CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Tuesday, February 28, 2012

Madah Pujangga

Assalamualaikum... Salam penuh baraqah buat semua seluruhnya.. Salam sejahtera buat semua yang menikmati indahnya alam ini.. Tersenyum saya membacakan email dari seorang kawan.. Adah!! bila nak update blog??? Aku rindu... hahahaha.. Ade orang rindu yer nak dengar suara hati saya... Ingatkan saya jer yang syok sendiri berblog... Hehehe.. Ape-ape pun maaf sangat sebab lame tak update..

Entry kali ni santai jer.. Cuma nak story pasal Praktikum.. Syukur Alhamdulillah sebab Allah sentiasa memudahkan saya.. Di kelilingi dengan orang-orang yang banyak membantu.. Esspecially buat my dear "kakak"- Kak Asiah (mentor = pembimbing= rakan karib) betul kata orang setiap ujian yang pernah kita lalui dahulu mengeratkan kita.. Thanks kakak.. banyak sangat bantu.. Untuk kakak-kakak saya yang lain juga ( Kak Latipah, Mama Jijah, Kak Mek Sah, Kak An, Kak Zalina, Kak Marini, Kak Syaripah, Kak Tini, Kak Nazrah, Kak Jah, Kak Dini, Kak Noor, Kak Ti, Kak Hah, Kak Ha, kak Zah, Kak Mar, Kak Ma, Kak Maidatul, kak Has dan yang lain2)...Juga untuk my dear mummy Guru Besar ( Cikgu Mariani), hero-hero sy (Ustaz Ya, Apiz, Cikgu Najib, Cikgu Marzuki, Cikgu Ya, Cikgu Khairul, Cikgu Kama, Cikgu Nik, Ust Emi)... kadang-kadang saya sendri sebak dengan pertolongan mereka.. Sungguh berbesar hati.. Dah macam 1 family ... Sukar untuk saya dapat rasai nikmat sebegini lagi.. Ya Tuhan.. Saya bersyukur dengan nikmat yang diberi.. Ini permulaan jalan buat saya.. Mak kata "setiap apa yang kita lakukan dengan Ikhlas.. InsyaAllah hasilnya sentiasa yang terbaik" Mudah-mudahan Mak.. demi anak bangsa demi cita-cita kalian.. saya teruskan dengan tekadnya.. Membawa harapan yang amat berharga... InsyaAllah...

Sebulan hampirnya saya menjalani Praktikum.. Alhamdulillah anak-anak murid permata negara ini juga banyak membantu.. Bukan sekadar mengejar untuk mendapat cemerlang dalam Praktikum, tetapi untuk pastikan juga anak-anak ini sayangkan ilmu Allah ini.. Memanusiakan manusia.. Sukar.. tetapi andai betul corak dan acuannya.. Pasti semudah yang tak disangka.. Saya berkawan dengan mereka, saya membimbing mereka, saya mendidik mereka.. Marah saya, jerit saya, tegur saya kerana sayangkan mereka.. Permata kecil ini terlalu bernilai harganya... Saat inilah yang harus dilentur..

Betul kata Guru Besar.. bukan rotan jadi ketakutan.. usapan dibelakang murid itu yang kita amalkan... Itulah yang saya amalkan... Sehinggakan ada yang mukanya cuak andai kata orang lain dapat sentuhan, dia hanya keras membatu... Usapan bukan bermakna kita lembut tapi biarlah ada ketegasan. Biarlah ada rasa kerisauan, dan kerana itu kita perlu menjadi kawan.. Kawan yang dihormati oleh anak-anak muridnya.. Muallimah..!!! Tanyalah murid-murid saya, apakah habuan jika tak siapkan homework, buat bising dalam kelas, tak dengar kata guru.. jawapannya pasti .... " Nanti Muallimah tak sayang kito" hehehheh anak-anak... sungguh!! saya sayangkan kalian... Guru mana yang tak halal kan ilmunya..

Kisah lucu dengan murid-murid tahun 1.. Minggu Pertama :

Saya : Murid2, kalau cikgu nak keluar kelas, atau cikgu dan rakan-rakan beri barang, apa yg perlu kita ucapkan??
Murid2: TERIMA KASIH!!!
Saya : Bagus... Baiklah.. kalau dalam bhs Inggeris???
Murid2 : TQ!!!
Saya : Bagus... Kalau dlm bhs Arab???
Murid2 : ( semua terdiam...)
Saya : Kalau dlm bhs Arab... SYU......
Murid2 : SYURGA!!!!! (satu kelas plak tu)

hahahahaha... budak2 neh... ni baru mggu pertama.. dh sakit perut gelak... aduhai anak-anak.....!!!! PERMATA NEGARA!


Kisah sedih :
Saya : D.. sbb ape D nakal ni??
D : Sebab kito ade mok ja.. (mok= nenek)

Saya : (terdiam.. sbb dh tau latar belakang dia..)

betul kata orang kadang2 masalah rumahtangga jadi tekanan pada anak-anak.. errrrmm kesian anak-anak ni..

teringat pada satu peristiwa tahun lalu :
Saya : Z, knape awak pukul dia??
Z : Abah kita boleh buat kat Ma kita lagu tu..

(masalah keluarga- Z ditinggalkan dengan Datuk dia)
Ya Allah.. tak terkawal sebak saya.. sepatutnya saya kena ada sifat empty dan bukan simpati.. tapi kita ni manusia biasa, Tak lari dari semua tu... Kesian sangat.. anak-anak jadi mangsa..

tp alhamdulillah awal tahun ni saya tengok Z lain.. lebih terurus, lebih kemas dan bila saya tanyakan padanya- jawapan dia:

"Ma kito ngan abah kito dah balik.. la ni, kito dah ngaji Iqra 4... Syukur Alhamdulillah

Pengajarannya.. if ada masalah dalam rumahtangga, selesaikanlah.. jangan jadikan anak-anak mangsa keadaan.. Mereka perlukan perhatian..

Ape-ape pun.. entry kali ini hanya sekadar renungan... hope semua dapat mengambil pengajaran.

Monday, February 6, 2012

Merinduimu Rasulullah

Allahumma Solli A'la Saiyyidina Muhammad....

Assalamualaikum..Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. Rasulullah Idola Agung sepanjang zaman.. Saya merinduimu Ya Rasulullah.. hanya secebis kisah perjuangan Islammu sudah cukup meluluhkan segunup pelusuk sanubari ini.. Masih belum dihabiskan hebatnya cintamu pada Allah dan Ummat mu.. Andai diberikan peluang duduk dan berhadapan dengan Baginda walaupun ianya tidak mungkin, sy mohon agar Baginda membawa sy pergi bersama-samanya.. Subhanallah.. Maha Suci Allah.. hakikatnya saya tak sanggup lagi meneruskan langkah-langkah ini.. Terlalu hebat ujian ujian Allah itu.. Namun apabila melihat merenung berfikir.. Astghfirullahalazim.. Teruskan perjuangan ini wahai diri.. Sesungguhnya Baginda meninggalkan amanah yang besar buat saya, buat kita buat Islam dan seluruh umatnya.. Dengan berpandukan Al-Quran dan As Sunnahnya, Rasulullah telah memberikan kita peluang agar merasai nikmat yang perlu di rasai oleh ummat nya.. Nikmat Islam Iman dan Ihsan..

Tetapi kemanisan dan keistimewaan nikmat dan limpahan ini tidak akan dapat benar-benar kita rasai tanpa menghayati Islam melalui pintu dan manhaj ‘Hubb‘ atau cinta dan kasih-sayang.

Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya,

“Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (riwayat al-Darimi).

Sifat kasih yang mendalam menyebabkan Baginda sentiasa mengutamakan umatnya, tidak mahu umatnya menanggung kesusahan dan segala beban umatnya rela ditanggung sendiri oleh Baginda SAW.

Rasulullah menghulur cinta bukan untuk dibalas tetapi untuk diteladani. Meneladani cinta Baginda SAW membawa bahagia hingga ke syurga. Orang yang berakal dan mempunyai hati yang sejahtera, menghargai pemberian dan kasih sayang yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin dan membalas kasih sayang dengan kasih sayang serta ketaatan yang tidak berbelah bahagi.

Cinta Rasulullah SAW juga unggul kerana ia merentasi tempat dan zaman hingga meliputi umatnya yang tidak pernah bersua dengannya mahupun keluarganya atau sahabatnya.

Buat semua yang di kasihi.. Baginda Rasululllah hanya seorang.. Namun mencintai seluruh umatnya.. Tak mustahil kita yg tak terkira banyakknya umat Baginda, tak kanlah tidak boleh mencintai dan mengamalkan segala amalan dan peninggalannya.. renung-renungkan....