CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Friday, October 23, 2009

Along, Gurl, Achik & Lieya

Happy Belated Birthday utk Along Aqilah, Girl Jijah dan Happy Birthday gak utk Kak Chik n Cik Lieya.. Moga Panjang Umor n murah reseki selalu…Ni ade sket pesanan tuk korang sume...

Along Aqilah- Hope Along jadi anak yang dengar kata dan kakak yang baik.. Blajar rajin-rajin.. Selagi otak kita berfungsi selagi itulah kita harus gunakan utk membela masa depan kita kelak.

Utk Girl Jijah. Jadilah seorang anak yang solehah yang mengikut perintah Allah dan Rasul.

Kak Chik. Semoga kak Chik sentiasa menjadi pelajar cemerlang dan juga anak yang baik didunia dan akhirat.

Cik Lieya.. Walaupun pelbagai dugaan yang ditempuhi, harapannya agar tidak terlampau memikirkan kenapa begitu banyak dugaan untuk kita. Tapi fikirlah sebab apa kita dipilih utk terima dugaan itu, kerana kita sangat di sayangi olehNya. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan menjadi kebanggaan buat mak ayah kita
.
utk Cik Lieya

Wednesday, October 21, 2009

Macam-macam peristiwa...

Salam.. x sempat langsung nak update blog. Macam perkara berlaku sepanjang cuti semester.. dugaan dan kegembiraan. Sume tu telah di tentukan Allah.. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan menyusun atur kehidupan, tapi sesungguhnya Allah lebih berkuasa untuk menentukan dugaan bagi setiap hambanya. Setiap manusia dugaannya berbeza-beza, tapi kita sebenarnya datang dari arah yang sama. Biarlah dugaan yang sy tempuhi cuma tinggal dilubuk sanubari sy shj.

Tarikh 12 Oktober 2009, kami sekeluarga menerima berita buruk. Mase tu sy kak Long, ayah dan beberapa org lagi tgh sibuk menyediakan peralatan hidangan bagi Jamuan Hari Raya UMNO Bahagian di Dewan Residen Lipis. Sy dapat panggilan dari Kakak, baby dalam kandungan dah tak ada. Innalillah... Kak Long bawa kakak ke spital sebab A.Awie masih dalam p'jalanan. Tuhan je la yang tahu, setiap perbuatan kami lakukan asyik ingat kakak. Ok ke tak dia? Baby cmne? Ayah lak sampai terlupa samada nak beli air batu atau tisu.. walaubagaimanapun jamuan dilaksanakan sehingga ke penghujungnya. Alhamdulillah. Malam tu selesai Isya' saya dan abg ke rumah kakak, nak hantar lauk utk anak-anak buah. Ibu diorg dah masuk wad. Kebtulan sy sampai, a.awie ajak ke hospital tgk kakak dan hantar baju. Sampai je kat wad kakak dalam rawatan, sy dibenarkan masuk sbb baby dah keluar. Pengalaman tengok baby camtu, kecil je.. sebesar tapak tangan je, mungkin kecil lagi kot. Tapi umur dia dah 5bln. Nurse tu kata dah cukup sifat, cuma tak tau jantina lelaki or pompuan. A.awie bawa baby blk umah utk di kebumikan. Sya msih di spital tggu kakak malam tu. Uri dia masih t'sangkut. Sakit sgt katanya, Cuak gak sy .. ye la mane ade pengalaman melahirkan anak. Tak tau sakitnya camne. Tp tgk keadaan kakak mmg sakit.. Huhu saya kena kuat, kalo sy takot kang riso plak kakak.. Mujur la sy jenis tak takot tgk darah banyak sewaktu kakak tumpah darah. Cuma yg sgt cuak tgk keadaan kakak yang pucat lesi, darah tak stabil... Riso weh.. Mujur doktor ada, setiap sejam turun tgk kakak sampai ke pagi.. Alhamdulillah bila hari semakin pagi kakak beransur pulih. Syukur...

Lagi satu kejadian mase kat spital tu, time tu kul 6.15pg.. Sy nak ke surau utk solat subuh.. Mase nak g surau sy lupa kat mane letaknya surau, sblm tu dah tanya kakak, tp lupa plak.. Tgh sy b'jalan2.. sy jumpa sorang nurse, agak2 umur 40-an kot. Saya anggap dia betul2 nurse walaupun pakaian dia macam nurse dulu2.. Cuma kain dia labuh skit. Saya tanya, kat mana surau, dia kata kat bawah pokok besar tu, hmm dah salah jalan.. Bila sy pusing blakang , btul2 depan sy signboard lama Bilik mayat. Cis!!! cuak betul.. Huhu!! Tuhan je la tau betapa meremangnya bulu roma sy.. Sy teruskan p'jalanan ke surau. walau hati b'debar2 ni.. sbb x solat subuh lg.. Huish!! satu pengalaman yg x bleh sy lupakan.. sblm ni sy x cite pun kat spe2, samada mak, ayah or kakak. Cik Sumie org p'tama dgr.. Harap2 ape yg sy jumpe tu btul2 la seorang nurse.. Huhuhu...

Baru2 ni, ada Jamuan Aidilfitri di kampung relong. Jamuan tu adalah gabungan antara beberapa badan, antaranya JKKK Kg Relong, Belia Kg Relong, Badan Kebajikan Masjid Kg Relong, PIBG Sk Relong, Badan Kebajikan Tok Linggi, dan Alumni SMKPT. Walaupun pada asalnya mcm2 yang didengar. Tp Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Cume sedikit pendapat sy untuk majlis sedemikian, sekiranya masih ingin majlis yang digabungkan seperti ini di teruskan, suatu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan, bukan main lantik je sesiapa or melantik diri sendiri .. Org relong ni lain dari yang lain. Sedikit hati tercuit semua terasa. Maklumlah kita sume bersaudara.. Mujur lah ada sedikit jua kemaafan golongan ini dan turut membantu.. saya bukan apa, jika sebelum ini, apa-apa jua majlis yang kami belia kg relong buat, kami akan merujuk kepada mereka, selain JKKK dan Tok Awie sebagai rujukan utama.. Malah kalau tak kerana mereka, peristiwa gilang gemilang yang pernah dijayakan direlong x akan berhasil. Ini cuma pendapat saya dan beberapa org lagi..

Ape-ape pun terima kasih kepada golongan ini walaupun pihak penganjur tak nampak kesungguhan kalian memeriahkan majlis secara zahirnya hari sebelum sehinggalah tamatnya majlis.. Thanks ya, Pak busu Sahak,Abg Mie, Busu Hepi, Long Han, Long Chi, Aki Koley, Pak teh Din dan beberapa orang lagi yang sy x ingat namanya.

Kat sini jugak sy nak ucapkan selamat hari lahir buat Along Aqilah dan Gurl Azizah, serta bapa saudara saya Beh Ri yang akan menyambut hari kelahirannya di hari pertama ketika tiba di tanah suci 22 oktober . semoga beliau sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan dari Allah S.W.T.. Ya Allah! Selamat dan permudahkanlah perjalanan serta ibadah bapa saudaraku ini.. kurniakannya haji yang mabrur. Amin! Ya Rabbal alamin.