam Tahun Baru 2010 ^_^

Salam.. Selamat Tahun Baru 2010.. Semoga dengan kedatangan tahun baru ni memberi seribu satu semangat dalam diri untuk meneruskan perjuangan. Insyaallah.. Sy juga tidak terkecuali membina semangat dan azam yang baru untuk mencapai kejayaan Insyaallah.. Biarlah pelbagai dugaan yang menimpa sy kan cuba tekad dan sabar dalam menempuhinya kelak.

Semalam merupakan kenduri sekampung bagi penduduk kampung Relong. Kenduri kesyukuran` atas pelbagai kejayaan dan kemajuan dalam pelbagai aspek. Selain itu penduduk Kampung Relong juga meraikan Sambutan Tahun Baru 2010. Tepat jam 12.00 tgh malam nyanyian lagu kebangsaan NegaraKu di nyanyikan oleh seluruh warga kampung yang hadir kemajlis tersebut.

Sy turut berkesempatan bersama meraikannya. Setelah selesai exm Amalan Guaman dan Kehakiman Syarie pagi tu, sy pulang ke kampung menaiki bas. Tujuaannya adalah untuk membantu mereka menyediakan persiapan majlis. Sy telah ditugaskan utk menyediakan slide. Smpai je di Kg itu lah tugasan yang sy laksanakan. Slide Tahun Baru 2010. Alhamdulillah .. segalanya selesai dalam tempoh 4 jam (3 slide berasingan) penat juga.. Tapi kalo kerana kampung, penat tu sume sy tolak tepi. Yang penting sume terhibur.

Setelah nyanyian Negaraku bergema, boleh dikatakan seluruh Kampung Relong disimbahi bunga api. YB Dato' Abdul Rahman bin Mohamed pun turut sama memeriahkan majlis hinggalah keakhirnya. Sepanjang majlis diadakan warga kampung Relong di meriahkan dengan cabutan bertuah yang di perolehi melalui sumbangan ikhlas penduduk kampung Relong.. Syukur Alhamdulillah sumenya gembira. Selain itu juga kami turut terharu, bukan sahaja penduduk kampung Relong yang meraikannya, malah boleh dikatakan sebilangan besar orang ramai yang hadir adalah dari seluruh Daerah Lipis. Bangga gak rasanya..

Selesai shj majlis seperti biasa urusetia dari golongan belia sama2 membersihkan dewan. Itulah yang selalu ada pada kami. KERJASAMA. dan itulah menyebabkan harmoninya Kampung Relong ni. Agak lewat juga kami adik beradik tdur malam tu.. kerana sama2 ingin menyaksikan keajaiban Anugerah Tuhan iaitu Gerhana Bulan.. sungguh menakjubkan.. Subhanallah.. Cantik sangat Bulan malam td. Harap2 bulan yang saya lihat turut sama dilihat oleh dia. Insyaallah ^_^

Monday, December 28, 2009

Sabar je la hati...

Salam.. Hmm dalam blog juga la tmpt sy lepaskan tension ni... Sebenarnya dalam hidup ni perlu banyak pengorbanan, baik utk diri sendiri Mak Ayah, Keluarga, Islam, dan kawan2... Tp kadang- kadang bile terlampau byk berkorban orang lain tindas balik.. Hmmm.. sy x faham la.. dimana sikap ikhlas dan bertanggungjawab dalam diri mereka??? Sebenarnya mentaliti mereka dalam pergaulan mungkin berbeza dengan sy.. Ape yang penting bagi mereka, menjaga hati sendiri tanpa memikirkan orang lain.. Sedangkan kite sndri dah bersusah payah untuk mereka, itu pon x dibalas dengan ucapan terima kasih..

Kadang-kadang sy selalu terfikir, terlalu lembutkah sy ni atau terlalu lurus bendul??? hanya ikut shj kehendak orang lain.. Terutama dengan kawan2.. bila mereka minta buat ini sy buat, buat itu pon sy buat.. tp bila giliran sy perlu kan ape2, mase tu la macam2 alasan yang diberi.. Hmm xpe la.. Demi menjaga hati kawan, dan mungkin juga sy terlalu muda untuk mereka "membuli" sy.. Sabar je la Adah oi... Ape2 pun kena kuatkan semangat.. masih ramai lagi mereka2 di sekeliling sy yang lebih memahami sy.. ^_^ ....time ni la "Rindu" kat sume orang yang masih menyayangi sy.. kui3..

Sunday, December 27, 2009

Semester Akhir Yang Mendebarkan

Salam.. sebelum saya meneruskan coretan ni, hayati bait2 lirik ni.. lagu Tekad by Hazami.. sgt2 memberikan semangat untuk saya meneruskan perjalanan walaupun penuh ujian dengan dugaan.. Tapi kita sebagai hambaNya perlu tabah dan redha dengan ketentuanNya. Lagu ni jg sy tujukan buat seseorang , nun jauh disana.. ^_^

Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan Cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita

Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba
Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian

Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa
Menggapai cita-cita

Semester ni amat mendebarkan saya, almaklumlah semester akhir.. Mane nak siapkan assgmnt, presentation, tesis.. byk sgt kena fikir..sume penting buat saya.. Tapi ape-ape pun sy ucapkan terime kasih sangat buat Puan Zaini Yusnita (penyelia saya) sbb memudahkan saya untuk menyiapkan tesis. Puan Zaini byk bagi tunjuk ajar pada saya. Terima Kasih Puan. Mggu ni sy dah mula manjalankan kajian lapangan bab 3 untuk buat tentang Pengurusan Penceraian di Kuala Lipis. Saya kena pergi temuramah Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Daerah Lipis.. Nasib baik ayah janji nak tolong saya. Terima Kasih Ayah, Ayah selalu bersama dengan saya. Ayah banyak bagi dorongan kpd saya untuk meneruskan perjuangan ni.. Dengan Ayah gak la sy byk terima pendapat dan komen dalam menyiapkan tesis-tesis sy. Alhamdulillah bersyukur sy, sbb dikurniakan Ayah yang sangat memahami anaknya ini..

Mggu ni pun, sy kena susun strategi. Start sok, sy ada presentation.. Subjek Amalan Guaman dan Kehakiman Syarie, Pastu ari Khamis ade test plak subjek yang sama. Next week test subjek Qawaid Fiqhiah... hmm.. xpe2.. kena kuatkan semangat.. ape2 pun buat yang terbaik kan

Saturday, December 12, 2009

Musim Orang Kahwin..

Salam.. hujung tahun ni memang padat.. padat dgn knduri kawen.. hujung thn ni jg merupakan sem akhir buat sy di KUIS.. x sbr menanti hari2 terakhir seorg mahasiswa.. tp di sem akhir ni la sy kena pulun ape yg tertangguh.. tesis.. yg hanya tggal beberapa bab sja lagi.. mesti kena siapkan juga.. kalo x, x bleh nak wat praktikal...

Tadi, baru je bermulanya hari bahagia, pengerusi Belia kg Relong di pelangai.. Selamat Pengantin Baru buat Pija dan Kak As.. Mggu depan Cik Cdah plak.. x sabar la tu... hehehehe.. Kali ni Insyaallah dpt blk.. doa2kan la.. sy nak sama2 menyambut hari bahagia tu bersama dengan Cik Cdah..terharu dan sebak jugak.. ye la, berkawan dri kecik , suke duka sume tu dikongsi.. Hmm Selamat Menemput Hari Bahagia Cik Cdah.. Hari ni pun sebenarnya hari perkahwinan kawan lama sy Riduan Abu Samah.. Selamat Pengantin Baru sy ucapkan.. moga kebahagiaan yang di cari telah ditemui..Amin.. sy doakan jg awak bahagia dan kekal selamanya.. Ape- ape pun untuk semua kengkawan yg mengakhiri zaman bujang, xkiralah bila-bila pun.. selamat pengantin baru... ^_^

Tuesday, December 8, 2009

Bismillah - Yassin

Aku insan damba aman
cari ilham damaikan satu alam
aku insan mendambakan
cari sayang damaikan seluruh alam

bila kau mencari damai di sanubari
dari segala gala yang kau kesali
bilakan berhenti sesal dan menyesali
tersungkur dan menangis di pintu hati

benderang cahaya di atasnya cahaya
terangi alam yang gelap gelita
bismillah majreha bismillahi mursaha
kau seru kau puja suci namanya

oooh…

seterang bintang di langit tinggi
menyinari musafir yang mencari di kembara sepi

Lirik Lagu Yassin - Bismillah