CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Sunday, January 17, 2010

Mock Trial!!!!

Salam. Dengan kecerian dan hari-hari yang penuh dengan semangat.. Dah lame saya tak menulis diblog ni.. Banyak tugas-tugas yang kena selesaikan dulu, sumenya berkaitan dengan subjek yang saya ambil semester ni. Walau penat sekali pun saya mesti siapkan tugas-tugas itu.

Sepatutnya minggu ni saya balik kampung, kena buat temubual dengan Pegawai Agama Islam Daerah Lipis berkaitan dengan Pengurusan Penceraian Di Daerah Lipis, ianya merupakan tajuk tesis saya. Tapi terpaksa saya batalkan disaat akhir sebabnya terlampau sibuk. Bayangkanlah saya terpaksa berjaga malam untuk siapkan sume pliding.

Kesibukkan itu turut di rasai oleh kengkawan saya, baik group (Mal) mahupun group (Jenayah). Isnin lepas kami dapat satu kes yang melibatkan Kes Khalwat di bawah seksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Puan Azizah ( Ketua Jabatan / Lecture Islamic Law Evidence) minta kami buat mock trial (perbicaraan olok-olok) sekali dengan pliding( dokumen-dokumen Mahkamah) yang ada kaitan dengan kes tersebut. Puan juga menekankan kami memandang serius terhadap aspek keterangan (samada Baiyyinah, Syahadah, Iqrar dan lain2) mengikut group masing-masing. Sy telah ditugaskan untuk menyiapkan pliding dan dalam mock trial, saya kena jd pendaftar .

Adoiyya.. Penat sgt2.. bayangkan, kadang-kadang tak tidur malam, nak pastikan pliding ngan fakta kes betul. Dah la sebelum ni kami tak pernah dapat kes jenayah, hanya mal sahaja yang kami selalu praktikkan. Untuk prosedur Jenayah kami hanya tahu basic dan teori saja.

Mujur la Allah panjangkan langkah kami, pergi berjumpa dengan Pendakwa Syarie Negeri Selangor di Jabatan Agama Islam Selangor, En Syafezan bin Rusly. Dia merupakan ex-KUIS. Saya, Alif, Zulfah, Umie dan Baby pergi ke JAIS. Dengan tujuan kami bleh dapatkan maklumat dan prosiding perbicaraan jenayah.. Kami ke bahagian Pendakwaan JAIS. Seronok dan bangga tgk Syafezan. Dia mmg ade bakat dan gaya seorang Pendakwa Syarie. Teringin nak jadi macam dia. Tp masih lagi byk yang perlu sy lalui. Tidak kedekut walau sedikit, Syafezan banyak bantu kami. Semua ilmu yang diamalkan dikongsi bersama. Tq Syafezan!!

Balik je dari JAIS, kami terus berkongsi maklumat dengan kengkawan yang lain. Menyiapkan apa yang patut. Hurm.. agak stress gak saya dalam seminggu ni.. Tapi semua tu perlu dan mesti sy lalui gak.. Mesti ade semangat!!

Hurm.. mata kami masing-masing dah lebam.. dah macam kena tumbuk pun ade.. Sy dapat rest cume pada hari Khamis tu je.. Hari ni pun curi-curi masa nak masuk blog.. hehehe.. sori Alif, yang penting pliding, saya dah siapkan hekhekhekhek… Ape pun gud luck pada sume kawan2.. hope kite dapat buat yang terbaik!!!

Dulu sy takut untuk pergi kearah yang lebih jauh dalam bidang undang-undang ni.. Tapi bile dah blaja dah tau camne prosedurnye, seronok juga. Cume kena korbankan masa dan jiwa aje la.. Walaupun undang-undang penuh dengan prosedur dan etikanya, tapi juga melibatkan banyak emosi dan memerlukan lebih banyak kekuatan untuk mengharunginya terutama dalam bidang undang-undang Syarie ni. Insyaallah.. jika ini adalah jalan untuk saya mencapai kejayaan, sy akan harungi juga.. Insyaallah..

0 comments: