CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Wednesday, April 8, 2009

Selamat Hari Lahir Ayah


Assalamualaikum..
Hari ni hari Rabu, 8 April 2008. Hari lahir ayah yg ke 67.. Ptg ni ktorg nak wat doa selamat sket. Lepas asar.. Lagi pun ayah makin sihat.. Kaki pun dah tak bengkak macam dulu lagi, sembelit pun dah tak ada, dan ayah makin ceria.. tak mcm minggu lepas, mungkin masih menahan sakit lagi ketika tu, sbb baru je keluar wad. Skang ayah dah ansur2 bawa keta, sama2 ngan mak g surau untuk solat berjemaah. Tak kira la subuh, zohor dan asar dan kadang2 maghrib isya'.. Semoga hari ini memberi seribu erti lagi kegembiraan buat ayah..

Ayah..
Satu nama yang sangat2 saya banggakan.. Mempunyai sifat penyayang, pemurah, penyabar dan yang paling penting, sentiasa melindungi anak-anaknya tidak kira apa jua masa. Pelbagai dugaan yg menimpa ayah sebelum ni.. Tp ayah tenang dan sabar menempuhinya. Ayah tak pernah pun merungut atau mempersoalkan apa2 pun mengenai nasib dirinya.. Baginya setiap apa yg menimpa merupakan dugaan dari Allah terhadap dirinya.


Ayah..
Seorang yang sgt suke menulis. Semua hasil tulisan disimpan dlm bku2nya. Sy pernah diberikan kebenaran untuk membaca, dan tanpa diduga sy mengalirkan air mata saat membaca tulisannya itu. Ini kerana, ape yg sy baca adalah luahan seorang ayah terhadap anak-anaknya.. Tp ketika itu, sy seorang je yg baca. Malah mak sendiri pun tak diberi peluang itu oleh ayah. Sy tak mampu untuk simpan sorg diri. Sy mohon kebenaran ayah utk bg Long baca, biarlah ada jg anak-anaknya yg lain sedar akan isi hatinya itu. Ayah benarkan. Bkn hanya sy sorg yg menangis. Long pun sebak..


Lepas je pada itu, sy berjanji pd diri ini, agar sentiasa menjaga hati ayah.. Dan sehingga sekarang, apa2 yg sy akan lakukan sy akan bagi tahu ayah.. Mungkin kerana itu jg lah, Allah permudahkan segala urusan sy. Memang benar kata orang, restu ibubapa sangat penting. Andai diberikan peluang, sy ingin abadikan semua penulisan ayah didalam sebuah buku khas yang dicetak. Insyaallah.


Akhir sekali, semoga panjang umur dan sihat selalu untuk Ayah!! Amin..