CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Wednesday, May 23, 2012

Dakwah Alam Maya

Assalamualaikum… Ape khabar kalian semua.. semoga masih terus bersemangat meneruskan hari-hari di medan perjuangan ini dengan lebih yakin dan tabah.. Alhamdulillah.. menikmati Rejab dengan penuh rasa diri kerdil, berbekalkan matlamat yang ingin dicapai agar dapat menyempurnakan ibadat sunat dalam bulan Rejab dengan sebaik mungkin InsyaAllah…

Syukur juga atas nikmat Tuhan Rabbul Izzati.. Allah yang menciptakan langit dan bumi, memberikan kita peluang menghirup udara yang segar membenarkan jari-jemari menulis,  menyaksiakn mata  sebagai membantu penulisan dan karya berterusan Alhamdulillah..

Mata membaca, akal berfikir, hati berdetik, lidah berkata.. fenomema dakwah terkini di layar-layar maya.. Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal Biyajid, Dr.Muhaya, Dr MAZA, Ust Zahazan, Ust Zaharudin… Semuanya menjadikan layar maya ini sebagai medan pejuangan dakwah mereka, buat tatapan anak-anak muda khasnya.. Pendapat peribadi saya antara mereka ini, jika diberikan pilihan dan sentiasa terkesan di hati, apa yang dilontarkan oleh Dr. MAZA, Dr. Muhaya, Ust, Zahazan dan Ust Don Daniyal.. Namun begitu bukanlah bermakna sy menolak apa yang dilontarkan Ust Azhar Idrus.. Beliau setanding dengan mereka ini.. malah jiwanya lebih dekat dengan anak-anak muda.. Mungkin anak-anak muda lebih santai dan thumbs up la jugak untuk ust Azhar sebab dengan dakwahnya itu, menarik minat golongan muda mendekatkan diri dengan Islam itu sendiri.. Kadang-kadang, di status FB, youtube, blog or mana-mana bahan media di alam maya, yang mana penggunanya golongan muda dan remaja akan menggunakan kata-kata ustaz Azhar Idrus sebagai  rujukan. Tak dinafikan saya juga pernah meletakkan salah satu, kata-katanya sebagai status di dinding FB saya.

Namun begitu, entry saya kali ini Cuma ingin mengingati sesame kita, janganlah dianggap apa yang di lontarkan oleh Ust Azhar itu sebagai suatu perkara yang langsung kita tak boleh lakukannya.. Contohnya.. Sambutan Hari Ibu… Seperti mana yang dimuatnaikan oleh pengguna-pengguna  FB yang mana lontaran dakwah Ust Azhar iaitu :

Hari ibu adalah hari ibu Church / Ibu Gereja Kristian. Siapa yang nak sambut, silakan.. Sapa yang nak ROSAK AKIDAH jangan sambut.

Semua orang tak nak rosak akidah.. Nauzubillah. Namun begitu, secara peribadinya, saya berpendapat tak salah selagi kita tidak membawa kepada maksiat.. Soalan ini di utarakan kepada saya.. Ustazah, boleh tak kita nak bagi hadiah pada mama?? Akak boleh ke kita nak ucap?? Nanti rosak akidah macam yang ust Azhar cakap..

Hah!! Ahh.. sudah.. berpegang teguh sungguh mereka pada setiap yang dilontarkan oleh pendakwah ini..Apa yang diperintah Allah dan dingati Nabi, tidak pula dijadikan ikutan..Aduhai..

Begini saya jawab, tak salah awak nak bagi hadiah pada mama awak, malah kita menghargai segala pengorbanan mama awak selama ni.. Sememangnya apa yang dikatakan Ust tu benar.. 13 Mei tu Hari Mother Church.. Tapi dah sememangnya setiap tahun dari kecil kita selalu hargai mama kita pada tarikh itu.. bukan bermakna kita raikan hari orang Kristian.. Cuma hari itu lebih kita mengingati.. Semua orang mengingati.. Di dada-dada akhbar, di media elektronik, alam maya semua orang meraikan ibu kita.. Cuba bayangkan kalau ibu kita seorang sahaja yang tak di rai?? Bukan kah sedih hatinya..Ape kah dosa nya kita membuatkan ibu kita sedih pula.. Ape ape pun, hari-hari adalah hari ibu..Setiap hari kita raikan hari ibu.. Kadang-kadang, cukup dengan ciuman sebelum ke sekolah, tempat kerja, atau sebelum tidur untuk ibu dan ayah kita pun dan buatkan mereka bahagia.. Sebabnya berjaya mendidik anak-anak yang penuh kesopanan… Kadang-kadang cukup dengan memohon maaf di akhir perbualan telefon di kala kejauhan..

Hehehe.. tersenyum saya tersendiri.. Dan kini “Calon suami menurut Ust Azhar Idrus”.. Ahh Sudah.. Tak dapat yang macam tu macam mana?? Siap ade senarai lagii..hukhuk.. Tak semua lelaki begitu.. Seribu dalam satu.. huhuhu tp tak mengapalah.. bagus juga di keluarkan artikel berkenaan.. sekurang-kurangnya, apabila status berkenaan di keluarkan oleh seorang wanita, dan di “like”kan oleh ramai wanita.. maka lagi ramailah LELAKI yang berusaha kearah itu… Menjadi lebih baik…  insyaAllah…

Haaaa… kan dah terpanjang pulak ulasan saya untuk entry kali ni.. Sekadar pendpat peribadi.. Saya akui Ust Azhar itu, seorang bagus.. setiap persoalan pasti ada jawapan.. Contohnya “Ustaz, ape hukumnya tabur beras pada pengantin??? Jawapan Ustaz Azhar : HARUS, jika pengantin itu adalah ayam..” heheheh

Tapi ape-ape pun saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pendakwah yang BERJAYA menarik minat pendengar dari semua golongan.. saya akui tidak ramai orang seperti mereka.. ada kelebihan pandai dan bijaksana dalam mengatur dan menyampaikan dakwah.. Seumpama juga saya disamping menjadikan blog sebagai wadah pejuangan seorang muslimah, pengalaman, cerita hariah dijadikan perkongsian agar kita sama-sama memperbaiki hidup kearah yang lebih baik..MATLAMAT HANYA SATU… UNTUK ILMU ALLAH dan ISLAM YANG AGUNG… InsyaALLAH...

0 comments: